Disember 2021
Travel Review 49 : Wishlist
TRAVEL WISHLIST POST COVID-19
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah. Selepas bertarung dengan wabak Covid-19 selama 2 tahun yang menyebabkan Kaki Travel macam kita hanya terkurung kat rumah, akhirnya sinar perjalanan muncul jua... Seperti juga ramai Kaki Travel yang lain, Myself dah mula memikir-mikir nak start travel kembali. Tapi kita tergolong dalam grup yang mendapat vaksin Sinovac. Geng-geng Sinovac ini susah sikit nak travel ke banyak negara sebab mereka cuma mengiktiraf vaksin-vaksin Orang Putih yang sekufu dengannya. Vaksin dari China macam Sinovac tak diiktiraf walaupun mendapat kelulusan dari WHO. Namun sinar itu datang juga setelah kita mendapat Pfizer sebagai Booster Dose dalam bulan November 2021 dan semakin banyak negara yang mengiktiraf Sinovac.
Walau bagaimanapun, disebabkan usia yang kini dah meningkat, banyak pulak restrictions dan considerations yang perlu dibuat bila nak mula travel kembali. Umpamanya dengan tanggungjawab kerja yang semakin berat, nak ambil cuti panjang-panjang dah tak aman lagi.... Dengan umur yang begini juga, kita dah termasuk golongan yang berisiko dengan wabak Covid-19. Walaupun kes dah semakin berkurangan, kuman Covid masih ada di luar sana. Jadi perancangan perjalanan masih perlu mengambil kira kemungkinan jangkitan.
Myself dan Husband sepakat kami nak tunggu dan lihat dulu sepanjang tahun 2022 nanti. Tak mahulah terus travel gila-gila sebaik sempadan negeri dan negara dibuka. Peraturan kuarantin selepas balik juga masih ada. Silap-silap cuti kuarantin selepas balik mungkin lebih lama dari cuti perjalanan sendiri. Lagipun bak kata seorang rakan, banyak hotel dah berhabuk dan berhantu setelah lama ditinggal sepi selama 2 tahun sewaktu Lockdown. Biarlah orang lain beramai-ramai tolong sapukan habuk dan menghalau hantu kat hotel-hotel tu dulu untuk kita. Hihihiii... kita buat-buat gelak evil sebab dengki tak boleh nak terus start travel macam orang lain.
Beg menunggu nak travel lagi |
Tapi tak salah untuk menyimpan cita-cita travel. Ini hanya impian Myself untuk tempoh yang mungkin 10 tahun akan datang. Kalau tercapai, Alhamdulillah. Kalau tak tercapai, sekadar seronok berangan-angan. Kalau terlencong ke tempat lain, itu dikira bonus dari Allah. Mari kita tengok tempat-tempat yang ada di dalam radar Myself. Banyak tempat nak pergi sebenarnya tapi kita listkan 3 tempat yang paling teringin nak pergi dalam 3 kategori: Jangka Pendek, Jangka Sederhana dan Trip Exotic.
Disclaimer: Memandangkan semua tempat-tempat ini kami tak sampai lagi, gambar-gambar yang digunakan adalah dipetik dari internet.
TRIP JANGKA PENDEK
Buat permulaan sewaktu ancaman Covid-19 ini masih ada sikit-sikit lagi, kita travel dekat-dekat sajalah. Tripnya pun mungkin tak panjang, sekadar 3-4 hari. Manalah tahu, kot-kot masa tengah travel dapat pulak berita sempadan negara kena tutup balik sebab Covid. Kalau berada di tempat-tempat yang dekat begini senang juga kita nak packing lari balik ke Malaysia...
1. Phuket, Thailand
Sebelum Covid dulu, Myself tak teringin pun nak pergi ke Phuket. Tapi masa Lockdown, bila terbaca berita tentang Thailand membuka Phuket kembali untuk pelancongan, barulah kita buat research tentang Phuket. Bila baca-baca maklumat, seronok pulak rasanya kalau dapat buat trip singkat ke Phuket nanti...
Phuket |
Phuket terkenal dengan keindahan laut. Tapi disebabkan kami bukanlah peminat aktiviti laut, mungkin kita buat tour dari darat sajalah. Selain itu ada juga cita-cita nak melihat persembahan yang terkenal hebat di Phuket seperti Phuket Fantasea ataupun Siam Niramit Show. Kalau banyak duit masa itu, mungkin dua-dua sekali kita tengok.
Siam Niramit Show |
2. Jakarta, Indonesia
Lepas travel ke Phuket, maybe kita travel pulak ke Jakarta. Kami pernah pergi ke Jakarta lebih kurang 20 tahun dulu. Masa itu kami cuma melawat ke Monas, Ancol dan Taman Mini Indonesia Indah. Kalau berpeluang pergi ke Jakarta lagi, kita melawat pula ke tempat-tempat bersejarah di Jakarta macam Taman Fatahillah dan Pelabuhan Sunda Kelapa.
Jakarta |
Selain dari Jakarta, kami juga bercadang nak bercuti ke Anyer. Ingat tak lagu popular Sheila Majid dulu Antara Anyer dan Jakarta? Menurut ceritanya Gunung Berapi Anak Krakatau dapat dilihat dari pantai di Anyer. Pasti menakjubkan bila dapat melihat sendiri gunung berapi yang terbesar di dunia ini nanti, walaupun cuma dipandang dari jauh.
Anak Krakatau |
3. Taiwan
Taiwan juga ada dalam cadangan travel kami. Sebelum ini pun ada juga sekali dua kami mencuba nak travel ke Taiwan tapi tak menjadi kerana berbagai hal. Mungkin selepas Covid ini kita sambung percubaan seterusnya untuk travel ke Taiwan.
Taipei |
Kalau dapat sampai ke Taiwan nanti, antara aktiviti yang ingin dibuat adalah Sky Lantern di Shifen. Macam fun je bila baca experience orang lain menerbangkan sky lantern ini di sana.
Sky Lantern |
TRIP JANGKA SEDERHANA
Bila suasana dah memang aman untuk travel kembali macam dulu-dulu, kita sambung kembali impian travel pre-Covid yang tak kesampaian dulu...
1. Amritsar, India
India adalah sebuah negara yang kami suka kunjungi. Setakat ini kami dah berpeluang berkunjung ke India Utara dan Kerala. Satu destinasi impian lain kami di India adalah Amritsar yang terletak bersempadan dengan Pakistan. Kalau Varanasi di tepi Sungai Ganges merupakan bandar suci penganut Hindu, Amritsar pula adalah bandar suci penganut Sikh kerana di sinilah letaknya kuil utama mereka yang dinamakan Golden Temple.
Golden Temple di Amritsar, India |
Satu tempat yang pasti akan kami usahakan untuk pergi bila berada di Amritsar adalah Wagah Border untuk menyaksikan perbarisan tentera India dan Pakistan menutup sempadan negara masing-masing setiap hari. Mengikut ceritanya perbarisan ini sangat menarik kerana tentera dari kedua-dua negara bersaing antara satu sama lain untuk menunjukkan yang negara mereka adalah lebih hebat.
Wagah Border |
Dah terlanjur tiba di Amritsar nanti, mungkin boleh extend sikit perjalanan untuk menuju ke Shimla. Selain Srinagar di Kashmir, Shimla juga adalah sebuah bandar peranginan di kaki Gunung Himalaya. Disebabkan iklimnya yang nyaman, ia menjadi tumpuan pegawai-pegawai British yang berkhidmat di India dulu untuk bercuti di sana. Dengar ceritanya suasana di Shimla memang betul-betul macam suasana di England dengan cuacanya yang sejuk begitu. Kita tengoklah sendiri kebenarannya nanti bila dah sampai ke sana kelak...
Shimla |
2. Russia
Selepas berpeluang melawat ke Eropah Barat dan Eropah Timur, Myself memang teringin nak melawat ke Russia. Kalau tak disebabkan PKP Covid dulu, mungkin dah terjejak kaki kami ke Russia. Tapi begitulah suratan takdir... kita merancang dan perancangan Allah lebih baik lagi. Memang bersyukur kerana ketika itu kami hanya masih merancang dan belum membuat apa-apa booking lagi. Kalau tidak, pasti terjebak dengan masalah nak mendapatkan refund semula.
Moscow |
Kalau masih ada rezeki di masa akan datang, Insyaallah pasti kami akan sampai ke Russia. Kami sebenarnya hanya merancang nak melawat ke Moscow dan St Petersburg saja. Tapi kalau dapat extend ke tempat lain seperti Kazan atau Scandinavia, itu adalah satu bonus.
Istana Peterhof di St Petersburg |
3. South Africa
Dah lama sangat kita bermimpi nak pergi ke South Africa. Tapi itulah... destinasi yang jauh dan exotic begini memang mencabar nak pergi. Cabaran yang paling hebat mestilah nak kumpul duit untuk pergi ke sana... Bila dapat saja terkumpul duit sikit-sikit tu, adalah pulak destinasi lain yang datang menggoda... terus ke sana pulak kita.
Cape of Good Hope di South Africa |
Inilah aktiviti yang selalu menjadi igauan dalam impian nak travel ke South Africa... Membuat animal safari nak tengok singa liar begini...
Animal Safari |
TRIP EXOTIC
Ini pulak perancangan travel selepas bersara nanti. Ehh, dah nak bersara dah ke? Insyaallah memang tak lama, hanya beberapa tahun lagi yang boleh dikira dengan jari di sebelah tangan saja... very looking forward tapi tersiksa jugalah rasanya nak menyampaikan ke waktu itu, hahhahha!! Kita kategorikan trip ini sebagai Trip Exotic sebab destinasi ini memang tak ada dalam radar kebanyakan pengembara biasa. Mudah-mudahan ia boleh menjadi kenyataan...
1. Palestine / Israel
Selepas beberapa kali melawat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Makkah dan Madinah, Myself cukup teringin nak melawat ke Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis. Tapi seram juga nak pergi ke sana dengan pergolakan yang sering berlaku sekarang. Tapi Myself percaya sebagai Masjid yang ketiga utama di dalam Agama Islam, Masjid Al Aqsa sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT.
Baitulmaqdis |
Teringin juga rasanya nak melihat Via Dolorosa di Jerusalem Old City yang dipercayai oleh Orang Kristian sebagai jalan yang dilalui oleh Jesus Christ sebelum disalib dan melihat sendiri cara orang-orang Yahudi bersembahyang terhangguk-hangguk di depan Wailing Wall di sana.
Via Dolorosa |
Wailing Wall |
Kalau Allah beri kesempatan kepada kami untuk melawat ke bumi Palestin nanti, ada beberapa tempat lain yang teringin juga Myself nak kunjungi. Antaranya adalah Sea of Galilee yang disebut sebagai Tasik Tabari di dalam sebuah Hadis Nabi mengenai Hari Kiamat: “Allah SWT akan mengutuskan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka akan datang dari segala penjuru dengan begitu cepat. Mereka akan melalui Tasik Tabari dan akan meminum apa yang ada di dalamnya (sehingga kering) sehinggakan yang terakhir daripada kalangan mereka berkata: Tadi ada air di tasik ini.” [Riwayat Muslim (2937)]. Mungkin lawatan ke sini akan dapat meningkatkan keinsafan kita tentang kumunculan Hari Kiamat yang tiada keraguan padanya seperti yang tersebut di dalam Al Quran.
Sea of Galilee (Tasik Tabari) |
2. Northern Territories, Australia
Myself dah tiga kali berkunjung ke Australia, tapi masih ada sebuah lagi tempat yang ingin Myself kunjungi ~ Northern Territories di Australia. Northern Territories ini memang tak popular dengan pengunjung dari Malaysia disebabkan iklimnya yang panas macam di Malaysia juga. Tapi Myself tetap teringin nak pergi ke sana sebab nak tengok Jumping Crocodile.
Jumping Crocodile |
Destinasi lain yang ingin dituju di Northern Territories ini adalah bandar Alice Springs yang terletak betul-betul di tengah-tengah benua Australia. Cita-citanya adalah nak naik keretapi The Ghan dari Darwin ke sana.
Keretapi The Ghan sedang merentas Padang Pasir Australia |
Alice Springs |
Dari Alice Springs, kita akan menuju pula ke tengah Great Australian Desert untuk melihat Uluru, bongkah batu berwarna merah yang berdiri megah di tengah padang pasir. Nama lainnya adalah Ayers Rock. Dengar cerita ada banyak lalat kat sini. Tapi tak apa, kita pakai sajalah Fly Net bila nak melawat ke sana nanti...
Uluru (Ayers Rock) |
3. Papua, Indonesia
Destinasi terakhir dalam 3 tempat yang paling teringin nak pergi dalam kategori Exotic adalah Papua di Indonesia. Nampak macam dekat sebab Papua terletak di Indonesia, tapi jauh sebenarnya nak sampai ke sana dari Malaysia. Bagi kebanyakan pengembara, destinasi impian kalau berkunjung ke Papua adalah Raja Ampat yang merupakan sebuah diving heaven kepada peminat snorkeling dan scuba diving. Tapi bagi orang yang tak minat dengan aktiviti laut macam Myself, destinasinya adalah Jayapura yang merupakan kota terbesar di Wilayah Papua. Penerbangan direct dari Jakarta ke Jayapura pun memakan masa hampir 6 jam, bayangkan berapa lama pula tempoh perjalanan yang diperlukan dari Kuala Lumpur!
Jayapura |
Danau Love berhampiran Jayapura |
Antara tarikan utama pengunjung ke Jayapura adalah melawat ke perkampungan penduduk asli di Wamena yang terletak sejam lagi penerbangan dari Jayapura. Sampai di Wamena pulak kena hiking lagi berjalan kaki sejam dua menuju ke perkampungan destinasi. Kami juga teringin nak melihat penduduk Asli di Papua ini, tapi kami tak cukup adventurous nak berkunjung ke Wamena. Jadi kita plan sajalah nanti untuk datang ke Jayapura sewaktu pesta kebudayaan tahunan Danau Sentani Festival sedang berlangsung. Dapat juga nanti kita melihat kebudayaan masyarakat asli Papua ini di sana... Cheating begitu, hahaha!!
Danau Sentani Festival |
Satu lagi keistimewaan wilayah Papua di Indonesia ini ialah di sini ada sebuah kemuncak gunung yang sentiasa diliputi salji. Nama gunung ini adalah Gunung Jayawijaya yang juga dikenali sebagai Cartenz Pyramid dan merupakan gunung tertinggi di Indonesia. Hebat, kan? Gunung Kinabalu di Malaysia pun tak ada salji kekal begitu. Padahal kedua-duanya terletak di kawasan Khatulistiwa.
Puncak Jayawijaya (Cartenz Pyramid) di Papua, Indonesia yang sentiasa diliputi salji. |
Tak mungkinlah rasanya kami akan sampai ke situ. Tapi manalah tahu kan, kot-kot boleh nampak gunung bersalji di Indonesia ini dari atas kapalterbang!
Begitulah impian dan cita-cita yang tersemat di hati. Kita tengok sajalah nanti yang mana yang akan menjadi kenyataan dan mana pula terus kekal menjadi impian. Untuk sementara waktu.... Selamat Tahun Baru 2022. Semoga tahun baru ini memberi lebih sinaran untuk kita kembali bertravel-travel.
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):
- Travel Review 01 - Indonesia (Sumatera Utara & Sumatera Barat)
- Travel Review 02 - Indonesia (Jawa Barat, Jawa Tengah & Jawa Timur)
- Travel Review 03 - Indonesia (Bali & Sulawesi Utara)
- Travel Review 04 - Asia Tenggara (Singapore & Brunei)
- Travel Review 05 - Asia Tenggara (Thailand 1: Southern Thailand & Bangkok)
- Travel Review 06 - Asia Tenggara (Thailand 2: Central Thailand)
- Travel Review 07 - Asia Tenggara (Cambodia & Vietnam Utara)
- Travel Review 08 - Asia Tenggara (Philippines 1: Luzon)
- Travel Review 09 - Asia Tenggara (Philippines 2: Cebu & Bohol)
- Travel Review 10 - In Brief (Asia Tenggara)
- Travel Review 11 - Asia Timur (Japan 1: Nagoya, Tokyo & Yokohama)
- Travel Review 12 - Asia Timur (Japan 2: Mt Fuji, Kyoto & Osaka)
- Travel Review 13 - Asia Timur (China 1: Shanghai, Suzhou & Hangzhou)
- Travel Review 14 - Asia Timur (China 2: Guilin & Yangshuo)
- Travel Review 15 - Asia Timur (China 3: Hong Kong & Macau)
- Travel Review 16 - Asia Timur (South Korea)
- Travel Review 17 - In Brief (Asia Timur)
- Travel Review 18 - Oceania (Australia)
- Travel Review 19 - Oceania (New Zealand)
- Travel Review 20 - In Brief (Oceania)
- Travel Review 21 - Asia Selatan (India 1: Kashmir & Agra)
- Travel Review 22 - Asia Selatan (India 2: Kerala)
- Travel Review 23 - Asia Selatan (Sri Lanka)
- Travel Review 24 - In Brief (Asia Selatan)
- Travel Review 25 - Asia Barat (Arab Saudi 1: Umrah & Haji)
- Travel Review 26 - Asia Barat (Arab Saudi 2: Jeddah, Makkah & Taif)
- Travel Review 27 - Asia Barat (Arab Saudi 3: Madinah & Madain Saleh)
- Travel Review 28 - Asia Barat (Jordan)
- Travel Review 29 - Asia Barat (Kuwait)
- Travel Review 30 - Asia Barat (United Arab Emirates)
- Travel Review 31 - Asia Barat (Turkey 1: Istanbul)
- Travel Review 32 - Asia Barat (Turkey 2: Sanliurfa)
- Travel Review 33 - Afrika Utara (Egypt 1: Cairo)
- Travel Review 34 - Afrika Utara (Egypt 2: Alexandria)
- Travel Review 35 - Afrika Utara (Egypt 3: Sinai & Fayoum)
- Travel Review 36 - In Brief (Timur Tengah)
- Travel Review 37 - Eropah Barat (England)
- Travel Review 38 - Eropah Barat (France & Belgium)
- Travel Review 39 - Eropah Barat (Netherlands)
- Travel Review 40 - Eropah Barat (Germany 1: Cologne, Frankfurt & Black Forest)
- Travel Review 41 - Eropah Barat (Germany 2: Munich, Schwangau & Dachau)
- Travel Review 42 - Eropah Barat (Switzerland)
- Travel Review 43 - In Brief (Eropah Barat)
- Travel Review 44 - Eropah Timur (Czech Republic)
- Travel Review 45 - Eropah Timur (Slovakia)
- Travel Review 46 - Eropah Timur (Hungary)
- Travel Review 47 - Eropah Timur (Austria)
- Travel Review 48 - In Brief (Eropah Timur)
- Travel Review 49 - Travel Wishlist Post Covid-19
No comments:
New comments are not allowed.