Friday 19 November 2021

2021 TRAVEL REVIEW 43 - IN BRIEF (EROPAH BARAT)

November 2021

Travel Review 43: In Brief
EROPAH BARAT

Perjalanan Yang Diganti

Melawat Eropah Barat sebenarnya tak ada dalam agenda asal kami. Terlalu jauh, terlalu mahal dan pakej perjalanannya terlalu panjang bagi kami ketika itu. Jadi pada asalnya kami cuma mendaftar nak mengikut satu Group Tour ke Sydney dan Melbourne di Australia saja di sebuah MATTA Fair. Namun Allah takdirkan, beberapa hari sebelum kami dijadualkan terbang ke Sydney, arwah Ayah Myself dipanggil menghadap Ilahi. Sebenarnya boleh saja kami meneruskan perjalanan ke Australia selepas itu tetapi hati merasa tak tergamak. Selepas berbincang panjang, kami akhirnya membuat keputusan untuk melepaskan saja trip yang telah dirancang ke Australia walaupun kos perjalanan telah dibayar sepenuhnya dan tidak mendapat refund semula disebabkan very short notice yang hanya beberapa hari sebelum berlepas.

Selepas segala urusan diselesaikan, kami merancang nak membuat semula perjalanan ke Australia yang telah dibatalkan. Kita mengatur, tetapi aturan Allah lebih baik. Kami gagal mencari trip gantian yang sesuai ke Australia seperti dulu, tetapi Dia telah mendorongkan jalan bagi kami menemui trip gantian ke Western Europe yang berganda jauh dan panjang tetapi dengan kos yang setara dengan trip ke Australia yang dilepaskan dulu. 

Bukan sekadar itu, Allah juga menggantikan semula trip ke Australia yang telah dilepaskan dengan cara yang tidak disangka. Dengan tidak semena-mena Myself terpilih oleh ofis untuk membuat dua Business Trip yang berasingan ke Melbourne dan Sydney. Disebabkan Business Trip, tiket flight dan penginapan ditanggung oleh ofis. Selepas melaksanakan obligasi kerja, sempat juga kita berkunjung ke tempat-tempat yang patut kita pergi dalam trip ke Australia yang dilepaskan dulu. Begitulah kisah perjalanan yang Allah gantikan untuk Myself 6 tahun dulu.

Eropah Barat

Secara umumnya, benua Eropah terbahagi kepada 2 blok: Western Europe dan Eastern Europe. Ada banyak banyak takrif tentang negara-negara yang diklasifikasikan sebagai Western Europe dan Eastern Europe. Tapi takrif yang mudah adalah Western Europe terdiri dari negara-negara kaya yang terletak di sebelah barat benua Eropah manakala negara-negara miskin yang terletak di sebelah timur benua Eropah pula dikategorikan sebagai Eastern Europe. Perjalanan kami ke Western Europe pada tahun 2015 meliputi 6 buah negara: England, France, Belgium, Netherlands, Germany dan Switzerland.

Europe

England

England adalah negara pertama di Eropah Barat yang Myself kunjungi. Ketika itu Myself ke sana kerana menemani parents yang nak menghadiri majlis konvo adik di Salford berhampiran Manchester. Tempat paling menarik yang sempat kami kunjungi ketika itu adalah Lake District yang tidak berapa jauh dari Manchester sebenarnya.

Bowness-on-Windermere di Lake District
Pemandangan tipikal kawasan perbandaran di England
Kami juga kemudiannya berpeluang melawat ke London yang merupakan ibukota bagi England dan United Kingdom. Memang banyaklah tempat-tempat menarik yang dapat kami lihat sewaktu membuat London City Tour. Tapi kebanyakannya cuma dilihat dari atas bas.

Westminster Abbey
Changing of the Guards di Buckingham Palace
British Parliament dengan menara jamnya yang terkenal, Big Ben
Tower Bridge

France

Pengalaman paling istimewa bagi Myself sewaktu melawat ke France ialah apabila berpeluang menaiki keretapi laju Eurostar merentas Selat Inggeris.

Tren Eurostar di Stesen St Pancras, London
Walaupun suasana di Paris tegang dan sepi sewaktu ketibaan kami disebabkan tragedi pengeboman bersiri yang membunuh 130 nyawa berlaku seminggu sebelum ketibaan kami, keindahan kota Paris masih terserlah, terutama di kawasan berhampiran Sungai Seine.
 
Paris
Notre Dame Cathedral
Sungai Seine
Walau tak berkesempatan naik ke atas Menara Eiffel, hati cukup puas dapat melihat sendiri keindahan menara ini dari taman yang berhampiran.

Eiffel Tower
Pemandangan di bawah Eiffel Tower

Belgium

Belgium adalah sebuah negara kecil yang terletak di antara France dan Netherlands. Sepatutnya kami dibawa singgah melawat ibu kotanya yang bernama Brussels sewaktu dalam perjalanan dari Paris ke Amsterdam. Malangnya disebabkan suspek pengeboman Paris disyaki melarikan diri ke Brussels ketika itu, seluruh negara Belgium dikenakan Lockdown. Atas sebab keselamatan, kami cuma dibawa singgah ke Atomium yang terletak di luar kota Brussels sahaja.

Atomium
Pemandangan lebih dekat sfera yang membentuk Atomium

Netherlands

Netherlands adalah sebuah negara yang penuh dengan kincir angin. Di samping membekalkan tenaga elektrik, kincir-kincir angin ini juga digunakan untuk "berperang" dengan air laut.
 
Kincir angin moden yang menyambut kedatangan kami di Netherlands dari Belgium.
Ibu negara Netherlands yang bernama Amsterdam adalah sebuah bandar yang penuh dengan terusan, basikal dan bangunan-bangunan yang menarik.

Stesen Keretapi Amsterdam Centraal
Bergambar di tepi terusan di Amsterdam
Terusan dan basikal yang memenuhi kota Amsterdam
Kebanyakan rumah di tepi terusan di Amsterdam kini telah senget kerana dibina di atas asas yang lembut
Salah sebuah perkhidmatan Canal Cruise di Amsterdam
Houseboat turut menjadi pilihan sebagai tempat kediaman ramai warga Amsterdam
Amsterdam sering digelar sebagai City of Sin kerana membenarkan dadah dan pelacuran. Namun bagi orang Amsterdam, mereka menggelarkan kota mereka sebagai City of Freedom.

Rumah pelacuran di Amsterdam sering dipasang dengan langsir dan lampu yang berwarna merah sehingga menimbulkan gelaran Red Light District
 Cannabis Lollipop yang dijual secara terbuka di sebuah kedai cenderamata di Amsterdam
Disebabkan Amsterdam terkenal dengan industri menggilap batu berlian, kami turut dibawa melawat ke sebuah syarikat berlian yang terkenal di sana, Coster Diamonds.

Coster Diamonds adalah syarikat yang bertanggungjawab memasang perhiasan berlian pada mahkota yang dipakai oleh Queen Elizabeth II dalam pertabalan sebagai Ratu Inggeris dulu.
I amsterdam berhampiran Coster Diamonds
Selain melawat ke kota Amsterdam, kami juga dibawa melawat ke sebuah perkampungan tradisional Belanda yang bernama Zaanse Schans.

Kincir angin tradisional di Zaanse Schans
Dutch Lady
 Demonstrasi membuat terompah kayu yang dipanggil Clog

Germany

Germany adalah negara favourite Myself di Western Europe. Kami pernah berkunjung ke Germany sebanyak 2 kali dan kedua-dua lawatan memberikan kami memori yang menarik. Kami juga berjodoh dengan salji setiap kali berkunjung ke Germany kerana salji turun menyambut kedua-dua kedatangan kami ke negara ini.

Pemandangan indah sebuah perkampungan yang diseliputi salji di Germany
Kami pernah berkunjung ke 3 buah bandaraya di Germany: Frankfurt, Munich dan Cologne. Sesuatu yang kami perhatikan ialah tidak banyak terdapat bangunan-bangunan lama di Germany. Ini adalah kerana Germany dianggap sebagai sebuah negara musuh sewaktu Perang Dunia Kedua dan sering dibom oleh Tentera Bersekutu ketika itu.

Cologne
Frankfurt
Allianz Arena yang merupakan stadium bagi pasukan bolasepak Bayern Munich
Tapi ini tidaklah bermakna tak ada tempat bersejarah di kota-kota Germany. Adalah juga satu dua kawasan bersejarah yang masih tinggal dan ada di antaranya dibina semula seperti bangunan yang asal.

Romerberg adalah pusat bandar Frankfurt di zaman dulu-dulu
 Marienplatz pula adalah pusat bandar Munich di zaman dulu-dulu
Gereja lama Cologne Cathedral ini pernah memegang gelaran sebagai bangunan tertinggi di dunia pada satu ketika dulu
 Neuschwanstein Castle di Schwangau inilah yang memberi ilham kepada istana Sleeping Beauty yang didirikan oleh Walt Disney di taman tema Disneyland seluruh dunia.
Cuckoo Clock adalah kesenian tangan yang terkenal dari Germany. Untuk mempelajari bagaimana jam ini dibuat, kami dibawa melawat ke sebuah syarikat pembuatannya di Titisee-Neustadt yang terletak di daerah Black Forest.

Tasik Titisee
Drubba adalah syarikat pembuat Cuckoo Clock yang terbesar di Germany
 Cuckoo Clock
Pemandangan winter di Titisee-Neustadt
Sebuah tempat lagi yang istimewa pada pandangan Myself yang pernah kami lawati di Germany adalah Dachau Concentration Camp. Ia adalah kem tahanan Nazi yang dibina untuk menyiksa para tawanan mereka yang sebahagian besar terdiri dari Orang Yahudi. Memang terasa kekejaman Nazi pada ketika itu. Boleh terbayang kekejaman perang yang sedang berlaku di seluruh dunia ketika ini bila melawat ke Dachau Concentration Camp.

Dachau Concentration Camp
Krematorium pembakaran mayat tahanan
Gas Chamber yang digunakan untuk membunuh tahanan menggunakan gas beracun
Pemandangan di dalam bangunan berek tahanan
Abu mayat dari krematorium yang ditemui sewaktu kem ini diserbu oleh Tentera Bersekutu dulu disimpan di dalam kotak batu ini sebagai peringatan untuk generasi yang akan datang.

Switzerland

Negara terakhir yang kami kunjungi dalam trip ke Western Europe kami adalah Switzerland. Ia adalah sebuah landlocked country yang bergunung-ganang dan mempunyai pemandangan yang sangat indah.


Persinggahan pertama kami di Switzerland sebaik tiba dari Germany adalah air terjun terbesar di Eropah yang dinamakan Rheinfalls. Malangnya kami hanya dapat menikmati keindahan Rheinfalls ini di sebelah malam.

Rheinfalls
Kalau Cuckoo Clock boleh menjadi cenderamata yang menarik dari Germany, Swiss Army Knife pula boleh menjadi cenderamata yang menarik dari Switzerland. Cuma masalahnya harga kedua-duanya sangat mahal. Switzerland juga adalah tempat asal pelbagai jenama jam tangan terkenal dunia yang turut boleh dijadikan cenderamata menarik dari negara ini.

Swiss Army Knife
Bucherer di Lucerne ini adalah butik jam tangan Swiss yang terbesar di dunia.
Kami pernah berkunjung ke hanya 2 buah bandar di Switzerland: Zurich dan Lucerne. Zurich yang merupakan bandar terbesar di Switzerland adalah juga sebuah bandaraya yang moden walaupun tidak sehebat bandar-bandar besar lain di Eropah. Lucerne pula adalah sebuah bandar lama yang cantik dan bersejarah di Central Switzerland.

Zurich
Lucerne
Highlight kepada lawatan kami ke Switzerland adalah ketika berkunjung ke Mount Titlis. Memang sukar nak melupakan keindahan pemandangan salji yang membiru di situ sehingga kini.


Perjalanan kami ke Western Europe pada musim winter 2015 dulu memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Walau bagaimanapun satu kekurangan bila membuat travel di musim winter begini adalah masa siangnya yang sangat singkat. Kalau diizinkan Allah dan dimurahkan rezeki, Myself memang teringin nak repeat balik trip ke Western Europe ini tapi mungkin di musim yang lain pula.



TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):

No comments: