Saturday, 30 August 2008

2008 HONG KONG

Ogos 2008 

HONG KONG (1st VISIT) 

HARI PERTAMA

Part 1: Mong Kok 

Pengalaman percutian yang menyeronokkan ke Hong Kong bermula dengan penerbangan Business Class Cathay Pacific dari KLIA. Sebenarnya, kami mendapat free upgrade ke Business Class kerana flight overbooked.

Cathay Pacific yang membawa kami terbang ke Hong Kong
Terbang Business Class ke Hong Kong. Class gitu!
Penerbangan dari KL ke Hong Kong memakan masa 3 jam 30 minit. Setibanya di Hong Kong International Airport, tourist guide kami yang bernama Elton telah sedia menanti.

Tiba di Hong Kong Airport
Dari Airport, kami terus saja ke hotel penginapan kami, Royal Plaza Hotel yang terletak di kawasan yang bernama Mong Kok di Kowloon.

Kali pertama tiba di Hong Kong
Kagum melihat bangunan-bangunan pangsapurinya yang menjulang ke langit.
Pemandangan di Prince Edward Road, berhampiran Royal Plaza Hotel.
Pemandangan umum di Mong Kok.
Pemandangan hotel penginapan kami, Royal Plaza Hotel (bangunan pink bertingkap kaca biru) dari celah-celah bangunan di Mong Kok.
Hotel ini bersambung dengan sebuah shopping centre bernama Grand Century Place. Makanan halal agak sukar diperolehi di kawasan Mong Kok, nasib baiklah ada Delifrance di Grand Century Place yang menjual tuna sandwich.

Skywalk yang menyambungkan Royal Plaza Hotel dengan Grand Century Place
Grand Century Place - shopping centre bersebelahan Royal Plaza Hotel.
Tiada event yang diaturkan oleh Travel Agent pada petang itu. Jadi Myself dan husband hanya berjalan-jalan-jalan di sekitar Mong Kok. Mong Kok terkenal sebagai kawasan shopping di Kowloon. Setiap jalan di Mong Kok mempunyai jualan specialty masing-masing. 

Pemandangan Shopping Street di Mong Kok.
Lobi Royal Plaza Hotel
Pemandangan Mong Kok dari Royal Plaza Hotel
Pemandangan sekolah rendah Queen Elizabeth School di sebelah Royal Plaza Hotel.

YUEN PO STREET BIRD GARDEN

Yuen Po Street Bird Garden menjual burung-burung hidup di dalam sangkar.


Yuen Po Street Bird Garden
Pintu masuk ke Yuen Po Street Bird Garden yang terletak walking distance dari hotel.
Pemandangan di dalam Yuen Po Street Bird Garden.
Burung dalam sangkar yang dijual di Yuen Po Street Bird Garden.
Kedai-kedai yang menjual burung hidup di Yuen Po Street Bird Garden.

MONG KOK FLOWER MARKET

Di sebelah Bird Garden, ada pulak Pasar Bunga.


Pasar bunga di Mong Kok.
Bunga hidup yang dijual di Mong Kok Flower Market.
Memilih bunga untuk dibeli.
Hiasan bunga di Mong Kok Flower Market

GOLDFISH MARKET

Selang beberapa jalan dari Royal Plaza Hotel, ada pulak Pasar Ikan Emas.


Goldfish Market di Mong Kok
Skywalk.
Di sekitar pusat bandar di Hong Kong, terdapat laluan pejalan kaki dinamakan Skywalk yang merentasi jalan-jalan yang sibuk di bawahnya. Laluan pejalan kaki ini memudahkan orang tempatan dan pelancong bergerak ke destinasi tujuan tanpa halangan cuaca dan trafik.

Signboard yang berceracak seperti ini adalah trademark bagi Hong Kong.


HARI KEDUA

Part 2 : Disneyland

Hong Kong Disneyland yang terletak di Pulau Lantau menjadi destinasi pada hari kedua di Hong Kong. Kami ke sana menaiki shuttle bus dari hotel yang disediakan oleh Hong Kong Disneyland dengan ditemani Elton.


Pintu masuk ke Hong Kong Disneyland.
Memang excited tiba di Hong Kong Disneyland ni, maklumlah "The Happiest Place On Earth", lebih-lebih lagi ternampak patung Mickey Mouse tengah surfing atas fountain.

Patung Surfing Mickey ni bergerak turun naik atas fountain, macam betul-betul tengah surfing.
Masuk saja ke Disneyland, kita berjumpa dengan Main Street yang dibina macam jalan utama sebuah bandar kecil di Amerika.

Main Street, Disneyland. Di hujung Main Street adalah Cinderella Castle yang menjadi simbol Disneyland.
Disneyland famous dengan pelbagai perarakan Disney Magical Parade yang memang tidak dinafikan sangat menarik. Ia disertai pelbagai karakter Disney yang berarak sambil membuat persembahan. Perarakan ini diadakan 2 kali sehari: satu di sebelah pagi dan satu lagi di sebelah petang.

Menunggu parade dalam hujan. Kesian orang yang berdiri kat belakang tak nampak apa-apa.
High School Musical Parade - parade selingan sebelum Disney Magical Parade bermula.
Bergambar dengan staf yang mengawal parade waktu menunggu parade bermula.
Akhirnya, parade yang ditunggu bermula juga ..
Mickey & Minnie Mouse pasti muncul di setiap penghujung parade.
Selain parade, Disneyland juga ada beberapa persembahan berbentuk teater yang menarik. Atas saranan Elton, kami menonton "The Golden Mickeys". Tapi ada rasa sedikit pelik mendengar Mickey Mouse bertutur dalam bahasa Cina...

The Golden Mickeys.
Segmen Tarzan dalam The Golden Mickeys.
Segmen Mulan dalam The Golden Mickeys
Disneyland juga ada beberapa ride yang bertaraf World Class. Antara yang kami naiki ialah Jungle Cruise.

Beratur menunggu giliran untuk naik Jungle Cruise
Bot Jungle Cruise yang konon-kononnya membawa pengunjung mengembara ke hutan di benua Afrika.
Pemandangan Rumah Tarzan berdekatan dengan jeti Jungle Cruise. Walau bagaimanapun, kami tak berkunjung ke rumah Tarzan dalam kunjungan ke Disneyland ini.
Jungle Cruise penuh adventure.. Ketika ini bot sedang melalui air terjun. Memang basah sesiapa yang duduk kat tepi..
Bahang kepanasan dapat dirasakan sewaktu bot melalui gunung berapi Jungle Cruise.
We have no idea apa bendanya ride yang dinamakan Space Mountain ni pada masa tu.. Tengok orang ramai-ramai masuk ke bangunan Space Mountain, kami pun ikut sama.

Masa beratur tu, ada banyak "Escape Pod" disediakan oleh pihak Disney. Masa tu dah suspect sesuatu yang dahsyat sedang menanti. Tapi, tunjuk macho.. teruskan beratur.. 

Masa kenderaan ride tu sampai, terus je masuk tanpa suspect apa-apa. Lebih-lebih lagi sebab terpesona tengok bintang bertaburan di langit (siling bangunan sebenarnya). Oleh kerana tema ride ni adalah angkasa lepas, keadaan sekeliling hitam pekat..

Bila ride mula berjalan, barulah kami tahu yang Space Mountain ni sebenarnya roller coaster dalam gelap!! Gelapnya pulak cukup pekat sampai tak nampak landasan ride tu.. Sedar-sedar kami naik, turun, berpusing dan rasa macam nak tercampak keluar dari kenderaan ride tu! Macam nak tercabut jantung dibuatnya!


Space Mountain yang dahsyat di Hong Kong Disneyland.
Di sebelah petang, kami tonton satu lagi parade. Parade di sebelah petang ni adalah "Wet Parade" ~ main sembur-sembur air kepada penonton.

Askar Toy Story ni lah yang paling banyak sembur air kat orang.
Kalau tak mahu kebasahan sewaktu menonton Mickey's Waterworks Parade ini, boleh berdiri di Dry Area. Kat situ dijamin tak akan kena semburan air, tapi tak fun lah!

TUMPANG BERSOLAT DI BILIK VIP

Sewaktu melawat Hong Kong Disneyland, kami tercari-cari tempat yang sesuai untuk bersolat. Kemudian kami telah bertanya kepada seorang petugas di Guest Relations di mana kami boleh menumpang untuk bersolat. 

Petugas ini kemudiannya membawa kami ke Bilik VIP dan membenarkan kami bersolat di sana. Kata petugas itu lagi, bilik ini pernah digunakan oleh Presiden Amerika, George W. Bush sewaktu berkunjung ke sini dahulu. Wow, hebat betul kami dapat menggunakan bilik yang sama dengan Presiden Bush! 

Part 3 :Victoria Peak 

Atas saranan Elton, kami tak menunggu melihat Fireworks sebelah malam di Disneyland kerana dia nak membawa kami ke naik Peak Tram di Victoria Peak.

Kami meninggalkan Disneyland dengan keretapi Disneyland Express menuju ke stesen Sunny Bay sebelum bertukar keretapi ke Hong Kong Central.

Dalam keretapi Disneyland Express. Tingkap keretapi ni pun dibuat bentuk kepala Mickey Mouse.
Stesen Sunny Bay adalah stesen pertukaran tren ke Hong Kong Disneyland.
Menunggu tren ke Central Hong Kong di Stesen Sunny Bay
Peak Tram adalah keretapi funicular (macam kat Bukit Bendera di Pulau Pinang) yang membawa penumpang dari Hong Kong Central ke Victoria Peak, puncak bukit yang paling tinggi di Pulau Hong Kong.

Tiba di Hong Kong Central Station
Pemandangan di Hong Kong Central Station.
Countdown ke Beijing Olympic 2008
Ibu pejabat Hong Kong and Shanghai Bank.
Bangunan-bangunan tinggi di Hong Kong Central
Stesen bawah Peak Tram di Central Hong Kong
Menunggu giliran naik Peak Tram. Lelaki Cina yang memakai baju putih di depan tu adalah Elton.
Pemandangan di dalam Peak Tram
Pemandangan bandaraya Hong Kong sewaktu Peak Tram mula mendaki Victoria Peak.
Landasan keretapi ni amat curam, ada ketikanya penumpang macam nak terbaring sewaktu tren memanjat bukit.

Pemandangan bandaraya Hong Kong waktu malam dari Victoria Peak memang mengkagumkan.


Galeri pemerhatian pemandangan di Victoria Peak
Pemandangan malam bandaraya Hong Kong dari Victoria Peak.
Peak Galleria yang terletak di puncak Victoria Peak adalah sebenarnya sebuah pusat membeli-belah. Satu-satunya makanan halal yang kami temui di sini untuk dinner adalah tuna sandwich yang dijual di Delifrance.

Lepas dinner, kami melawat muzium patung lilin Madame Tussaud's. Sebahagian besar patung lilin yang terdapat di sini adalah bintang-bintang filem Hong Kong yang tidak kami kenali.

Bergambar dengan Brad Pitt berlatarbelakangkan bandar Hong Kong
Presiden Amerika sedang berucap dengan disokong Presiden Clinton di belakang.
Bergambar dengan Anita Mui.
Kami tak menaiki Tram untuk turun dari Victoria Peak. Sebaliknya Elton membawa kami naik bas 2 tingkat. Dia membawa kami naik ke tingkat atas bas dan beriya-iya menyuruh kami duduk di kerusi paling depan. 

Bila bas menuruni Victoria Peak, sekali lagi kami merasa macam naik roller coaster. Jalan yang dilalui bas curam, sempit dan berbelok-belok. Bila bas 2 tingkat kami berselisih dengan bas yang lain, rasa macam nak berlanggar. Elton cuma tergelak tengok kami berdua suspen begitu!  

HARI KETIGA

Part 4 : Hong Kong Central

Lawatan hari ketiga pada keesokan harinya adalah ke Pulau Hong Kong. Dari hotel penginapan kami di Kowloon, bas membawa kami merentasi pelabuhan Hong Kong menerusi Cross-Harbour Tunnel.


Cross-Harbour Tunnel yang merentasi Pelabuhan Hong Kong. Ia menghubungkan semenanjung Kowloon dengan Pulau Hong Kong.

STUBBS ROAD LOOKOUT

Di Pulau Hong Kong, kami dibawa ke Stubbs Road Lookout untuk melihat pemandangan bandaraya Hong Kong. Stubbs Road Lookout ini terletak di pertengahan jalan naik ke Victoria Peak yang kami kunjungi dengan Peak Tram pada malam sebelumnya.


Stubbs Road Lookout
Pemandangan bandaraya Hong Kong dan sebahagian semenanjung Kowloon dari Stubbs Road Lookout.
Pemandangan kemuncak Victoria Peak dari Stubbs Road Lookout.

GOLDEN BAUHINIA SQUARE 

Kemudian kami dibawa pula ke Golden Bauhinia Square yang terletak menghadap pelabuhan Hong Kong. Di sinilah berlakunya peristiwa bersejarah apabila Hong Kong yang menjadi jajahan British selama 99 tahun diserahkan kembali kepada China pada tahun 1997. 

Nama Golden Bauhinia diambil sempena ukiran bunga Bauhinia emas yang didirikan di hadapan Hong Kong Convention Centre ini.
Pemandangan Pelabuhan Hong Kong dari Golden Bauhinia Square.
Star Cruises
Pemandangan Central Hong Kong dari Golden Bauhinia Square.

ABERDEEN

Aberdeen adalah sebuah perkampungan nelayan di Pulau Hong Kong. Di sini, kita boleh menyewa bot untuk bersiar-siar di kawasan perkampungan nelayan.


Pemandangan menuju ke Aberdeen Harbour.
Pemandangan Ocean Park ketika menuju ke Aberdeen Harbour
Deep Water Bay
Pelabuhan Aberdeen
Sampan Tour di Aberdeen Harbour
Pemandangan di dalam sampan
Perkuburan di Aberdeen Harbour
Restoran terapung di Aberdeen
Perumahan awam di Pelabuhan Aberdeen.
Pemandangan di penghujung Aberdeen Harbour

PUSAT ISLAM OSMAN RAMJU SADICK

Persinggahan yang seterusnya ialah ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre yang terletak di tengah-tengah Hong Kong Central.

Osman Ramju Sadick Islamic Center.
Ruang Solat di Osman Ramju Sadick Islamic Center.
Makan tengahari kami disediakan di Pusat Islam Osman Ramju Sadick di Central Hong Kong. Istimewanya, masakan yang disediakan adalah authentic Chinese. Terperanjat tengok kaki ayam menjadi sebahagian hidangan utama yang dihidangkan.

Kaki ayam dan makanan-makanan lain Dim Sum Lunch di Osman Ramju Sadick Islamic Centre.
Pekerja di Pusat Islam Osman Ramju Sadick.

HARI KEEMPAT

Part 5: Kowloon

KOWLOON PARK 

Hari keempat adalah hari terakhir di Hong Kong. Memandangkan penerbangan pulang adalah di sebelah petang, Myself dan Husband menyewa sebuah teksi untuk pergi ke Kowloon Park.

Pintu masuk ke Kowloon Park.
Kowloon Park adalah sebuah taman awam yang besar di Kowloon. Di sebelah pagi, rupa-rupanya ramai warga emas Hong Kong datang ke taman ini untuk membuat senaman taichi. Menarik sungguh tengok pelbagai aksi taichi yang dipamerkan.

Pemandangan indah di Kowloon Park.

AVENUE OF STARS 

Dari Kowloon Park, kami berjalan kaki ke Avenue of Stars. Pemandangan Pelabuhan Hong Kong juga amat menarik dari Avenue of Stars. Kebetulan ada penggambaran filem sedang dilakukan di sana. Tapi disebabkan tak mengikuti perkembangan filem Hong Kong, maka tak kenallah pulak pelakon yang berlakon...


Avenue of Stars
Patung Bruce Lee di Avenue of Stars.
Krew filem sedang membuat penggambaran.

Part 6: Terbang Pulang

Jadual penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur adalah di sebelah petang. Ketika check-in, staf di kaunter Cathay Pacific kata travel agent di Kuala Lumpur lupa nak request Muslim Meal bagi penerbangan pulang ini.

Staf tu juga kata, dia boleh cuba mohon untuk kami, tapi tak jamin boleh dapat sebab tempahan Muslim Meal sebenarnya perlu dibuat awal. Kami minta staf tu cuba mohon, tapi kalau tak dapat pun tak apa. Penerbangan pulang dari Hong Kong ke KL memakan masa 3 1/2 jam. Rasa-rasanya, kalau tak ada Muslim Meal pun, boleh survive lagi sampai KL.

Menunggu flight balik ke KL.
Hong Kong Airport
Pesawat yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur.
Berbeza dengan penerbangan datang dulu, tak ada free upgrade ke Business Class dalam penerbangan pulang ini. Terpaksalah sedar diri naik Kelas Ekonomi. Bila masuk flight, kami didatangi oleh peramugara yang minta confirmation sama ada kami ada request Muslim Meal. Alhamdulillah, dapat juga makan Nasi Briyani halal dalam kapalterbang ni. 

Sebenarnya, ini kali kedua Myself menggunakan perkhidmatan Cathay Pacific. Kali pertama dulu adalah sewaktu berkursus ke Nagoya, Jepun. Lupa nak cerita dalam blog tu yang perjalanan ke Nagoya juga transit di Hong Kong. Penerbangan dari KL ke Hong Kong ketika itu menggunakan Malaysia Airlines, dan penerbangan sambungan dari Hong Kong ke Nagoya adalah menggunakan Cathay Pacific.  

Myself dan Husband juga cukup enjoy naik Cathay Pacific ni sehinggalah kami selamat sampai ke KL.