April 2021
Travel Review 11: Asia Timur
JAPAN (Nagoya, Tokyo & Yokohama)
Negara pertama di luar Asia Tenggara yang Myself pernah kunjungi adalah Jepun. Ia juga adalah antara negara oversea yang paling kerap Myself kunjungi. Sehingga ke tahun 2020, Myself dah berkunjung ke Jepun sebanyak 5 kali ~ 3 kali atas urusan kerja dan 2 kali lagi kerana bercuti. Myself juga dah pernah berkunjung ke 8 buah bandar di Jepun: Nagoya, Tokyo, Chiba, Sakata, Kashiwa, Yokohama, Kyoto dan Osaka. Tapi dari kesemua 8 buah bandar ini, Myself cuma nak buat review 5 buah bandar saja: Nagoya, Tokyo, Yokohama, Kyoto dan Osaka. Yang 3 buah bandar lagi iaitu Chiba, Sakata dan Kashiwa hanya dikunjungi atas urusan kerja semata-mata. Tak sempat pun nak melawat tempat-tempat menarik di sana. Jadi tak perlulah Myself nak review.
|
Peta Jepun |
Jepun adalah sebuah negara yang cantik dan menarik. Satu yang pasti kita perasan bila melawat ke negara ini adalah rakyatnya yang sangat berdisiplin sehingga menyebabkan kita pun terikut-ikut cara mereka. Bila mereka menunduk hormat kepada kita, kita pun akan automatik menunduk sama. Sesuatu yang lain yang Myself tak lupakan ialah sewaktu menggunakan Japan Airlines yang sebahagian besar penumpangnya adalah warga Jepun. Walaupun pesawat dah selamat landing dan parking di Airport Narita di Tokyo, tak seorang pun bangun untuk turun dan mengambil beg selagi tak mendengar pengumuman dari peramugari membenarkan kita berbuat demikian.
|
Terbang ke Jepun dengan Japan Airlines |
Satu lagi pengalaman yang tidak dilupakan ialah apabila mengalami gempa bumi. Ketika itu Myself sedang berkursus di Nagoya dan kami tinggal di asrama pusat latihan Chubu Kenshu Centre (CKC). Sewaktu kami tiba, perkara pertama yang diajar ialah apa yang patut dibuat jika berlaku gempa bumi. Antaranya ialah kita disuruh bersembunyi dalam almari pakaian untuk mengelakkan kepala tercedera ditimpa barang-barang yang mungkin terjatuh dari atas. Ketika gempa bumi berlaku, Myself baru nak tidur. Dengan tak semena-mena semua barang dalam bilik bergegar. Sedang kita teragak-agak nak lari masuk menyorok kat dalam almari, gegaran pun berhenti. Disebabkan peristiwa itu memang fobia bila nak melelapkan mata pada malam-malam yang berikutnya. Bumi Jepun sebenarnya boleh dikatakan sentiasa bergegar. Gegaran ini boleh dirasa bila kita sujud bersolat di ground floor bangunan di Jepun. Tapi janganlah pulak tuduh kita tak khusyuk bersolat sebab boleh merasa gegaran itu!
|
Budak-budak sekolah diajar berlindung di bawah meja seperti ini bila berlaku gempa bumi. Tapi orang tua macam kita yang tak muat masuk bawah meja kenalah menyorok dalam almari pakaian. |
Anda perasan tak yang Jepun dan Indonesia adalah dua buah negara yang paling kerap dilanda gempa bumi? Gempa bumi ini pulak seakan-akan bermusim. Bila dah ada satu gunung berapi meletus atau satu gempa bumi berlaku di satu tempat di Indonesia misalnya, akan ada letusan gunung berapi dan gempa bumi lain berlaku di tempat lain, juga di Indonesia. Begitu juga jika ia berlaku di Jepun. Bila ada satu tempat di Jepun kena gempa bumi, akan ada gempa bumi susulan lain juga di Jepun dan kadang-kala sampai ke Philippines sana.
Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana kedua-dua Jepun dan Indonesia terletak di penghujung sebuah plat tektonik bumi besar yang sama (Eurasian Plate). Cuma bezanya Jepun terletak di sebelah kanan dan Indonesia di sebelah kiri. Plat tektonik ini pulak seakan terapung dan sentiasa bergerak. Bila plat menghimpit ke kanan, Jepun akan mengalami gempa bumi dan bila plat menghimpit ke kiri, Indonesia pulak akan mengalami gempa bumi. Yang bernasib baik adalah negara-negara yang duduk di tengah-tengah plat tektonik ini macam Malaysia. Walau ia menghimpit ke kanan atau ke kiri, kita tetap macam itu juga. Cuma bila plat ini bertembung dengan plat lain di kanan atau di kiri dengan hentakan yang kuat, akan muncullah retakan-retakan kecil di sana-sini macam gempa bumi yang pernah melanda Sabah pada tahun 2015 dulu.
|
Peta Plat Tektonik Bumi |
Myself dan seorang rakan pernah membuat satu teori tentang bila waktu yang bagus nak melawat ke Jepun dan Indonesia. Bila musim Indonesia mengalami gempa bumi, itu bermakna Jepun sedang menjauh dari plat tektonik yang di sebelahnya. Jadi ia adalah waktu yang relatif selamat untuk melawat Jepun. Bila Jepun pulak sedang mengalami musim gempa bumi, itu bermakna Indonesia sedang selamat untuk dikunjungi kerana ia pulak sedang menjauh dari plat tektonik lain di sebelahnya. Tapi itu cuma teori kami, orang-orang yang tak mempunyai kelayakan dalam bidang Geologi. Hahaha!!
Bullet Train (Shinkansen)
Satu pengalaman yang pasti ingin dicuba oleh sesiapa juga yang berkunjung ke Jepun adalah nak menaiki keretapi peluru yang juga dinamakan Shinkansen. Alhamdulillah, Myself dah berpeluang naik Shinkansen ini sebanyak 3 kali. Kali pertama adalah sewaktu berkursus dari Nagoya ke Tokyo, kali kedua dari Tokyo ke Niigata sewaktu dalam perjalanan kerja ke Sakata dan kali ketiga dari Kakegawa ke Hamamatsu sewaktu mengikut Group Tour melawat ke Tokyo dan Osaka.
|
Shinkansen |
|
Shinkansen Hikari |
Sewaktu berkursus dulu, kami diberitahu ada 3 kelas perkhidmatan Shinkansen: Nozomi, Hikari dan Kodama. Nozomi adalah Shinkansen yang paling laju dan Kodama pulak yang paling slow. Tapi slow-slow Kodama itu pun, tetap lebih laju dari kebanyakan keretapi lain di dunia. Myself hanya berpeluang merasa naik Hikari dan Kodama. Belum berpeluang nak naik Nozomi lagi.
Nagoya
Nagoya adalah bandar pertama yang Myself jejaki di Jepun sewaktu dihantar berkursus ke sana selama 3 minggu dalam tahun 1999. Ia adalah bandaraya yang keempat terbesar di Jepun selepas Tokyo, Osaka dan Yokohama. Nagoya juga adalah Bandar Automotif Jepun kerana di sinilah letaknya ibu pejabat pengeluar kereta Toyota, Honda dan Mitsubishi.
|
Nagoya |
Tempat Myself berkursus dulu adalah sebuah bandar berhampiran Nagoya yang bernama Toyota City. Dari namanya pun dah tahu yang ia adalah tempat kilang kereta Toyota, kan?! Ada banyak industri lain di sekitar Kilang Toyota ini, tapi semuanya membuat parts untuk kereta-kereta Toyota. Kursus yang Myself ikuti dulu adalah mengenai Industrial Waste Recycling yang mana di antara perkara yang kami pelajari ialah bagaimana Toyota membuat recycling semua parts yang ada di dalam kereta Toyota. Masih teringat bagaimana ternganga kami semua peserta kursus yang datang dari Malaysia, Indonesia dan Philippines melihat bagaimana body sebuah kereta Toyota lama dihancurkan menjadi serbuk keluli di depan mata untuk dileburkan semula menjadi body kereta yang baru.
|
Pusat Bandar Toyota City |
|
Kereta untuk eksport di Pelabuhan Nagoya |
Nagoya adalah sebuah bandar yang menarik untuk dilawati tetapi tak ramai orang Malaysia yang datang bercuti ke sini. Di tengah bandar Nagoya, ada sebuah istana yang dinamakan Nagoya Castle. Ia dibina oleh seorang Shogun yang bernama Oda Nobunaga dan di dalamnya ada sebuah taman yang cantik dan muzium yang menarik.
|
Nagoya Castle yang terkenal dengan patung Dolphin Emas pada bumbungnya |
|
Muzium di dalam Nagoya Castle |
|
Taman cantik Ninomaru Garden yang terletak di perkarangan Nagoya Castle |
Tempat shopping yang popular di kalangan kami di Nagoya ketika itu adalah Osu Kannon. Osu Kannon adalah sebenarnya nama sebuah Buddhist Temple. Shopping centre yang juga dinamakan Osu Kannon terletak di belakang temple ini.
|
Kuil Osu Kannon |
|
Shopping centre di Osu Kannon |
Di Nagoya juga ada sebuah taman bandar yang dinamakan Central Park. Ia terletak berhampiran Nagoya TV Tower.
|
Nagoya TV Tower |
|
Pintu masuk ke underground shopping centre di Central Park |
Pada hujung minggu ada ramai anak muda Jepun yang berkumpul di Central Park untuk bermain alat muzik dengan sekuat hati. Mereka berkumpul dekat-dekat dan berlawan-lawan bermain muzik. Memang rasa macam boleh pecah gegendang telinga bila lalu dekat-dekat mereka.
|
Boleh pecah gegendang telinga jika lalu dekat dengan anak-anak muda yang bermain muzik dekat Central Park di Nagoya. |
|
Suasana damai di Central Park, Nagoya |
Myself tak berpeluang datang lagi ke Nagoya selepas tamat berkursus. Paling hampir, cuma melintas Pelabuhan Nagoya sewaktu dalam perjalanan dari Tokyo ke Osaka pada tahun 2014 dulu. Mudah-mudahan ada rezeki untuk Myself kembali lagi ke Nagoya di suatu hari yang indah nanti.
Tokyo
Tokyo adalah sebuah bandar yang pasti disinggahi dalam setiap kunjungan ke Jepun. Kalau mengikut program Tour dari Malaysia, tempat yang pasti akan dikunjungi adalah Asakusa Temple, Ginza dan Shinjuku.
|
Asakusa Temple yang juga dikenali sebagai Sensoji Temple |
|
Nakamise Street di belakang Asakusa Temple adalah tempat yang menarik untuk mencari souvenir dari Jepun |
|
Ginza |
|
Zebra Crossing yang sangat famous di Shinjuku |
Mungkin tak ramai yang tahu di Tokyo juga ada Sightseeing Bus yang dinamakan Hato Bus. Perkhidmatan Hato Bus ini bermula setiap hari dari Stesen Hamamatsucho di tengah Tokyo. Cara termudah nak sampai ke sini adalah menggunakan Yamanote Line dari mana-mana stesen dalam laluannya. Tak perlu risau jika terlepas stesen kerana Yamanote Line bergerak dalam satu pusingan bulatan.
|
Tempat permulaan Hato Bus Tour di Hamamatsucho Station di Tokyo |
Hato Bus menawarkan pelbagai pakej Tokyo Sightseeing. Myself dan rakan-rakan pernah mengikut pakej yang dinamakan Dynamic Tokyo. Ia membawa kita melawat ke beberapa tempat menarik yang jarang dikunjungi oleh rakyat Malaysia seperti Meiji Shrine, Imperial Garden dan membuat Cruise di Tokyo Bay sebelum berakhir di Odaiba. Ada juga Pakej Panorama Tokyo yang turut membawa pengunjung melawat ke Tsukiji Market, Tokyo Tower dan menyertai Japanese Tea Ceremony. Memang menarik, cuma masalahnya ~ harga pakej Hato Bus ini sangat mahal! Harga terkini yang Myself check di website mereka adalah kira-kira RM 500 seorang bagi Full Day Tour.
|
Hato Bus |
Disebabkan Hato Bus Tour ini sangat menarik, Myself nak bercerita tentang tour yang pernah kami ikuti. Setiap Hato Bus ada Tourist Guide masing-masing yang fasih berbahasa Inggeris dan akan turun bersama penumpang di setiap persinggahan. Mereka akan memberi penerangan kepada kita tentang tempat-tempat yang kita lawati.
Salah sebuah tempat menarik yang menjadi persinggahan Hato Bus kami adalah Meiji Shrine yang merupakan Kuil Shinto yang utama di Tokyo. Setiap tahun Maharaja Jepun akan datang ke sini untuk memberi penghormatan kepada tentera-tentera Jepun yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua. Tapi bila ini berlaku, akan adalah juga berita tentang tunjuk perasaan besar-besaran di negara seperti Korea dan China. Ini adalah kerana kedua-dua negara ini sangat menderita sewaktu penjajahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua dulu, maka mereka beranggapan tentera Jepun yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua dulu tidak wajar mendapat penghormatan seperti ini.
|
Meiji Shrine |
|
Tourist Guide Hato Bus kami menunjukkan cara Orang Shinto membersihkan diri sebelum masuk ke dalam kuil |
|
Penganut Shinto sedang bersembahyang di dalam kuil |
|
Upacara perkahwinan Shinto yang sempat kami saksikan di Meiji Shrine |
Sebuah lagi persinggahan yang menarik bagi kami ialah Imperial East Garden yang merupakan salah sebuah taman di Istana Maharaja Jepun. Pemandangan di taman ini sangat damai dan menarik.
|
Imperial East Garden |
|
Imperial East Garden adalah satu-satunya taman di Istana Maharaja Jepun yang dibuka untuk kunjungan awam. |
Membuat Tokyo Bay Cruise dengan kapal Symphony turut termasuk dalam tiket Hato Bus Tour kami.
|
Kapal Symphony |
|
Pemandangan sewaktu kapal Symphony lalu di bawah Rainbow Bridge |
Persinggahan terakhir Hato Bus Tour kami adalah Odaiba. Ia adalah sebuah shopping centre yang terkenal. Tapi kalau tak shopping sekali pun, ada banyak benda yang boleh diperhati di sekitar Odaiba seperti Bangunan Fuji TV dan Rainbow Bridge. Masa kami pergi dulu Statue of Liberty yang macam kat New York City itu pun ada kat sini. Ada juga Myself terbaca dalam blog orang-orang yang berkunjung ke sini lately yang Robot Gundam pun dah ada kat sini.
|
Pemandangan di Odaiba dengan Bangunan Fuji TV yang futuristik. |
|
Pemandangan bak New York City di Odaiba |
Pakej Hato Bus ini juga termasuk lunch di sebuah hotel di tengah Tokyo. Myself dah lupa nama hotel yang terletak menghadap ke Sumida River ini. Sebaik naik bas, penumpang diminta membuat pilihan: Western, Japanese atau Vegetarian. Untuk selamat Myself dan rakan-rakan memilih Vegetarian. Tapi tak menyesal sebab Tempura Sayur yang disediakan memang sedap. Puas cari, tak ada pulak gambar makanan yang dihidang kita ambik masa itu.
|
Pemandangan Sumida River dari dalam restoran tempat Hato Bus membawa kami makan tengahari. |
Sewaktu lawatan ke Tokyo ketika berkursus di Nagoya dulu, Myself dan rakan-rakan juga pernah dibawa melawat ke Tokyo Tower. Tokyo Tower ini memang sebiji macam rupa Eiffel Tower sebab pembinaannya memang meniru Eiffel Tower di Paris. Cuma bezanya ia dicat dengan warna oren dan putih untuk mematuhi peraturan penerbangan di Jepun.
|
Pemandangan Tokyo Tower dari bawah |
|
Pintu masuk ke Tokyo Tower |
|
Lif untuk naik ke Tokyo Tower |
Pemandangan bandaraya Tokyo boleh dilihat dari atas menara ini tapi personally bagi Myself, Tokyo bukanlah bandaraya yang cantik macam bandar-bandar di Eropah seperti Paris. Entah mengapa bangunan di Jepun memang selalu dibina berbentuk kotak, tak ada nilai artistik langsung! Kalau bernasib baik, kita dapat melihat Gunung Fuji dari Tokyo Tower.
|
Pemandangan dari Tokyo Tower |
Tokyo juga mempunyai 2 buah Taman Tema Disney yang kedua-duanya pernah Myself dan Husband lawati: Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea. Tokyo Disneyland lebih disasar kepada kanak-kanak manakala Tokyo Disneysea pula kepada orang dewasa. Kalau boleh, lawatlah kedua-duanya sebab memang menarik. Tapi kalau kita cuma ada masa sehari saja, takkan terhabis melawat Tokyo Disneyland ataupun Tokyo Disneysea. Satu lagi Myself nak pesan kalau berkunjung ke Tokyo Disneyland ialah jangan sekali-kali lepaskan mencuba ride Haunted Mansion.
Satu lagi pengalaman di Tokyo Disney Resort yang Myself nak bercerita ialah tentang orang-orang Jepun yang sangat berdisiplin walau sedang bersuka-ria di kedua-dua Tokyo Disneyland dan Disneysea. Semua orang akan duduk atas tanah ketika menyaksikan Parade supaya tak menghalang pandangan orang-orang yang di belakang. Myself juga kagum melihat orang Jepun dah mula duduk menunggu 2 jam sebelum Parade bermula. Bila petugas-petugas Disney mengajak mereka menari, mereka begitu sporting mengikut menggerak-gerakkan badan bersama-sama sambil-sambil duduk menunggu itu.
|
Ada dua buah Disney Resort di Tokyo: Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea |
|
Pintu masuk ke Tokyo Disney Resort |
|
World Bazaar di Tokyo Disneyland |
|
Disney Haloween Parade di Tokyo Disneyland. Senang nak ambil gambar sebab kita berdiri di belakang orang-orang yang tengah duduk melihat Parade lalu. |
|
Ride yang paling awesome di Tokyo Disneyland ~ Haunted Mansion |
|
Globe yang berputar sambil bergenang air di pintu masuk ke Tokyo Disneysea |
|
Duduk di lantai sambil melihat persembahan Legend of Mythica di Tokyo Disneysea |
|
Minnie Mouse yang tersesat di Tokyo Disneysea |
Tapi baik di Tokyo Disneyland mahupun Tokyo Disneysea, bersedialah nak beratur panjang kalau nak masuk ke mana-mana attractions. Orang Jepun gigih beratur, langsung tak lembik lutut macam kita walau terpaksa berdiri lebih sejam. Ingat lagi bagaimana Myself dan Husband saja yang duduk bersila atas lantai sambil beratur menunggu giliran di Tokyo Disneysea. Jepun-Jepun lain semua tu steady je berdiri!
Yokohama
Dalam satu lawatan kerja, Myself dan rakan-rakan turut berkesempatan berkunjung ke Yokohama, bandar pelabuhan utama Jepun yang terletak bersebelahan dengan Tokyo. Tapi disebabkan lawatan ini adalah lawatan singkat, kami cuma berkesempatan naik ke Landmark Tower di sana. Dapatlah melihat suasana di sekitar dari Obervatory yang terletak di Tingkat 69 menggunakan lif yang paling laju di Jepun pada ketika itu.
|
Landmark Tower di Yokohama |
|
Shopping centre di dalam Landmark Tower |
|
Pemandangan sebahagian Pelabuhan Yokohama dari Landmark Tower |
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):
nippon ., ;p
ReplyDelete