Disember 2013
Hong Kong (3rd Visit) & Macau
Hari 1: KUALA LUMPUR & HONG KONG DISNEYLAND
Percutian ke Hong Kong Disneyland & Macau sangat istimewa kerana ia adalah percutian keluarga. Menggunakan tawaran istimewa MATTA Travel Fair, seramai 15 orang ahli keluarga turut serta dalam percutian ini. Separuh bilangan ahli keluarga terdiri dari kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah.
Seperti biasa, percutian ini diaturkan oleh Myself. Memandangkan ini merupakan kunjungan ketiga dan inginkan sedikit kelainan, Myself membuat inquiry kepada beberapa travel agent untuk menyelit agenda perjalanan ke Macau ataupun ke Ocean Park di Hong Kong. Hampir saja cita-cita nak berkunjung ke Macau dibatalkan kerana kebanyakan travel agent hanya menawarkan tiket feri pergi-balik dari Hong Kong ke Macau dan aturcaranya Free & Easy di Macau.
Tidak seperti sesetengah pengembara yang gemar mengatur sendiri perjalanan mereka, Myself & Husband lebih sukakan perjalanan secara Guided Tour kerana masa mencari makanan halal dapat dijimatkan. Di samping itu juga dengan khidmat Tourist Guide, banyak maklumat dan tempat-tempat yang menarik dapat dilawati dalam masa dan bajet yang terhad, terutama jika tempat tersebut dilawati buat kali pertama. Myself juga tidak cenderung melawat Macau secara Free & Easy kerana maklumat yang dibaca dari blog-blog mereka yang pernah berkunjung ke sana semuanya memberikan feedback yang sama: makanan halal amat sukar diperolehi di Macau.
Salah sebuah travel agent yang dihubungi berjaya memberikan sebuah travel plan yang menarik meliputi percutian sehari ke Macau secara Guided Tour termasuk makanan halal untuk tengahari dan malam di sana. Kos yang ditawarkan juga setara jika berkunjung ke Ocean Park. Oleh yang demikian, dengan persetujuan seluruh ahli keluarga yang terlibat percutian 4 Hari / 3 Malam ke Hong Kong Disneyland & Macau diaturkan.
Part 1: Dari KL Terbang Ke Hong Kong
Perjalanan kami dari KL ke Hong Kong menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines yang berlepas dari KLIA pada pukul 9.15 pagi. Untuk memudahkan solat subuh di KLIA, kami memilih untuk keluar dari rumah seawal jam 5.00 pagi.
|
Oleh kerana kami adalah antara penumpang yang paling awal tiba, proses check-in berlangsung dengan mudah sekali dan tak perlu beratur panjang. |
|
Dalam Aerotrain menuju ke Gate Pelepasan |
|
Menunggu sarapan pagi disediakan di Restoran Jalan Alor di Bangunan Satelit KLIA. |
Perjalanan pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Hong Kong juga istimewa kerana kami berpeluang menggunakan khidmat pesawat jumbo Airbus 380 Malaysia Airlines. Perkhidmatan Airbus 380 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Hong Kong hanya dimulakan pada bulan Mei 2013. Sebelum ini, pesawat tersebut hanya memberi perkhidmatan bagi laluan KL-->London dan KL-->Paris.
|
Pesawat Airbus 380 yang membawa kami terbang ke Hong Kong. |
|
Menunggu pintu pelepasan dibuka untuk ke Hong Kong. |
|
Keluarga Abang tiba di Balai Berlepas |
|
Mengisi Immigration Card di Balai Berlepas untuk diserahkan kepada Imigresen sewaktu ketibaan di Hong Kong kelak. |
Airbus 380 adalah pesawat penumpang terbesar di dunia pada masa sekarang. Kebanyakan ahli rombongan merasa sangat excited kerana inilah kali pertama kami dapat menaiki pesawat tersebut.
|
Panggilan untuk pesawat kami ke Hong Kong - MH 0072. |
|
Pesawat ini mempunyai 2 tingkat deck penumpang. Kami walau bagaimanapun, mendapat tempat duduk di deck bawah. |
|
Ruang
tempat duduk Kelas Ekonomi dalam pesawat ini sangat luas dan selesa.
Tempat duduk kami terletak betul-betul di belakang ruang Kelas Pertama. |
Pesawat
Airbus 380 mempunyai kamera yang diletakkan di bahagian sayap belakang
pesawat. Setiap kali pesawat berlepas dan mendarat, kapten pesawat akan
menayangkan video dari kamera ini untuk membolehkan semua penumpang
melihat sendiri proses pelepasan dan pendaratan yang berlangsung.
|
Tayangan video secara langsung sewaktu pesawat Airbus 380 bergerak menuju ke landasan untuk berlepas dari KLIA. |
Disebabkan kesesakan trafik udara di KLIA, pesawat kami berlepas 10 minit lewat dari jadual.
|
Anak-anak kapal sedang menghidangkan sajian penerbangan kepada penumpang.
|
|
Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong |
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong memakan masa kira-kira 3 jam 30 minit. Walau lewat berlepas 10 minit dari KLIA, kami tetap tiba di Hong Kong pada pukul 1.00 tengahari mengikut jadual. Hong Kong dan Kuala Lumpur tidak mempunyai sebarang perbezaan waktu.
|
Tayangan video secara live sewaktu pesawat mendarat di Lapangan Terbang Hong Kong |
|
Menaiki tren dari Balai Ketibaan menuju ke tempat pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Hong Kong |
Tiba di Hong Kong, pemandu pelancong kami yang bernama Catherine telah sedia menanti. Dengan
menaiki bas yang disediakan khusus bagi rombongan kami, kami dibawa
menuju ke hotel penginapan kami yang terletak di kawasan Hong Kong
Disneyland.
|
Pemandangan di Lapangan Terbang Hong Kong |
|
Bertemu dengan pemandu pelancong, Catherine di Hong Kong Airport |
Part 2: Disney's Hollywood Hotel
Hotel penginapan kami pada malam pertama di Hong Kong adalah Disney's Hollywood Hotel yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Hong Kong.
|
Disney's Hollywood Hotel |
|
Lobi lif di tingkat bawah Disney's Hollywood Hotel |
|
Menunggu lif di lobi hotel. |
Oleh kerana Disneyland sangat mementingkan nilai-nilai kekeluargaan, bilik-bilik penginapan standard di Disney's Hollywood Hotel boleh didiami oleh 4 orang sekeluarga. Tema Mickey Mouse menghiasi bilik-bilik penginapan di hotel ini.
|
Bilik penginapan di Hollywood Hotel boleh didiami oleh 4 sekeluarga. |
|
Hiasan bertemakan Mickey Mouse di bilik penginapan |
|
Console telefon di bilik hotel |
Part 3: Hong Kong Disneyland
Selepas berehat selama sejam di bilik hotel masing-masing, kami berkumpul di lobi untuk bergerak menuju ke Disneyland.
Di Hong Kong Disneyland, terdapat 2 buah hotel yang dibina oleh pihak Disney untuk kemudahan pengunjung: Disneyland Hotel dan Disney's Hollywood Hotel. Secara umumnya, kos penginapan di Disneyland Hotel lebih mahal berbanding di Disney's Hollywood Hotel. Namun begitu, penginap di kedua-dua hotel boleh mengggunakan perkhidmatan bas shuttle percuma yang disediakan oleh pihak Disney dari hotel ke Disneyland.
|
Perhentian bas shuttle percuma di Disney's Hollywood Hotel |
Oleh kerana kedua-dua hotel sebenarnya terletak dalam kawasan Disneyland sendiri, perjalanan bas dari hotel ke pintu masuk Disneyland hanya mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja.
|
Aktiviti bergambar di pintu masuk ke Disneyland |
|
Pintu masuk ke Hong Kong Disneyland. |
|
Pancutan
air Surfing Mickey di belakang pintu masuk ke Disneyland. Patung Mickey
di pancutan air ini tidak lagi bergerak turun-naik seperti dulu. |
DISNEYLAND RAILROAD
Aktiviti pertama di Disneyland adalah menaiki keretapi Disneyland Railroad mengelilingi seluruh taman tema. Stesen utamanya adalah di Main Street dan terdapat juga sebuah lagi stesen di Fantasyland. Kami memilih menaiki keretapi ini dengan membuat satu pusingan lengkap dari Main Street Station.
|
Keretapi
Disney Railroad yang bergerak mengelilingi Disneyland sedang berhenti
di Main Street Station. Dari sebelah sini, keretapi ini tidak mempunyai
tingkap. |
|
Pemandangan di Main Street Station |
|
Dalam
keretapi mengelilingi Disney. Tempat duduknya sengaja dibina mengiring
untuk membolehkan semua pengunjung menikmati pemandangan dalam
Disneyland. |
Pemandangan-pemandangan menarik yang diperhatikan dari Disneyland Railroad:
|
Fantasyland |
|
Makhluk-makhluk
asing yang mengintai dan kononnya mencuri mengambil gambar penumpang
Disneyland Railroad sewaktu melintasi Tomorrowland. |
TAHITIAN TERRACE
Makanan tidak diaturkan oleh travel agent sepanjang 2 hari sewaktu kami berada di Disneyland. Namun mendapatkan makanan halal bukanlah sesuatu yang sukar di Disneyland kini kerana pihak Disney telah menyediakan 2 buah restoran halal untuk kemudahan pengunjungnya yang beragama Islam.
Salah sebuah restoran tersebut ialah Tahitian Terrace yang terletak di Adventureland. Di sinilah kami makan tengahari pada hari pertama (walaupun sangat lewat ketika itu, kira-kira pukul 5 petang).
|
Restoran Tahitian Terrace yang menjual makanan Halal di Hong Kong Disneyland |
|
Menu
yang dihidangkan di sini adalah makanan Indonesia, India, Jepun dan
Korea. Makanan dihidangkan secara set dan harganya sangat mahal (maklum
sajalah harga Disneyland). Namun yang lebih penting, ia dijamin Halal. |
|
Nasi Goreng Indonesia dengan air oren berkarbonat yang menjadi pilihan Myself di Tahitian Terrace. Kalau tak salah, harga set makanan ini kira-kira RM50. |
|
Suasana di Tahitian Terrace |
|
Lagi suasana di Tahitian Terrace |
JUNGLE CRUISE
Selepas makan, kami menaiki bot Jungle Cruise yang terletak tidak jauh dari restoran. Myself pernah menaiki Jungle Cruise ini dalam kunjungan-kunjungan ke Disneyland sebelum ini. Namun demikian, pengalaman menaiki Jungle Cruise kali ini agak berbeza kerana hari telah malam (walaupun ketika itu jam menunjukkan pukul 6 petang kerana ketika itu musim dingin di Hong Kong).
Pengembaraan Jungle Cruise ini ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di Hong Kong Disneyland. Dah pasti kami memilih cruise dalam Bahasa Inggeris dan kami agak bertuah kerana barisan cruise dalam Bahasa Inggeris agak pendek berbanding barisan cruise dalam Bahasa Cina.
|
Pemandangan dalam bot Jungle Cruise |
|
Pemandangan sewaktu bot meninggalkan jeti |
Cruise ini konon-kononnya membawa pengunjung mengembara ke hutan belantara di Afrika. Dalam perjalanan, kita bertemu dengan patung-patung animatronik binatang-binatang liar seperti gajah, badak sumbu, kuda belang, buaya dan sebagainya. Dalam kegelapan malam, patung-patung ini disuluh dengan cahaya lampu dan nampak agak realistik berbanding pemandangan pada waktu siang.
|
Antara binatang-binatang liar yang ditemui dalam Jungle Cruise. |
|
Khemah pemburu haram yang dilalui dalam Jungle Cruise |
|
Pemburu-pemburu haram ini terpaksa memanjat pokok untuk menyelamatkan diri dari disondol badak sumbu. |
|
Bahang kepanasan dari lava gunung berapi ini dapat dirasakan dari dalam bot. |
IT'S A SMALL WORLD
Untuk memujuk beberapa orang anak saudara yang masih kecil yang ketakutan sewaktu menaiki Jungle Cruise, kami seterusnya memilih naik ride yang dinamakan It's A Small World.
|
Bangunan yang menempatkan ride It's A Small World ini sangat cantik pada waktu malam. |
|
Pertunjukan patung-patung bergerak di luar bangunan ini sangat menarik bukan saja kepada kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. |
Ride berbentuk bot dan indoor ini melalui beberapa buah negara dalam perjalanannya, untuk menunjukkan kepada pengunjung betapa kecilnya dunia ini dan semua manusia boleh bekerjasama dan hidup dalam suasana aman damai.
|
Pemandangan di dalam It's A Small World |
|
Seksyen ini menggambarkan benua Amerika |
|
Seksyen benua Eropah |
|
Woody dari Toy Story menunggang llama di Amerika Selatan |
|
Benua Amerika Latin |
|
Replika Taj Mahal di benua Asia |
|
Lilo & Stitch di seksyen pulau-pulau Pasifik |
|
Haiwan-haiwan liar sedang menari-nari di Seksyen Afrika |
SPARKLING CHRISTMAS
Oleh kerana perayaan Krismas semakin menjelang, Disneyland turut meraikan tema Hari Natal.
|
Suasana Krismas di Hong Kong Disneyland |
Tepat
pukul 6.45 malam, ada perarakan kecil melalui Main Street dan
lampu-lampu hiasan pada pokok krismas gergasi di hadapan Main Street
Station dinyalakan.
|
Perarakan kecil sebelum dan selepas lampu pokok Krismas dinyalakan |
Acara ini diikuti dengan salji tiruan yang turun dari bumbung-bumbung bangunan berhampiran. Ia sangat mengujakan bagi pengunjung-pengunjung yang tak pernah tengok salji sebelum ini.
|
Salji tiruan di Disneyland |
TOMORROWLAND
Tujuan kedatangan kami ke Disneyland di sebelah malam sebenarnya adalah untuk menonton pertunjukan bunga api Disney yang sangat terkenal itu. Pertunjukan ini diadakan pada pukul 9 malam pada hari tersebut. Sementara menunggu pertunjukan dimulakan, kami menghabiskan masa yang terluang di kawasan Tomorrowland.
|
Pemandangan Tomorrowland pada waktu malam. |
|
Restoran makanan segera di Tomorrowland |
Anak-anak saudara yang lebih besar mengambil kesempatan di sini untuk menaiki roller coaster Space Mountain yang menakutkan itu. Mereka cukup excited dan mengulang naik roller coaster ini sebanyak 2 kali. Anak-anak saudara yang lebih kecil pula dibawa oleh Ayah dan Ibu mereka bermain permainan Buzz Lightyear berhampiran sementara Abang dan Kakak mereka menaiki Space Mountain.
Oleh kerana hari telah malam dan anak-anak mereka yang masih kecil telah kepenatan, Adik dan isterinya pulang ke hotel lebih awal. Ahli-ahli kumpulan yang lain terus tinggal di Disneyland dan menyertai "permainan" yang dinamakan Stitch Encounter.
|
Aksi bersama Stitch sewaktu menunggu teater interaktif bermula |
|
Satu lagi aksi sewaktu menunggu Stitch Encounter bermula |
Permainan Stitch Encounter berbentuk teater interaktif di mana watak Stitch berinteraksi secara langsung dengan penonton. Kami agak teruja kerana Abang menjadi penonton bertuah yang terpilih berinteraksi dengan Stitch sebagai tawanan yang terlepas dari penjara angkasa lepas. Sayang sekali lupa nak ambil gambar Abang sewaktu mukanya ditayang dalam skrin sebagai tawanan tersebut. Mujur juga jumpa satu gambar kat internet yang boleh dijadikan kenangan di sini.
|
Gambar
dari internet. Waktu kami di Stitch Encounter, muka Abang yang
terpampang di atas skrin sana sebagai tawanan yang terlepas dari penjara
angkasa lepas. |
FIREWORKS
Pertunjukan bunga api Disneyland dimulakan pada pukul 9 malam. Namun seawal jam 8.30 malam, pengunjung-pengunjung telah mula mengambil tempat di hadapan istana Sleeping Beauty untuk menyaksikan pertunjukan ini.
Sebelum pertunjukan bunga api ini dimulakan, istana Sleeping Beauty dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna-warni.
|
Hiasan lampu yang cantik sebelum pertunjukan bunga api dimulakan. |
Pertunjukan bunga api bermula tepat pada pukul 9 malam. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan dalam pertunjukan tersebut:
Part 4: Pulang ke Hollywood Hotel
Kami pulang ke Hotel Hollywood sebaik pertunjukan bunga api tamat dengan menggunakan perkhidmatan bas shuttle percuma. Perjalanan pulang ke hotel mengambil masa sedikit lama berbanding perjalanan datang tadi kerana bas membuat persinggahan di Disneyland Hotel terlebih dahulu sebelum menurunkan kami dan penumpang-penumpang lain di Hollywood Hotel. Namun begitu perjalanan keseluruhan masih memakan masa sekitar 5 minit.
|
Pemandangan Hotel Hollywood di waktu malam |
|
Pintu masuk ke lobi hotel |
Disebabkan kelaparan, Myself mengajak Husband ke sebuah restoran di Hotel Hollywood yang menjual makanan Halal. Restoran ini bernama Studio Lounge.
|
Restoran
Studio Lounge di Disney's Hollywood Hotel yang mempunyai 3 menu makanan
Halal. Gambar ini diambil di sebelah pagi sewaktu restoran belum
memulakan perniagaan. |
Namun begitu, tak semua makanan yang dijual di sini berstatus Halal. Menu makanan Halalnya cuma ada 3: Kari Kambing, Kurma Ayam dan Thai Green Curry Chicken. Pada mulanya kami memesan Kurma Ayam, tapi setelah pelayan restoran memeriksa di dapur, didapati stok Kurma Ayam telah kehabisan pada malam itu. Jadi terpaksalah berpuas hati dengan pesanan Thai Green Curry Chicken.
|
Pemandangan di dalam restoran Studio Lounge sewaktu menunggu pesanan Thai Green Curry Chicken disiapkan. |
Oleh kerana ketika itu waktu perniagaan restoran hampir tamat, kami cuma membungkus makanan untuk dibawa balik ke bilik. Harga makanan di hotel ini juga lebih mahal dari harga makanan di Disneyland. Tapi disebabkan kelaparan, redha sajalah ketika membayar harga makanan ini..
Bersambung ke Hari 2...
CATATAN PERJALANAN HONG KONG (3rd VISIT) & MACAU (2013):