Disember 2010
HONG KONG (2nd VISIT)
HK Disneyland & Ngong Ping
Kali kedua berkunjung ke Hong Kong adalah bersama 2 orang anak saudara dan rakan sepejabat, Nik. Husband tidak turut serta dalam lawatan ini.
Tidak seperti perjalanan-perjalanan lain sebelum ini, perjalanan ke Hong Kong kali ini adalah secara Free & Easy. Kami membeli sendiri tiket penerbangan Air Asia dan meminta pihak Apple Holidays mengaturkan ground arrangements sahaja.
Pengalaman pergi ke Hong Kong sebelum ini membuatkan Myself yakin untuk membuat perjalanan ini secara Free & Easy.
HARI PERTAMA
Part 1: Tiba Di Hong Kong
Kami tiba di Hong Kong pada lewat petang. Setibanya di sana, wakil agensi di Hong Kong telah sedia menunggu.
|
Pesawat Air Asia yang membawa kami terbang ke Hong Kong |
|
Berjalan ke pesawat di LCCT |
|
Menunggu tren di Hong Kong Airport |
|
Menunggu bagasi di Hong Kong Airport |
|
Suasana malam di Hong Kong Airport |
Terus saja kami dibawa ke hotel penginapan kami, Hotel Kimberley yang terletak di daerah Tsim Tsa Tsui di Kowloon. Agak terperanjat juga kerana kami diberi bas yang sangat besar untuk ke hotel sedangkan penumpangnya cuma kami berempat.
|
Pemandangan sewaktu ketibaan di Kimberley Hotel |
|
Pemandangan dari lobi Hotel Kimberley yang terletak di tingkat atas dari pintu masuk. |
|
Lobi Hotel Kimberley |
|
Kaunter pendaftaran di Kimberley Hotel |
HARI KEDUA
Part 2: Hong Kong Tour
Pagi-pagi lagi kami breakfast dengan memakan makanan yang dibawa dari Malaysia. Nik begitu rajin memasak nasi dan merebus telur untuk kami semua.
Selepas makan, kami turun ke tingkat bawah hotel dan berjalan-jalan di sekitar hotel. Cuaca pada pagi itu agak sejuk kerana musim dingin, tapi tidaklah sesejuk seperti lawatan ke Shanghai dahulu.
|
Persimpangan Nathan Road dan Kimberley Road |
|
Pemandangan di Kimberley Road berhampiran hotel. |
|
Knutsford Terrace terletak di atas bukit, betul-betul bertentangan dengan Hotel Kimberley. Di sini ada beberapa buah restoran makanan halal. |
|
Pemandangan tipikal di Kowloon. |
Program pagi ini adalah City Tour secara Sit-In Coach. Maknanya, tour bus akan mengumpul pelancong-pelancong dari berbagai hotel untuk dibawa berjalan bersama-sama. Tour guide kami di dalam bus tour ini bernama Freddy.
Selain kami, semua pelancong lain di dalam bas melancong secara Full Board (maknanya makanan disediakan di dalam tour). Oleh itu, bas membawa kami ke sebuah restoran bernama Fisherman's Restaurant.
Sambil pelancong-pelancong lain makan, kami hanya minum Chinese Tea.
|
Fisherman's Restaurant |
Part 3: Repulse Bay
Selepas pelancong-pelancong makan di Fisherman's Restaurant, bas membawa kami dari Kowloon ke Pulau Hong Kong dan terus ke Repulse Bay. Selain dari pemandangan pantai yang indah, di sini terdapat sebuah temple yang dinamakan Tin Hau Temple.
|
Central Hong Kong |
|
Tanah perkuburan awam di Central Hong Kong |
|
Bangunan-bangunan pencakar langit di Hong Kong |
|
Tiba di Repulse Bay |
|
Pintu masuk ke Tin Hau Temple di Repulse Bay |
|
Bergambar di Repulse Bay |
|
Pemandangan indah di Repulse Bay |
|
Pemandangan Tin Hau Temple |
|
Bersiar-siar di Repulse Bay |
|
Patung Sea Goddess di Tin Hau Temple. |
|
Tin Hau Temple di Repulse Bay |
|
Satu lagi pemandangan Tin Hau Temple di Repulse Bay |
|
Shower di pantai Repulse Bay |
|
Pemandangan pantai di Repulse Bay |
|
Pantai buatan di Repulse Bay |
|
Bas-bas pelancong di Repulse Bay |
Part 4: Aberdeen Fishing Village
Sekali lagi Myself berkunjung ke Aberdeen Fishing Village. Di sini kami menaiki sampan bersiar-siar di sekitar kampung nelayan. Kata Freddy, nelayan memilih untuk berkampung di sini kerana teluk ini terlindung dari serangan angin taufan yang melanda Hong Kong setiap tahun.
|
Sampan inilah yang disewa untuk bersiar-siar di kampung nelayan |
|
Bot kediaman nelayan di Aberdeen Harbour |
|
Pemandangan di dalam sampan |
|
Perahu layar milik orang-orang kaya di Hong Kong yang berlabuh di Aberdeen |
|
Bersama Syahirah dan Azian dalam sampan di Aberdeen |
|
Bot bomba dan Restoran Terapung |
|
Perumahan moden di belakang kampung nelayan |
|
Pemandangan jeti dari laut sewaktu sampan kembali ke daratan
|
Part 5: TSL Jewellery Store
Sedang kami berjalan ke arah yang ditunjukkan oleh Freddy, kami terserempak dengan sebuah restoran halal di dalam sebuah bangunan komersil yang bernama New Sangeet Restoran lalu membuat keputusan untuk terus makan di situ.
|
Tsim Tsa Tsui |
|
Berjalan mencari restoran Halal di Tsim Tsa Tsui |
|
The New Sangeet Indian Restaurant |
|
Di dalam New Sangeet Restaurant. Makanan Muslim di Hong Kong agak mahal. Kami terpaksa membayar sekitar HK$70 (RM 35) seorang setiap kali makan. |
Makanan di New Sangeet Indian Restaurant nyata sangat tidak mengecewakan. Malah sewaktu di dalam bas, kami turut mencadangkan restoran ini kepada seorang ahli rombongan wanita berbangsa Cina yang berasal dari Singapura. Menurut wanita itu, dia dah seminggu melancong ke China dan Hong Kong dan telah muak dengan makanan yang dihidangkan. Jadi dia bercadang nak mencuba makanan India di Hong Kong untuk kelainan.
Part 7: Ngong Ping
Fokus lawatan kedua kami di Hong Kong adalah Pulau Lantau.
|
Peta Pelancongan Hong Kong (Credit: Chinahighlights.com) |
Di sebelah petang, bas membawa kami ke Ngong Ping di Pulau Lantau. Sebenarnya untuk naik ke Ngong Ping yang terletak di puncak gunung ini, kita perlu menaiki cable car sepanjang 5.7 km yang merentasi laut dan gunung dari Tung Chung.
|
Menuju ke Ngong Ping |
|
Ini masih pemandangan di Kowloon |
|
Melintasi Pelabuhan Victoria menuju ke Pulau Lantau. Ngong Ping terletak di Pulau Lantau. |
|
Stesen bas Tung Chung di Pulau Lantau untuk membawa pengunjung ke Ngong Ping |
Malangnya (mungkin bagus juga sebab perjalanan cable car ini nampak sangat menyeramkan), sewaktu kami tiba di Tung Chung, cable car ini sedang dibuat penyelenggaraan dan tidak beroperasi. Jadi perkhidmatan bas disediakan untuk membawa pelancong dan juga penduduk tempatan ke Ngong Ping.
|
Stesen Cable Car Ngong Ping yang terletak bersebelahan dengan stesen bas Tung Chung |
|
Pemandangan dari atas bas menuju ke Ngong Ping |
|
Perjalanan ke Ngong Ping adalah perjalanan mendaki gunung. |
|
Satu lagi pemandangan dalam perjalanan naik ke Ngong Ping |
BIG BUDDHA & PO LIN MONASTERY
Tarikan utama di Ngong Ping adalah sebuah patung yang dinamakan Big Buddha.
|
Ngong Ping |
|
The Big Buddha di Ngong Ping |
Bersebelahan dengan Big Buddha, adalah sebuah kuil Buddha yang dinamakan Po Lin Monastery.
|
Po Lin Monastery di kaki Big Buddha |
|
Gerai-gerai cenderamata di luar Po Lin Monastery |
|
Taman berhampiran Po Lin Monastery |
NGONG PING VILLAGE
Bagi yang tidak beragama Buddha, tarikan utama di sini adalah Ngong Ping Village, sebuah perkampungan bertemakan kepercayaan Buddhist yang juga penuh dengan kedai-kedai menjual cenderamata.
|
Pintu masuk ke Ngong Ping Village |
|
Replika pohon Bodhi di Ngong Ping Village. Menurut kepercayaan Buddhist, di bawah pokok inilah Buddha mendapat enlightenment. |
|
Bodhi Wishing Shrine di Ngong Ping Village |
|
Penerangan tentang Bodhi Wishing Shrine |
Part 8: Avenue Of Stars
Sekembalinya ke Hotel, kami keluar lagi ke Nathan Road berhampiran hotel untuk mencari makan malam. Inilah kelebihan tinggal di kawasan Tsim Tsa Tsui, makanan halal amat banyak di sini.
Namun begitu, restoran-restoran Muslim selalunya terletak di kawasan yang agak ceruk. Jadi ada pekerja-pekerja restoran yang akan menunggu di tepi Nathan Road untuk membawa pelanggan ke sana. Mungkin disebabkan kami berempat memakai tudung kepala, mudah sahaja kami dikenali oleh pekerja-pekerja restoran ini. Jadi kami sering disapa mereka dan tidak sukar langsung bagi kami mendapatkan restoran halal.
|
Jalan-jalan mencari makan malam. |
|
Nathan Road di waktu malam. |
|
Makan malam di sebuah restoran Pakistan di Chungking Mansion yang terletak di Nathan Road. |
Selepas makan, kami berjalan kaki ke Avenue of Stars untuk menyaksikan pertunjukan Symphony of Lights. Myself pernah berkunjung ke sini sewaktu lawatan pertama dulu, tetapi pemandangan malam di sini amat berbeza dengan pemandangan di waktu siang.
|
Avenue of Stars |
|
Kapal persiaran yang berlabuh di Pelabuhan Hong Kong |
|
Pemandangan malam di Avenue of Stars |
|
Pemandangan Central Hong Kong yang dipenuhi lampu-lampu bercahaya dari Avenue of Stars. |
Sedang kami menikmati pemandangan bandaraya Hong Kong yang indah di seberang, semua pengunjung menjadi excited apabila tiba-tiba sebuah Chinese Junk lalu di hadapan.
|
Chinese Junk membawa pelancong yang lalu tiba-tiba di hadapan pengujung Avenue of Stars |
|
Chinese Junk berlalu pergi |
Kemudian, tibalah acara yang ditunggu-tunggu: Symphony of Lights. Dalam pertunjukan ini, bangunan-bangunan pencakar langit di Hong Kong akan diterangi cahaya dan memancar laser dari puncak bangunan masing-masing.
|
Pertunjukan Symphony of Lights dari Avenue of Stars |
HARI KETIGA
Part 9: Bersiar-siar di Kowloon
Program Hari Ketiga adalah lawatan ke Hong Kong Disneyland. Namun disebabkan taman tema tersebut dibuka pada pukul 10 pagi, kami mempunyai banyak masa terluang pada sebelah pagi. Untuk menghabiskan masa sementara menunggu bus pick-up ke Disneyland kami membuat keputusan untuk bersiar-siar di kawasan Nathan Road.
Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Masjid Kowloon yang terletak berdekatan dengan hotel. Bagi Myself, ini adalah masjid kedua yang dikunjungi di Hong Kong selepas Pusat Islam Osman Ramju Sadick dalam lawatan pertama dulu.
|
Masjid Kowloon |
|
Pintu masuk ke Masjid Kowloon |
Kedudukan masjid ini sangat strategik di tengah-tengah kawasan komersil Kowloon. Di belakang Masjid ini pula terdapat Kowloon Park, sebuah taman awam yang menjadi tumpuan masyarakat tempatan. Di sini juga kami bertemu dengan satu pasangan Muslim yang berasal dari Filipina.
Part 10: Kowloon Park
Walau kedudukannya berada di kawasan sibuk, Kowloon Park tenang sekali. Berbeza dengan suasana keliling yang dipenuhi bangunan-bangunan konkrit, Kowloon Park penuh dengan kehijauan.
|
Pintu masuk ke Kowloon Park di celah-celah bangunan konkrit |
|
Tasik di Kowloon Park |
|
Burung-burung Bangau hidup liar di Kowloon Park |
|
Bunga-bungaan yang cantik di Kowloon Park |
|
Senaman Tai Chi di Kowloon Park |
|
Pemandangan indah di Kowloon Park |
|
Bersiar-siar di Kowloon Park |
|
Pintu masuk ke Taman Burung di Kowloon Park |
|
Ukiran moden di Kowloon Park |
Tiba masa untuk bus pick-up, kami kembali ke hotel. Namun sempat membuat persinggahan lalu di Miramar Shopping Centre, tidak jauh dari Kimberley Hotel.
|
Suasana Krismas di Miramar Shopping Centre, Kimberley Road |
|
Pemandangan Hotel Kimberley (bangunan tinggi yang berwarna pink dan bertingkap biru di sebelah kanan jalan) dari Miramar Shopping Centre |
Part 11: Hong Kong Disneyland
Berkunjung lagi ke Hong Kong Disneyland. Kali ini bersama Nik dan 2 orang anak saudara yang begitu excited sampai ke sini.
|
Parking bas di Hong Kong Disneyland. |
|
Shuttle Bus Station di Hong Kong Disneyland. Perkhidmatan bas shuttle ini disediakan khas bagi pengunjung yang memilih untuk tinggal di Hotel Disneyland |
|
Patung Surfing Mickey di pintu masuk ke Disneyland |
|
Beginilah ramainya pengunjung ke Hong Kong Disneyland sewaktu kami berada di sana. |
|
Pesanan dari pengasas Disneyland kepada semua pengunjung. |
|
City Hall di Main Street, Disneyland. |
|
Ramainya pengunjung ke Disneyland hari ini. |
|
Berjalan-jalan di Main Street, Disneyland |
|
Oleh kerana ketika itu musim perayaan Krismas, maka banyaklah perhiasan yang berkait dengan Krismas. Antaranya adalah Goofy's Gingerbread House |
Karekter Disney terdapat di mana-mana di Hong Kong Disneyland.
|
Mickey dan Minnie Mouse |
|
Sleeping Beauty |
|
Belle dari kisah dongeng Beauty and The Beast |
|
Cinderella |
Kami juga menonton 2 persembahan menarik di Disneyland: The Golden Mickeys dan The Lion King Festival.
|
Sketsa dari Little Mermaid dalam persembahan The Golden Mickeys |
|
Saat Simba dinobat menjadi Lion King di penghujung persembahan Lion King Festival. |
Menonton parade juga menjadi kemestian bagi semua pengunjung ke Disneyland.
|
Perarakan Disney Magical Parade yang bertemakan Krismas |
|
Lagi suasana dari Disney Magical Parade |
|
Perarakan Procession of Toys di sebelah malam di Hong Kong Disneyland |
Beberapa ride turut dicuba dalam kunjungan ke Hong Kong Disneyland.
|
It's A Small World |
|
Pemandangan di dalam ride It's A Small World. Ride ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kecil. |
|
Syahirah dan Azian naik Space Mountain yang menakutkan itu di sini sebanyak 2 kali. |
|
Di dalam bangunan ini terdapat ride bertemakan Buzz Lightyear |
|
Naik Disney Railway mengelilingi Disneyland. Tempat duduk dalam keretapi ini disediakan mengiring dan bertingkat bagi membolehkan pengunjung menikmati pemandangan di dalam Disneyland. |
|
Naik rakit beramai-ramai untuk berkunjung ke Rumah Tarzan |
|
Berkunjung ke rumah Tarzan di Disneyland |
|
Jungle Cruise |
Di sebelah malam, ada salji buatan disembur dari bumbung bangunan di Main Street. Memandangkan sebenarnya salji tak pernah turun di Hong Kong dan selatan China, salji buatan ini mengujakan ramai pengunjung.
|
Salji buatan di Hong Kong Disneyland |
|
Salji di atas bumbung bangunan |
Setiap malam, sebelum Hong Kong Disneyland ditutup pada pukul 10 malam, ada persembahan Fireworks yang sangat cantik. Sejak awal-awal lagi, pengunjung akan berkumpul berhampiran Cinderella Castle untuk menyaksikan persembahan yang hebat ini.
|
Persembahan Fireworks di penutup Hong Kong Disneyland. |
Part 12: Makan Malam Di Knutsford Terrace
Balik ke hotel, hari sudah lewat malam namun kami masih belum makan malam. Sebelum balik ke hotel untuk tidur, kami berkunjung ke sebuah restoran halal di Knutsford Terrace (dah lupa nama restoran ini) untuk makan.
|
Tangga naik ke Knutsford Terrace berhadapan Hotel Kimberley. Pemandangan ini diambil pada waktu siang. |
|
Restoran yang menjual makanan Thai dan Melayu di Knutsford Terrace, tapi tak pasti sama ada ia Halal atau sebaliknya. |
HARI KEEMPAT
Part 13: Pulang Ke Malaysia
Tiada aktiviti dirancang pada hari terakhir di Hong Kong selain perjalanan pulang. Pemandangan indah kesibukan Pelabuhan Victoria di Hong Kong menggamit sepanjang perjalanan kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.
|
Pelabuhan Victoria di Hong Kong |
|
Kesibukan lori-lori kontena di Pelabuhan Victoria, Hong Kong |
|
Jambatan Tsing Ma juga dilalui dalam perjalanan ke Airport |
|
Menunggu pesawat di Hong Kong Airport |
|
Pintu Perlepasan kami di Hong Kong Airport |
Kami pulang ke Kuala Lumpur dengan seribu kenangan manis yang dibawa bersama dari Hong Kong. Bagi Myself, walau ini lawatan kedua, pengalaman yang dilalui amat berbeza dengan pengalaman dalam lawatan pertama dahulu.
CATATAN PERJALANAN LAIN (HONG KONG):