Friday, 10 December 2021

2021 TRAVEL REVIEW 46 - EROPAH TIMUR (HUNGARY)

Disember 2021

Travel Review 46 : Eropah Timur
HUNGARY (Budapest)

Salah sebuah perkara yang membuatkan Myself merasa sangat excited untuk mengikut Group Tour ke Eropah Timur dulu adalah bila melihat salah sebuah negara yang akan dilawati adalah Hungary. Semasa Husband single dulu, dia pernah melawat ke Hungary dan dia selalu bercerita tentang keistimewaan Hungary kepada kita. Jadi bila melihat ada Hungary dalam itinerary lawatan, memang kita rasa seronok.

Myself akui sebelum sampai ke Hungary, tak banyak yang Myself tahu tentang negara ini. Kedudukan sebenar Hungary dalam peta Europe pun kita tak tahu. Yang kita tahu hanyalah Hungary mesti terletak dekat-dekat dengan Russia sebab ia adalah bekas sebuah negara komunis dulu.

Peta kedudukan Hungary di Eropah

Budapest

Budapest adalah ibu negara Hungary yang terletak di tebing Sungai Danube. Jika selama ini Myself merasakan pemandangan di pinggiran Sungai Seine di Paris sangat cantik, pemandangan di pinggiran Sungai Danube di Budapest lebih cantik lagi. Ini bukanlah satu exaggeration kerana pemandangan persisiran Sungai Danube di Budapest telah mendapat pengiktirafan sebagai World Heritage Site dari UNESCO.

Pemandangan Budapest dari Citadel
Bangunan Parlimen Hungary ini adalah bangunan parlimen yang terbesar dan dianggap tercantik di dunia.
Pemandangan Buda Castle di atas sebuah bukit di seberang Sungai Danube
Pemandangan lebih dekat Bangunan Parlimen Hungary
Pemandangan keindahan Budapest di sebalik Liberty Bridge
Myself akui pemandangan Budapest di sebelah siang sangat indah. Memang tak diragui pengiktirafan UNESCO World Heritage Site yang diberi kepadanya. Tetapi di sebalik hakikat itu, pemandangan malam di Budapest lebih out of this world...

Pemandangan Buda Castle dan Elisabeth Bridge di waktu malam
Liberty Bridge di waktu malam
Central Market Hall
Seperti Germany, Hungary juga adalah sebuah negara yang sangat terkesan dengan pemerintahan Nazi. Pertempuran hebat di antara tentera Nazi Germany dengan tentera komunis Soviet Union pernah berlaku di sini semasa Perang Dunia Kedua. Yang menderita dalam peperangan ini dah pasti rakyat Hungary.

Gambaran kemusnahan kota Budapest pada masa Perang Dunia Kedua
 House of Terror ini adalah ibupejabat polis rahsia Nazi yang dinamakan Arrow Cross pada masa dahulu.
Shoes On The Danube ini adalah sebuah monumen Holocaust di tebing Sungai Danube.

Buda

Secara kasarnya Budapest terbahagi kepada dua kawasan: Buda dan Pest yang kedua-duanya dipisahkan oleh Sungai Danube. Kawasan bersejarahnya banyak tertumpu di sebelah Buda. Di sinilah letaknya beberapa tarikan pelancongan yang popular seperti Citadel, Buda Castle dan Fisherman's Bastion yang terletak di atas Bukit Gellert.

Citadel yang dibina oleh Soviet Union untuk meraikan 'pembebasan' kota Budapest dari pemerintahan Nazi.
Pemandangan Buda Castle dari Citadel
Gereja Matthias
Patung St Stephen di depan Gereja Matthias
Fisherman's Bastion
Di kaki Bukit Gellert pula terdapat tarikan seperti Gellert Thermal Baths dan Cave Church yang boleh dilawati.

Bukit Gellert
Gellert Thermal Baths
Cave Church

Pest

Pest pula adalah kawasan yang lebih moden di Budapest. Di sinilah letaknya Andrassy Avenue yang dikatakan setanding dengan Champs Elysees di Paris.

Sempadan Buda dan Pest yang ditandakan dengan jelas di atas Liberty Bridge
Andrassy Avenue di Budapest ini sering dibandingkan dengan Champs Elysees di Paris
Heroes' Square
Bangunan-bangunan peninggalan komunis banyak dilihat di sekitar Budapest
Tram di Budapest
Kami tak berada lama di Budapest ~ hanya 2 Hari 1 Malam. Walaupun begitu, cukup puas hati dapat melawat ke banyak tempat yang menarik di kota ini. 

Sungai Danube yang membelah kota Budapest
Di Budapest juga, Myself nak recommend supaya anda singgah makan di sebuah restoran Turki yang bernama Star Kebab. Bukan saja makanan di restoran ini sedap, ia juga mempunyai sebuah surau yang luas dan selesa untuk kemudahan bersolat. Kedudukan restoran ini di tepi jalan besar berhampiran sebuah kawasan yang bernama Oktagon dan berdekatan dengan Stesen Keretapi Budapest memudahkan pencarian.

Restoran Star Kebab
Pemandangan Stesen Keretapi Budapest dari depan Restoran Star Kebab

Kisah penuh perjalanan kami di Budapest, Hungary boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):

No comments: