Februari 2021
Travel Review 05 - Asia Tenggara
THAILAND (Southern Thailand & Bangkok)
Myself pernah melawat ke Thailand sebanyak 3 kali. Kali pertama ke Southern Thailand (Haadyai & Songkhla), kali kedua hanya ke Bangkok dan kali ketiga ke Bangkok & Central Thailand (Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi). Tidak seperti Singapore & Brunei, Thailand memang masuk dalam list tempat favourite bagi Myself.
|
Peta Thailand |
Southern Thailand (Haadyai & Songkhla)Kali pertama Myself melawat ke Thailand adalah ketika mengikut rombongan kawan-kawan Emak dan Ayah membuat shopping trip ke Haadyai di Southern Thailand. Bila dah namanya shopping trip memanglah banyak masa dihabiskan dengan pergi shopping. Kami menaiki bas persiaran yang disewa khas direct dari Batu Gajah di Perak menuju ke Haadyai.
|
Sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah |
|
Haadyai |
Dalam sibuk shopping-shopping, sempat juga kami dibawa melawat ke Temple of Reclining Buddha dan Samila Beach di Songkhla. Pada tahun 1996 seperti itu, rasa-rasanya itu sajalah tempat menarik yang ada di sana. Bila Myself baca blog orang-orang yang bercuti ke Haadyai dan Songkhla sekarang, macam dah ada banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati. Mungkin dah tiba masanya untuk kami revisit kembali ke Haadyai dan Songkhla.
|
Temple of Reclining Buddha |
|
Songkhla |
Kisah penuh lawatan Myself ke Southern Thailand boleh dibaca di sini:
Myself dan Husband pernah dua kali melawat ke Bangkok dan kami memang suka dengan kota ini. Ada banyak pengalaman menarik yang kami perolehi melalui kedua-dua lawatan ini.
Tempat yang paling menarik yang pernah kami lawati di Bangkok adalah Grand Palace yang merupakan kediaman rasmi King of Thailand. Baginda dan keluarga tak lagi tinggal di sini sekarang. Istana ini lebih digunakan bagi upacara-upacara rasmi yang melibatkan Raja.
|
Grand Palace |
|
Pintu masuk ke Grand Palace |
Grand Palace dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang bersalut emas. Bersinar-sinar rupanya di bawah sinaran matahari. Senibina bangunannya juga mengkagumkan kerana menggabungkan elemen senibina Barat dan Thai Tradisional.
|
Bangunan-bangunan yang bersalut emas di perkarangan Grand Palace |
|
Chedi emas di dalam Grand Palace |
|
Walau dibina menggunakan senibina Barat, bangunan Maha Chakri Prasat Hall ini tetap dipakaikan dengan topi tradisional Siam |
|
Changing of the Guards |
Agama rasmi Thailand adalah agama Buddha. Maka tidak hairanlah jika temple-temple Buddha turut menjadi antara tarikan pelancongan yang penting di Bangkok. Sami-sami Buddha juga sangat dihormati oleh penduduk tempatan. Malah, pemuda-pemuda Thai akan menghabiskan sebahagian masa remaja mereka menjalani hidup sebagai sami di Kuil Buddha.
|
Wat Arun |
|
Temple of the Emerald Buddha di dalam perkarangan Grand Palace |
|
Sami-sami Buddha sangat dihormati di Thailand |
|
Golden Buddha Temple |
|
Golden Buddha yang diperbuat dari emas padu |
|
Wat Pho yang merupakan tempat asal Traditional Thai Massage |
|
Patung Reclining Buddha terbesar di Thailand di dalam Wat Pho |
|
Remaja Buddhist di Thailand akan menghabiskan sebahagian masa mereka dengan menjadi sami di kuil. |
|
Four Faced Buddha di tengah-tengah kota Bangkok ini pernah dibom pengganas pada tahun 2015 sehingga membunuh 20 orang dan mencederakan 125 orang yang lain. |
Budaya Thailand juga menarik bagi kami. Ada iras-iras macam budaya Melayu tetapi tebal dengan pengaruh ajaran Buddha. Dalam dua kunjungan kami ke Bangkok, kami sempat berkunjung ke dua buah Thai Cultural Centre: Silom Village dan Rose Garden.
Silom Village terletak di tengah-tengah kota Bangkok. Ada banyak kesenian Thai yang 'kaku' seperti makanan dan seni gubahan dipertunjukkan di sini.
|
Silom Village |
|
Masakan cara tradisional di Silom Village |
|
Duduk bersila untuk makan cara Thai |
|
Persembahan kebudayaan di Silom Village |
Rose Garden pula terletak di luar kota Bangkok. Tidak seperti Silom Village yang menunjukkan kesenian Thai yang bersifat 'kaku', Rose Garden pula menunjukkan kesenian Thai yang 'hidup'. Di sini ada dibina replika perkampungan Thai yang tipikal lengkap dengan alat seperti pengisar padi tradisional dan haiwan ternakan seperti kerbau. Tapi syukurlah mereka tak bela babi di Rose Garden. Malah pertunjukan gajah menarik balak juga boleh dilihat di sini.
|
Pintu masuk ke Rose Garden yang terletak di luar kota Bangkok |
|
Suasana perkampungan tradisional Thai di Rose Garden |
|
Replika rumah kampung di Rose Garden |
|
Kerbau ternakan di Rose Garden |
|
Persembahan kebudayaan Thai di Rose Garden |
|
Demonstrasi upacara untuk meraikan remaja yang akan berkhidmat menjadi sami di Kuil Buddha |
|
Demonstrasi upacara perkahwinan Thai |
|
Demonstrasi gajah menarik balak |
Thailand juga terkenal dengan pasar-pasar terapungnya. Salah sebuah pasar ini yang sempat kami lawati ialah Damnoen Saduak Floating Market yang merupakan pasar terapung yang terbesar di Thailand. Ia terletak kira-kira sejam perjalanan dari Kota Bangkok.
|
Damnoen Saduak Floating Market |
Sebuah lagi pasar di Thailand yang unik dan sempat kami lawati adalah Maeklong Railway Market. Pengalaman melawat ke pasar yang terletak di tengah-tengah rel keretapi ini memang menarik terutama ketika keretapi lalu merentasinya. Keretapi akan lalu merentasi pasar ini cuma 2 kali sehari. Jadi pastikan anda tahu jadual keretapi ini lalu untuk menikmati keunikannya.
|
Maeklong Railway Market |
|
Pemandangan sewaktu keretapi lalu di Maeklong Railway Market |
Thailand juga terkenal sebagai negara yang mempunyai ramai pondan. Malah kami diberitahu, kebanyakan rakyat Thai kini sangat terbuka jika ada di antara ahli keluarga mereka yang ingin membuat pertukaran jantina. Sewaktu di Bangkok, kami pernah menonton persembahan oleh pondan yang dinamakan Cabaret Calypso Show atas recommendation dari Tour Guide kami. Persembahan ini hebat dan profesional. Ada di antara performers ini yang cantik dan jelita sehingga mengalahkan kita yang dilahirkan sebagai perempuan sejati. Ada juga yang ciri-ciri lelakinya masih ketara, mungkin disebabkan belum habis membuat treatment. Tapi berhati-hati kalau nak menonton persembahan begini kerana bukan kesemuanya bersifat profesional. Ada banyak juga persembahan pondan yang bertujuan memancing pengunjung yang tidak bermoral.
|
Suasana sebelum persembahan bermula |
|
Calypso Cabaret Show |
Tak perlu risau kalau nak bershopping di Bangkok sebab shopping centre yang besar-besar memang selalu ada gerai makanan Halal di Food Court mereka.
|
Gerai makanan Halal di Shibuya Mall Food Court di Pratunam, Bangkok |
Thailand juga memang shopping heaven bagi rakyat Malaysia. Ini terbukti dengan beberapa shopping centre yang menarik di Bangkok yang sempat kami kunjungi. Jenama pakaian antarabangsa yang dijual di Thailand ada yang unik dan tidak terdapat di Malaysia. Barang-barang tiruan terutama pakaian juga mudah didapati dan kualitinya ada kalanya sekali imbas macam barangan tulen.
|
Pratunam adalah salah sebuah pusat membeli-belah di Bangkok. Ada sebuah perkampungan Muslim yang terletak berhampiran sini. |
Myself rasa memang seronok melawat ke Bangkok. Selain tarikan-tarikannya yang dah memang popular ke seluruh dunia, ada juga tempat menarik lain yang di dalam kategori mereka tersendiri yang worth visiting, kata Orang Putih. Antara yang pernah kami kunjungi termasuklah Chocolate Ville, Yodpiman Flower Market dan Asiatique Waterfront.
|
Chocolate Ville |
|
Yodpiman Flower Market |
|
Asiatique |
Suatu yang Myself nak promote kepada sesiapa yang berhajat berkunjung ke Bangkok ialah hotel Muslim bertaraf 4 bintang yang pernah kami stay dulu. Hotel ini bernama Nuovo City Hotel dan terletak dekat dengan Grand Palace. Nak berjalan kaki ke Grand Palace pun boleh. Petugas-petugasnya ramai yang Muslim dan makanannya pun Halal. Service dan facilities di hotel ini pun bagus. Disebabkan lokasinya di tengah-tengah kota Bangkok, banyak kemudahan jika nak bergerak ke mana-mana.
|
Nuovo City Hotel |
|
Kaunter reception di Nuovo City Hotel |
|
Award yang pernah diterima oleh Nuovo City Hotel |
|
Lobi di Nuovo City Hotel. Ramai Mat Salleh yang stay di sini walaupun arak tak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam hotel ini. |
Kisah penuh perjalanan kami di Bangkok boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):
Terima kasih.
ReplyDelete