Friday, 17 December 2021

2021 TRAVEL REVIEW 47 - EROPAH TIMUR (AUSTRIA)

Disember 2021

Travel Review 47: Eropah Timur
AUSTRIA (Vienna & Salzburg)

Sebuah lagi negara yang kami kunjungi dalam kembara kami ke Eropah Timur adalah Austria. Landlocked country yang kecil di tengah benua Eropah ini pernah satu ketika dulu merupakan negara yang ketiga terbesar di Eropah melalui Empayar Austria-Hungary yang diperintah oleh raja-raja Habsburg dari Austria. Malangnya satu demi satu wilayah jajahan Empayar ini melepaskan diri sehingga akhirnya meninggalkan Austria dengan keluasan 1/9 dari Empayar Austria-Hungary yang pernah menjadi miliknya dulu.

Peta Austria
Nama rasmi Austria dalam Bahasa Jerman adalah Republik Österreich
Pemandangan sebaik masuk ke negara Austria dari Hungary
Seperti negara jirannya Switzerland, Austria juga adalah sebuah negara yang cantik dan bergunung-ganang.

Sewaktu di Austria, kami hanya berkesempatan untuk berkunjung ke dua buah bandar: Vienna dan Salzburg.

Vienna

Ibu kota Austria yang bernama Vienna adalah sebuah bandar yang sangat cantik. Kegemaran raja-raja Habsburg kepada seni menjadikan Vienna sebuah kota yang penuh dengan kegiatan kesenian. Selain memiliki muzium-muzium kesenian, ia juga adalah kota opera dan muzik klasik yang terkenal di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Vienna
Mengikut fakta sejarah, dunia kita memang pernah beberapa kali diserang dengan wabak-wabak penyakit yang membunuh berjuta-juta nyawa. Pada tahun 2020 sehingga kini misalnya, kita diserang wabak penyakit Covid-19. Seratus tahun dulu pada tahun 1918-1920, seluruh dunia diserang wabak Spanish Flu yang membunuh 500 nyawa. Lebih awal lagi pada tahun 1347, seluruh dunia diserang wabak Black Plague. Vienna adalah antara kota yang paling teruk terkesan dengan wabak Black Plague yang membunuh 1/3 penduduknya pada ketika itu.

 Tugu Pestsäule yang dibina di tengah bandar Vienna untuk memperingati penduduknya yang menjadi mangsa Black Plague di kurun ke-14 dulu.
Gereja St Stephen
Vienna juga adalah kota kediaman raja-raja Habsburg dulu. Maka tidak hairanlah istana kediaman mereka menjadi tarikan pelancongan utama di Vienna hari ini. Salah sebuah di antaranya Schonbrunn Palace telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site. Istana ini walau bagaimanapun bukanlah kediaman rasmi raja-raja Habsburg.

 Schonbrunn Palace
Taman di Schonbrunn Palace
Kediaman rasmi raja-raja Habsburg di Vienna adalah Hofburg Palace yang sangat besar dan terdiri dari 17 sayap (wing). Salah sebuah di antaranya yang dinamakan Neue Burg digunakan kini sebagai National Library of Austria manakala sayap yang dinamakan Albertina pula menjadi Muzium Albertina yang mempamerkan lukisan-lukisan terkenal dari Eropah.

Maria-Theresien-Platz di depan Hofburg Palace
Sayap Nueu Burg di Hofburg Palace yang digunakan sebagai National Library of Austria. Adolf Hitler juga pernah menyampaikan ucapan terkenal Anschluss of Austria dari balkoni bangunan ini.
Kereta kuda yang keluar-masuk ke kompleks Istana Hofburg membangkitkan suasana sewaktu istana ini dihuni oleh raja-raja Habsburg.
Kesan penempatan Roman Vindabona berhampiran Istana Hofburg
St Michael's Wing di Istana Hofburg
Muzium Albertina yang pada asalnya adalah sebuah sayap Istana Hofburg
Pemandangan Muzium Albertina dari sisi
Vienna juga adalah kota muzik. Di sinilah pemuzik-pemuzik klasik yang hebat seperti Mozart dan Beethoven berkarya dahulu. Di kota inilah muzik Waltz diperkenalkan. Vienna Opera House juga masih menjadi pentas persembahan opera yang ternama di dunia.

Vienna Opera House
Pemandangan Vienna Opera House dari sisi
Boleh dikatakan semua tarikan di Vienna bersifat Habsburg. Mungkin kerana inilah bangunan apartment dengan senibina moden yang unik bernama Hundertwasserhaus turut menjadi tarikan kerana ia tidak bersifat  Habsburg.

Hundertwasserhaus
Hundertwasser Village
Selepas melawat kota Vienna, kami dibawa untuk bersolat di Pusat Islam Vienna. Masjid yang dibina dengan sumbangan Raja Saudi di atas tanah yang diberikan oleh Kerajaan Austria ini terletak di seberang Sungai Danube. Kedudukannya adalah berhampiran Danube Tower (Donauturm). Dalam perjalanan ke sana, kami juga melalui UNO City yang menempatkan salah sebuah dari 4 buah ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations). Selain di Viennna, United Nations juga mempunyai ibu pejabat di New York City, Geneva dan Nairobi.

Sungai Danube
Ibu Pejabat United Nations di Vienna
Danube Tower
Vienna Islamic Centre

Salzburg

Selain Vienna, Salzburg juga adalah kota muzik kerana ia merupakan bandar kelahiran seorang komposer muzik yang terkenal dari Austria, Wolfgang Amadeus Mozart. Dalam perjalanan dari Vienna ke Salzburg, kami singgah di sebuah tasik yang cantik bernama Mondsee.

Mondsee
Salzburg
Kami berkunjung ke Eropah Timur pada penghujung Autumn, dekat-dekat nak masuk Winter. Oleh itu, pemandangan yang kami lihat sepanjang perjalanan dan juga di tempat-tempat menarik yang kami kunjungi hanyalah pokok-pokok yang dah bertukar warna dan mula gondol kerana daun-daunnya dah jatuh ke bumi. Kerana inilah pengalaman melihat bunga-bungaan yang mekar berkembang di Mirabel Gardens di Salzburg menjadi sangat mengujakan. Kami diberitahu, datanglah ke Mirabel Gardens ini pada sebarang musim, pasti akan ada bunga yang berkembang di sana. Ini adalah kerana bunga-bunga di taman ini ditanam mengikut musim. Ketika kami di sana misalnya, bunga-bunga yang ditanam ketika itu adalah winter flowers yang dapat menahan iklim winter yang sejuk.

Mirabel Gardens
Bunga-bunga ros yang mekar berkembang di Mirabel Gardens
Seronok melihat winter flowers yang mekar berkembang dalam cuaca yang sejuk begini.
Disebabkan Salzburg adalah kota kelahiran Mozart, dah pasti antara tarikan utama di sini adalah rumah kediaman Mozart (Mozart Wohnhaus) dan juga rumah kelahirannya yang dipanggil Mozart Gerbursthaus. Mozart walau bagaimanapun telah meninggalkan Salzburg kerana berbalah dengan Archbishop of Salzburg yang cuba mengongkong cara beliau berkarya.

Mozart Wohnhaus ini adalah rumah kediaman Wolfgang Amadeus Mozart selepas beliau mencipta nama menjadi komposer muzik yang terkenal di Eropah.
Mozarts Gerburtshaus pula adalah rumah kelahiran Mozart. Ketika itu Mozart dan keluarganya tinggal di sebuah apartment di Tingkat 4 dalam bangunan yang berwarna oren ini.
Di Salzburg juga, kami dibawa melawat ke Salzburg Old City yang terletak di seberang Sungai Salzach. Memang menarik melihat bangunan-bangunan lama yang masih dikekalkan di sini. Suasana berkunjung ke sini bagaikan kita kembali ke zaman silam sebelum Eropah menjadi sehebat sekarang.

Sungai Salzach yang membelah kota Salzburg
Jambatan pejalan kaki Makartsteg yang menyeberang Sungai Salzach
Salzburg Old City
Salzburg Cathedral
Pintu masuk utama ke Salzburg Cathedral
Kapitalplatz di Salzburg Old City
Pemandangan kota Hohensalzburg Fortress (High Salzburg Fortress) di belakang Salzburg Old City
Funicular untuk naik ke Hohensalzburg Fortress


Kisah penuh perjalanan kami ke Austria boleh dibaca di sini:

TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):

No comments: