Monday 9 September 2024

2024 PANGKOR BHG. 01 (Ipoh - Pulau Pangkor)

Ogos 2024

PERAK, MALAYSIA
Pulau Pangkor

Bahagian 1: Jalan-Jalan Pangkor
DARI IPOH KE PULAU PANGKOR

HARI PERTAMA (1)

Part 1: Percutian Ke Pulau Pangkor

Pada penghujung Ogos 2024, Myself telah menghadiri sebuah event ofis yang dibuat di Ipoh, Perak. Seperti biasa Husband akan menemani. Selepas event berakhir, kami bercadang pula untuk berkunjung ke sebuah destinasi percutian popular di negeri Perak, Pulau Pangkor.

Peta pelancongan negeri Perak
Perjalanan kami bermula dari tempat event ofis diadakan di Hotel Casuarina @ Meru. Hotel ini juga secara kebetulan terletak tidak jauh dari Lebuhraya Ipoh-Lumut.

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Perjalanan dari Ipoh ke Lumut memakan masa kira-kira 1 jam 30 minit. Sebahagian besar perjalanan adalah menggunakan Lebuhraya Ipoh-Lumut. Syukurlah perjalanan kami sepanjang lebuhraya ini agak lancar walaupun hari itu adalah hari Jumaat yang merupakan hari bekerja.

Lebuhraya Ipoh-Lumut
Sungai Perak @ Bota
Tak berapa nampak pemandangan Sungai Perak kat bawah sana kerana terlindung dengan penghadang jambatan yang agak tinggi
Kawasan Kompleks Pertanian Titi Gantung
Selamat Datang ke Manjung
Di penghujung perjalanan, kami berpeluang menggunakan sebahagian Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway atau WCE) yang baru dibuka itu. Tetapi perjalanannya tidak panjang ~ cuma dari Changkat Chermin ke next exit di Sitiawan Utara sahaja.
 
Plaza Tol Changkat Chermin di WCE
Lebuhraya Pantai Barat menghala ke Lumut
Keluar di next exit ~ Sitiawan Utara
Keluar dari WCE menghala ke arah Lumut
Plaza Tol Sitiawan Utara
Tiba di Manjung
Traffic light yang canggih di Manjung. Bila lampu merah menyala, tiang di belakangnya juga berwarna merah.
Bila lampu hijau menyala, tiang juga bertukar warna menjadi hijau
Sebenarnya ada dua tempat di mana kita boleh mengambil feri untuk menuju ke Pulau Pangkor. Tempat pertama adalah di jeti di bandar Lumut di mana perjalanan feri dari sana ke Pulau Pangkor memakan masa 40 minit dan tempat kedua adalah menerusi jeti di Marina Island Lumut di mana perjalanan feri dari sini ke Pulau Pangkor cuma memakan masa 10 minit.
 
Dah mula terasa excitement nak melawat ke Pulau Pangkor
Kami menggunakan perkhidmatan feri dari Marina Island Lumut menuju ke Pulau Pangkor dalam perjalanan kami pada hari ini.
 
Arah ke Jeti Marina Island di Lumut
Jambatan menuju ke Marina Island
Marina Island
Kompleks Jeti Marina Island
Bangunan jeti Marina Island
Ada tempat parking yang luas disediakan di kompleks jeti Marina Island ini. Ada parking berbumbung dan juga parking terbuka. Sewaktu kami tiba, semua tempat parking berbumbung telah penuh. Terpaksalah kita parking di tempat terbuka sahaja. Namun syukur Alhamdulillah kerana kita mendapat tempat parking yang tidak begitu jauh dari bangunan jeti.

Berjalan membawa bagasi menuju ke bangunan jeti
Secara kebetulan, Myself dan Husband terserempak dengan Abang Myself dan keluarganya yang baru tiba dari Pulau Pangkor. Anak Abang yang bekerja dengan TNB mempunyai assignment selama beberapa hari di Pulau Pangkor. Jadi Emak dan Bapak berserta adiknya turut mengambil kesempatan menemani beliau sambil bercuti di pulau peranginan ini.

Bergambar dengan keluarga Abang yang baru pulang dari Pulau Pangkor
Disebabkan ini kali pertama kami sampai ke Marina Island, kita lihat-lihat pemandangan yang ada di sekitar. 
 
Pemandangan di sekitar Marina Island
Pemandangan Pulau Pangkor dari Marina Island
Bot yang lalu di depan Pulau Pangkor
Stairs To Heaven
Di Marina Island juga terdapat sebuah marina tempat bot-bot mewah berlabuh.
 
Boat Marina
Bot-bot mewah yang berlabuh di Marina Island
Pemandangan di Boat Marina
Kita lihat lagi pemandangan dan suasana di sekitar Boat Marina...

Kami tiba di Marina Island Jetty pada pukul 10.30 pagi sedangkan tiket feri kami yang telah dibeli lebih awal secara online adalah pada pukul 12.15 tengahari. Kami cuba meminta untuk naik feri yang lebih awal. Petugas di jeti memberitahu ada feri yang akan berlepas pada pukul 11.45 pagi tetapi kami perlu standby menunggu dekat dengan pintu jeti. Kami akan dipanggil masuk sekiranya ada kekosongan pada saat akhir nanti sebelum waktu feri berlepas.

Tiket feri dah dibeli secara online lebih awal
Panggilan masuk untuk penumpang yang akan berlepas dengan feri pada pukul 11.45 pagi
Standby menunggu dekat pintu masuk
Alhamdulillah, ada rezeki kami nak sampai awal ke Pulau Pangkor. Dekat-dekat pukul 11.45 pagi, kami berdua dipanggil masuk ke dalam feri.

Pemandangan di jeti sewaktu berjalan masuk ke dalam feri
Menuju ke tempat feri menunggu
Feri Duta Pangkor yang membawa kami ke Pulau Pangkor
Feri yang membawa kami ke Pangkor agak besar dan terdiri dari 2 tingkat. Ia boleh memuatkan kira-kira 200+ penumpang. Disebabkan kami berdua masuk lewat, hampir semua tempat duduk di tingkat bawah macam dah penuh. Oleh kerana perjalanan ini singkat ~ cuma mengambil masa 10 minit ~ kami berdiri saja di depan feri bersama bagasi sepanjang perjalanan. Oh ya, lupa nak cerita ~ harga tiket feri ke Pulau Pangkor pun murah saja ~ RM 10 sehala bagi orang dewasa.
 
Pemandangan di dalam feri
Berdiri saja di depan feri bersama bagasi
Pemandangan Pulau Pangkor dari Marina Island Jetty sebelum berlepas
Hampir tiba di Pulau Pangkor
Tiba di Jeti Pangkor
Selamat Datang Ke Pulau Pangkor
Feri Pan Silver yang berulang-alik dari pekan Lumut ke Pulau Pangkor
Ada ramai pengusaha yang menunggu di jeti kalau anda berhasrat nak menyewa kereta atau motorsikal di Pulau Pangkor. Kami walau bagaimanapun hanya menggunakan perkhidmatan teksi sahaja sewaktu di pulau ini. Tidak perlu risau kerana ada banyak teksi van yang berwarna pink menunggu di luar Jeti Pangkor.

Teksi pink di Pulau Pangkor
Membawa bagasi ke teksi
Bergerak meninggalkan jeti

Part 2: Pulau Pangkor

Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di negeri Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Ia juga telah diisytiharkan sebagai sebuah pulau bebas cukai pada 1 Januari 2020.

Peta Pelancongan Pulau Pangkor (Sumber: Internet)
Setibanya di Pulau Pangkor, kami terus menaiki teksi ke tempat penginapan kami yang bernama Suria Beach Resort yang terletak di Teluk Nipah. Teluk Nipah ini terletak di sebelah sana Pulau Pangkor dan agak jauh dari pekan Pangkor. Tapi disebabkan Pulau Pangkor tidaklah sebesar mana, perjalanan ke sana memakan masa tidak sampai pun 20 minit.

Dalam teksi menuju ke Teluk Nipah
Gerai makan di pekan Pangkor
Suasana di pekan Pangkor
Pangkor ~ Pulau Bebas Cukai
Selamat Datang Ke Pulau Peranginan Pulau Pangkor
Namun demikian disebabkan kami tiba awal, bilik kami belum sedia untuk dimasuki. Oleh yang demikian, Myself dan Husband meninggalkan saja bagasi di hotel dan keluar berjalan-jalan untuk mencari makan tengahari.

Suria Beach Resort di Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Ada banyak gerai makanan dan cenderamata di sepanjang jalan di Teluk Nipah. Namun demikian, semuanya senyap sunyi kerana ketika itu adalah sebenarnya waktu Solat Jumaat. Ada beberapa saja kedai makan yang dibuka ketika itu.

Suasana di Teluk Nipah yang senyap-sunyi kerana waktu Solat Jumaat
Berjalan mencari makan tengahari
Kami makan tengahari di sebuah kedai yang bernama Gerai Kak Chah. Cuma goreng-gorengan sahaja yang dijual di sini. Myself memilih makan Nasi Goreng Seafood manakala Husband pula memilih Nasi Goreng Ikan Masin. Makanan di gerai ini memang sangat sedap. Lebih istimewa lagi kerana gerai ini terletak betul-betul di tepi laut. Namun disebabkan mentari yang memancar terik ketika itu, cuma ada pasangan Mat Salleh sahaja yang sanggup duduk di meja yang menghadap ke laut.

Gerai Kak Chah
Suasana di dalam Gerai Kak Chah
Pemandangan laut dari Gerai Kak Chah
Pasangan Mat Salleh yang sanggup berpanas untuk menikmati pemandangan laut
Nasi Goreng Seafood dan Nasi Goreng Ikan Masin yang sangat sedap untuk lunch kami hari ini.
Memandangkan kami masih belum boleh check-in ke hotel penginapan ketika itu, Myself dan Husband membuat keputusan untuk menyewa teksi untuk membawa kami bersiar-siar di sekeliling Pulau Pangkor. Memandangkan kami cuma menginap selama 2 Hari 1 Malam saja di pulau ini, kita ambil kesempatan untuk memaksimakan percutian singkat ini dengan sebaiknya.

Sewaktu sampai di Teluk Nipah tadi, kami ada terpandang sebuah stesen teksi berhampiran. Maka ke sanalah kami melangkah dan bertemu dengan seorang pemandu teksi berbangsa India bernama Mr. Kobu yang bersedia membawa kami mengeliling Pulau Pangkor dengan bayaran RM 200. Trip ini terdiri dari dua sesi: Day Tour dan Night Tour.

Stesen Teksi Di Teluk Nipah


 Bersambung ke Bahagian 2...



No comments: