Thursday, 4 August 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 12 (Grand Bazaar)

 Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 12: Curi-Curi Jalan Istanbul 3
ISTANBUL OLD CITY & GRAND BAZAAR

HARI KELIMA (2)

Part 26: Istanbul Old City (Sultanahmet)

Encik Abdullah yang bersama dalam Business Trip kami akan pulang ke KL lebih awal kerana komitmen kerja. Dia kata dia nak shopping di Grand Bazaar sebelum pulang. Jadi Myself dan Siti ikutlah meneman dia pergi shopping di Grand Bazaar sambil-sambil kami pun nak shopping sama. Grand Bazaar terletak di pusat sejarah Istanbul yang dinamakan sebagai Sultanahmet di Old City. Inilah kawasan sebenar yang dirujuk sebagai Istanbul dalam buku-buku sejarah bila dibaca kisah mengenai penaklukan Constantinople (nama lama Istanbul) di zaman silam.

Hagia Sophia adalah antara mercu tanda terkenal di kawasan Sultanahmet
Pemandangan di Dataran Sultanahmet berhampiran Hagia Sophia
Kami berkunjung ke Sultanahmet pada satu waktu tengah hari. Disebabkan dah masuk waktu makan tengah hari, kami memutuskan untuk lunch terlebih dulu. Restoran pilihan kami adalah sebuah restoran Malaysia di Old City yang bernama Restoran Nur Muhammad.

Suasana di Old City
Banyak bangunan bersejarah yang diperhatikan di sana-sini di Old City
Satu lagi suasana di Istanbul Old City
Istanbul adalah sebuah kota yang sangat kaya dengan sejarah. Ia pernah menjadi sebahagian dari jajahan Greece dan dinamakan Constantinople ketika itu sempena nama Raja Kristian Byzantine yang memerintah, Emperor Constantine. Ia kemudian ditakluk oleh pemerintah Ottoman yang membawa sinar Islam ke kota ini yang menukar namanya dari Constantinople ke Islambol. Bila masa beredar, nama Islambol ini bertukar menjadi Istanbul dan kekal sehingga ke hari ini.

Suasana berjalan di Sultanahmet bagaikan berjalan kembali ke masa silam.
Jalan-jalan di kawasan Old Istanbul sempit dan dibina dari cobblestone
Ada banyak hotel kecil yang cantik di sini
Masih berjalan di Old Istanbul
Guna Google Map nak mencari arah
Masih mencari arah
Hampir nak tiba...

Part 27: Nur Muhammad Malaysia Restaurant

Restoran Nur Muhammad terletak kira-kira 600 meter dari Hagia Sophia. Kalau nak datang ke sini dari Hagia Sophia, ikut saja jalan yang menuju ke Yerebatan Sarnici (Basilica Cistern).

Kalau nak cari Restoran Nur Muhammad dari Hagia Sophia, ikut saja arah menuju ke Basilica Cistern. Pasti akan bertemu restoran ini di sana.
Restoran Nur Muhammad
Pemandangan Restoran Nur Muhammad dari depan
Selain dari di Istanbul, Restoran Nur Muhammad ini juga ada cawangan di beberapa tempat lain seperti Sydney, Amman dan Cairo. Myself dan Husband pernah makan di restoran cawangannya di Cairo sewaktu kami melawat ke Mesir dulu.

Pemandangan di dalam Restoran Nur Muhammad
Menu
Myself dan Siti berkesempatan berkunjung ke Restoran Nur Muhammad ini sebanyak 2 kali. Makanan yang disediakan memang sedap tetapi sesuatu yang agak meresahkan ialah servis di restoran ini yang sangat slow. Pelayan di restoran ini juga tidak begitu attentive kepada pengunjung. Panggil berkali-kali pun macam tak layan. 

Dalam kedua-dua kunjungan, hampir sejam kami menunggu hidangan. Pada kali pertama, kami tiba lebih kurang pukul 1 tengahari. Kami diberitahu makanan kami lewat sebab mereka lebih cater kepada group yang datang membuat tempahan. Okay, kami terima. Tapi pada kali kedua, kami datang jauh lebih awal. Itu pun dekat sejam juga baru dapat makanan. Kalau pengurusan Restoran Nur Muhammad membaca blog ini, buatlah sesuatu untuk improve service level itu. Bak kata Siti, kita patut datang ke restoran ini sebelum perut lapar sebab by the time dapat makanan, memang dah betul-betul lapar. Istanbul adalah destinasi popular di kalangan traveler dari Malaysia. Berilah juga perhatian kepada pengunjung yang datang tanpa group macam kami.

Nasi Ayam yang sedap
Mee Goreng yang juga sangat sedap
Sewaktu menunggu makanan yang lambat sampai itu, sempat juga bersembang dengan seorang pelancong asal Indonesia yang menetap di Germany. Dia datang ke restoran ini dengan pacarnya yang berbangsa Swiss. Kalau tengok gaya beliau dari luar, kami tak sangka dia orang Indonesia. Kagum juga dengan beliau kerana masih kental semangat Indonesia yang ada pada diri walaupun dah hampir 20 tahun bekerja dan menetap di Germany. 

Matawang souvenir dari seluruh dunia yang dihadiahkan oleh pengunjung-pengunjung Restoran Nur Muhammad.
First time Myself tengok matawang dari Kenya

Part 28: Nuruosmaniye Mosque

Selepas makan, kami berkunjung ke Grand Bazaar yang sebenarnya tidak berapa jauh dari Restoran Nur Muhammad. Kalau naik Tramvay dari Sultanahmet, boleh turun di Stesen Beyazit - Kapalıçarşı untuk pergi ke Grand Bazaar.

Naik Tramvay ke Grand Bazaar
Pemandangan dari dalam Tramvay
Suasana di dalam Tramvay
Grand Bazaar sangat besar. Kalau turun di Stesen Çemberlitaş ini pun boleh pergi ke Grand Bazaar, tapi jauh sikitlah kena berjalan berbanding kalau turun di Stesen Beyazit - Kapalıçarşı.
Masih menuju ke Beyazit - Kapalıçarşı
Stesen Beyazit - Kapalıçarşı
Grand Bazaar mempunyai banyak pintu masuk. Kalau masuk ke Grand Bazaar dari Stesen Beyazit - Kapalıçarşı, kita akan masuk menerusi Pintu No. 5. Pintu No. 5 ini tak begitu menarik, blend habis dengan kedai-kedai yang berada di luar Grand Bazaar. Tak sedar pun sebenarnya yang kita dah berada di Grand Bazaar kalau masuk menerusi pintu ini.

Arah ke Grand Bazaar dari Stesen Beyazit - Kapalıçarşı
Limonata (Lemonade) di Istanbul memang sedap. Myself memang recommend anda mencuba minum Limonata kalau berkesempatan berkunjung ke Istanbul.
Kedai-kedai di luar Pintu No.5 Grand Bazaar
Arah ke Pintu No. 5 Grand Bazaar
Pintu No. 5 Grand Bazaar
Myself pernah beberapa kali berkunjung ke Grand Bazaar di Istanbul. Pintu yang paling menarik untuk masuk ke Grand Bazaar adalah menerusi Pintu No. 1. Oleh itu, Myself akan bawa anda melawat ke Grand Bazaar ini menerusi Pintu No.1.

Kalau naik Tramvay dan nak masuk ke Grand Bazaar menerusi Pintu No.1, kita kena turun di Stesen Çemberlitaş yang merupakan next station dari Sultanahmet kalau kita datang dari arah Hagia Sophia. Tapi kenalah berjalan sikit (tapi tak sejauh mana) nak menuju ke sana. Terus saja berjalan menuju ke Masjid Nuruosmaniye.

Stesen Çemberlitaş
Laluan dari Stesen Çemberlitaş menuju ke Masjid Nuruosmaniye / Grand Bazaar
Kalau nak masuk ke Grand Bazaar menggunakan Pintu No.1, memang kita kena masuk ke perkarangan Masjid Nuruosmaniye terlebih dulu.

Pintu masuk ke Masjid Nuruosmaniye
Istanbul Lama dibina di atas 7 buah bukit. Mengikut keterangannya, Masjid Nuruosmaniye dibina di puncak bukit yang kedua. Tapi seriously, Myself rasa bukit-bukit ini dah tak boleh nak dibezakan dengan pembangunan yang ada sekarang. Pergilah ke mana-mana pun di Istanbul, memang kita kena memanjat dan menurun bukit. Nama asal masjid ini ialah Nur-u Osmanlı yang bermaksud The Divine Light of the Ottoman.

Pembinaan masjid ini dicadang oleh seorang Sultan Ottoman yang bernama Mahmut I untuk kemudahan beribadah umat Islam yang menjalankan perniagaan dan berurusan di sekitar Grand Bazaar. Menurut ceritanya, sewaktu Sultan Mahmut I baru bercadang nak membina masjid ini, dia telah bertemu dengan seorang tua yang alim yang memuji cadangan Sultan. Terkesan dengan pertemuan itu, Sultan Mahmut I menyegerakan pembinaannya. Malangnya baginda mangkat sebelum masjid ini siap dibina. Pembinaan Masjid Nuruosmaniye diteruskan dan disiapkan oleh adindanya yang bernama Sultan Osman III.

Masjid Nuruosmaniye
Sejarah Masjid Nuruosmaniye
Keterangan tentang Nuruosmaniye Social Complex
Satu lagi pemandangan keseluruhan Masjid Nuruosmaniye
Ada tangga masuk ke dalam masjid ini yang dibina kerana Masjid Nuruosmaniye terletak di atas puncak sebuah bukit.

Part 29: Grand Bazaar

Grand Bazaar (dalam Bahasa Turki : Kapalıçarşı) adalah salah sebuah bazaar tertutup yang terbesar dan tertua di dunia. Pembangunannya dipelopori oleh Sultan Mehmed II pada tahun 1455 di mana sewa dari kedai-kedai di dalam bangunan ini digunakan untuk membiayai penyelenggaraan Masjid Hagia Sophia ketika itu.

Pintu No.1 Grand Bazaar
Pemandangan penuh Pintu No.1 Grand Bazaar
Pasar ini mempunyai keluasan 54,000 meter persegi dengan 61 batang jalan yang tertutup. Ia juga mempunyai lebih 3,000 buah kedai di dalamnya. Tapi dari apa yang Myself perhatikan sewaktu shopping di sini ialah setiap pekedai selalunya mepunyai beberapa lot kedai lain di pelbagai penjuru Grand Bazaar. Kalau model barang yang kita nak beli tak ada di kedai, mereka akan meminta kita menunggu sambil mereka mengambil barang tersebut dari lot kedai mereka yang lain.

Pemandangan kedai-kedai di dalam Grand Bazaar berhampiran Pintu No.1
Cawangan bank di dalam Grand Bazaar
Memang ramai rakyat Malaysia yang datang melawat ke Grand Bazaar setiap hari sehingga ramai di antara pekedai di sini boleh bertutur beberapa patah perkataan Melayu dengan kita.

Suasana di dalam Grand Bazaar
Pekedai yang memakai kostum Ottoman untuk menarik pelanggan
Myself bertuah kerana datang ke Grand Bazaar bersama Siti yang gemar shopping. Ada saja barang yang nak dibeli oleh Siti di setiap kedai yang kami singgah. Bagus juga begitu sebab sambil Siti shopping, pekedai selalu saja menawarkan kerusi kepada Myself untuk duduk. Sambil itu kita turut dijamu berbagai-bagai jenis teh buah free yang sedap yang diberi oleh pekedai sambil mereka melayan Siti. Macam-macam Myself cuba: Apple Tea, Peach Tea dan juga Pomegranate Tea.

Kedai Turkish Delight
Meneman Siti shopping Turkish Delight
Bangunan Grand Bazaar yang berumur beratus-ratus tahun ini memang kelihatan antik tetapi masih kukuh berdiri. Pada masa dahulu di awal penubuhannya, barang-barang yang sama dijual secara sekumpul setempat tetapi tidak lagi sekarang. Berbagai barangan dapat dilihat dijual di merata-rata tempat. Saiz pasar ini yang giant juga adalah disebabkan ia telah berkembang sejak beratus-ratus tahun dulu. Pasar ini juga pernah mengalami kerosakan teruk sewaktu gempa bumi yang berlaku pada tahun 1984 namun telah diperbaiki.

Bangunan Grand Bazaar yang antik
Antique Market Old Bazaar
Satu lagi pemandangan Antique Market Old Bazaar
Tudung dan shawl
Seperti juga kebanyakan tempat lain di dunia, Turkey dan Grand Bazaar turut terkesan sewaktu kemuncak pandemik Covid-19. Kami diberitahu kedai-kedai di Grand Bazaar turut ditutup selama 3 bulan ketika itu untuk mengekang penularan wabak Covid-19. 

Kedai pakaian
Pelbagai barangan dijual di Grand Bazaar
Sebuah lorong di Grand Bazaar
Tawar-menawar adalah perkara wajib di Grand Bazaar. Pembelian boleh dibuat secara cash atau menggunakan kad. Kami perhatikan pekedai akan lebih mudah menurunkan harga kalau pembelian dibuat secara tunai. Kesimpulannya, bawalah duit cash berguni-guni kalau nak shopping murah di Grand Bazaar. Disebabkan Grand Bazaar juga sering menerima kunjungan pelancong dari Malaysia, ada juga kedai yang turut menerima urusniaga dalam Ringgit Malaysia.

Sesetengah kedai di Grand Bazaar turut menerima urusniaga dalam Ringgit Malaysia
Barangan perak
Kedai lampu
Tudung dan shawl
Tiang-tiang di tengah jalan begini adalah juga pemandangan biasa di Grand Bazaar
Paip air minuman seperti ini sering dibina oleh Sultan-Sultan Ottoman di zaman dulu sebagai amal jariah.
Kalau tak mahu membawa barangan seperti lampu ini balik sendiri ke Malaysia, pekedai di Grand Bazaar juga sedia menguruskan penghantaran melalui courier.
Kita tengok lagi beberapa pemandangan yang sempat Myself capture di Grand Bazaar, Istanbul...

Sambil melihat-lihat barangan yang dijual, kita perhatikan juga senibina yang menarik di Grand Bazaar ini..

Banyak juga souvenir kecil menarik yang boleh dibeli di sini. Sesuatu yang sangat banyak dilihat di seluruh Turkey ialah Evil Eye. Evil Eye yang seperti mata berwarna biru ini digunakan secara tradisi sebagai tangkal untuk menghalang kemasukan semangat jahat ke dalam rumah kediaman. Oleh itu ia sering digantung di rumah, pejabat, kenderaan dan di mana-mana saja di Turkey pada masa dulu. Malah menurut ceritanya kadang-kala ia turut digantung pada leher kanak-kanak.

Evil Eye banyak dijual sebagai souvenir di seluruh Turkey
Menjahit permaidani
Pelancong dari seluruh dunia boleh dilihat di Grand Bazaar
Gerai-gerai souvenir
Carpet yang mahal pun ada dijual di Grand Bazaar
Patung-patung wanita yang memakai pakaian tradisional Turkey


Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: