Jun 2022
TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale
Bahagian 26: Pamukkale 2
HOT AIR BALLOON
HARI KESEMBILAN (1)
Part 61: Hot Air Balloon
Pengalaman istimewa sewaktu di Pamukkale adalah menaiki Hot Air Balloon. Jangan ingat Hot Air Balloon cuma ada di Cappadoccia di Turkey. Di Pamukkale juga dah ada sekarang. Dari maklumat yang Myself dapat, harga Hot Air Balloon di Pamukkale lebih murah dari di Cappadoccia. Mungkin sebab masih harga promosi kerana ia baru saja dilancarkan di Pamukkale.
Kami sebenarnya hampir-hampir tak dapat naik Hot Air Balloon kerana ada miscommunication di antara agen yang menguruskan percutian kami di Malaysia dengan agen yang berada di Turkey. Sehari sebelum itu juga, cuaca di Pamukkale hujan. Atas sebab keselamatan, Hot Air Balloon memang tak terbang kalau cuaca tak baik. Ramalan cuaca semalam juga menjangkakan hujan turun di Pamukkale pagi ini.
Namun dah tercatat yang Myself dan Siti memang ada rezeki nak naik Hot Air Balloon. Di saat-saat kami macam dah putus asa nak naik belon, tiba-tiba dapat mesej di handphone yang wakil Hot Air Balloon dah sampai kat Richmond Pamukkale Thermal Hotel untuk pick-up kami ke sana. Kami pulak memang tak bersedia apa langsung ketika itu sebab ingatkan dah tak jadi plan untuk naik belon hari ini. Kelam-kelibut kami dibuatnya! Siti sempat mandi tapi Myself kenalah buat style macam Orang Putih keluar rumah tak mandi. Kihkihkih! Alhamdulillah sempat Solat Subuh.
Van yang pick-up kami di hotel juga singgah di beberapa hotel lain di sekitar kawasan Pamukkale untuk mengambil tourist lain yang juga dah mendaftar nak naik belon. Tapak belon terbang ini adalah di kaki Pamukkale Cotton Castle. Ia cuma kira-kira 10 minit dari hotel kami.
Sewaktu kami sampai di site, ada beberapa belon yang sedang diisi udara panas untuk dikembangkan dan ada juga yang dah terbang di udara. Belon kami masih sedang dalam proses pengisian udara panas untuk dikembangkan.
|
Belon yang dah terbang dan sedang diisi dengan dengan udara panas |
|
Makin banyak yang dah terbang |
Van membawa kami terus ke Hot Air Balloon kami yang sedang diisi dengan udara panas. Excited juga melihat di depan mata proses belon ini yang pada mulanya terpele'ot kat tanah menjadi tegak selepas diisi dengan udara panas.
|
Belon kami yang di sebelah kiri ini masih terpele'ot kat tanah bila kami tiba |
|
Udara panas sedang dimasukkan ke dalam belon |
|
Dah tegak sekarang |
|
Peralatan untuk memasukkan udara panas ke dalam belon |
Ada beberapa kategori Hot Air Baloon yang disediakan di Pamukkale. Belon yang paling murah adalah belon yang boleh dinaiki beramai-ramai sehingga 20 orang penumpang. Ada kategori comfort yang memuatkan 12 penumpang dan ada juga private balloon yang boleh dinaiki 2-4 penumpang sahaja. Pilihlah yang berkenan mengikut kemampuan masing-masing. Caj yang dikenakan ialah di antara Euro 50 - Euro 500 per person.
Belon yang kami naik adalah kategori comfort yang hanya memuatkan 12 penumpang. Kos yang dikenakan ialah Euro 100 (RM 450) seorang. Ada 4 compartment disediakan di dalam belon kami dan setiap satunya boleh memuatkan 3 penumpang. Bila dibenarkan naik, berebut Myself dan Siti naik awal-awal sebab kami nak duduk dalam compartment yang sama.
|
Penumpang dibenarkan naik bila belon dah sedia |
|
Memanjat masuk ke dalam belon |
Sambil penumpang masuk, pilot belon masih meneruskan mengisi udara panas sikit-sikit ke dalam belon. Mungkin untuk tujuan keseimbangan.
|
Udara panas masih diisi sikit-sikit ke dalam belon sewaktu penumpang masuk. |
|
Terasa bahang api yang menyembur |
Sebelum terbang, ada safety briefing yang diberi oleh pilot. Antara lain, semua penumpang diajar landing position. Untuk keselamatan, semua penumpang perlu mencangkung kat lantai belon dan berpaut kepada tali yang disediakan sewaktu proses landing berlaku. Kita juga tak dibenarkan berdiri atau mengambil gambar sewaktu landing. Malah ada rehearsal yang dibuat tentang landing position ini sebelum belon terbang.
|
Pilot memberi safety briefing sebelum terbang |
|
Landing position ~ kena mencangkung kat lantai dan berpaut kepada tali kat tepi bakul. |
|
Ready nak terbang. |
|
Ayuh kita naik! |
|
Tong gas untuk menerbangkan belon |
|
Jom kita terbang bersama! |
|
Belon-belon yang dah terbang |
Ada banyak belon yang terbang bersama belon kami pagi itu. Nasib jugalah sebenarnya kat mana belon kita naik dan lalu. Ada yang mendapat pemandangan hebat lalu betul-betul di atas Pamukkale Cotton Castle dan ada juga yang biasa-biasa saja, cuma dapat memandang Cotton Castle dari jauh. Semua Hot Air Balloon tak ada enjin, jadi mereka banyak bergantung kepada arah tiupan angin. Pilot belon juga cuma boleh mengawal sikit-sikit saja laluan belon nak bergerak ke kiri atau ke kanan, nak ke atas atau ke bawah.
|
Padang luas di Pamukkale |
|
Bandar Pamukkale |
|
Pemandangan sewaktu belon mula terbang tinggi |
|
Belon di seberang sana yang belum naik lagi |
|
Pamukkale Cotton Castle |
|
Terbang tinggi bersama-sama |
Belon kami terbang dekat dengan Pamukkale Cotton Castle tetapi dari angle belakang yang tak begitu best. Namun begitu pemandangan ini tetap menakjubkan.
|
Pemandangan puncak Pamukkale Cotton Castle dari atas belon |
|
Pemandangan runtuhan kota purba Hierapolis di belakang Pamukkale Cotton Castle |
|
Semakin jauh meninggalkan Pamukkale Cotton Castle |
|
Besar sungguh Pamukkale Cotton Castle ini |
Belon kami terbang cukup smooth. Tak bergoyang-goyang langsung. Cuma masalahnya ialah bila kita duduk betul-betul di tepi pilot seperti Myself ketika itu, terasalah bahang apinya bila dia menyembur udara panas masuk ke dalam belon. Kata pilot ketinggian maksimum yang dibenarkan untuk belon-belon ini terbang adalah 600 meter dari aras bumi.
|
Ketinggian maksimum yang dibenarkan untuk belon-belon ini terbang adalah 600 meter. |
|
Putih macam salji. |
|
Bandar di bawah sana bernama Akköy |
|
Mengambil gambar belon dari dalam belon |
|
Udara panas disembur ke dalam belon. Semburan dibuat dari corong-corong yang berlainan dari semasa ke semasa untuk mengawal arah pergerakan belon. |
Bersama kami dalam balloon flight ini adalah sepasang Minah Gay dari USA yang kononnya naik belon nak membuat pre-wedding shoot. Mereka turut membawa bersama seorang rakan wanita sebagai photographer. Tapi disebabkan mereka berjalan romantik sangat, merekalah yang last masuk ke dalam belon. Ketiga-tiga mereka tak dapat duduk dalam compartment yang sama sebab dah penuh. Baguslah juga begitu sebab tak adalah peluang mereka nak membuat aksi drama dalam belon. Hihihii!!
|
Terpaksa bergambar seorang diri sebab laki dia (yang juga seorang perempuan) duduk kat compartment seberang sana. |
|
Siti pulak yang sibuk bergambar dengan pengantin. |
|
Merenung jauh seorang diri |
Kita tengok lagi pemandangan sekitar dari atas belon. |
Macam nak hujan kat sebelah sana |
|
Mr. Pilot |
Ini pulak adalah gambar-gambar 360 yang diambil dari kamera pilot. Gambar ini dijual kepada penumpang selepas flight tamat. Kita belilah juga buat kenangan walaupun mahal.
|
Terbang tinggi di atas Pamukkale |
|
Pasangan pengantin yang terpisah kelihatan dalam gambar ini. Yang hujung sebelah kiri (perempuan kulit putih rambut ketak-ketak) is the "husband". Perempuan black kat sebelah kanan is the "wife". Perempuan lawa yang kat belakang the wife itu adalah photographer mereka. |
|
Ini pemandangan penumpang dari sebelah yang satu lagi. Kami terlindung di dalam gambar ini. |
|
Menyembur api ke dalam belon di udara |
Disebabkan Myself duduk betul-betul kat sebelah pilot dapatlah kita melihat bagaimana dia mengawal pergerakan belon. Ada beberapa tong gas dalam belon ini dan pilot akan membakar api dari tong-tong gas yang berlainan untuk mengawal arah pergerakan belon. Dia memang mahir mengawal pergerakan belon ini.
|
Muka kagum Myself yang tercapture sewaktu melihat pilot membakar gas. |
|
Api yang disembur ke dalam belon |
Belon-belon di Pamukkale naik dan turun dalam sela masa yang sama. Mungkin ada peraturan yang menetapkan pergerakan mereka begitu. Selepas setengah jam berada di udara, belon-belon memulakan perjalanan turun.
|
Belon-belon memulakan perjalanan turun |
|
Dah terbang semakin rendah |
|
Turun kembali ke bumi |
|
Dah semakin hampir ke bumi |
Bila belon hampir nak landing, pilot mengarahkan kami supaya berada di dalam landing position. Kita pun mencangkung ramai-ramai dalam bakul belon sambil berpaut kepada tali di tepi bakul. Terasa juga sekali dua hentakan kuat kat tanah sewaktu belon landing tapi tidaklah teruk sangat.
|
Selamat mendarat kembali ke bumi |
|
Pemandangan di tempat kami mendarat |
|
Dekat juga tempat kami mendarat dengan jalan raya |
|
Mentari terbit di ufuk timur |
|
Belon-belon sedang landing |
Tempat belon mendarat tak sama dengan tempat kami naik tadi. Selepas pilot membuat perhubungan radio, team belon datang bersama sebuah truck ke tempat kami mendarat.
|
Kita pun toast sama |
|
Cheers! |
Disebabkan mereka tak dapat nak bergambar bersama dalam belon tadi, pasangan pengantin sibuk bergambar kat bumi. Bak kata Siti, yang laki tu masih nampak macam perempuan. Kalau kat Malaysia, pasti yang laki itu akan nampak pengkid habis. Bagi Myself, kalau mereka dah ada niat nak buat photo shoot begitu, patut sewa sajalah private balloon yang berharga Euro 500 itu. Berapa sangatlah beza harga antara Euro dengan USD itu. Lainlah kalau nak compare Euro atau USD dengan Ringgit Malaysia. Namun syukur Alhamdulillah, belon kami selamat landing balik ke bumi walaupun ada kaum Nabi Lut yang terbang bersama tadi.
|
Pasangan pengantin dengan photographer mereka |
|
Belon kami yang dah tak rupa belon lagi |
|
Sebuah lagi belon tengah landing |
|
Wuihh, landing dalam lubang! |
Selepas selesai celebration, kami dihantar balik ke hotel dengan van yang sama menjemput kami tadi. Setiap penumpang diberi Flight Certificate yang diberi by hand oleh pilot sebagai bukti yang kami dah naik Hot Air Balloon.
|
Flight Certificate |
Secara keseluruhannya, pengalaman naik Hot Air Balloon ini memang unik dan menyeronokkan. Myself rasa kalau naik Hot Air Balloon di Cappadoccia, mungkin pemandangannya lebih hebat lagi. Namun apa pun, naik Hot Air Balloon di Pamukkale ini tetap memberikan satu pengalaman yang istimewa.
Bersambung ke Bahagian 27...
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:
No comments:
New comments are not allowed.