Jun 2022
TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale
Bahagian 4: Ankara 2
ANITKABIR
HARI KEDUA (3)
Part 8: Anitkabir
Anitkabir adalah sebuah memorial yang dibina untuk memperingati Presiden Pertama Turkey Mustafa Kemal Ataturk yang juga diberi gelaran sebagai Bapa Kemerdekaan Turkey. Makam Ataturk juga terletak di sini.
|
Laluan masuk ke Anitkabir |
Ada pemeriksaan sekuriti yang perlu dilalui untuk masuk ke Anitkabir. Semua penumpang sebenarnya akan diarah keluar dari kenderaan dan melalui pemeriksaan ketat di pos sekuriti. Kenderaan juga akan diperiksa dengan menyeluruh sebelum dibenarkan masuk. Walau bagaimanapun bila pemandu kereta kami yang bernama Fahrettin memberitahu pengawal di Anitkabir yang kami adalah pelancong dari Malaysia, terus saja kami dibenarkan masuk.
|
Pos pemeriksaan sekuriti untuk masuk ke Anitkabir |
|
Pemeriksaan ketat untuk masuk ke Anitkabir |
|
Laluan masuk selepas pemeriksaan sekuriti |
Ada ramai pengunjung ke Anitkabir pada petang itu. Sebahagian besar mereka adalah rakyat Turkey sendiri. Ada ramai juga pelajar yang datang untuk meraikan graduasi mereka petang itu.
|
Pengunjung-pengunjung ke Anitkabir |
|
Pelajar-pelajar yang datang untuk meraikan graduasi |
Fahrettin memberhentikan kereta di atas kawasan bukit di mana terdapat sebuah bendera Turkey yang besar berkibar megah. Di belakang bendera gergasi ini adalah bangunan yang menempatkan makam Ataturk.
|
Bendera Turkey yang berkibar megah di Anitkabir |
|
Bangunan yang menempatkan Makam Mustafa Kemal Ataturk |
Kata Encik Abdullah yang dah datang melawat ke sini semalam, lawatan ke Anitkabir ini lebih menarik kalau kita bermula dengan melawat muzium mengenai Ataturk terlebih dahulu. Muzium ini dibina mengelilingi Anitkabir. Oleh yang demikian, kami bersetuju dengan cadangan beliau supaya kita melawat dulu muzium mengenai Ataturk dan berakhir dengan lawatan ke Makam Ataturk.
|
Tentera yang berkawal di Anitkabir |
|
Pelajar-pelajar sekolah yang datang melawat |
|
Kita mulakan lawatan dari penghujung di seberang sana... |
Susah nak bercerita tentang lawatan kami ke Anitkabir kalau anda tak boleh membayangkan situasinya yang sebenar. Jadi Myself buat satu peta ringkas di bawah...
|
Peta Anitkabir |
MUZIUM PENGEBUMIAN ATATURK
Kita mulakan dengan melawat muzium mengenai perarakan jenazah Ataturk di bangunan yang paling jauh dari Makam. Di sini ada pameran kecil mengenai pengebumian Ataturk. Ataturk meninggal dunia pada 10 November 1938 di Istana Dolmabahce di Istanbul. Kematiannya ditangisi rakyat Turki yang sangat mengagungkan beliau sebagai Bapa Kemerdekaan mereka.
|
Patung rakyat wanita yang menangisi kematian Ataturk |
|
Patung rakyat lelaki yang menangisi kematian Ataturk. Abaikan wanita yang berdiri bersama mereka. |
|
Muzium mengenai pengebumian jenazah Ataturk |
Kematian Mustafa Kemal Ataturk pada 10 November 1938 akibat penyakit yang berpanjangan disahkan oleh 9 orang profesor perubatan. Pada keesokan harinya 11 November 1938 İsmet İnönü dilantik sebagai Presiden Turkey yang baru untuk menggantikan Atarturk.
Pengebumian Ataturk dirancang untuk diadakan di Ankara. Jenazah Ataturk diawet memandangkan pengebumiannya dirancang untuk diadakan beberapa hari kemudian. Pada mulanya tiada solat jenazah diatur dalam pengebumian Ataturk. Ia hanya diadakan 9 hari kemudian (pada 19 November 1938) atas desakan dari adik perempuan Ataturk yang bernama Makbule Atadan. Namun demikian, hasrat Makbule supaya solat jenazah untuk abangnya dibuat di dalam masjid tidak kesampaian kerana Kerajaan Turkey yang baru enggan berbuat demikian. Solat jenazah Ataturk diadakan secara tertutup di Istana Dolmabahce dan hanya dihadiri oleh orang-orang yang tertentu sahaja.
|
Pengebumian Ataturk
|
Selepas selesai Solat Jenazah, jenazah Ataturk dibawa dengan kereta kuda ke Gülhane Park sebelum dipindahkan ke atas sebuah bot torpedo untuk diangkut ke dalam sebuah kapal perang yang bernama TCG Yavûz.
|
Kereta kuda yang digunakan untuk membawa jenazah Ataturk ke pelabuhan di Istanbul. |
|
Bot torpedo yang membawa jenazah Ataturk ke TCG Yavûz |
|
TCG Yavûz |
Jenazah Ataturk seterusnya dibawa berlayar dari Pelabuhan Istanbul menuju ke Pelabuhan Izmir menggunakan kapal perang TCG Yavûz. Setibanya di Pelabuhan Izmir, keranda yang menyimpan jenazah Ataturk dipindahkan pula ke atas keretapi untuk dibawa ke Ankara.
|
Model keretapi White Wagon yang membawa keranda berisi jenazah Ataturk ke Ankara |
|
Beginilah kedudukan keranda Ataturk di dalam keretapi White Wagon |
ROAD OF LIONS
Dari Muzium Pengebumian Ataturk, kita bergerak melalui dataran Road of Lions menuju ke Makam Ataturk. Road of Lions dinamakan sedemikian kerana ia dihiasi dengan patung-patung singa yang menjadi simbol kerajaan purba Hitite yang berpusat di kawasan Ankara pada masa silam.
|
Road of Lions |
Bunga-bunga ros banyak berkembang di sepanjang Road of Lions. Bukan sahaja ia memberikan pemandangan yang cantik, bahkan turut memberikan bau-bauan yang harum dan segar di sepanjang Road of Lions.
MUZIUM ATATURK
Sebelum melawat Makam Ataturk yang sebenar, kita melawat dulu Muzium Ataturk yang mempamerkan sejarah perjuangan Ataturk dalam kemerdekaan negara Turkey. Bangunan muzium ini terletak di bawah bangunan yang menempatkan Makam Ataturk yang sebenar.
|
Bangunan Muzium Ataturk |
|
Bangunan-bangunan di Anitkabir direkabentuk dengan mengambil ilham dari khemah-khemah nomad kerajaan purba di Turkey pada masa dahulu. |
|
Tentera yang berkawal tegak di Anitkabir |
|
Pintu masuk ke muzium |
Nama rasmi muzium ini ialah Ataturk And The War Of Independence Museum. Muzium ini terdiri dari beberapa bahagian. Bahagian pertama mempamerkan barangan peribadi milik Ataturk seperti pakaian seragam dan senjata. Malangnya fotografi tidak dibenarkan di bahagian ini.
|
Muzium |
Seksyen yang kedua pula mempamerkan lukisan-lukisan dan panorama Peperangan Canakkale dan Perang Kemerdekaan yang dipimpin oleh Ataturk. Kedua-dua peperangan dalam Perang Dunia Pertama ini dimulakan oleh British untuk menewaskan Kerajaan Ottoman di Turkey yang ketika itu bersekutu dengan Jerman. Peperangan ini dimenangi oleh Kerajaan Ottoman setelah kapal-kapal perang British gagal memasuki Selat Dardanelles. Kecemerlangan Ataturk sebagai seorang Jeneral Perang di pihak Turkey sangat terserlah dalam peperangan ini. Selepas dari inilah Ataturk melancarkan pula gerakan untuk menggulingkan Kerajaan Ottoman yeng seterusnya membawa kepada penubuhan Republik Turkey.
Akhir sekali barulah kita melawat ke Makam Ataturk yang sebenar. Ataturk dihormati sebagai seorang pahlawan dan pemimpin agung di Turkey. Namun, ramai juga yang membenci beliau termasuk para ulama kerana beliau bertindak menghapuskan sistem-sistem yang berbau Islam di Turkey sepanjang pemerintahannya dan menerapkan sistem barat sebagai pengganti. Disebabkan kebenciannya terhadap hukum Islam, ada cerita yang mengatakan mayat Ataturk berbau busuk dan tidak diterima bumi sewaktu pengebumiannya.
|
Pesanan terakhir Ataturk kepada Tentera Turki |
|
Pemandangan siling tinggi di luar Makam Ataturk |
Selepas melawat Makam Ataturk, kami melangkah keluar untuk meninggalkan Anitkabir. Anitkabir sebenarnya terletak di puncak bukit yang tertinggi di Ankara. Pemandangan kota Ankara memang kelihatan sangat indah dari sini. Kita nikmati dulu pemandangan kota Ankara ini sebelum bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya.
|
Pemandangan bangunan yang menempatkan Makam Ataturk di Anitkabir |
|
Bendera gergasi Turkey di Anitkabir |
|
Meraikan graduasi di Anitkabir |
|
Pemandangan indah kota Ankara dari Anitkabir |
|
Meninggalkan Anitkabir |
Bersambung ke Bahagian 5...
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:
No comments:
New comments are not allowed.