Jun 2022
TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale
Bahagian 18: Curi-Curi Jalan Istanbul 9
TOPKAPI PALACE (Harem 2)
HARI KETUJUH (4)
Part 41: Harem (2) @ Topkapi Palace
Dalam entry ini Myself akan menyambung lagi kisah kami melawat ke Harem di Topkapi Palace...
Selepas melawat ke The Paved Courtyard of Sultan's Wives and Concubines, kita melawat pula ke Apartment of Sultan's Mother. Ibu Sultan yang digelar Valide Sultan adalah orang yang paling berkuasa di dalam Harem. Dialah yang menentukan segala hal ehwal yang berlaku di dalam Harem. Pernah juga terjadi beberapa kali, Sultan Ottoman yang dilantik terlalu muda untuk memerintah. Bila ini berlaku memang Ibu Sultanlah yang sebenarnya memerintah di sebalik baginda.
Walau bagaimanapun, ibu Sultan yang mangkat sebelum anaknya ditabalkan menjadi Sultan tidak diangkat menjadi Valide Sultan. Dalam kes sebegini selalunya saudara perempuan Sultan yang akan melaksanakan tugas sebagai Valide Sultan. Ibu Sultan juga akan kehilangan gelaran Valide Sultan jika anaknya mangkat atau turun dari takhta.
Sebagai orang yang paling berkuasa di Harem, Valide Sultan mendapat tempat kediaman yang paling besar dan lengkap dengan kakitangannya sendiri. Malangnya sebahagian kediaman Valide Sultan di Harem ini sedang ditutup untuk pembaikan. Jadi tak nampaklah suasana grand kediaman ini ketika itu.
Apartment of Sultan's Mother |
Kita juga dapat melihat Valide Sultan's Bath di sebelah Apartment of Sultan's Mother ini. Bilik mandi yang mewah ini direka oleh arkitek terkenal di zaman Ottoman, Mimar Sinan.
Valide Sultan's Bath |
Sultan's Bath yang terletak bersebelahan dengan Valide Sultan's Bath pun kelihatan sama, cuma saiznya lebih besar.
Sultan's Bath |
KEDIAMAN SULTAN
Sekarang kita dah tiba di zon peribadi Sultan di Harem. Bilik yang paling grand di sini adalah Imperial Hall. Ia adalah bilik yang terbesar dan paling mewah di Harem. Imperial Hall digunakan sebagai Bilik Tetamu Sultan dan juga bagi mengadakan upacara-upacara tertentu di Harem.
Di sebelah Imperial Hall adalah Privy Chamber of Sultan Murad III. Bilik ini adalah kediaman peribadi Sultan Murad III yang dikekalkan seperti keadaan asal sehingga sekarang.
Privy Chamber of Sultan Murad III |
Tempat tidur Sultan |
Pendiang Api |
Persaingan sengit di antara gundik supaya anak lelaki mereka dilantik menjadi Sultan turut terjangkit kepada anak-anak mereka. Menjadi kelaziman bagi Sultan yang berkuasa untuk membunuh adik-beradik lelakinya yang lain bagi memastikan mereka tidak merampas kuasa. Jika tidak dibunuh, saudara-saudara lelaki ini akan dipenjarakan di Apartment of the Crown Prince.
Apartment of the Crown Prince |
Bumbung Apartment of the Crown Prince dari luar |
Paved Courtyard of Mabeyn and The Apartment of the Favourites terletak di sebelah Apartment of the Crown Prince. Di sinilah gundik yang menjadi favourite Sultan akan ditempatkan.
Keterangan mengenai Paved Courtyard of Mabeyn and The Apartment of the Favourites. |
Bilik-bilik yang menempatkan gundik favourite Sultan. |
Di sebalik memiliki ramai gundik, Sultan-sultan Ottoman turut mempunyai isteri-isteri yang sah yang pada kebiasaannya adalah puteri-puteri raja asing yang dikahwini untuk merapatkan perhubungan politik antara negara. Jarang sekali gundik diangkat menjadi isteri yang sah, lebih-lebih lagi dengan amalan di mana gundik yang telah melahirkan anak tidak lagi akan bersama Sultan.
Sultan yang mengubah tradisi ini ialah Sultan Sulaiman I (Sulaiman The Magnificent). Pada 1521, dia telah memiliki seorang anak lelaki bernama Mustafa dari isterinya yang sah, Mavidevran. Pada tahun yang sama juga, Sultan ini turut mendapat anak lelaki dari gundiknya yang bernama Roxelana yang diberi nama Mehmet (Muhammad). Sesuai dengan kebiasaan dinasti, Sulaiman I seharusnya tidak boleh lagi bersama Roxelana.
Namun faktanya, sepanjang 1522-1531, Sulaiman I memperoleh enam anak lagi bersama Roxelana. Salah seorang di antara mereka adalah penerus takhta kerajaan, Salim II. Pada 1533, Sulaiman I memerdekakan Roxelana dan kemudian menikahinya sebagai isteri yang sah. Hal tersebut juga dianggap melanggar tradisi Ottoman kerana sultan-sultan sebelumnya tidak pernah menikahi gundik yang mereka miliki.
Salim II bukanlah pilihan Sultan Sulaiman I untuk menggantikannya. Pilihan Sulaiman yang sebenar adalah anak yang lahir dari isterinya yang sah, Mustafa. Demi untuk memastikan anaknya menjadi Sultan, Roxelana menabur fitnah sehingga menyebabkan Mustafa dihukum bunuh oleh ayahnya sendiri kerana dianggap menderhaka.
Walau berusaha sebegitu rupa, hasrat Roxelana untuk menjadi Valide Sultan tidak kesampaian kerana dia meninggal dunia sebelum anaknya dilantik menjadi Sultan Salim II. Peranan Valide Sultan sebaliknya diberi oleh Salim kepada kakaknya, Mihrimah yang merupakan satu-satunya anak perempuan Roxelana bersama Sultan Sulaiman I.
Pemandangan dari Paved Courtyard of Mabeyn and The Apartment of the Favourites. |
Mengambil gambar bilik-bilik kediaman gundik favourite Sultan |
Pasti Roxelana juga pernah tinggal di sini sebelum menjadi isteri Sultan. |
Kalau tak salah, "kotak" di bawah ini adalah sebenarnya kolam pemandian Sultan bersama gundik favourite pada masa dahulu. |
Tembok Istana Topkapi |
Apartment of the Crown Prince yang dapat dilihat dari Paved Courtyard of Mabeyn and The Apartment of the Favourites. |
Selepas ini, kami singgah pula di Masjid of Harem yang disediakan untuk kemudahan wanita-wanita di Harem beribadat.
Masjid of Harem |
Laluan keluar dari Harem adalah menerusi sebuah lorong yang dinamakan Golden Road. Ia sering digunakan oleh Sultan sebagai laluan pintas untuk ke kediaman baginda di dalam Harem. Lorong ini bukanlah dinamakan Golden Road kerana terdapat perhiasan emas di dalamnya. Ia sebaliknya dinamakan sedemikian kerana pada hari-hari yang tertentu ketika melalui lorong ini, Sultan akan bersedekah dengan cara membaling duit emas kepada penghuni dan petugas di Harem yang berdiri di sepanjang jalan.
Golden Road |
Ada ketikanya Sultan akan membaling duit siling emas kepada penghuni dan petugas Harem bila melalui jalan ini. |
Ingatkan dah habis tempat yang nak dilawat di dalam Harem ini, rupa-rupanya ada pulak Kushane Kitchen yang terletak kat hujung lorong. Terpaksalah kita pergi menjenguk sekejap.
Keterangan mengenai Kushane Kitchen |
Kushane Kitchen tidak besar. Mengikut keterangan yang diberi, ia hanya digunakan pada majlis-majlis tertentu yang dianjurkan oleh Sultan. Kalau Sultan keluar memburu, kakitangan dari Kusahane Kitchen yang akan ikut bersama untuk menyediakan makanan Sultan.
Kushane Kitchen |
Pintu keluar dari Harem adalah menerusi Paved Courtyard of Sultan's Mother yang bersambung dengan Third Courtyard di Topkapi Palace. Courtyard ini penting kerana disebabkan ia bersambung dengan Third Courtyard, ia sering menjadi tempat pertemuan dengan ahli-ahli keluarga yang tinggal di luar Harem.
Paved Courtyard of Sultan's Mother |
Keluar menuju ke Third Courtyard |
Bersambung ke Bahagian 19...
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:
- Bhg. 01 [Hari 1] : Arrival (Kuala Lumpur - Istanbul)
- Bhg. 02 [Hari 2] : 2nd Leg Journey (Istanbul - Ankara)
- Bhg. 03 [Hari 2] : Ankara 1 (Ankara & Hilton Garden Inn)
- Bhg. 04 [Hari 2] : Ankara 2 (Anitkabir)
- Bhg. 05 [Hari 2] : Ankara 3 (Ankara Castle & Turkish General Assembly)
- Bhg. 06 [Hari 3] : Ankara 4 (EMS Ambulance Factory & Terbang ke Istanbul)
- Bhg. 07 [Hari 3] : Istanbul 1 (Avantgarde Hotel & Taksim)
- Bhg. 08 : Istanbul 2 (Win Eurasia & Istanbul Metro)
- Bhg. 09 : Istanbul 3 (Funikuler & Tramvay)
- Bhg. 10 [Hari 4] : Curi-Curi Jalan Istanbul 1 (Busforus Hop On Hop Off)
- Bhg. 11 [Hari 5] : Curi-Curi Jalan Istanbul 2 (Istiklal Nostaljik Tramvay & Istiklal Street)
- Bhg. 12 [Hari 5] : Curi-Curi Jalan Istanbul 3 (Istanbul Old City & Grand Bazaar)
- Bhg. 13 [Hari 6] : Curi-Curi Jalan Istanbul 4 (Kabataş, Dolmabahçe & Bosphorus Cruise 1)
- Bhg. 14 [Hari 6] : Curi-Curi Jalan Istanbul 5 (Bosphorus Cruise 2)
- Bhg. 15 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 6 (Topkapi Palace - 1st & 2nd Courtyard)
- Bhg. 16 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 7 (Topkapi Palace - 3rd & 4th Courtyard)
- Bhg. 17 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 8 (Topkapi Palace - Harem 1)
- Bhg. 18 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 9 (Topkapi Palace - Harem 2)
- Bhg. 19 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 10 (Topkapi Palace - Hagia Eirene & Imperial Gate)
- Bhg. 20 [Hari 8] : Denizli 1 (Terbang ke Denizli)
- Bhg. 21 [Hari 8] : Denizli 2 (Lake Salda)
- Bhg. 22 [Hari 8] : Denizli 3 (Kaklik Cave)
- Bhg. 23 [Hari 8] : Denizli 4 (Laodikeia - Syria Street)
- Bhg. 24 [Hari 8] : Denizli 5 (Laodikeia - Church of Laodikeia, Temple A & Theater)
- Bhg. 25 [Hari 8] : Pamukkale 1 (Safak Restaurant & Richmond Pamukkale Thermal Hotel)
- Bhg. 26 [Hari 9] : Pamukkale 2 (Hot Air Balloon)
- Bhg. 27 [Hari 9] : Pamukkale 3 (Karahayit Red Water)
- Bhg. 28 [Hari 9] : Pamukkale 4 (Hierapolis)
- Bhg. 29 [Hari 9] : Pamukkale 5 (Cleopatra Pool & Hierapolis Museum)
- Bhg. 30 [Hari 9] : Pamukkale 6 (Pamukkale Cotton Castle)
- Bhg. 31 [Hari 9] : Pamukkale 7 (Meninggalkan Hierapolis)
- Bhg. 32 [Hari 10] : Cuti-Cuti Istanbul 1 (Terbang Ke Istanbul)
- Bhg. 33 [Hari 10] : Cuti-Cuti Istanbul 2 (Jalan-Jalan Di Sultanahmet)
- Bhg. 34 [Hari 11] : Cuti-Cuti Istanbul 3 (Blue Mosque & Serefiye Cistern)
- Bhg. 35 [Hari 11] : Cuti-Cuti Istanbul 4 (Tomb of Mahmud II & Hagia Sophia)
- Bhg. 36 [Hari 11] : Pulang (Istanbul - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.