Saturday, 23 July 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 06 (Ankara - Istanbul)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 6: Ankara 4
EMS AMBULANCE FACTORY & TERBANG KE ISTANBUL

HARI KETIGA (1)

Part 11: Selamat Pagi, Ankara

Selepas tertidur tak ingat dunia petang semalam sehingga sampai ke tengah malam, mata dah segar bugar sejak pukul 4 pagi ini. Maklum sajalah, penangan jet lag! Secara jujurnya, Myself tak pernah kena jet lag yang teruk setiap kali travel ke oversea. Cuma sikit-sikit dan sekejap saja. Tapi trip ke Turkey kali ini, memang teruk Myself terasa penangan jet lag. Mungkin sebab dah lebih 2 tahun kita tak travel jauh-jauh ke oversea.

Selamat Pagi, Ankara
Bangunan di sebelah Hilton Garden Inn Gimat, Ankara
Suasana awal pagi di Musim Panas di Ankara
Program pagi ini adalah membuat sebuah Technical Visit ke sebuah kilang ambulans di Ankara. Program dijangka bermula pukul 8.30 pagi, maka seawal pukul 7.30 pagi kami dah  turun bersarapan di hotel.

Tingkat Lobi di hotel ini dipanggil Z Floor
Suasana breakfast di restoran Hilton Garden Inn
Roti adalah makanan ruji di Turkey. Maka berbagai jenis roti dihidang untuk breakfast.
Jemput breakfast...
Selepas breakfast kita tunggu kenderaan yang telah diatur untuk membawa kita membuat Technical Visit di lobi hotel.

Kenangan di Hilton Garden Inn Gimat
Lobi Hotel
Patung Kuda Hitam di pintu masuk

Part 12: EMS Ambulance Factory

Disebabkan kami bekerja sebagai jurutera dalam perkhidmatan kesihatan, menjaga kenderaan ambulans adalah sebahagian dari skop kerja kami. Oleh itu Technical Visit ke sebuah kilang ambulans di Ankara menjadi sebahagian dari agenda dalam program kerja ini. Maklumlah, di Malaysia cuma ada kilang membuat kereta seperti Proton, belum ada kilang membuat ambulans. Jadi kita ambil kesempatan belajar tentang proses pembuatan ambulans sewaktu berada di Turkey.

Bangunan pejabat EMS Ambulance
Selain menjadi pusat pemerintahan kerajaan, Ankara adalah juga pusat perindustrian berat di Turkey. Kami diberitahu ada 5 buah kawasan perindustrian di Ankara. Ada juga beberapa buah kilang membuat ambulans di sini dan kami melawat ke sebuah daripadanya yang bernama Emergency Mobile Systems (EMS). 

Bersama CEO EMS Ambulance, Mr Ahmet
Boring lah kan kalau bercerita pasal kerja pulak dalam blog ini, jadi kita tunjukkan sikit-sikit saja lawatan kita ke sini sebagai memori.

Production Area di EMS Ambulance Factory
Mendengar penerangan tentang ciri keselamatan ambulans
Bergambar dengan Siti depan ambulans yang masih sedang dalam proses pemasangan
Ada banyak wayar sebenarnya dipasang dalam ambulans kerana ia membawa banyak peralatan kecemasan untuk menyelamatkan nyawa sewaktu membawa pesakit ke hospital.
Proses pemasangan stretcher dalam ambulans
Bergambar dalam ambulans yang hampir nak siap bersama International Sales Manager, Mr Irfan

Part 13: Ankara Esenboğa Airport

Selepas melawat ke EMS Ambulance Factory, kami bergegas kembali ke hotel untuk check-out. Selepas itu, kami terus menaiki kenderaan yang disediakan untuk ke Ankara Esenboğa Airport untuk mengambil penerbangan kembali ke Istanbul.

Pemandangan sewaktu dalam perjalanan menuju ke Ankara Esenboğa Airport.
Pemandangan padang rumput yang mengelilingi Ankara
Goodbye, Ankara!
Sebuah masjid besar di Ankara
Perjalanan dari hotel ke airport memakan masa kira-kira 40 minit. Pemandangan bunga-bungaan yang masih mekar di sekitar Ankara dalam perjalanan sangat menyegarkan.

Bunga-bunga cantik di Ankara
Tiba di Ankara Esenboğa Airport
Bangunan Terminal di Ankara Esenboğa Airport
Kenderaan Mercedes Benz Vito yang membawa kami ke sana-sini di Ankara
Domestic Departures
Domestic Departures dalam Bahasa Turki
Pemandangan di dalam Ankara Esenboğa Airport
Jadual penerbangan domestik
Kaunter tiket penerbangan
Lif
Kami memilih pergi awal ke lapangan terbang sebab kami nak lunch di sana. Ada banyak kedai makan di lapangan terbang ini tetapi semuanya menjual roti. Seronok sungguh bila terjumpa sebuah kedai makanan Turki yang menjual nasi. Berpeluh petugas di kaunter makanan ini bila kita banyak bertanya dalam Bahasa Inggeris. Last-last dia membuat announcement dalam Bahasa Turki meminta sesiapa yang boleh bercakap English datang membantu. Mujurlah seruannya disambut oleh seorang remaja wanita Turkish yang beratur kat belakang kita. Mudahlah sikit Myself nak mendapat penerangan tentang makanan-makanan yang dijual. Syukur Alhamdulillah.

Restoran di Ankara Esenboğa Airport
Tak faham langsung apa makanan yang dijual dengan hanya membaca menu ini. Walau apa yang dijual, Insyaallah memang Halal dimakan.
Lunch
Pesawat kami ke Istanbul dijadualkan berlepas pada pukul 5.45 petang. Maka seawal jam 4 petang, kami check-in di kaunter penerbangan.

Check-in di kaunter Turkish Airlines
Pintu perlepasan untuk penerbangan domestik
Suasana di kawasan Pintu Perlepasan Domestik
Hujan lebat turun pada petang itu di Ankara Esenboğa Airport
Jadual penerbangan. Pesawat kami TK 2163 dijangka mengalami kelewatan 15 minit.
Pemandangan suasana di Ankara Esenboğa Airport dari kawasan Pintu Perlepasan Domestik

Part 14: Terbang Ke Istanbul

Baru semalam kami terbang dari Istanbul ke Ankara, petang ini pulak kami nak terbang balik ke Istanbul. Walaupun hujan lebat turun petang tadi di Ankara Esenboğa Airport, syukurlah ia tidak berpanjangan. Cuaca kembali cerah sewaktu penerbangan kami dijadualkan berlepas.

Pesawat Turkish Airlines yang membawa kami dari Ankara ke Istanbul
Maklumat pesawat kami. Eyy, dah balik on time. Tak jadi dia nak delay 15 minit.
Pintu perlepasan pesawat kami ~ Gate 113
Berjalan menuju ke pesawat
Pemandangan di dalam pesawat
Peta penerbangan dari Ankara ke Istanbul. Ishh, dekat betul Turkey ini dengan Ukraine. Odessa dan Simferopol di seberang Laut Hitam sana adalah terletak di negara Ukraine yang sedang berperang dengan Russia sekarang.
Penerbangan kami Turkish Airlines TK 2163 berlepas dari Ankara menuju ke Istanbul mengikut jadual pada pukul 5.45 petang. Tak seperti penerbangan datang ke Ankara semalam yang wide-body, pesawat ini adalah narrow-body tetapi full house dengan penumpang.

Pesawat full house dengan penumpang
Berlepas dari Ankara menuju ke Istanbul
Penerbangan dijangka memakan masa 1 jam dan ada hidangan ringan diberikan kepada penumpang dalam penerbangan ini.

Sajian penerbangan
Kaşar Cheese Toast dan Air Oren
Dah nak sampai ke Istanbul
Sewaktu pesawat dah mula membuat penerbangan turun ke Istanbul, peramugari di kelas Ekonomi masih belum selesai memberi sajian penerbangan. Kita pun tumpang runsing tengok. Mungkin mereka baru berkhidmat dan belum cekap lagi sampai Ketua Peramugari yang bertugas kat Business Class terpaksa turun memberi arahan kepada peramugari-peramugari ini. 

Sajian penerbangan masih belum selesai bila pesawat dah mula membuat penerbangan turun.
Dah dekat sangat nak landing kat Istanbul
Pesawat kami selamat mendarat di Istanbul Airport pada pukul 6.45 petang.

Bersiap sedia untuk turun dari pesawat
Tak seperti semalam di mana pesawat-pesawat kami parking kat tengah airport, pesawat ini parking terus kat bangunan Terminal.

Berjalan masuk ke Bangunan Terminal
A glimpse of the airport
Menuju ke Baggage Reclaim
Jenuh dah berjalan, tak sampai-sampai lagi ke Baggage Reclaim
Sampai akhirnya ke Baggage Reclaim
Check dulu carousel mana nak pergi.
Bagasi kita diambil di sini
Lepas dah ambil bagasi, kita berjalan pulak mencari Gate 9 kerana pemandu kami menanti di sana untuk membawa kami ke hotel.

Kawasan pengambilan bagasi di Istanbul Airport. Jauh lebih besar dari kawasan pengambilan bagasi di KLIA.
Pintu keluar dari kawasan pengambilan bagasi
Menuju ke Pintu No. 9
Seperti yang diberitahu lebih awal kepada kami, pemandu kami menunggu di Gate 9 di Istanbul Airport. Terus kami dibawa menuju ke kenderaan kami, sebuah Mercedes Benz Vito yang menunggu di parking lot. 

Parking Lot di Istanbul Airport
Airport Transfer kami
Mercedes Benz Vito yang kelihatan mewah ini memang banyak digunakan sebagai kenderaan airport transfers di Turkey. Kalau menggunakan airport transfer ini di Istanbul, caj yang dikenakan adalah sekitar USD 30 (RM 135) untuk satu perjalanan bagi satu kenderaan, tanpa mengira bilangan penumpang.

Pemandangan di dalam airport transfer
Hulamak, ada bintang-bintang bertaburan pulak kat bumbung kereta ini!


Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: