Sunday, 11 September 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 31 (Hierapolis 2)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 31: Pamukkale 7
MENINGGALKAN HIERAPOLIS

HARI KESEMBILAN (6)

Part 68: Meninggalkan Hierapolis

Dah tiba masa untuk kami meninggalkan Pamukkale Cotton Castle. Selepas memakai kasut kembali, kita berjalan ke Hierapolis untuk mendapatkan kereta yang menunggu untuk membawa kami ke tempat lunch.

Goodbye, Cotton Castle
Kembali ke Hierapolis
Runtuhan Hierapolis yang dilihat dalam perjalanan nak mendapatkan kereta
Last pose di Hierapolis
Pintu keluar dari Hierapolis
Berjalan ke tempat kereta menunggu
Kedai souvenir di pintu masuk ke Hierapolis
Peta Hierapolis
Hierapolis & Pamukkale Cotton Castle telah menerima pengiktirafan sebagai World Heritage Site dari UNESCO pada tahun 1988.
Sehingga jumpa lagi!
Lunch disediakan juga di Safak Restaurant seperti semalam. Kalau semalam cuma kami sahaja yang berada di sana, ada ramai pengunjung di sini hari ini.

Safak Restaurant
Berjalan menuju ke ruang makan di Safak Restaurant
Seperti semalam makanan yang disediakan adalah Typical Turkish dan dihidangkan secara buffet.

Disebabkan ruang makan di dalam dah penuh, kami makan di ruang Garden hari ini.
Satu lagi suasana ruang makan di kawasan Garden

Part 69: Shopping Lokum (Turkish Delight)

Selepas makan, Ali menawarkan nak membawa kami ke tempat shopping manisan terkenal Turki yang dinamakan Lokum (Turkish Delight). Kata Ali, Lokum yang terdapat di Pamukkale berbeza dengan Lokum yang banyak dijual di Istanbul kerana kawasan di sini adalah kawasan pertanian dan buah-buahan yang digunakan adalah lebih segar. Kami okey saja dengan cadangan Ali.

Menuju ke Kedai Lokum
Kedai ini terletak di sebuah kawasan kampung. Kami melalui kawasan-kawasan pertanian untuk sampai ke situ.

Kedai kopi kampung di Turkey
Seperti kata Ali, kedai ini menjual pelbagai jenis Lokum. Ramai juga pelancong asing selain kami yang datang ke kedai ini.

Pemandangan di luar Kedai Lokum
Suasana di dalam Kedai Lokum
Pelbagai jenis Lokum yang dijual
Kami diberi berbagai jenis sampel Lokum untuk dicuba di kedai ini. Seperti kata Ali, memang Lokumnya sedap-sedap. Kita pun belilah juga beberapa Lokum untuk diberi souvenir kepada staff di office bila pulang ke Malaysia nanti.

Lokum yang pelbagai perisa dan berwarna-warni
Lokum yang dijual memang sedap
Kami juga dijamu secara percuma pelbagai jenis teh buah-buahan yang dijual. Myself mencuba Pomegranate Tea (Teh Delima) dan Peach Tea di sini. Rasanya memang sedap. Mujurlah Siti jenis yang rajin membeli. Bila Siti dah membeli, tak adalah kita yang tak membeli ini kena kenen dengan pekedai.

Serbuk Teh Buah-buahan untuk dijual
Pelbagai jenis teh buah-buahan.
Satu lagi suasana di dalam kedai
Selepas shopping Lokum, kami membuat satu lagi persinggahan di sebuah supermarket di kampung berhampiran untuk membeli air mineral. Maklumlah kettle tak disediakan di Richmond Pamukkale Thermal Hotel. Ada 2 botol air minuman percuma disediakan setiap hari dan kedua-duanya dah habis kami minum tadi sewaktu di Hierapolis.

Singgah di supermarket kampung sebelum pulang ke hotel
Pemandangan supermarket kampung dari depan
Selepas itu barulah kami pulang ke hotel. Kita perlu berehat kerana kami akan meninggalkan Pamukkale pada awal pagi esok untuk pulang ke Istanbul.

Pemandangan dalam perjalanan pulang ke hotel
Kebun Lavender
Dalam perjalanan pulang ke hotel, Ali menunjukkan kepada kami Pokok Gharqad yang juga dikenali sebagai Boxthorn atau Oleander. Pokok ini juga dikenali sebagai Pokok Yahudi berdasarkan satu hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya; “Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya.” Kecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.”

Baru tahu pokok yang berbunga lawa ini adalah Pokok Gharqad
Menurut sebuah Hadis Nabi, pokok ini akan melindungi Orang Yahudi di akhir zaman kelak.
Pemandangan di depan Richmond Pamukkale Thermal Hotel
Richmond Pamukkale Thermal Hotel
Bergambar kenangan dengan Ali dan Driver. Pada hari terakhir ini barulah kami tahu yang Ali dengan Driver adalah bersepupu.


Bersambung ke Bahagian 32...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: