Friday, 15 July 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 02 (Istanbul - Ankara)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 2: Second Leg Journey
ISTANBUL - ANKARA

HARI KEDUA (1)

Part 2: Istanbul Airport

Pesawat kami Turkish Airlines TK 61 selamat mendarat di Istanbul Airport pada pukul 4.40 pagi waktu tempatan (9.40 pagi waktu Malaysia). Suasana di sekitar masih gelap ketika itu. 

Tiba di Istanbul Airport
Pesawat Turkish Airlines TK 61 yang membawa kami ke Istanbul dari Kuala Lumpur.
Pesawat kami parking di tengah airport dan semua penumpang diangkut ke bangunan terminal dengan bas. 

Pemandangan dari dalam bas sewaktu dalam perjalanan menuju ke bangunan terminal.
Tiba di Bangunan Terminal
Disebabkan perjalanan kami akan diteruskan menuju ke Ankara, kami terus menuju ke Domestic Transfers. Ada pegawai Imigresen Turki menunggu di situ untuk pemeriksaan passport.

Passport Control & Baggage Reclaim
Disebabkan kami nak meneruskan perjalanan ke Ankara, kita kena pergi ke Domestic Transfers.
Menuju ke Domestic Transfers
Domestic Transfers. Pemeriksaan passport untuk masuk ke negara Turkey diselesaikan di sini.
Welcome To Istanbul
Selepas dah selesai membuat pemeriksaan passport di Domestic Transfers, kami terus mencari surau untuk qada Solat Subuh. Dalam Bahasa Turki, Surau dipanggil Mescit (disebut Masjid) manakala Masjid pula dipanggil Camii (disebut Jami').

Mencari Surau untuk Solat Subuh
Surau Wanita
Surau Lelaki
Selepas itu kami terus menuju ke Food Court untuk mengalas perut. Walaupun ada breakfast diberi dalam penerbangan tadi, memang tak puas kerana sarapan yang diberi adalah makanan Turki yang sangat asing dengan selera kita. Tak seperti di KLIA tadi yang sunyi sepi dari aktiviti komersil, Istanbul Airport memang meriah. Banyak kedai dan restoran yang dibuka. Kami memilih untuk makan di Burger King di Food Court ini. Barulah puas sikit makan sebab Burger King juga ada di Malaysia dan rasanya tak jauh berbeza.

Food Court di Istanbul Airport
Kerusi dan meja makan di Food Court
Lagi suasana di Food Court
Pilih makan di Burger King pagi ini
Jemput makan...
Suasana pukul 5.30 pagi di Istanbul Airport
Flight kami ke Ankara dijadualkan pada pukul 8 pagi. Oleh kerana masih awal lagi, kita cuci mata melihat pelbagai kedai yang ada di sekitar kawasan perlepasan domestik.

Sebaik maklumat pintu perlepasan pesawat ke Ankara muncul di monitor, kami terus bergerak menuju ke Pintu Perlepasan kami di Gate G1A.

Maklumat pintu perlepasan
Pintu perlepasan kami terletak di bawah sana
Berjalan menuju ke Pintu Perlepasan
Pemandangan Food Court tempat kami makan tadi dari tangga turun ke Pintu Perlepasan.
Pintu-pintu perlepasan
Pintu Perlepasan kami ~ Gate 1A
Boarding Pass ke Ankara

Part 3: Terbang Ke Ankara

Pesawat kami Turkish Airlines TK 2108 delay 30 minit pagi itu. Bila pesawat dah bersedia untuk berlepas, penumpang dibawa ke pesawat yang menunggu di tengah airport dengan menggunakan bas.

Maklumat penerbangan kami ke Ankara
Panggilan akhir untuk pesawat kami ke Ankara
Naik bas ke pesawat
Pemandangan dari dalam bas
Pesawat yang akan membawa kami ke Ankara
Pesawat yang membawa kami ke Ankara adalah sebuah pesawat wide-body Airbus 350-900. Penerbangan dari Istanbul ke Ankara dijangka memakan masa 1 jam.

Pemandangan di dalam pesawat
Pemandangan keluar dari tingkap pesawat
Bas yang membawa penumpang ke pesawat
Bila penumpang dah boarding masuk ke dalam pesawat, tiba-tiba pengumuman dibuat dan anak-anak kapal sibuk membuat pemeriksaan ke atas semua bagasi hand-carry yang disimpan di tempat bagasi di atas tempat duduk. Setiap bagasi ditanya siapa pemiliknya. Rupa-rupanya pada saat-saat akhir begini ada pulak seorang penumpang yang menarik diri tak jadi terbang. Tak tahu apa masalahnya tetapi kita berbaik sangka sajalah dengan penumpang itu. Mungkin dia mendapat hal kecemasan di saat akhir yang menyebabkan beliau perlu membatalkan penerbangan.

Bagi mematuhi prosedur keselamatan, anak-anak kapal perlu membuat pemeriksaan untuk memastikan yang bagasi penumpang tadi tidak ditinggalkan di dalam pesawat. Maklum sajalah, di zaman yang penuh dengan keganasan begini, perlu dipastikan penumpang tadi tidak saja-saja tak jadi terbang dan meninggalkan beg yang mungkin berisi dengan bahan letupan di dalam pesawat. Lebih-lebih lagi di negara Timur Tengah seperti Turkey yang sentiasa terdedah dan sensitif dengan ancaman begini.

Selepas semua prosedur keselamatan dipatuhi, barulah pesawat kami masuk queue untuk terbang ke Ankara. Elok-elok delay cuma 30 minit, kami akhirnya delay selama lebih sejam.

Menunggu giliran untuk terbang
Pesawat yang berlepas terbang sebelum kami
Istanbul Airport yang tersangat amat besar itu.
Berlepas akhirnya menuju ke Ankara
Alhamdulillah, cuaca sangat baik pagi itu. Turkey sedang mengalami musim panas dan mentari memancar dengan sangat terang. Banyak pemandangan cantik yang dapat kita lihat dari pesawat pagi itu.

Satu pemandangan menarik yang dapat dilihat dalam pesawat menuju ke Ankara ini ialah lapangan terbang penumpang kedua bagi Istanbul yang bernama Sabiha Gökçen Airport. Tidak seperti Istanbul Airport yang terletak di Istanbul Eropah, Sabiha Gökçen Airport terletak di Istanbul Asia. Sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia seperti kita ialah fakta di mana airport ini kini diuruskan oleh Malaysia Airports. Nama airport ini adalah sempena seorang anak angkat Mustafa Kemal Ataturk yang bernama Sabiha Gökçen yang juga merupakan seorang fighter pilot wanita dalam Tentera Udara Turki sewaktu Perang Dunia Pertama dulu.

Sabiha Gökçen Airport.
Sajian penerbangan dalam perjalanan ke Ankara ~ Roti Cheese dan Coke.
Semakin jauh kita meninggalkan Istanbul menuju ke Ankara, pemandangan kota digantikan dengan pemandangan pergunungan.

Selepas terbang selama sejam, pemandangan kota Ankara muncul dalam pandangan. Ankara adalah ibu negara Turkey dan Istanbul pula adalah bandarnya yang terbesar. Disebabkan Ankara adalah pusat pemerintahan negara Turkey, kita bayangkan bandar ini lebih kurang macam rupa Putrajaya di Malaysia. Berbeza rupanya! Kaget kita melihat betapa padatnya Ankara dari udara!

Ankara yang kelihatan sangat padat dari udara
Oleh kerana Ankara adalah sebuah bandaraya baru berbanding Istanbul yang telah wujud beratus-ratus tahun dulu, pembangunannya sangat terancang.
Tak banyak kelihatan bangunan-bangunan tinggi di Ankara
Pembangunan di Ankara yang sangat terancang seperti pembangunan Putrajaya di Malaysia
Membuat penerbangan turun
Touchdown di Ankara
Selamat mendarat
Ankara EsenboÄŸa Airport


Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: