Monday, 19 September 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 35 (Hagia Sophia)

 Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 35: Cuti-Cuti Istanbul 4
TOMB OF MAHMUD II & HAGIA SOPHIA

HARI KESEBELAS (2)

Part 79: Tomb & Cemetery of Mahmud II

Siti cukup suka makan Roti Simit sewaktu di Turkey. Jadi kami singgah membeli Simit dari sebuah gerai sebab dia nak membeli Simit untuk dikongsi bersama family bila balik ke Malaysia malam nanti.

Singgah membeli Simit
Kami jangka Simit dari gerai ini mesti sedap sebab Pakcik Teksi yang membawa kami ke Topkapi Palace dulu singgah di gerai ini membeli Simit untuk breakfast.
Tidak jauh dari Gerai Simit ini ada pulak sebuah tempat sejarah yang bernama Tomb and Cemetery of Mahmud II. Disebabkan curious nak tahu apa yang ada di situ, kami masuk ke dalam.

Tomb and Cemetery of Mahmud II
Rupa-rupanya tempat ini adalah Perkuburan Diraja yang pada asalnya dibina oleh Sultan Abdulmecid untuk ayahandanya Sultan Mahmud II. Selain Sultan Mahmud II, ada juga sultan dan kerabat-kerabat lain yang disemadikan di sini.

Perkuburan Diraja
Batu nisan di perkuburan ini tinggi-tinggi belaka
Al Fatihah untuk semua mereka yang disemadikan di sini
Meninggalkan Tomb and Cemetery of Mahmud II

Part 80: Hagia Sophia

Persinggahan terakhir kami adalah ke Hagia Sophia. Tidak dinafikan Hagia Sophia adalah tarikan pelancong yang paling popular di Istanbul. Oleh yang demikian, kita akan sentiasa dapat melihat ramai pelancong yang berkumpul di hadapannya menunggu giliran untuk masuk melawat ke dalam.

Hagia Sophia
Tempat berehat di depan Hagia Sophia
Busforus
Masjid Biru
Pintu masuk ke Hagia Sophia. Lawatan dibenarkan bermula pukul 10 pagi setiap hari
Hagia Sophia yang bermaksud Holy Wisdom pada mulanya dibina oleh seorang Maharaja Byzantine yang bernama Emperor Justinian untuk menebus dosanya melakukan pembunuhan beramai-ramai 30,000 orang penduduk Constantinople (nama lama Istanbul di zaman Byzantine) yang menentangnya. Ia kemudian ditukar fungsi menjadi sebuah masjid di zaman penaklukan Ottoman dan bertukar menjadi muzium pada tahun 1935 di zaman pemerintahan Presiden Ataturk. Fungsi Hagia Sophia kini dikembalikan menjadi masjid pada tahun 2020 di bawah pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdoğan.

Nama rasmi Hagia Sophia kini ialah The Hagia Sophia Grand Mosque
Sewaktu Hagia Sophia berfungsi sebagai muzium, ada tiket dikenakan untuk masuk ke dalam. Selepas ia ditukar menjadi masjid sekarang, kemasukan adalah percuma. Namun demikian, kemasukan pengunjung ke Hagia Sophia dikawal untuk mengelakkan kesesakan. Oleh yang demikian, kalau nak masuk melawat ke Hagia Sophia kenalah bersabar menunggu sehingga giliran kita dibenarkan masuk. Semua pengunjung juga perlu melalui pemeriksaan sekuriti di pintu masuk ke Hagia Sophia.

Pengunjung-pegunjung ke Hagia Sophia
Menunggu giliran untuk masuk ke Hagia Sophia
Pemeriksaan sekuriti sebelum masuk ke Hagia Sophia
Berjalan masuk ke bangunan Hagia Sophia selepas melalui pemeriksaan sekuriti
Sebelum Hagia Sophia dibangunkan sebagai sebuah gereja lagi, telah berdiri sebuah bangunan untuk menyembah Dewi Artemis di sini. Tiang-tiang dari runtuhan kuil tersebut masih dapat dilihat di perkarangan Hagia Sophia.

Tiang-tiang Kuil Roman lama yang masih dapat dilihat di perkarangan Hagia Sophia
Tiang ini adalah kesan runtuhan dari Kuil Dewi Artemis yang pernah berdiri di kawasan ini pada masa dahulu
Berjalan menuju ke pintu masuk
Bunga-bunga yang masih berkembang mekar
Pintu masuk ke Hagia Sophia
Struktur binaan di atas pintu masuk ke Hagia Sophia
Hagia Sophia pada asalnya dibina sebagai gereja. Jadi sebaik kita masuk ke dalam bangunan ini, ciri-ciri gerejanya memang sangat ketara.

Suasana sewaktu melangkah masuk ke dalam Hagia Sophia memang bagaikan suasana melangkah masuk ke sebuah gereja besar yang lama di Eropah.
Hiasan pada siling di korridor luar Hagia Sophia
Pemandangan lebih dekat lukisan hiasan pada siling
Lambang Sultan Ottoman yang diletakkan pada dinding Hagia Sophia
Pintu masuk ke ruang solat Hagia Sophia
Pengunjung tak kira agama bebas melawat Hagia Sophia di luar waktu solat. Disebabkan Hagia Sophia kini telah menjadi sebuah masjid, pengunjung perlu membuka kasut dan menutup aurat sebelum masuk ke dalam. 

Tempat menyimpan kasut sebelum masuk ke dalam Hagia Sophia
Myself dan Husband pernah melawat Hagia Sophia sewaktu lawatan kami pada tahun 2014 dulu. Ketika itu Hagia Sophia berfungsi sebagai sebuah muzium. Pemandangan di dalam Hagia Sophia ketika itu sangat berbeza berbanding sekarang. Walaupun Hagia Sophia dah menjadi masjid, bilangan pengunjung yang datang melawat tetap ramai seperti sewaktu ia masih menjadi muzium dulu.

Suasana di dalam Hagia Sophia. Bilangan pengunjung yang datang melawat tetap ramai.
Disebabkan Hagia Sophia adalah sebuah masjid sekarang, lantainya kini dipasang dengan karpet.
Suasana di dalam Hagia Sophia sekarang sangat mendamaikan
Sewaktu Hagia Sophia berfungsi sebagai gereja, ia dibina menghadap ke Jerusalem. Kerana itulah mihrab di dalam Hagia Sophia senget 6 darjah kerana kedudukan Makkah dengan Jerusalem berbeza 6 darjah.

Mihrab di Hagia Sophia senget 6 darjah kerana kedudukan Makkah dengan Jerusalem berbeza 6 darjah. Bandingkan kedudukan Mihrab yang menghadap ke Makkah dengan tingkap di atasnya yang dibina menghadap ke Jerusalem.
Ruang paling hadapan Hagia Sophia di depan Mihrab kini dikhaskan sebagai ruang solat untuk lelaki. Ramai pengunjung Muslim yang mengambil kesempatan membuat solat sunat di sini ketika kami melawat.
Peringatan supaya pengunjung tidak membuat bising di ruang solat
Sebenarnya ada sebuah lukisan Kristian yang besar pada siling di atas Mihrab Hagia Sophia. Lukisan ini telah ditutup dengan plaster sewaktu Sultan Ottoman menukar fungsi Hagia Sophia menjadi sebuah masjid dulu. Plaster yang menutup lukisan ini telah ditanggalkan oleh Ataturk sewaktu Hagia Sophia ditukar fungsi menjadi muzium. Bila muzium ini ditukar kembali menjadi masjid oleh Presiden Erdoğan pada tahun 2020, lukisan ini ditutup dengan kain putih sepertimana yang dilihat sekarang.

Lukisan Kristian di atas Mihrab Hagia Sophia yang ditutup dengan kain putih
Pemandangan lebih dekat kain putih yang menutup lukisan Kristian
Inilah rupa lukisan Kristian yang ditutup dengan kain putih. Gambar ini Myself ambil pada tahun 2014 dulu ketika Hagia Sophia masih berfungsi sebagai sebuah muzium.
Pengunjung yang semakin ramai berkunjung ke Hagia Sophia
Hagia Sophia yang dibina pada tahun 532 - 537M, masih menjadi salah sebuah binaan terpenting di dunia. Kubahnya direkodkan sebagai kubah terbesar di dunia sehinggalah Duomo dibina di Florence, Italy pada abad ke-15. Semakin lama, Hagia Sophia menjadi semakin penting apabila para arkitek zaman berzaman terinspirasi oleh kubahnya dalam membuat reka bentuk gereja dan masjid.

Kubah utama Hagia Sophia yang dibina setinggi 180 kaki (55 meter) dari aras lantai.
Kubah utama ini disokong oleh beberapa kubah separa di sekelilingnya
Pemandangan kubah separa yang menyokong kubah utama
Sesuatu yang anda mesti perasan bila memandang kepada kubah Hagia Sophia ini adalah lukisan seperti 4 burung yang sedang terbang di penjurunya. Burung-burung ini adalah sebenarnya lukisan gambaran malaikat mengikut kepercayaan Kristian yang dilukis sewaktu Hagia Sophia berfungsi sebagai sebuah gereja. Berdasarkan keterangan yang diberi kepada Myself dan Husband dulu, malaikat ini dilukis mempunyai kepak yang begitu tebal untuk melindungi mereka dari cahaya Tuhan yang dikatakan sangat terang. Walaupun Hagia Sophia kini telah menjadi masjid, lukisan-lukisan ini masih dibiarkan seperti dulu.

Lukisan 4 burung di penjuru kubah utama Hagia Sophia yang menggambarkan malaikat dalam agama Kristian
Menurut kepercayaan Kristian, malaikat mempunyai kepak begini kerana tidak tahan dengan cahaya Tuhan yang sangat terang.
Seperti yang Myself ceritakan di atas tadi, Hagia Sophia boleh dilawati di luar waktu solat. Pengunjung akan disekat masuk bila hampir masuk waktu solat. Pengunjung-pengunjung yang memang dah berada di dalam bangunan Hagia Sophia pula akan diminta pergi ke bahagian belakang untuk menghormati umat Islam yang bersolat di depan.

Pelawat akan diminta berdiri di belakang pagar ini bila masuk waktu solat
Hagia Sophia adalah sebuah bangunan bersejarah. Walau dah ditukar menjadi masjid, banyak lukisan dan peninggalan-peninggalan Kristian yang masih dikekalkan di dalamnya. Kita lihat-lihat peninggalan sejarah yang masih ada di dalam bangunan ini...

Marble Jar ini dibawa ke Hagia Sophia oleh Sultan Murad III. Ia berasal dari sebuah kawasan peninggalan Greek di Pergamon.
Penerangan tentang Marble Jar
Lukisan-lukisan Kristian juga masih banyak dapat dilihat di belakang mimbar Hagia Sophia.

Mimbar Hagia Sophia
Lukisan-lukisan Kristian masih banyak dapat dilihat di belakang tiang ini
Lukisan-lukisan Kristian di sebalik tiang
Lambang-lambang salib yang digunakan di zaman Byzantine
Lagi lambang salib yang masih dapat dilihat di dalam Hagia Sophia. Lukisan-lukisan ini mungkin sengaja dibiarkan sebagai kesan sejarah kerana ia tidak terletak di ruang solat.
Ruang solat untuk wanita disediakan di sebelah kiri Hagia Sophia. Kita tengok apa yang ada di sana...

Ruang solat wanita terletak di belakang tiang-tiang ini
Pintu masuk ke ruang solat wanita
Pemandangan di ruang solat wanita
Ruang paling depan di tempat solat wanita
Siling di ruang solat wanita masih memiliki lukisan-lukisan gereja
Pemandangan lebih dekat lukisan pada siling
Kita tengok lagi pemandangan lain di ruang solat wanita ini...

Bila Hagia Sophia ditukar menjadi masjid, seluruh lantainya ditutup dengan permaidani. Namun demikian ruang di lantai yang dinamakan Omphalion dikekalkan terbuka. Omphalion menandakan tempat di mana pertabalan Raja-Raja Kristian Byzantine dilaksanakan.

Omphalion
Ruang bersejarah Omphalion yang dikekalkan dalam suasana asal
Di tengah Omphalion inilah pertabalan Raja-raja Kristian Byzantine dilaksanakan.
Suasana berhampiran Omphalion
Siling berhampiran Omphalion
Perpustakaan Hagia Sophia telah ditubuhkan oleh Sultan Mahmud I. Ruang ini tidak boleh dimasuki dan cuma boleh dipandang dari luar. Kita dapat melihat rehal-rehal yang besar di dalamnya yang dulu mungkin digunakan untuk mengaji Al Quran dan buku-buku agama.

Perkataan Kütüphane ini hampir sama dengan perkataan khutub khanah dalam Bahasa Melayu dulu-dulu yang juga bermaksud perpustakaan.
Pemandangan perpustakaan dari depan
Pemandangan ke dalam perpustakaan
Rehal besar yang mungkin digunakan untuk mengaji Al Quran ataupun buku-buku agama dulu.
Pemandangan perpustakaan dari sisi
Chandelier dan lukisan pada siling
Tiang-tiang marmar di dalam Hagia Sophia juga sangat menarik perhatian. Ia sebenarnya dibawa dari runtuhan Temple of Artemis di Ephesus sewaktu bangunan ini dibina oleh Maharaja Byzantine.

Tiang-tiang marmar di dalam Hagia Sophia yang berasal dari runtuhan Temple of Artemis di Ephesus
Melihat tiang marmar dengan lebih dekat
Hagia Sophia juga dihiasi dengan kaligrafi nama Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, empat khalifah Al-Rasyidin yang terdiri dari Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali serta juga nama dua orang cucu Rasulullah SAW yang bernama Hassan dan Hussin.

Sewaktu Hagia Sophia menjadi muzium dulu, pengunjung boleh naik ke tingkat atas untuk melawat ke Empress Lodge. Empress Lodge ini dibina di zaman Byzantine untuk kegunaan isteri Maharaja menyertai upacara-upacara di gereja kerana ajaran Kristian pada masa itu tidak membenarkan perempuan untuk beribadat bersama lelaki di dalam gereja.

Myself dan Husband pernah melawat Empress Lodge ini dulu. Empress Lodge ini tidak lagi dibuka kepada pengunjung sekarang. Ini mungkin disebabkan terdapat banyak lukisan Kristian pada dindingnya yang tidak lagi sesuai untuk dinikmati oleh pengunjung bila Hagia Sophia ditukar menjadi masjid sekarang.

Balkoni di tingkat atas Hagia Sophia ini dinamakan Empress Lodge. Ia digunakan oleh isteri Maharaja untuk menyertai upacara-upacara keagamaan gereja pada masa dahulu.
Empress Lodge kini tidak lagi dibuka untuk lawatan pengunjung
Ukiran pada marmar di bawah Empress Lodge
Di sebelah sana ada sebuah lagi Marble Jar. Menurut keterangan yang diberi, sama seperti Marble Jar yang di sebelah sana tadi, ia juga dibawa dari Pergamon oleh Sultan Murad III. Marble Jar ini digunakan untuk menyimpan air dan sherbet (air manisan buah) dalam upacara-upacara tertentu. Tapi terfikir juga, macam mana dia orang tuang sherbet dari jar sebesar ini ke dalam bekas-bekas minuman ketika itu?

Marble Jar
Keterangan mengenai Marble Jar
Pengunjung-pengunjung yang tidak menutup aurat diminta untuk memakai jubah sewaktu melawat ke Hagia Sophia
Dah tiba masa untuk kita meninggalkan Hagia Sophia. Kita lihat pemandangannya sepuas hati kerana kita tak tahu bila lagi berpeluang datang ke tempat yang istimewa ini.

Sesuatu yang dapat Myself katakan ialah pengalaman melawat ke Hagia Sophia kali ini sangat berbeza dengan pengalaman yang lalu. Suasana di Hagia Sophia juga sangat berbeza kini. Myself dapat merasakan suasana di dalam Hagia Sophia kini amat menyejukkan dan mendamaikan kerana ia telah menjadi masjid. Pengalaman Myself dan Husband melawat ke Hagia Sophia sewaktu ia masih berfungsi sebagai muzium boleh dibaca di sini.

One last look...
Chandelier
Sebelum keluar terpandang pulak sebuah lubang pada logam di sebuah tiang. Tiang ini sebenarnya diletak dengan penghalang untuk mengelakkan pengunjung dari mendekatinya. Tapi adalah juga seorang dua pengunjung yang pergi dekat-dekat untuk memasukkan jari ke dalam lubang ini.

Rupa-rupanya mengikut kepercayaan Kristian, lubang yang lembap ini dipercayai sebagai Tears of Maryam yang dipercayai boleh menyembuhkan berbagai penyakit. Mengikut ceritanya pada suatu hari Emperor Justinian I mengalami sakit kepala yang teruk. Bila dia bersandar kepada tiang ini, terus kesakitannya hilang. Semenjak itulah orang mula mempercayai kelembapan pada tiang ini boleh menyembuhkan penyakit.
 
Perbuatan mempercayai tiang ini boleh menyembuhkan penyakit adalah amalan syirik dalam Islam. Kerana itulah penghalang diletak pada tiang ini untuk mengelakkannya dari dihampiri pengunjung. Namun pengunjung yang kreatif, tetap akan berusaha untuk menghampirinya.

Tiang yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit
Kemudian barulah kita keluar kembali ke korridoor. Di sini kita dapat melihat sebuah pintu yang lebih besar dari pintu-pintu lain untuk masuk ke Hagia Sophia. Pintu besar ini dinamakan Emperor's Door kerana hanya Maharaja Byzantine yang boleh menggunakannya pada masa dahulu.

Emperor's Door
Di tepi pintu ini juga ada diletakkan gambar-gambar Kristian yang sebenarnya boleh dilihat di Empress Lodge di tingkat atas Hagia Sophia yang kini ditutup kepada pengunjung.

Gambar lukisan-lukisan yang sebenarnya boleh dilihat di Empress Lodge
Lukisan ini menggambarkan Emperor dan isteri yang sedang berderma kepada gereja.
Baptismal Font yang digunakan dalam upacara pembaptisan dalam gereja pada masa dahulu.
Ini juga adalah peninggalan sewaktu Hagia Sophia berfungsi sebagai gereja pada masa dahulu.
Di perkarangan Hagia Sophia, kami dapat melihat puing-puing runtuhan bangunan lama. Myself dan Husband pernah diberitahu dahulu yang runtuhan ini berasal dari stadium lumba kereta kuda di Hippodrome yang pernah berdiri di kawasan ini pada masa dahulu.


Part 81: Pulang Ke Hotel

Selepas melawat Hagia Sophia, dah tiba masa untuk Myself dan Siti bersiap meninggalkan Turkey. Kami perlu pulang ke hotel kerana pada malam nanti kami akan berlepas pulang ke Malaysia.

Berjalan pulang ke hotel
Pengunjung yang menunggu giliran untuk masuk melawat ke Hagia Sophia
Pancutan air di Dataran Sultanahmet
Hagia Sophia
Masjid Biru
Bangunan yang menempatkan makam Sultan Ahmet yang bertanggungjawab ke atas pembinaan Masjid Biru
Kami melalui kedai-kedai di tepi Arasta Bazaar untuk pulang ke Almina Hotel.

Traditional Costume Shop
Pelancong yang bergambar bak Sultan Ottoman
Makcik yang sedang menenun karpet
Peta tempat pelancongan Turkey
Runtuhan kota lama Istanbul berhampiran Almina Hotel
Tiba di Almina Hotel
Kita makan Maggi dulu...


Bersambung ke Bahagian 36...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: