Saturday 17 September 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 34 (Serefiye Cistern)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 34: Cuti-Cuti Istanbul 3
BLUE MOSQUE & SEREFIYE CISTERN

HARI KESEBELAS (1)

Part 76: Suasana Pagi Di Almina Hotel

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Turkey. Pada malam nanti, kami akan terbang pulang ke Kuala Lumpur. Maka hari terakhir ini akan kami manfaatkan dengan melawat beberapa lagi tarikan menarik di Istanbul Old City. Sebelum memulakan hari ini, kami bersarapan pagi dulu di bumbung Hotel Almina.

Sarapan pagi di bumbung Hotel Almina
Pemandangan menghala ke Laut Marmara dari bumbung Hotel Almina
Bunga cantik yang berkembang di bumbung hotel
Breakfast spread
Pelbagai pilihan roti
Jemput breakfast...
Hotel Almina juga mempunyai sebuah ruang makan tertutup tapi nampaknya tak ada siapa nak makan di situ kerana masing-masing nak menikmati suasana di ruang makan terbuka di atas bumbung.

Ruang makan tertutup di Hotel Almina
Satu lagi pemandangan di ruang makan tertutup
Kemudian kita turun ke bawah. Kelihatan ada beberapa orang pengunjung yang baru tiba sedang mendaftar masuk. Selain bilik hotel di bangunan ini, Almina Hotel juga mempunyai apartment di bangunan sebelah untuk disewa. Apartment ini dipanggil Guesthouse.

Pengunjung yang baru tiba sedang mendaftar masuk
Kita tengok dulu pemandangan di lobi hotel pagi ini...

Arah tujuan pertama kami pagi ini adalah ke Blue Mosque. Untuk ke sana, kami berjalan kaki menuju ke arah Arasta Bazaar.

Berjalan menuju ke Arasta Bazaar
Tangga yang cantik
Jalan cobblestone
Sultan's Restaurant
Restoran yang kelihatan meriah malam tadi ini belum dibuka
Suasana pagi di Istanbul Old City
Walaupun hari ini adalah hari terakhir kami di Istanbul, tetap kena tukar duit kerana duit Lira kami dah habis. Duit Lira ini masih diperlukan untuk makan tengahari dan dinner dan juga untuk shopping last minute. Oleh yang demikian, kami singgah sebentar di sebuah Money Changer berhampiran Arasta Bazaar.

Singgah di Money Changer
Menukar Euro ke Turkish Lira
Matawang Turkey dinamakan Turkish Lira. Sewaktu Myself dan Husband datang ke Turkey pada tahun 2014 dulu, 1 Turkish Lira = 2 Ringgit Malaysia. Pada tahun 2022 seperti sekarang, 1 Ringgit Malaysia = 3 Turkish Lira. Tak tahu bagaimana nilai Turkish Lira boleh jatuh begitu teruk sampai begitu. Namun demikian agak sukar nak mencari Money Changer di Turkey yang boleh menerima Ringgit Malaysia. Jadi Myself cadangkan kalau tak jumpa Turkish Lira di Malaysia, bawalah Euro atau USD ke Turkey. Kadar tukaran Euro dan USD ke Turkish Lira agak setara. 1 Euro / USD = 17 Turkish Lira.

Turkish Lira. Berkepuk dapat duit ini kalau ditukar dengan Ringgit Malaysia.
Lepas dah tukar duit, kami terus berjalan menuju ke Arasta Bazaar yang terletak betul-betul di belakang Blue Mosque.

Arasta Bazaar
Suasana pagi di Arasta Bazaar
Mesale Cafe di mana kami dinner malam tadi pun ditutup pagi-pagi begini
Tangga menuju ke Blue Mosque dari Arasta Bazaar

Part 77: Blue Mosque

Kami masuk ke Blue Mosque menerusi pintu dari Arasta Bazaar. Di pintu ini ada sebuah rantai yang digantung rendah. Pada masa dahulu, cuma Sultan yang dibenarkan membawa kuda masuk ke dalam kawasan masjid. Namun demikian, semua pintu masuk ke masjid dipasang dengan rantai yang rendah sebegini supaya Sultan tetap menunduk tanda hormat walau masuk ke kawasan masjid dengan menaiki kuda.

Pintu masuk ke Blue Mosque dari Arasta Bazaar
Rantai rendah dipasang pada pintu masuk supaya Sultan tetap menunduk hormat bila masuk ke kawasan masjid dengan menaiki kuda.
Suasana di perkarangan Masjid Biru
Sebahagian Blue Mosque ketika itu sedang ditutup untuk pembaikan. Pelawat masih dibenarkan masuk tetapi hanya ke kawasan yang terhad.

Sebahagian Blue Mosque sedang ditutup untuk pembaikan
Sebahagian besar bangunan luarnya juga sedang ditutup dengan kanvas
Cacat sungguh rupa bangunan ini ketika itu. Tak macam seperti sewaktu Myself datang ke sini bersama Husband pada tahun 2014 dulu. Pengalaman itu Myself catitkan di sini.

Dah alang-alang sampai ke sini, kita masuklah juga ke dalam...

Lorong untuk pengunjung masuk ke Blue Mosque
Peringatan supaya pengunjung menutup aurat ketika masuk ke dalam masjid
Tanggalkan kasut di sini
Lorong untuk masuk ke dalam
Tempat menyimpan kasut
Nama rasmi Blue Mosque (Masjid Biru) adalah Masjid Sultanahmet. Ia lebih terkenal dengan gelaran Masjid Biru kerana hiasan dalamannya banyak menggunakan jubin-jubin berwarna biru yang cantik. Tapi disebabkan sebahagian masjid ini sedang ditutup untuk pembaikan, kurang terserlah keindahan jubin biru ini ketika itu.

Disebabkan sebahagian besar masjid sedang ditutup untuk pembaikan, keindahan jubin biru cuma terserlah pada kubah masjid.
Mihrab
Ruang solat
Banyak kawasan masjid sedang ditutup untuk pembaikan
Suasana di dalam masjid
Pelawat-pelawat ke Masjid Biru
Mimbar
Jubin-jubin yang berwarna biru
Ruang solat untuk wanita
Pemandangan dari belakang Masjid Biru
Risalah-risalah percuma tentang agama Islam dalam pelbagai bahasa dunia
Meninggalkan Masjid Biru

Part 78: Serefiye Cistern

Hasrat sebenar kami selepas itu adalah nak melawat ke Basilica Cistern. Malangnya Basilica Cistern sedang ditutup untuk pembaikan dan tak boleh dimasuki langsung ketika itu. Oleh yang demikian, kami mengubah haluan ke sebuah lagi cistern berhampiran yang bernama Serefiye Cistern.

Hasrat sebenar nak melawat ke Basilica Cistern tidak kesampaian kerana ia sedang ditutup untuk pembaikan.
Dengan bantuan dari Google Map, kami berjalan menuju ke Serefiye Cistern. Ia terletak lebih kurang 600 meter dari Hagia Sophia / Blue Mosque.

Dataran Sultanahmet
Ada kerja-kerja penggalian sejarah sedang dibuat di sekitar Sultanahmet. Sesuatu yang kami perhatikan ialah seluruh Turkey memang penuh dengan kesan sejarah purba. Sejarahnya juga menarik. Kalau Myself rakyat Turkey, mungkin agaknya Myself pun dah ambik kursus arkeologi kat universiti dulu. Memang banyak peluang pekerjaan dalam bidang arkeologi di negara ini.

Kerja-kerja penggalian sejarah yang sedang dilaksanakan di Sultanahmet
Bekas-bekas yang disediakan untuk mengumpul artifak sejarah yang ditemui
Bangunan-bangunan moden yang juga menarik di Istanbul Old City
Makcik Turki yang sedang membuat Gozleme. Rupa Gozleme ini sikit-sikit macam roti telur.
Tramvay
Disebabkan hari masih awal pagi, banyak kedai yang belum dibuka
Akhirnya kami tiba di Serefiye Cistern. Seperti Basilica Cistern yang tak dapat kami lawati tadi, Serefiye Cistern juga adalah sebuah reservoir untuk mengumpul air minuman yang dibina di zaman Kristian Byzantine. Ia kini dilindungi oleh sebuah bangunan kaca yang moden di atasnya. Old Istanbul sebenarnya mempunyai 14 buah cistern yang diketahui sehingga kini. Basilica Cistern dan Serefiye Cistern adalah dua buah di antaranya. Basilica Cistern adalah cistern yang terbesar.

Serefiye Cistern
Pintu masuk ke Serefiye Cistern
Pejabat tiket untuk masuk ke Serefiye Cistern
Lantai kaca dekat tempat tiket untuk kita melihat keadaan sebenar Serefiye Cistern sebelum ia digali semula seperti sekarang
Ada waktu masuk tertentu yang dikhususkan untuk melawat ke Serefiye Cistern. Disebabkan kami sampai pukul 9.30 pagi, kami membeli tiket masuk pada pukul 10 pagi. Sambil menunggu waktu masuk kami duduk menunggu di kafetaria.

Kafetaria Serefiye Cistern
Kucing yang tidur dalam pasu bunga dekat kafetaria
Muka tak puas hati sebab tidurnya diganggu
Bila dibenarkan masuk, kita turun ke bawah menggunakan sebuah tangga. Myself dan Siti tak pernah masuk ke Roman Cistern seperti ini jadi kami tak tahu apa nak expect dalam lawatan ini. Yang kami tahu cuma cistern ini menyimpan air di dalamnya.

Pemandangan Serefiye Cistern dari pintu masuk
Tangga masuk ke Serefiye Cistern
Serefiye Cistern dikenali sebagai Theodosius Cistern di zaman Kristian Byzantine kerana ia dibina oleh Maharaja Rom yang bernama Theodosius II.

Pemandangan di dalam Serefiye Cistern
Tangga turun ke Cistern ini terletak di sebelah sana
Serefiye Cistern mempunyai ketinggian 11 meter dan disokong oleh 32 buah tiang marmar yang dibina mengikut gaya Corinthian. Takungan air cistern ini dibina melengkung pada semua arah untuk menahan tekanan air. Dinding cistern juga adalah setebal 2.5 meter.

Takungan air ini dibina setinggi 11 meter.
Kesemua tiang di dalam Serefiye Cistern dibina dari marmar dan mengikut gaya Corinthian.
Pemandangan hiasan pada tiang yang dibina mengikut gaya Corinthian
Pembinaan Theodosius Cistern ini memakan masa 15 tahun bermula 428-443M. Pembinaan struktur ini sangat penting kerana ia membekalkan air kepada kawasan Sultanahmet yang menjadi pusat pemerintahan Empayar Roman Byzantine ketika itu. 

Saiz tiang yang dibina sangat besar
Cuba bandingkan saiz tiang dengan pengunjung yang datang melawat
Selepas kira-kira 10 minit, Myself dan Siti berkira-kira nak keluar. Tiba-tiba suasana di dalam Cistern disinari dengan lampu-lampu yang terang. Ehh, ada light show rupanya dalam Serefiye Cistern ini! Nasib baik kami tak keluar lagi dari sini.

Light show bermula...
Light show ini memang sangat menarik. Mula-mula kita ditunjukkan gambaran bagaimana Serefiye Cistern ini dibina di zaman Rom dulu.

Gambaran bagaimana batu-batu disusun dalam pembinaan Serefiye Cistern di zaman Rom dulu
Selepas ditunjukkan kaedah pembinaan Serefiye Cistern, kita ditunjukkan pula bagaimana air diisi ke dalam cistern. Air ini dialirkan dari Valens Aqueduct yang dibina di luar sana. Sebahagian Valens Aqueduct ini masih dapat dilihat di Istanbul Old City.

Selepas siap dibina, kita ditunjukkan gambaran bagaimana air diisi ke dalam cistern yang besar ini.
Gambaran bagaimana air diisi ke dalam cistern
Macam kita betul-betul dapat melihat air mengalir masuk ke dalam cistern dari celah dinding dan meleleh dari atas tiang.
Sangat mengkagumkan!
Kemudian kita ditunjukkan sejarah perhiasan bangunan-bangunan lama di zaman Rom dan Ottoman menggunakan mosaic dan jubin.

Batu-batu hiasan yang digunakan di zaman purba
Gambaran kedatangan Orang Rom ke Istanbul untuk membina Empayar Byzantine
Mosaic perhiasan yang banyak digunakan dalam bangunan Byzantine
Mosaic lukisan wajah Maharaja Rom
Mosaic lukisan Kristian seperti ini pernah Myself lihat di dalam bangunan Hagia Sophia dulu
Iznik Tiles yang banyak digunakan sebagai perhiasan di dalam Masjid Biru
Jubin perhiasan seperti ini banyak dilihat di Topkapi Palace
Kemudian ada juga ditunjukkan sedikit sejarah moden Turkey seperti perjuangan kemerdekaan Ataturk.

Bendera Turkey
Ataturk
Di akhir persembahan kita dibawa kembali ke zaman pembinaan asal cistern.

Persembahan ini secara keseluruhannya cuma 10 minit tetapi ia sangat menarik dan mengkagumkan. Myself sangat-sangat recommend supaya anda datang melihat persembahan ini di Serefiye Cistern kalau berkunjung ke Istanbul Old City. Tak ingat berapa harga tiketnya tetapi rasanya ia tidaklah mahal sangat.

Persembahan tamat
One last look nak menengok tiang-tiang besar ini sebelum kita pergi...
Meninggalkan Serefiye Cistern


Bersambung ke Bahagian 35...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: