Jun 2022
TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale
Bahagian 28: Pamukkale 4
HIERAPOLIS
HARI KESEMBILAN (3)
Part 64: Hierapolis
Pamukkale Cotton Castle telah lama terkenal sebagai sebuah pusat pemandian air panas (spa) yang baik untuk kesihatan sejak di zaman Greek-Roman. Hierapolis pula adalah sebuah kota purba Greek-Roman yang dibina di puncak bukit Pamukkale Cotton Castle untuk memanfaatkan kejaiban semula jadi ini.
|
Tiba di Hierapolis |
|
Berjalan menuju ke pintu masuk |
Seperti yang kami perhatikan di Laodikeia, kota-kota Greek-Roman di Turkey sejak dahulu lagi dibina dengan sistem bekalan air untuk kegunaan penduduknya. Saluran air purba ini dapat dilihat dengan jelas sepanjang perjalanan dari tempat parking sehingga ke pintu masuk Hierapolis.
|
Saluran air lama yang membekalkan air ke kota Hierapolis |
|
Bekas saluran air lama |
|
Kesan runtuhan kota |
|
Di zaman kegemilangannya dulu, Hierapolis dikelilingi tembok kota |
Sejak kurun pertama Masehi, Hierapolis sangat terkenal sebagai sebuah pusat percutian di seluruh Empayar Rom. Faktor ini turut menjadikan Hierapolis sebuah kota yang kaya raya. Ramai penduduk Rom terutama yang tua dan sakit datang berubat ke kota ini.
Enam abad kemudian, kota Hierapolis jatuh ke tangan para Sultan yang memerintah Turkey. Disebabkan kedudukannya yang terletak di antara dua buah kota Rom yang besar ~ Laodikeia dan Colussus ~ ia sering terlibat dalam peperangan dan pemilikannya jatuh kepada pemerintah yang silih berganti. Bermula dari tahun 1210, Hierapolis menjadi milik negara Turkey.
|
Peta Hierapolis |
Bagi pengunjung-pengunjung yang tak larat atau tak mahu berjalan, ada buggy yang disediakan untuk disewa. Buggy ini boleh dipandu sendiri atau disewa bersama pemandu.
|
Buggy untuk disewa |
|
Tempat sewaan buggy |
Ada tiga pintu utama untuk masuk ke Hierapolis. Kami masuk ke Hierapolis menerusi Southern Byzantium Gate.
|
Southern Byzantium Gate |
|
Pengunjung-pengunjung ke Hierapolis di Southern Byzantium Gate |
|
Keterangan mengenai Southern Byzantium Gate |
|
Runtuhan bangunan lama |
|
Pemandangan lebih dekat runtuhan kota lama |
Ali membawa kami menaiki sebuah bukit yang boleh tahan juga ketinggiannya untuk membawa kami ke Roman Theater.
|
Mengikut Ali mendaki bukit |
|
Boleh tahan juga kecuraman bukit ini |
|
Bekas runtuhan Roman Theatre |
|
Mendengar penerangan dari Ali tentang Hierapolis |
|
Pengunjung-pengunjung ke Hierapolis |
|
Runtuhan bangunan-bangunan yang pernah berdiri di Hierapolis |
Dalam perjalanan mendaki bukit, kami ditunjukkan runtuhan yang dipercayai sebagai Roman Baths. Seperti yang telah diceritakan di awal tadi, rakyat dari seluruh Empayar Rom datang ke Hierapolis untuk berubat dengan air panas yang banyak terdapat di kawasan ini. Pada masa itu, tak ada perkhidmatan kapal terbang macam sekarang, jadi kenalah datang dengan menaiki kereta kuda.
Perkhidmatan bank moden macam sekarang juga belum ada. Jadi kenalah membawa berkepuk-kepuk duit syiling emas untuk kegunaan dalam perjalanan. Ini juga mendedahkan pengembara kepada ancaman perompak dan penyamun di dalam perjalanan.
Seperti juga sekarang, sesetengah penyakit memang tak dapat diubati. Jadi ramai juga yang meninggal dunia sewaktu menerima rawatan. Kerana itulah banyak kawasan perkuburan batu (yang dinamakan Necropolis) ditemui sewaktu penggalian Hierapolis dilaksanakan.
|
Runtuhan Roman Bath |
|
Pengunjung-pengunjung ke Roman Baths |
|
Masih mendaki bukit |
|
Kalau tak salah, ini adalah salah sebuah dari beberapa buah Necropolis yang ditemui di Hierapolis |
|
Pusat kota purba Hierapolis terletak di bawah sana |
Penat dan mengah juga Myself nak mendaki bukit ini nak mendapatkan Roman Theatre itu. Siti dengan Ali dah jauh ke depan, kita tertinggal seorang-seorang di belakang. Tapi tak apalah, biarlah slow and steady saja kita melangkah, janji sampai ke atas sana.
|
Siti dan Ali dah jauh ke depan |
|
Makin jauh kita tertinggal kat belakang ni! |
Sambil memanjat, Myself berhenti-henti sekejap. Konon-kononnya nak mengambil gambar pemandangan. Tapi sebenarnya mencari ruang nak menarik nafas. Hahaha! Mengaku sajalah yang kita dah tak semuda Ali dan Siti. Lagi pun Siti memang suka hiking dan Ali pulak mesti sentiasa turun-naik bukit di Hierapolis ini. Kita seorang sajalah yang bermasalah nak memanjat-manjat bukit begini.
|
Ada orang buat paragliding kat depan sana |
|
Paragliding |
|
Landing kat sebelah sana |
Akhirnya selepas penat memanjat bukit, kami sampai ke Roman Theatre. Sebelum masuk ke dalam, kita tinjau-tinjau dulu pemandangan di sekitar.
|
Tiba di Roman Theatre |
|
Pemandangan runtuhan dari atas bukit |
|
Itulah pemandangan laluan yang dilalui tadi untuk mendaki sampai ke sini. |
Dekat luar Roman Theatre ini ada serpihan-serpihan runtuhan bangunan yang ukiran hiasannya masih jelas kelihatan. Tak tahu sama ada runtuhan ini merupakan sebahagian dari bangunan theatre ataupun bangunan lain. Mengikut sejarahnya juga, Hierapolis pernah dilanda beberapa buah gempa bumi yang kuat pada masa dahulu. Salah sebuah di antaranya menghancurkan terus kota ini sehingga tidak dapat lagi didiami. Pada ketika itu, Hierapolis mempunyai 100,000 orang penduduk.
|
Ali menunjukkan runtuhan bangunan di luar Roman Theatre |
|
Bangunan ini dipercayai runtuh dalam kejadian gempa bumi pada masa dahulu |
|
Ukiran-ukiran yang masih kelihatan pada serpihan bangunan |
Kemudian barulah kita masuk ke dalam teater. |
Pintu masuk ke Roman Theatre |
|
Projek restorasi teater ini dulu dilaksanakan bersama sekumpulan pengkaji dari Italy. |
|
Pemandangan pertama ke dalam teater |
Ancient Theatre of Hierapolis adalah salah sebuah teater purba yang terbaik di dunia. Ia sangat besar dan dibina di lereng bukit menyebabkan pentasnya terasa cukup sayup ke bawah. Ia bukan sahaja digunakan untuk persembahan drama dan hiburan, bahkan juga pertunjukan pertarungan gladiators pada masa itu.
|
Ancient Theatre of Hierapolis |
|
Bangunan teater yang dibina di lereng bukit |
|
Pemandangan tempat duduk ke sebelah sana pulak |
Pentas di teater ini juga masih utuh. Kami diberitahu, pentas inilah yang membuktikan teater ini adalah sebuah teater Rom dan bukan teater Greek. Pentas teater Greek sangat simple kerana ia hanya digunakan bagi tujuan ceramah. Pentas teater Rom seperti yang terdapat di Hierapolis pula dihias indah dengan pelbagai perhiasan kerana kegunaannya lebih meluas seperti hiburan dan drama.
|
Pentas di Hierapolis Theatre yang masih utuh. Kawasan lapang lantai di depan pentas dinamakan orchestra. |
Pentas di lantai yang dinamakan orchestra pula boleh diisi dengan air ~ walaupun pada zaman purba begitu itu dulu ~ bagi persembahan yang perlu menggunakan air. Di sini jugalah pertandingan gladiator diadakan. Patung yang dibina di atas pentas pula adalah Maharaja Rom yang bernama Septimius Severus dan isterinya Julia Donna berserta kedua anak mereka yang bernama Caracalla dan Geta. Katanya ada juga sebuah patung Dewa Jupiter. Tapi yang mana satu empunya patung-patung ini tak dapat Myself nak bezakan.
|
Pentas persembahan |
|
Patung-patung yang dibina di atas pentas adalah Septimius Severus, Julia Donna, Caracalla dan Geta |
|
Ini Julia Donna agaknya |
|
Mungkin inilah Septimius Severus |
|
Pintu masuk ke stage dari belakang Septimius Severus dan Julia Donna |
|
Pintu masuk sisi ke stage |
|
Bumbung di atas pentas |
|
Penonton-penonton persembahan |
|
Penonton yang tergolek kat bawah kerusi tempat duduk |
|
Penonton comel yang baru tiba nak menonton persembahan |
Acoustics di Hierapolis Theatre juga sangat hebat. Walaupun ia adalah sebuah arena terbuka yang dibina beratus-ratus tahun dahulu, binaannya boleh membalikkan bunyi ke seluruh pelusuk teater sehingga sekarang. Sebab itulah kalau kita datang ke teater ini sekarang, kita akan selalu mendengar pelawat bertepuk tangan untuk menguji ciri acoustics ini. Kehebatannya memang dapat kami saksikan sendiri. Walaupun seorang yang bertepuk, tepukan ini bergema bagaikan 10 orang yang bertepuk. Kalau 20 orang bertepuk, bagaikan seluruh penonton di teater sedang bertepuk.
|
Hierapolis Theatre mempunyai acoustics yang hebat |
|
Tepuk! Tepuk! Tepuk! Memang bergema bunyi tepukan ke seluruh teater. |
|
Binaan stadium moden sekarang juga masih menerapkan ciri-ciri binaan teater Roman purba ini. |
|
Martyrion of St Philip |
|
Di sanalah dikatakan pembunuhan St Philip berlaku |
|
Tomb untuk memperingati St Philip dibina di sana. Kain-kain hitam itu diletakkan oleh penganut Kristian yang datang berkunjung sebagai tanda berkabung di atas kematian St Philip yang mati disalib. |
|
Pemandangan lebih dekat Tomb of St Philip. Di sanalah dia dikatakan disalib dan digantung kepala ke bawah pada sebatang pokok. |
Kami tak melawat ke Martyrion of St Philip ini. Cuma melihat dari kejauhan sahaja.
|
Menikmati pemandangan di sekitar |
|
Kesan runtuhan yang dinamakan sebagai The House of The Ionic Capitals |
|
Keterangan tentang The House of The Ionic Capitals |
|
Pemandangan menghala ke Ancient Roman Theatre |
|
Buggy |
|
Ali berbual dengan pelancong Jerman. Disebabkan dia lahir dan dibesarkan di Germany, Ali sangat fasih berbahasa Jerman. |
Sambil-sambil itu kita nikmati lagi pemandangan runtuhan yang terdapat di sekitar Hierapolis. Kota ini memang besar, mungkin sebesar kota Istanbul sekarang kalau mengikut standard pada masa itu.
|
Bergambar dengan berlatar belakangkan Ancient Theatre of Hierapolis |
Kita berhenti sebentar untuk melihat Temple of Apollo. Sebelum kedatangan agama langit, penduduk Hierapolis menyembah berhala. Seperti di Laodikeia, dewa utama yang disembah adalah Dewa Apollo. Selain Apollo, ibunya Dewi Leto juga turut disembah.
|
Arah ke Temple of Apollo |
|
Hanya patung Apollo sahaja yang masih tinggal di Temple of Apollo |
|
Kesan runtuhan Temple of Apollo |
|
Pintu masuk ke Ploutonion yang bersambung dengan Temple of Apollo pada masa dahulu |
|
Bergambar di depan pintu masuk ke Ploutonion |
Satu ciri menarik di Temple of Apollo adalah kewujudan Ploutonion ataupun Gates of Hell. Ploutonion ini adalah sebuah lubang yang mengeluarkan gas beracun CO2 secara semulajadi dari dalam tanah. Oleh yang demikian penduduk di bandar purba Hierapolis menganggap Ploutonion sebagai pintu masuk ke rumah Dewa Pluto / Hades yang terletak di bawah tanah. Kami tak pergi dekat-dekat sehingga ke Ploutonion ini, cuma memandang dari luar pagar.
|
Lubang Ploutonion (Sumber: Internet) |
|
Gambaran Lubang Ploutonion sewaktu Temple of Apollo masih tegak berdiri (Sumber: Internet) |
Gas yang keluar dari Lubang Ploutonion sangat beracun. Burung yang terbang melintasinya juga dikatakan akan jatuh mati bila tersedut gas ini. Mengikut kepercayaan penduduk Hierapolis, cuma paderi mereka sahaja yang boleh menghampiri Lubang Ploutonion ini tanpa sebarang kesan.
Lubang Ploutonion ini masih mengeluarkan gas beracun CO2 sehingga sekarang. Oleh yang demikian, ia tidak dibuka untuk kunjungan awam secara dekat.
Myself juga ada terbaca kisah menarik mengenai Roman Baths seperti ini di masa silam. Ia bukan sekadar menjadi tempat mandi awam, bahkan dipercayai sebagai pintu kediaman dewa di bawah tanah. Menjadi adat di zaman Rom dulu untuk pengunjung mencampakkan barang berharga seperti duit dan barang kemas sebagai persembahan kepada Sang Dewa sebagai balasan untuk Sang Dewa menjaga mereka dan keluarga mereka. Banyak barangan berharga seperti brooch, gelang, jag dan duit syiling ditemui di kolam-kolam air panas di seluruh jajahan Rom seperti Hierapolis.
Kalau barangan berharga kita dicuri oleh seseorang, penduduk Rom Purba percaya kita boleh menulis nota memohon bantuan dari Sang Dewa. Nota ini ditulis di atas kepingan logam lembut, dilipat dan dicampak ke dalam kolam air panas. Nota ini dinamakan sumpahan (curses). Kadang-kala ia ditulis secara back-to-front atau mirror-writing untuk memastikan ia cuma boleh dibaca oleh Sang Dewa.
|
Berjalan menuju ke Temple Nymphaeum. |
|
Laluan di sini agak sibuk dengan buggy kerana ia adalah laluan menuju ke Ancient Theatre of Hierapolis yang mesti dilawat oleh semua pengunjung ke Hierapolis. |
|
Buggy yang boleh dinaiki beramai-ramai |
|
Buggy yang berlalu pergi |
Persinggahan terakhir kami di kota purba ini adalah ke Temple Nymphaeum yang dibina untuk menghormati Bidadari (Nymph) yang turut disembah oleh penghuni Hierapolis. Walaupun rupa asalnya telah hilang, kuil ini adalah binaan yang paling tak terusik (intact) di Hierapolis. Selain menjadi kuil, ia juga berfungsi sebagai kolam simpanan air utama untuk kota Hierapolis. Banyak saluran paip lama dikesan di sekitar Temple Nymphaeum untuk membekalkan air ke seluruh kota.
|
Temple Nymphaeum |
|
Selain berfungsi sebagai kuil, Temple Nymphaeum juga membekalkan air ke seluruh kota |
|
Rupa sebenar Temple Nymphaeum pada masa dahulu |
Kata Ali, dia seterusnya nak membawa kami ke Cleopatra Pool. Maka ke sanalah arah tujuan kami...
|
Penunjuk arah |
|
Kesan runtuhan |
|
Menuju ke Cleopatra Pool |
|
Mengikut Ali ke Cleopatra Pool |
Bersambung ke Bahagian 29...
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:
No comments:
New comments are not allowed.