Saturday, 3 September 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 27 (Karahayit)

 Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 27: Pamukkale 3
KARAHAYIT RED WATER

HARI KESEMBILAN (2)

Part 62: Karahayit Red Water

Selepas naik Hot Air Balloon, kami dihantar balik ke hotel. Terus kita pergi breakfast dan selepas itu barulah balik ke bilik untuk mandi.

Breakfast di Richmond Pamukkale Thermal Hotel
Pada pukul 10 pagi, Ali dan Driver datang menjemput kami untuk lawatan hari kedua di Pamukkale. 

Ali datang menjemput
Lawatan pertama pada pagi ini adalah ke Karahayit Red Water yang juga sebenarnya tidak jauh dari Pamukkale. Ia terletak di sebuah bandar kecil yang bernama Karahayit.

Perjalanan ke Karahayit
Ladang lavender
Bandar Karahayit
Patung seorang tokoh tempatan
Hot Spring kecil di tengah bandar Karahayit. Ramai orang tersalah anggap Hot Spring ini sebagai Karahayit Red Water yang sebenar.
Karahayit Red Water yang sebenar terletak lebih jauh lagi
Tiba di Karahayit Red Water yang sebenar
Pintu masuk ke Karahayit Red Water
Laluan masuk ke Karahayit Red Water adalah melalui sebuah taman.

Taman di Karahayit Red Water
Suasana permai taman di awal pagi
Gerai menjual jus mulberry
Jus Mulberry
Cukuplah 2 kali "ditipu" sewaktu membeli ais kerim di Istanbul
Karahayit Red Water adalah tarikan utama di Karahayit. Ia tidaklah besar sangat tetapi bentuknya yang bulat macam belon dari tepi menjadikan ia tarikan yang unik. 

Karahayit Red Water yang berbentuk bulat
Spa di Karahayit Red Water
Keterangan mengenai Karahayit Red Water
Khasiat air panas dan jenis-jenis penyakit yang dikatakan boleh dirawat dengan Karahayit Red Water
Kandungan kimia air panas di Karahayit Red Water
Lumpur di Karahayit Red Water juga dikatakan bagus untuk kesihatan
Lumpur di Karahayit Red Water yang terkumpul di celah-celah batu
Mengikut Ali ke kolam air panas
Air panas yang mengalir meleleh atas batu
Berjalan lagi mengikut Ali...
Bunga Ros
Waduh! Terkesima kita melihat pemandangan kolam air panas Karahayit Red Water ini. Selama ini kita cuma tahu Pamukkale mempunyai air panas yang bertingkat-tingkat berwarna putih itu sahaja. Tak tahu pun yang Pamukkale juga mempunyai air panas bertingkat-tingkat berwarna-warni begini.

Karahayit Red Water
Pemandangan di sini sangat menakjubkan
Berjalan dengan berhati-hati dalam kolam air panas. Airnya memang terasa panas dan menyakitkan kulit di sesetengah tempat.
Posing bersama Siti dalam kolam air panas
Menikmati keindahan Karahayit Red Water
Air yang cantik dan jernih
Air di dalam kolam Karahayit Red Water cantik dan jernih. Tetapi kena berhati-hati sebab airnya panas. Malah ada di tempat-tempat tertentu kepanasannya turut memedihkan kulit bila berdiri lama-lama di situ.

Suhu air panas di Karahayit Red Water adalah di sekitar 58-60'C. Bukan sekadar air panas ini bagus untuk menyembuhkan penyakit kulit dan sendi, ia juga selamat diminum untuk menyembuhkan penyakit dalaman badan. Kata Ali dia memang selalu datang minum air panas ini untuk kesihatan.

Ali menunjukkan kepada kami yang air panas ini selamat untuk diminum
Kami turut mencuba minum air panas ini. Seperti kata Ali, rasanya memang "manis".
Mata air panas. Airnya memang pure kerana keluar terus dari dalam bumi di sini.
Posing dekat mata air panas. Cukup berhati-hati posing sebab takut baju basah dan airnya pun hangat.
Air panas di Karahayit Red Water kaya dengan iron oxide yang memberikannya warna merah yang menawan ini. Air yang mengalir datang dari 5 buah mata air yang sekumpul di kawasan ini.

Pemandangan kolam di bahagian atas
Lumpur di sesetengah kolam agak dalam
Warna yang menarik pada batuan ini berasal dari iron oxide
Formasi batuan travertine ini pasti dah berusia berjuta-juta tahun
Pemandangan menghala ke bawah
Tak ramai pelancong berada di sini kerana tak ramai yang tahu tentang kewujudannya. Sememangnya Karahayit Red Water tenggelam dengan populariti Pamukkale Cotton Castle yang sangat terkenal itu.

Sebelum meninggalkan Karahayit Red Water, Ali menunjukkan kepada kami beberapa cenderamata yang menarik yang dijual di sebuah gerai di sini.

Denizli Chicken adalah simbol wilayah Denizli di mana kami sedang berada
Pamukkale Cotton Castle yang akan kami lawati nanti
Hot Air Balloon yang telah kami cuba pagi tadi
Model kota lama Hierapolis yang akan kami lawati selepas ini
Sewaktu kami nak pulang, semakin ramai pengunjung yang tiba.

Namun apa kan daya, tak boleh nak berlama-lama lagi di sini kerana ada banyak lagi tempat yang kami ingin kunjungi pada hari ini.

Sabun buah-buahan
Botol di sebelah atas adalah manisan manakala yang di bawah pula adalah Jus Delima (kiri) dan Pine Juice (kanan)
Meninggalkan Karahayit

Part 63: Onyx Shop dan Perjalanan Ke Hierapolis

Kawasan Pamukkale juga terkenal dengan batu permata Onyx. Oleh yang demikian Ali membawa kami ke sebuah kedai menjual barang perhiasan yang berasaskan batu Onyx.

Melalui kawasan Pamukkale Cotton Castle untuk pergi ke Kedai Onyx
Ada orang tengah buat paragliding di sana
Landing di sebelah sana Cotton Castle
Kedai Onyx yang kami lawati terletak di sebuah kampung. Kedai ini bernama DoÄŸan Onyx.

Kedai Onyx
Pengunjung-pengunjung ke Kedai Onyx
Batu Onyx
Batu-batu Onyx yang menghias dinding
Penerangan tentang batu onyx
Pelbagai barangan yang dijual dari batu onyx dijual di sini. Kami walau bagaimanapun tidak membeli apa-apa. Sekadar melihat-lihat dan mencuci-cuci mata.

DoÄŸan Onyx
Batu-batu yang belum dipotong di depan DoÄŸan Onyx
Kami sebaliknya lebih berminat melihat pokok-pokok zaitun yang ditanam di depan kedai.

Pokok Zaitun
Kemudian barulah kami bergerak menuju ke Hierapolis. Seperti Laodikeia yang kami lawati semalam, Hierapolis juga adalah sebuah runtuhan tinggalan bandar purba Rom. Ia terletak betul-betul bersebelahan dengan Pamukkale Cotton Castle itu.

Pamukkale
Bunga-bungaan yang masih berkembang di Pamukkale
Pamukkale Cotton Castle
Menuju ke Hierapolis


Bersambung ke Bahagian 28...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: