Saturday, 6 August 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 13 (Bosphorus Cruise 1)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 13: Curi-Curi Jalan Istanbul 4
KABATAŞDOLMABAHÇE & BOSPHORUS CRUISE (1)

HARI KEENAM (1)

Part 30: Kabataş 

Kalau dua hari lepas kita dah tengok Istanbul dari Bas Hop-On Hop-Off, kami bercadang nak naik Bosphorus Cruise pula hari ini untuk menikmati pemandangan Istanbul dari Selat Bosphorus. Jadi kita delay sikit program ke Expo & Conference hari ini untuk naik Cruise dulu.

Ada banyak tempat sebenarnya yang menjadi pangkalan Bosphorus Cruise di Istanbul dan kami memilih untuk naik Cruise ini dari KabataşUntuk ke Kabataş dari hotel kami di Taksim, Myself dan Siti memilih naik Funikuler.

Pintu masuk ke Stesen Taksim
Funikuler dari Taksim ke Kabataş
Pintu masuk ke Stesen Funikuler di Kabataş
Pemandangan Stesen Tramvay di Kabataş yang terletak di seberang jalan dari Stesen Funikuler
Disebabkan kami tak tahu jadual perjalanan Bosphorus Cruise, Myself dan Siti keluar awal dari hotel. Seawal jam 9 pagi kami dah keluar pergi ke Kabataş.

Pejabat Tiket Bosphorus Cruise di Kabataş.
Perkhidmatan Cruise yang ditawarkan. Kami memilih Non-Stop Bosphorus Tour.
Bosphorus Cruise dari Kabataş ditawarkan oleh syarikat yang bernama Dentur Avrasya. Malangnya kami tiba terlalu awal. Jadual perjalanan Cruise adalah pada pukul 10.30 pagi. Pejabat tiket pun masih belum dibuka.

Bot Bosphorus Cruise
Ada beberapa buah bot tengah parking ketika itu.
Untuk menghabiskan masa menunggu Cruise bermula, Myself dan Siti berjalan-jalan di pinggir laut Kabataş untuk menikmati pemandangan. 

Pemandangan Jambatan Bosphorus dari Kabataş
Pemandangan Masjid Çamlıca di sebelah Istanbul Asia dari Kabataş
Pemandangan menghala ke Istana Dolmabahçe
Masjid Dolmabahçe
Stadium Vodafone Park

Part 31: Dolmabahçe Palace

Disebabkan masih terlalu awal lagi dan tak ada tempat nak lepak-lepak di Kabataş, Myself mengajak Siti berjalan-jalan ke Dolmabahçe Palace yang berhampiran.

Menara jam di Pintu Masuk ke perkarangan Istana Dolmabahçe
Pintu masuk ke bangunan istana
Pengunjung-pengunjung ke Dolmabahçe Palace
Istana Dolmabahçe adalah istana yang dibina oleh Sultan Ottoman untuk menggantikan kediaman lama mereka di Topkapi Palace. Presiden Turkey yang pertama, Mustafa Kemal Ataturk turut menjadikan istana ini sebagai kediaman rasmi beliau setelah berjaya menggulingkan pemerintahan beraja Ottoman. Beliau juga meninggal dunia di istana ini pada tahun 1938.

Bangunan yang cantik ini adalah sebenarnya bangunan luar istana sahaja yang dijaga oleh pengawal di zaman Ottoman
Bangunan istana yang sebenar terletak di sebelah dalam sana.
Myself dan Siti merancang nak melawat ke taman istana sahaja sambil menunggu Cruise bermula. Sewaktu Myself dan Husband datang melawat ke istana ini pada tahun 2014 dulu, tiket masuk ke istana dijual secara berperingkat. Boleh memilih tiket untuk melawat taman dan istana secara berasingan. Tapi sekarang dah tak ada lagi sistem begitu. Semua pengunjung perlu membeli tiket penuh yang membolehkan mereka melawat ke seluruh istana.

Pejabat tiket terletak di sebelah kiri.
Myself dan Husband pernah masuk melawat ke istana ini dulu. Hiasan dalamnya memang mengkagumkan. Kalau nak tahu apa yang ada di dalam bangunan istana ini, boleh baca pengalaman kami di sini.

Harga tiket masuk ke Dolmabahçe Palace sekarang adalah TL 300 (RM 100) seorang yang meliputi seluruh istana. Agak mahal kerana kami tak punya banyak masa untuk explore ke dalam istana sebelum Bosphorus Cruise bermula. Oleh yang demikian, kami memutuskan untuk lepak-lepak di kawasan luar sahaja.

Taman di luar Istana Dolmabahçe
Pemandangan pintu masuk sebenar ke bangunan istana dari taman luar
Pemandangan menghala keluar dari perkarangan istana
Menara jam
Lepak-lepak di taman luar Istana Dolmabahçe
To kill time, kami turut berjalan-jalan sehingga ke kafetaria istana yang terletak di tepi laut.

Kafetaria istana
Pemandangan dari kafetaria
Meriam lama di tepi kafetaria
Bila tiba masa untuk beredar kembali ke Jeti Kabataş, kita tinjau dulu dengan lebih dekat ukiran cantik yang dibuat pada pintu masuk ke istana.

Meninjau ukiran cantik pada pintu istana
Meninggalkan Istana Dolmabahçe

Part 32: Dolmabahçe Mosque

Dalam perjalanan kembali ke Jeti Kabataş, Myself dan Siti singgah melawat Masjid Dolmabahçe yang terletak di luar pagar Istana Dolmabahçe. Nama rasmi masjid ini ialah Bezmi Alem Valide Sultan Dolmabahçe Camii, sempena nama Ibu kepada Sultan Abdulmecid yang memulakan pembinaannya. Selepas baginda mangkat, Sultan Abdulmecid meneruskan usaha ibunya ini.


Berjalan menuju ke Masjid Dolmabahçe
Pemandangan jalan di depan Masjid Dolmabahçe
Sejarah Masjid Dolmabahçe
Pintu masuk ke masjid ini unik kerana diperbuat dari kulit. Pintu kulit ini walau bagaimanapun bukanlah unik kepada masjid ini sahaja. Myself pernah melihat pintu sebegini dipasang pada masjid-masjid lain di Istanbul juga.

Pintu masuk ke Masjid Dolmabahçe yang diperbuat dari kulit
Pemandangan pintu kulit dengan lebih dekat. Boleh selak saja pintu ini untuk masuk ke dalam masjid.
Pemandangan di dalam masjid ini memang mengkagumkan. Walaupun ia tidak besar, hiasan dalamannya setanding dengan masjid-masjid besar yang terdapat di Istanbul.

Ruang solat di dalam masjid
Mimbar
Tingkap-tingkap besar yang dibina menghala ke laut membolehkan pencahayaan semula jadi masuk ke dalam masjid.
Hiasan pada kubah masjid
Abu Bakar dan Usman
Umar dan Ali
Hassan dan Hussein
Mihrab
Pemandangan Mimbar dengan lebih dekat
Tempat Imam berkhutbah
Hiasan di atas Mihrab
Chandelier
Tingkap dan Chandelier
Tempat Guru mengajar agama
Tangga ke tempat Guru mengajar
Pemandangan di bahagian belakang masjid
Pintu keluar dari ruang solat
Sumbangan derma sebelum keluar dari masjid

Part 33: Bosphorus Cruise (1)

Dekat-dekat pukul 10 pagi, kami kembali ke Jeti Bosphorus Cruise di Kabataş. Pejabat tiket dah dibuka dan kami terus membeli tiket yang berharga TL 55 (RM 19) seorang.

Peta Bosphorus Cruise. Tapi kami ambil yang Non Stop Tour.
Bot cruise kami
Kita terus naik ke tingkat atas...
Pemandangan di dalam bot cruise
Pemandangan ke arah depan pulak
Posing dalam bot cruise
Penumpang mula naik ke atas bot
Penumpang-penumpang bot yang datang dari seluruh dunia
Pemandangan jeti dari atas bot
Memang excited sewaktu bot mula bergerak untuk memulakan pelayaran. Perjalanan adalah menuju ke arah Laut Hitam.

Bergerak masuk ke Selat Bosphorus
Penjual minuman di atas bot
Pemandangan Kabataş dari Selat Bosphorus
Bot-bot berlabuh di Kabataş
Masjid Dolmabahce
Bangunan pengawal di pintu masuk ke Istana Dolmabahçe
Pemandangan pertama yang kita lihat sebaik bot berlayar di Selat Bosphorus adalah Istana Dolmabahçe. Istana ini pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Ottoman di zaman kegemilangannya.

Istana Dolmabahçe

Selepas meninggalkan Istana Dolmabahçe, bot membuat persinggahan di Jeti Beşiktaş di mana sebahagian lagi penumpang naik menyertai kami di dalam cruise ini.

Beşiktaş
Jeti di Beşiktaş 
Perhentian feri penumpang di Beşiktaş 
Feri penumpang yang berlabuh di Perhentian Feri Beşiktaş
Jeti bot cruise di Beşiktaş
Selepas mengambil penumpang di Beşiktaş, pelayaran cruise yang sebenar bermula.

Cruise yang sebenar bermula
Pemandangan sebahagian Istanbul Eropah dari Selat Bosphorus
Four Seasons Hotel
Beşiktaş Anadolu High School
Kemudian kita dapat melihat sebuah istana mewah yang kini beroperasi sebagai sebuah hotel mewah yang bernama Çırağan Palace Kempinski Hotel.

Çırağan Palace (disebut macam Sherwan Palace) Kempinski Hotel
Çırağan Palace adalah satu-satunya istana yang telah ditukar fungsi menjadi hotel.
Kemewahan hotel ini yang mewarisi kemewahan peninggalan istana Ottoman memang sangat terserlah.
Çırağan Palace pada asalnya adalah sebuah istana milik Kesultanan Ottoman
Çırağan Palace Kempinski Hotel mempunyai 350 buah bilik
Meninggalkan Çırağan Palace
Bangunan moden Hotel Kempinski di sebelah Çırağan Palace
Kolam renang
Pemandangan berhampiran Çırağan Palace
Istanbul juga adalah sebuah kota mahasiswa di Turkey. Ada banyak universiti di bandaraya ini. Salah sebuah di antaranya yang bernama Galatasaray University dapat dilihat dari cruise.

Galatasaray University

Menuju ke Bosphorus Bridge
Menikmati keindahan Istanbul dari Selat Bosphorus
Ortaköy
Masjid Ortaköy yang terletak berhampiran Bosphorus Bridge
Pemandangan lebih dekat Masjid Ortaköy 
Bosphorus Bridge adalah jambatan pertama di Istanbul yang dibina merentasi Selat Bosphorus yang menghubungkan daerah Ortaköy di Istanbul Eropah dengan daerah Beylerbeyi di Istanbul Asia. Dengan kepanjangan 1560 meter, ia adalah jambatan yang ke-4 terpanjang di dunia sewaktu pembinaannya pada tahun 1973. Ia kini adalah jambatan yang ke-21 terpanjang di dunia. Ia juga kini dikenali sebagai 15 July Martyrs Bridge bagi memperingati jasa mereka yang terkorban dalam cubaan rampasan kuasa tentera yang berlaku pada 15 Julai 2016.

Jambatan Bosphorus
Jambatan ini kini dikenali sebagai 15 July Martyrs Bridge
Bosphorus Bridge adalah jambatan gantung (suspension bridge) yang pertama dibina di luar Amerika Syarikat.
Intercontinental Istanbul Marathon yang merupakan satu-satunya acara larian merentas benua di dunia diadakan di atas jambatan ini pada bulan Oktober setiap tahun.
Kita nikmati lagi pemandangan indah kota Istanbul di sebelah Eropah selepas meninggalkan Bosphorus Bridge.



Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:

No comments: