Sunday, 31 July 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 10 (Busforus)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 10: Curi-Curi Jalan Istanbul 1
BUSFORUS HOP-ON HOP-OFF

HARI KEEMPAT

Part 23: Breakfast di Avantgarde Hotel

Hotel Avantgarde Taksim adalah sebuah hotel 4 bintang di Istanbul tetapi ia tidaklah semewah hotel 4 bintang di Malaysia. Setiap pagi kami akan breakfast di hotel ini sebelum memulakan urusan. Breakfast yang dihidangkan adalah typical Turkish yang banyak menghidangkan roti dan cheese.

Berbagai jenis roti
Berbagai jenis cheese
Sajian breakfast di Hotel Avantgarde
Contoh breakfast kami
Suasana di restoran di Avantgarde Hotel
Sewaktu kunjungan Myself dan Husband ke Istanbul pada tahun 2014 dulu, Istanbul adalah syurga kucing liar. Ada banyak kucing liar berkeliaran di sekitar kota Istanbul. Dalam kunjungan kali ini Myself dapati bilangan kucing liar ini dah banyak berkurangan, tetapi masih dapat dilihat di sana sini termasuklah di sekitar Avantgarde Hotel.

Kucing liar yang datang menjenguk di restoran Avantgarde Hotel
Posing comel-comel nak meminta habuan

Part 24: Busforus Hop-On Hop-Off

Sewaktu membuat Business Trip di Istanbul, kita ambillah kesempatan mencuri-curi jalan juga di sini. Menaiki bas Hop-On Hop-Off (HOHO) adalah cara yang mudah untuk mengelilingi sebuah bandaraya. Itulah yang kami lakukan pada hari pertama di Istanbul selepas pulang dari Expo Win Eurasia.

Myself dan Husband pernah naik bas HOHO ini sewaktu kami berkunjung ke Istanbul pada tahun 2014. Ketika itu bas HOHO ini dioperasi oleh Big Bus. Big Bus Istanbul tidak lagi beroperasi sekarang. Perkhidmatan bas HOHO ini kini dioperasi oleh Busforus.

Kawasan Taksim berhampiran Hotel Avantgarde
Stesen permulaan bagi Busforus adalah di Dataran Sultanahmet di Istanbul Old City. Bas ini juga membuat persinggahan berhampiran hotel kami di Taksim. Kami menaiki bas Busforus ini dari persinggahannya di Taksim. Tapi ini bukanlah tindakan yang bijak sebenarnya kerana bas ini dah hampir penuh sewaktu ia tiba di Taksim. Myself cadangkan kalau anda bercadang nak mengelilingi Istanbul dengan bas ini, mulakan dari Sultanahmet di Old City.

Tiket perkhidmatan Busforus di Taksim dijual di Dataran Taksim
Tiket Busforus
Tiket Busforus dijual pada harga Euro 30 atau 550 Lira dan boleh digunakan bagi tempoh 24 jam bermula dari masa ia pertama kali digunakan. Disebabkan kami membeli tiket ini pada sebelah petang pada hari ketiga kami di Turkey, kami menaiki bas ini 2 kali ~ sekali pada petang itu dan sekali lagi pagi esoknya untuk berkunjung ke Istanbul Old City. Kedua-dua pengalaman menaiki Busforus ini Myself rangkumkan dalam entry ini.

Busforus mengambil penumpang di Taksim
Posing dalam Busforus
Penumpang yang naik bas kali pertama akan diberi peta dan bungkusan snack percuma dari Busforus.

Peta laluan Busforus
Bungkusan snack percuma dari Busforus
Kita juga diberi earphone percuma untuk mendengar audio penerangan sepanjang perjalanan bas. Penerangan disediakan dalam beberapa bahasa utama dunia.

Tempat meletak minuman dan set audio penerangan
Audio penerangan disediakan dalam beberapa bahasa utama dunia
Perjalanan dengan Busforus
Istanbul terbahagi kepada dua benua: Eropah dan Asia. Benua Eropah dan Asia ini dipisahkan oleh Selat Bosphorus. Istanbul Eropah pula terbahagi kepada 2 kawasan: Istanbul New City dan Istanbul Old City. Kedua-dua Old dan New City ini dipisahkan oleh Selat Golden Horn. Kalau nak faham dengan lebih mudah, tengok peta ini...

Peta Istanbul yang menunjukkan kedudukan New City dan Old City di benua Eropah dan benua Asia yang terletak di seberang Selat Bosphorus.
Dari Taksim, Busforus membawa kita menuju ke Old City.

Terowong di bawah Dataran Taksim
Pemandangan selepas keluar dari Terowong
Istanbul New City
Lorong-lorong kecil di New City
Kemudian kita akan menyeberang Selat Golden Horn yang membawa kita ke Old City.

Kawasan Beyoğlu di New City berhampiran Selat Golden Horn
Selat Golden Horn
Pemandangan Old City di seberang Golden Horn dari Beyoğlu
Satu lagi pemandangan Selat Golden Horn
Memancing atas jambatan di Selat Golden Horn
Old City adalah pusat bersejarah kota Istanbul. Di sini ada banyak bangunan lama yang telah berdiri sejak dari zaman Ottoman dan Kristian Byzantine dulu.

Kedai-kedai moden di Old Istanbul
Turkish Delight adalah manisan yang sering dibeli oleh pelancong sebagai souvenir dari Turkey.
Lagi suasana di pinggir Old Istanbul
Bangunan-bangunan lama di Old Istanbul
Barangan jualan di Old Istanbul
Perhentian utama Busforus yang seterusnya adalah Spice Bazaar yang juga dikenali sebagai Mısır Çarşısı (Egyptian Bazaar). Pasar ini dinamakan sebagai Egyptian Bazaar kerana ia dibina oleh pemerintah Ottoman menggunakan hasil kutipan cukai dari wilayah Mesir ketika itu.

Kawasan berhampiran Spice Bazaar
Perhentian Spice Bazaar
Spice Bazaar
Suleimaniye Mosque
Ukiran patung Shahmaran berdekatan Spice Bazaar.
Spice Bazaar
Masjid besar berhampiran Spice Bazaar dinamakan Yeni Camii (New Mosque). Ia dibina pada tahun 1660-an dan merupakan masjid terbaru di Istanbul pada masa itu. Walaupun hampir 400 tahun telah berlalu, nama New Mosque masih melekat kepada masjid ini.

New Mosque
New Mosque sedang ditutup untuk pembaikan
Restoran Nasi Biryani di Istanbul Old City
Turgut Reis (Dragut) yang juga dikenali sebagai Si Penghunus Pedang Islam. Dia adalah seorang komander tentera laut Muslim Ottoman yang berketurunan Greek.
Pada masa dahulu, sewaktu Istanbul Old City dikenali sebagai Constantinople, ia dikelilingi oleh sebuah tembok kota yang sebahagian besarnya telah runtuh sekarang. Ia terus digunakan dan diperbaiki sewaktu pemerintahan Kerajaan Ottoman.

Sebahagian tembok kota ini dibina menghadap ke Laut Marmara.

Seperti juga di tempat-tempat lain di Istanbul ketika itu, masih ada bunga-bunga yang mekar berkembang di tepi tembok ini.

Dari sini, Busforus berpusing masuk ke Sultanahmet yang merupakan centre of happening di Istanbul Old City. Di sinilah letaknya tarikan-tarikan pelancongan yang popular di Istanbul seperti Hagia Sophia, Grand Bazaar dan Blue Mosque.

Hagia Sophia kini dinamakan sebagai Ayasofya-i Kebir Camii (Hagia Sophia Grand Mosque).
Lorong sempit begini adalah pemandangan tipikal di kawasan Sultanahmet
Arasta Bazaar
Tramvay yang berkongsi laluan dengan kenderaan lain
Kita tengok pemandangan di sekitar kawasan Sultanahmet sebelum sampai ke Hagia Sophia.


Akhirnya kita sampai ke landmark yang paling popular di kawasan Sultanahmet, Hagia Sophia. Memang ramai orang yang berkunjung ke sini.

Hagia Sophia
Bangunan berdekatan Hagia Sophia yang menempatkan makam kerabat diraja Ottoman
Hagia Sophia pada asalnya didirikan sebagai sebuah gereja sebelum ditukar menjadi sebuah masjid. Kemudian ia bertukar menjadi muzium sebelum fungsinya dikembalikan menjadi masjid pada masa sekarang.
Pemandangan di sekitar Hagia Sophia
Sultanahmet adalah perhentian yang pertama dan terakhir bagi Busforus. Disebabkan kita naik bas ini dari Taksim, kita perlu berpindah ke sebuah bas lain dari sini untuk meneruskan perjalanan pusing-pusing Istanbul kita.

Pertukaran ke bas Busforus yang lain
Mesin-mesin ATM yang disusun sederet dan terbuka begini adalah pemandangan biasa di Istanbul.
Dari Sultanahmet, Busforus bergerak menuju ke sebelah Istanbul Asia. Untuk ke sana, kita akan melalui semula kawasan Taksim.

Lalu di Taksim semula
Taksim
Ataturk Cultural Centre di Taksim
Pintu masuk ke Ataturk Cultural Centre
Kanak-kanak sekolah rendah yang datang melawat ke Ataturk Cultural Centre
Lalu di jalan depan hotel penginapan kami di Taksim ~ Hotel Avantgarde
Dari Taksim, kita menuju ke kawasan Beşiktaş yang terletak di tepi laut.

Menuju ke Beşiktaş
Pemandangan Selat Bosphorus yang memisahkan Istanbul Eropah dengan Istanbul Asia
Hotel-hotel mewah di Beşiktaş
Perhentian Busforus di Beşiktaş adalah Galataport.

Galataport
Perhentian Busforus di Galataport
Menara jam di Galataport
Pintu masuk ke Galataport
Stadium Vodafone Park
Persinggahan yang seterusnya adalah Dolmabahçe yang terletak betul-betul di hadapan Istana Dolmabahçe. Sewaktu pemerintah Ottoman merampas Istanbul (ketika itu dikenali sebagai Constantinople), mereka menjadikan Istana Topkapi di Istanbul Old City sebagai kediaman rasmi. Sultan-sultan Ottoman yang mewarisi takhta ini kemudian membina dan menjadikan Istana Dolmabahçe sebagai kediaman rasmi mereka kerana Istana Topkapi dirasakan sangat ketinggalan jika dibandingkan dengan istana-istana lain di Eropah.

Istana Dolmabahçe
Pintu masuk rasmi ke Istana Dolmabahçe
Bersiar-siar dengan Busforus
Tidak jauh dari Istana Dolmabahçe, ada Naval Museum. Myself tak pernah masuk ke dalam muzium ini. Jadi tak tahu apa yang ada di sana. Namun begitu, ada sebuah tugu yang menarik di luar muzium ini.

Naval Museum
Tugu di depan Naval Museum
Hayreddin Barbarossa, panglima tentera laut di zaman Ottoman
Meninggalkan Naval Museum
Memang excited sewaktu Busforus bergerak menuju ke benua Asia. Pemandangan Jambatan Bosphorus yang dibina merentang Selat Bosphorus sangat mengujakan. Pada 15 Julai 2016, satu percubaan rampasan kuasa oleh sebahagian pasukan tentera yang menentang Kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdoğan telah berlaku di Turkey dan jambatan ini telah ditawan oleh tentera yang memberontak. Pemberontakan ini walau bagaimanapun berjaya dipatahkan oleh pasukan tentera yang setia kepada Kerajaan. Jambatan Bosphorus ini kini telah dinamakan semula sebagai 15 July Martyrs Bridge sempena memperingati mereka yang terbunuh dalam peristiwa rampasan kuasa itu.

Pemandangan Jambatan Bosphorus
Masjid Ortaköy yang dibina di bawah Jambatan Bosphorus
Pemandangan daerah Ortaköy dari atas jambatan
Selat Bosphorus
Pemandangan di atas Jambatan Bosphorus
Jambatan Bosphorus kini telah dinamakan semula sebagai 15 July Martyrs Bridge
Benua Asia
Selamat datang ke Asia
Şüheda Cami (Masjid Syuhada) di sebelah Asia
Meninggalkan Masjid Syuhada
Taman di sebelah Asia
Air mineral percuma yang diberi oleh Busforus kepada penumpang
Satu-satunya persinggahan Busforus di sebelah Asia adalah di Istana Beylerbeyi. Myself dan Husband pernah melawat Beylerbeyi Palace dalam kunjungan kami ke Istanbul pada tahun 2014 dulu. Pengalaman kami melawat ke istana ini boleh dibaca di sini.

Simpang ke Beyelerbeyi Palace
Pintu masuk ke Beylerbeyi Palace
Beylerbeyi Palace
Tempat bas berhenti di luar Beylerbeyi Palace
Selepas berhenti 10 minit di luar Beylerbeyi Palace, Busforus bergerak kembali ke Eropah. Pemandangan Çamlıca Mosque sangat jelas kelihatan dalam perjalanan mendapatkan kembali Bosphorus Bridge. Masjid ini adalah sebuah masjid baru yang siap dibina pada tahun 2019.  

Çamlıca Mosque di benua Asia
Pemandangan sebahagian Taman Istana Beylerbeyi dapat dilihat dengan jelas dari atas Jambatan Bosphorus sewaktu dalam perjalanan pulang ke Eropah.

Pemandangan Taman Istana Beylerbeyi dari atas Jambatan Bosphorus
Military College di sebelah Istanbul Asia.
Jambatan yang kelihatan di seberang sana adalah Mehmet Fatih Bridge yang merupakan jambatan kedua yang dibina merentasi Selat Bosphorus.
Kapal besar sedang lalu di bawah Jambatan Bosphorus menuju ke Laut Hitam
Kembali ke benua Eropah
Bendera gergasi Turkey di sebelah Eropah
Tanah di sebelah Eropah
Dari Asia, kita kembali semula ke Beşiktaş. Busforus membuat satu persinggahan di sini untuk membolehkan mereka yang ingin nak explore Beşiktaş dengan lebih dekat berbuat begitu.

Beşiktaş
Function sedang berlangsung di Beşiktaş
Gerai bunga
Menuju ke Dolmabahçe
Dari Beşiktaş, kita menuju kembali ke Dolmabahçe. Walau bagaimanapun, Busforus hanya berlalu dan tidak membuat persinggahan di sini dalam perjalanan kembali ke Sultanahmet.

Vakif Bank
Mimar Sinan Fine Arts University. Mimar Sinan adalah seorang arkitek yang terkemuka pada zaman Ottoman. Dialah yang merekabentuk kebanyakan masjid hebat yang dilihat di sekitar Istanbul sekarang seperti Masjid Biru.
Pintu masuk ke Mimar Sinan Fine Arts University
Jalan berhampiran Mimar Sinan University dan bertentangan dengan Dolmabahçe Palace dihiasi dengan potret pemimpin agung Turki Mustafa Kemal Ataturk kerana Ataturk meninggal dunia di Dolmabahçe Palace pada tahun 1938.
Jalan yang dihiasi dengan potret Ataturk
Kami menamatkan perjalanan dan turun dari Busforus apabila ia membuat persinggahan kembali ke Taksim. 

Tiba kembali ke Taksim
Berjalan balik ke hotel


Bersambung ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: