Tuesday 13 September 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 32 (Denizli - Istanbul)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 32: Cuti-Cuti Istanbul 1
TERBANG KE ISTANBUL

HARI KESEPULUH (1)

Part 70: Perjalanan Ke Denizli Airport

Hari Kesepuluh perjalanan kami di Turkey adalah hari untuk kami meninggalkan Pamukkale. Seawal jam 6 pagi, Driver tiba untuk membawa kami ke Denizli Çardak Airport untuk menaiki pesawat ke Istanbul.

Driver tiba di hotel untuk membawa kami ke airport di Denizli
Memasukkan beg ke dalam kenderaan
Kami melalui semula Pamukkale Cotton Castle dalam perjalanan menuju ke Denizli. Excited melihat ada banyak Hot Air Balloon sedang terbang di udara pagi ini. Kami terus meminta Driver untuk berhenti sebentar kat tepi jalan sebab nak mengambil gambar Hot Air Balloon.

Hot Air Balloon di Pamukkale
Mintak Driver berhenti sekejap kat tepi jalan nak bergambar bersama belon
Syukur Alhamdulillah kami dah merasa pengalaman naik Hot Air Balloon semalam. Kalau tak ada pengalaman itu dan nampak pulak pemandangan ini pagi ini, pasti hati merasa sesal tak mencuba.

Rasanya macam ada lebih banyak Hot Air Balloon hari ini berbanding semalam. Mungkin disebabkan cuaca lebih baik pada hari ini.

Pemandangan Hot Air Balloon berterbangan di udara dengan berlatar belakangkan suasana matahari yang sedang terbit di sebalik Pamukkale Cotton Castle memang sangat indah. Walau tercari-cari, kami tak nampak Hot Air Balloon yang kami naiki semalam.

Goodbye, Pamukkale! Dah tiba masa untuk kami benar-benar meninggalkan Pamukkale. Percutian singkat kami selama 3 Hari 2 Malam di Denizli dan Pamukkale memang sangat menarik. Sewaktu mengatur percutian ini, jujur Myself katakan there was not much expectation sebab Myself cuma tahu di Pamukkale hanya ada Cotton Castle yang berwarna putih bersih itu. Tak tahu langsung tentang Karahayit Red Water yang berwarna-warni ketika itu. Sungguh, Myself memang tak sangka yang Pamukkale ada banyak tarikan istimewa lain seperti Lake Salda dan Kaklik Cave. Tak pernah tahu pun juga sebelum ini yang Roman Ancient Ruins seperti Laodikeia dan Hierapolis sangat menarik untuk dilawati. Kita sangkakan selama ini, ancient ruins begitu cumalah kawasan yang penuh dengan serpihan-serpihan batu hancur dari bangunan purba yang telah runtuh.

Myself juga memang berterima kasih kepada Siti sebab dia yang insist nak naik Hot Air Balloon. Waktu mengatur perjalanan ini dia serahkan semua itinerari kepada Myself sebab dia lagilah tak ada idea apa yang ada di Turkey. Cuma request dari Siti ialah supaya kami selitkan Hot Air Balloon dalam itinerari.

Lebuhraya dari Pamukkale menuju ke Denizli
Mentari terbit di ufuk timur
Pemandangan selepas matahari memancar terang
Menuju ke arah Denizli
Persimpangan jalan
Bunga-bunga liar yang masih tumbuh di tepi jalan
Pemandangan ladang pertanian
Ladang gandum
Pemandangan yang indah menuju ke Denizli
Bendera Turkey di atas bukit
Lagi pemandangan ladang pertanian
Ladang gandum yang menguning

Part 71: Terbang Ke Istanbul

Perjalanan berkereta dari Pamukkale ke Denizli Çardak Airport memakan masa setengah jam.

Pintu masuk kenderaan ke Denizli Çardak Airport
Bangunan terminal di kejauhan
Denizli Çardak Airport
Bergambar di depan bangunan terminal
Denizli Çardak Airport adalah sebuah airport kecil yang hanya mengendalikan penerbangan domestik di Turkey. Namun disebabkan ia adalah airport yang terdekat dengan Pamukkale, ia sangat popular dengan pelancong. Staff perempuan yang menguruskan check-in kami kat kaunter Turkish Airlines macam tak cukup tidur, muka memang tak ceria dan asyik terkuap-kuap. Terjerit Myself kat dia bila beg kita yang belum dipasang tagging dah nak ditolaknya ke atas conveyor untuk dihantar ke flight. Entah ke mana pulak beg itu sampai nanti!

Check-in di Denizli Çardak Airport
Pemeriksaan sekuriti untuk masuk ke Boarding Area
Tempat menunggu untuk penumpang di Boarding Area
Jadual perlepasan penerbangan di Denizli Çardak Airport
Boarding Pass ke Istanbul
Sambil menunggu waktu perlepasan pesawat, kita tengok-tengok suasana dalam airport di sekitar.

Kawasan sekuriti
Kafetaria
Cafe Bar
Pintu perlepasan
Ruang menunggu yang selesa
Pesawat Turkish Airlines yang akan membawa kami ke Istanbul tiba di Denizli Çardak Airport pada pukul 8.00 pagi. Inilah juga pesawat yang kami naiki sewaktu datang ke Denizli dua hari lepas.

Pesawat Turkish Airlines tiba di Denizli dari Istanbul
Penumpang-penumpang yang keluar dari pesawat
Selepas semua penumpang keluar, penumpang-penumpang yang nak menuju ke Istanbul dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Maklumat pesawat kami
Beratur nak masuk ke dalam pesawat
Berjalan menuju ke pesawat
Suasana di dalam pesawat
Pemandangan dari dalam pesawat
Bergerak meninggalkan lapangan terbang
Seperti yang dijadualkan, pesawat kami Turkish Airlines TK 2577 meninggalkan Denizli menuju ke Istanbul pada pukul 8.30 pagi. Penerbangan dijangka memakan masa 1 jam 10 minit.

Peta penerbangan
Meninggalkan Denizli Çardak Airport
Menuju ke runway
Berlepas menuju ke Istanbul
Alhamdulillah, cuaca amat baik pada hari ini. Matahari memancar terang membolehkan kita menikmati pemandangan indah sepanjang penerbangan menuju ke Istanbul.

Tasik Acigol
Tasik Acigol berhampiran Denizli ini adalah sebuah tasik garam
Tasik Acigol yang sangat luas
Meninggalkan Tasik Acigol
Penerbangan dari Denizli menuju ke Istanbul adalah penerbangan menuju ke utara. Kita nikmati lagi pemandangan yang dapat dilihat di dalam penerbangan.

Pertengahan jalan di antara Denizli dan Istanbul
Ada sajian penerbangan yang diberi kepada penumpang dalam penerbangan ini. Macam biasa, sajian yang diberi adalah Roti Cheese. Kalau datang ke Turkey, memang kita kena belajar makan roti dengan cheese kerana itulah makanan seharian mereka. Myself okey saja makan roti dengan cheese lagi dalam flight ini, tapi Siti kata dia tak larat dan dah tak boleh masuk makan cheese lagi dah...

Sajian penerbangan
Roti yang berisi cheese
Ketika ini kita semakin menghampiri Istanbul
Pemandangan di luar pesawat
Cuaca baik semakin kita menghampiri Istanbul
Selepas terbang selama sejam, pemandangan bandaraya Istanbul muncul dalam pandangan.

Tiba di Istanbul Asia
Laluan penerbangan sehingga kini
Selat Bosphorus
Menuju ke benua Eropah
Pemandangan Istanbul di benua Eropah
Tiba di Istanbul Airport
Istanbul Airport terletak di sebuah kawasan yang bernama Arnavutköy di Istanbul Eropah. Ia terletak kira-kira 40 km dari pusat bandar Istanbul.

Menuju ke Istanbul Airport
Laut agaknya di bawah sana
Kawasan pertanian
Tasik berhampiran Istanbul Airport
Tasik
Istanbul Airport terletak di sebuah kawasan yang bernama Arnavutköy
Membuat penerbangan turun
Pemandangan Istanbul Airport juga dapat diperhatikan dengan jelas sewaktu pesawat membuat penerbangan turun. Dibuka secara rasmi pada tahun 2019, lapangan terbang ini adalah lapangan terbang yang kedua tersibuk di dunia selepas Lapangan Terbang Dubai pada tahun 2021.
 
Istanbul Airport
Kami selamat tiba di Istanbul Airport pada pukul 9.40 pagi. Airport ini memang besar. Rasa macam jenuh dah pesawat kami berpusing keliling, tak sampai-sampai ke pintu ketibaan di terminal.

Sampai akhirnya...

Part 72: Tiba Di Istanbul

Tak seperti sewaktu tiba di Istanbul dari Kuala Lumpur dulu, pesawat kami berhenti rapat ke bangunan terminal. Selepas itu, jauhlah juga kena berjalan ke tempat pengambilan bagasi.

Keluar dari pesawat
Menuju ke tempat pengambilan bagasi
Bangunan terminal Istanbul Airport yang sangat besar
Pintu perlepasan pesawat kami ke Denizli dulu terletak di bawah sana
Tempat pengambilan bagasi
Satu lagi suasana di tempat pengambilan bagasi
Lepas dah mengambil bagasi, kami terus menuju ke Pintu 9. Di sanalah kami sepatutnya bertemu dengan greeter yang akan membawa kami ke tempat kenderaan menunggu. Sampai di pintu, tak ada pulak greeter ini di sana. Baru nak mengadu kat contact person di Istanbul, tengok-tengok wassap dia masuk dulu kat telefon bertanya kat mana kita berada. Bila kita kata kita dah ada di Gate 9 tapi tak ada greeter menunggu, dia menyuruh kita stay dulu kat situ. Sebentar kemudian datanglah seorang wanita yang bertugas sebagai greeter ini menemui kita. Syukur Alhamdulillah.

Pintu 9 di mana greeter sepatutnya menunggu kami
Mengikut greeter mendapatkan kenderaan
Kenderaan kami menunggu di sini
Mercedes Benz Vito yang menunggu kami di Istanbul Airport
Meninggalkan Istanbul Airport
Sebelum kami pergi ke Pamukkale, Siti meninggalkan sebuah begnya yang super besar di Hotel Avantgarde Taksim. Maka apabila kami tiba di Istanbul, ke sana dululah tujuan kami untuk mengambil beg itu.

Pesawat mendarat di Istanbul Airport
Menuju ke Istanbul New City
Selepas dah beberapa kali keluar masuk ke Istanbul, perjalanan ke Istanbul New City ini terasa macam perjalanan nak balik kampung saja Myself rasa. Macam dah kenal semua landmark dalam perjalanan.

Taman yang cantik di pinggir Istanbul
Terowong bawah laut menuju ke New City
Tiba di area berhampiran Taksim
Menuju kembali ke Avantgarde Hotel untuk mengambil beg yang ditinggalkan di sana.
Beg besar yang ditinggalkan di Avantgarde Hotel sewaktu pergi ke Pamukkale


Bersambung ke Bahagian 33...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: