Jun 2022
TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale
Bahagian 22: Denizli 3
KAKLIK CAVE
HARI KELAPAN (3)
Part 49: Kaklik Cave
Selepas berkereta kira-kira sejam dari Lake Salda, kami tiba di Kaklik Cave.
Arah ke Kaklik Cave |
Kawasan di persekitaran Kaklik Cave dipenuhi ladang-ladang pertanian. Kata Tourist Guide kami yang bernama Ali, kawasan ini subur kerana pengairannya kaya dengan bahan mineral. Penduduk di sekitar kawasan ini terkenal di seluruh Turkey kerana usia mereka yang panjang. Ini mungkin disebabkan mereka sihat dan memakan makanan berkhasiat yang tumbuh dari tanah di sekitar.
Pergunungan dan kawasan pertanian |
Pemandangan yang indah |
Tak kenal pokok yang ditanam |
Ladang gandum yang telah dituai |
Pamukkale terkenal dengan Cotton Castle ~ bukit travertine yang terbina dari kalsium putih yang menarik kedatangan lebih 2 juta pelancong setiap tahun. Tetapi ramai yang tidak tahu travertine yang sama juga boleh dilihat di dalam sebuah gua berhampiran yang bernama Kaklik Cave.
Tiba di Kaklik Cave |
Sebelum masuk ke dalam gua, Ali menunjukkan kepada kami beberapa mata air yang menjadi sumber kepada air yang mengalir di dalam Kaklik Cave dan juga Pamukkale putih yang terkenal itu.
Mata air yang mengairi travertine di Gua Kaklik dan Pamukkale |
Air yang mengalir adalah air panas |
Dari sinilah air mengalir masuk ke dalam gua |
Bau sulfur memang menusuk hidung kerana sumber air ini adalah batuan gunung berapi yang terletak di bawah tanah. Mengikut keterangan yang diberi, air ini mengandungi sulfur dan sodium bicarbonate yang tinggi. Orang tempatan menggelarkan tempat ini sebagai Kokarhamam Pinari yang bermaksud Smelling Bath Foundation.
Kemudian kami dibawa melihat sebuah kolam semulajadi berhampiran. Air kolam ini sangat-sangat jernih. Tumbuhan air di dalamnya juga jelas kelihatan. Pemandangan seperti ini juga pernah Myself lihat di Tirta Empul, Bali.
Kolam air semula jadi |
Air kolam ini sangat jernih |
Air yang jernih membolehkan kita melihat tumbuhan semula jadi yang tumbuh di dalamnya. |
Keindahan pemandangan kolam |
Paling menarik ada banyak kura-kura yang tinggal dan berenang di dalamnya.
Kura-kura berenang di dalam kolam |
Ali memberi penerangan tentang Kaklik Cave |
Pokok Fig |
Pemandangan Buah Fig dari dekat |
Disebabkan mereka memiliki ciri yang sama, Kaklik Cave turut dikenali sebagai Underground Pamukkale. Tetapi disebabkan ia tidak cukup famous seperti Pamukkale Cotton Castle, tak ramai pelancong yang datang ke sini. Gua ini telah ditemui pada tahun 2002 setelah bumbungnya runtuh dan dibuka untuk lawatan tidak lama selepas itu.
Pintu masuk ke gua |
Jom kita masuk ke sana. Gua ini dibuka pada pukul 10 pagi - 7 malam. Pandai tak kita membaca notis dalam Bahasa Turki? Hihihi... |
Sebelum masuk ke dalam gua, Ali mencadangkan supaya kami menanggalkan kasut dan meninggalkannya di luar. Kami cuma mengikut cadangan Ali.
Di tepi platform kayu laluan masuk ke dalam gua, kita dapat melihat air sungai yang mengalir. Warnanya biru jernih macam yang pernah Myself lihat di Kawasan Falls di Cebu, Philippines dulu. Cuma warna biru air di sini lebih cantik lagi. Air sungai ini berasal dari mata air yang kami lihat di luar tadi. Dalam perjalanan dari sana untuk sampai ke sini, air sungai ini telah bercampur dengan bahan-bahan mineral. Itulah yang menyebabkan warnanya menjadi biru begini.
Air sungai biru jernih yang mengalir ke dalam gua |
Tak nampak dalam gambar tetapi sebenarnya ada air yang mengalir menuruni batu yang bertingkat-tingkat di tepi tangga ini. |
Tengok pemandangan kat sini pun dah mengkagumkan. Belum masuk ke dalam sana lagi. |
Sewaktu melawat ke Kaklik Cave, kami belum sampai lagi ke Pamukkale Cotton Castle yang sebenar. Jadi kita cuma mendengar saja cerita dari Ali mengenai travertine di sini yang lebih kecil dari yang ada di Pamukkale. Pemandangan kat sini pun dah mengkagumkan kami. Tertanya juga di dalam hati, bagaimana pula dengan pemandangan Pamukkale Cotton Castle yang sebenar nanti?
Memang bagus mengikut cadangan Ali supaya membuka kasut dan meninggalkannya di luar. Laluan pejalan kaki yang dibina dari kayu ini memang basah dan di tempat-tempat yang tertentu, ada air yang mengalir lalu di atasnya. Air yang kita lihat di Kaklik Cave ini juga adalah air yang sama yang akan mengalir ke Pamukkale Cotton Castle yang sebenar. Walaupun berbau sulfur, suhu airnya tidaklah panas sangat.
Benda putih macam batu yang bertepek-tepek di dalam gua ini dipanggil travertine. Sekali imbas, travertine dan batu kapur (limestone) memang nampak macam serupa. Kedua-duanya terbentuk dari calcium bicarbonate. Cuma bezanya, batu kapur berasal dari calcium bicarbonate yang terendam di dalam laut manakala travertine pula terbentuk dari calcium bicarbonate yang terendam di dalam air sungai. Kata Ali, travertine ini terkumpul pada kadar 1 cm setiap 10 tahun. Oleh yang demikian, travertine di dalam Kaklik Cave ini dipercayai telah pun berusia 2.5 juta tahun.
Ingat tak? Dalam entry masa Myself dan Husband melawat ke Gua Kelam di Perlis dulu, kami melihat Gour Pool yang macam travertine di Pamukkale. Ketika itu Myself ada menulis yang ini mungkin petanda bahawa kami akan sampai ke Pamukkale tidak lama lagi. Sumpah potong jari, masa itu tak ada bayang dan tak terfikir pun yang Myself akan datang ke Turkey, apatah lagi ke Pamukkale. Kerana itulah ada pepatah Orang Putih yang berkata: Be careful with what you wish for, because your wish might just come true. Hihihi!!
Kaklik Cave ini tak besar, tapi punyalah banyak gambar yang kami ambil. Pemandangan di dalamnya memang mengkagumkan. Masa nak datang ke Turkey dulu, Myself memang teragak-agak sama ada nak extend percutian ke Cappadoccia atau Pamukkale. Maklumlah kita tak boleh nak memilih kedua-dua sekali atas faktor masa dan kos. Akhirnya Pamukkale menjadi pilihan. Siti pulak mengikut saja sebab dia belum pernah sampai ke Turkey. Myself memang tak menyesal memilih Pamukkale berbanding Cappadoccia. Sesuatu yang pasti, Turkey memang negara yang mengkagumkan. Pergilah ke mana jua, pasti ada sesuatu yang istimewa di situ.
Kalau anda seorang yang claustrophobic sekali pun, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke Kaklik Cave. Seperti yang Myself ceritakan tadi, gua ini tak besar. Boleh nampak cahaya matahari walau kita berada jauh di dalam gua. Di tempat yang paling jauh di dalam gua ini pun ada lampu yang terang dipasang. Air yang mengalir deras juga membuatkan udara sekeliling seperti angin yang bertiup ~ damai dan dingin. Tak terasa perasaan terkurung pun sewaktu berada di dalam gua ini.
Laluan masuk dan keluar dari gua ini sehala. Tetapi jangan risau, sebab kita akan keluar kembali ke tempat yang sama di mana kita masuk tadi. Macam berjalan dalam satu pusingan.
Di luar gua pula ada algae yang tumbuh pada dinding gua. Menurut ceritanya warna algae ini akan berubah-ubah mengikut jumlah cahaya matahari yang sampai kepadanya. Sudah pasti ini juga menambah keistimewaan kepada Kaklik Cave.
Sesuatu yang juga menyeronokkan melawat ke gua ini ialah tangganya yang tidak tinggi. Teringat tangga semasa melawat ke Gua Niah dulu, terpongeh kita nak memanjat naik ke atasnya. Air di dalam gua ini pun jernih dan bersih, tak perlu nak bilas-bilas kaki pulak bila keluar dari gua.
Lepas keluar dari gua, Ali membawa kami melawat ke kolam mandi awam di dalam kompleks gua ini.
Tak sangka sungai yang kelihatan kecil di luar ini boleh menjadi hebat di dalam Kaklik Cave. Begitulah kebesaran Allah SWT yang menciptakan segala-galanya. |
Dalam perjalanan kami ditunjukkan oleh Ali pokok Thyme yang banyak digunakan dalam masakan Turki. Ia juga sering digunakan dalam masakan spaghetti. Bau herba Thyme ini memang harum.
Herba Thyme |
Kolam mandi awam di Kaklik Cave diisi dengan air mineral. Ia boleh digunakan secara percuma. Sewaktu kami tiba, ada sekumpulan remaja lelaki tempatan sedang bermandi-manda di sana. Bila Ali memberitahu yang kami datang dari Malaysia, terus mereka memberitahu Ali yang mereka nak membuat show untuk kami. Seorang demi seorang menunjukkan kehebatan mereka terjun ke dalam kolam. Memang hebat! Bravo!!
Remaja-remaja yang nak membuat show untuk kami. |
Gambar remaja membuat show yang sempat Siti capture. |
Bravo !! Tepuk, tepuk, tepuk!! Tepukan gemuruh untuk mereka. |
Kemudian tibalah masa untuk kami meninggalkan Kaklik Cave. Sewaktu tiba tadi, kami diberitahu yang wap sulfur di Kaklik Cave bagus untuk merawat asthma. Yang ini memang Myself akui. Selepas 6 hari di Istanbul berjalan dengan lasak turun-naik bukit, Myself terasa macam dah terkena sedikit asthma. Kita pun dah mula terbatuk-batuk sewaktu tiba di Denizli. Tetapi selepas menyedut wap sulfur yang tak boleh dielakkan di Kaklik Cave ini, terasa pernafasan dah lega semula. Batuk-batuk pun dah hilang. Ada hikmah rupanya mengapa Allah SWT takdirkan kami datang ke Kaklik Cave. Patutlah bak kata Ali tadi, penduduk di sekitar Kaklik Cave sihat dan panjang umur.
Tour Guide kami yang bernama Ali |
Kilang simen di sana adalah antara industri besar yang terdapat di Denizli |
Kaklik Cave yang memang mengkagumkan |
Anjing yang terbaring manja |
Kenderaan polis |
Part 50: Shopping di AltuÄŸ
Kawasan di sekitar Denizli juga adalah pusat penanaman kapas yang penting di Turkey. Maka tidak hairanlah kalau Denizli juga terkenal dengan industri textile di Turkey. Kata Ali, jenama pakaian ternama Burberry untuk pasaran Eropah juga dibuat di Denizli. Oleh itu dia nak membawa kami ke sebuah kedai yang merupakan sebuah outlet Burberry di Denizli.
Denizli |
Iklim di Denizli juga lebih sejuk berbanding di Istanbul. Bunga masih berkembang mekar di sini. Walaupun secara rasmi Turkey sedang mengalami musim panas sekarang, hakikatnya musim bunga belum betul-betul berakhir di Denizli lagi.
Kedai yang kami kunjungi adalah sebuah kedai pakaian yang bernama AltuÄŸ. Memang banyak pakaian yang dijual di dalamnya termasuklah dari jenama Burberry. Disebabkan kami Muslim dan berasal dari Malaysia, owner kedai memberikan diskaun yang hebat kepada kami. Beriya dia berbisik memastikan yang harga yang ditawarkan kepada kami tidak didengari oleh sekumpulan pelancong dari Barat yang juga berada di dalam kedai ketika itu. Bayaran urusniaga diterima dalam Turkish Lira, USD dan juga Euro. Nak bayar pakai kad pun boleh.
Kedai AltuÄŸ |
Pemandangan di depan Kedai AltuÄŸ |
Suasana di dalam AltuÄŸ |
Sesuatu yang Myself perhatikan di Denizli juga ialah penduduk di sini mempunyai pegangan Islam yang lebih kuat berbanding suasana di Istanbul. Tak boleh nak cerita pasal Ankara sebab kami sekejap sangat di sana. Di sana sini kita akan mendengar orang memberi salam. Memang peliklah pada mulanya melihat Orang Putih macam Orang Turki ini memberi dan menjawab salam. Bukan sahaja di kedai ini, pekedai-pekedai yang lain pun selalu memberi kami harga diskaun yang lebih besar berbanding pelancong-pelancong lain semata-mata kerana kami beragama Islam.
Walaupun beragama Islam, orang Turki ramai yang memelihara anjing. Tak seperti rakyat Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Syafie, rakyat Turkey berpegang kepada Mazhab Hanafi. |
Bersambung ke Bahagian 23...
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:
- Bhg. 01 [Hari 1] : Arrival (Kuala Lumpur - Istanbul)
- Bhg. 02 [Hari 2] : 2nd Leg Journey (Istanbul - Ankara)
- Bhg. 03 [Hari 2] : Ankara 1 (Ankara & Hilton Garden Inn)
- Bhg. 04 [Hari 2] : Ankara 2 (Anitkabir)
- Bhg. 05 [Hari 2] : Ankara 3 (Ankara Castle & Turkish General Assembly)
- Bhg. 06 [Hari 3] : Ankara 4 (EMS Ambulance Factory & Terbang ke Istanbul)
- Bhg. 07 [Hari 3] : Istanbul 1 (Avantgarde Hotel & Taksim)
- Bhg. 08 : Istanbul 2 (Win Eurasia & Istanbul Metro)
- Bhg. 09 : Istanbul 3 (Funikuler & Tramvay)
- Bhg. 10 [Hari 4] : Curi-Curi Jalan Istanbul 1 (Busforus Hop On Hop Off)
- Bhg. 11 [Hari 5] : Curi-Curi Jalan Istanbul 2 (Istiklal Nostaljik Tramvay & Istiklal Street)
- Bhg. 12 [Hari 5] : Curi-Curi Jalan Istanbul 3 (Istanbul Old City & Grand Bazaar)
- Bhg. 13 [Hari 6] : Curi-Curi Jalan Istanbul 4 (Kabataş, Dolmabahçe & Bosphorus Cruise 1)
- Bhg. 14 [Hari 6] : Curi-Curi Jalan Istanbul 5 (Bosphorus Cruise 2)
- Bhg. 15 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 6 (Topkapi Palace - 1st & 2nd Courtyard)
- Bhg. 16 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 7 (Topkapi Palace - 3rd & 4th Courtyard)
- Bhg. 17 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 8 (Topkapi Palace - Harem 1)
- Bhg. 18 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 9 (Topkapi Palace - Harem 2)
- Bhg. 19 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 10 (Topkapi Palace - Hagia Eirene & Imperial Gate)
- Bhg. 20 [Hari 8] : Denizli 1 (Terbang ke Denizli)
- Bhg. 21 [Hari 8] : Denizli 2 (Lake Salda)
- Bhg. 22 [Hari 8] : Denizli 3 (Kaklik Cave)
- Bhg. 23 [Hari 8] : Denizli 4 (Laodikeia - Syria Street)
- Bhg. 24 [Hari 8] : Denizli 5 (Laodikeia - Church of Laodikeia, Temple A & Theater)
- Bhg. 25 [Hari 8] : Pamukkale 1 (Safak Restaurant & Richmond Pamukkale Thermal Hotel)
- Bhg. 26 [Hari 9] : Pamukkale 2 (Hot Air Balloon)
- Bhg. 27 [Hari 9] : Pamukkale 3 (Karahayit Red Water)
- Bhg. 28 [Hari 9] : Pamukkale 4 (Hierapolis)
- Bhg. 29 [Hari 9] : Pamukkale 5 (Cleopatra Pool & Hierapolis Museum)
- Bhg. 30 [Hari 9] : Pamukkale 6 (Pamukkale Cotton Castle)
- Bhg. 31 [Hari 9] : Pamukkale 7 (Meninggalkan Hierapolis)
- Bhg. 32 [Hari 10] : Cuti-Cuti Istanbul 1 (Terbang Ke Istanbul)
- Bhg. 33 [Hari 10] : Cuti-Cuti Istanbul 2 (Jalan-Jalan Di Sultanahmet)
- Bhg. 34 [Hari 11] : Cuti-Cuti Istanbul 3 (Blue Mosque & Serefiye Cistern)
- Bhg. 35 [Hari 11] : Cuti-Cuti Istanbul 4 (Tomb of Mahmud II & Hagia Sophia)
- Bhg. 36 [Hari 11] : Pulang (Istanbul - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.