Jun 2022
TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale
Bahagian 5: Ankara 3
ANKARA CASTLE & TURKISH GENERAL ASSEMBLY
HARI KEDUA (4)
Part 9: Ankara Castle
Dari Anitkabir, Fahrettin membawa kami ke Ankara Castle.
Pemandangan bandaraya moden Ankara bertukar menjadi sebuah bandaraya lama dengan jalan yang sempit dan mendaki bukit bila kami menghampiri Ankara Castle.
|
Masjid lama berhampiran Ankara Castle |
|
Kedai-kedai di tepi jalan yang sempit dan mendaki bukit |
|
Bandar lama Ankara |
|
Kedai karpet |
|
Barisan kedai yang menarik berhampiran Ankara Castle |
|
Perhentian teksi berhampiran Ankara Castle |
Ankara Castle adalah sebenarnya binaan sebuah kubu pertahanan dan bukan istana kediaman. Laluan masuk utamanya adalah menerusi sebuah pintu yang dinamakan Finger Gate (Parmak Kapısı). Laluan ini agak sesak pada petang itu kerana ada sebuah pentas persembahan sedang dibina.
|
Pintu masuk ke Ankara Castle |
|
Pentas persembahan yang sedang dibina di depan pintu masuk ke Ankara Castle |
|
Menara jam dekat pintu masuk ke Ankara Castle |
Sebaik masuk ke dalam kota, kita dapat melihat bangunan-bangunan lama yang kini digunakan sebagai kedai-kedai untuk menjual cenderamata dan kraftangan.
|
Kedai-kedai cenderamata di dalam Ankara Castle |
|
Pelbagai cenderamata yang dijual |
|
Permaidani dan kraftangan |
Kemudian kita akan bertemu sebuah dataran yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang dibina pada zaman Ottoman.
|
Dataran di dalam Ankara Castle |
Dataran ini juga ada banyak bunga yang cantik dan segar. Memang tak sangka yang kami masih boleh melihat bunga-bunga yang masih mekar berkembang walau sedang berada di dalam musim panas. Suhu sekitar 18'C di Ankara ketika itu juga sangat nyaman.
|
Restoran berhampiran dataran |
|
Kedai-kedai berhampiran dataran |
|
Penunjuk arah |
Bila berjalan lebih jauh lagi ke dalam selepas dataran ini, semakin banyak bangunan lama yang kita temui. Ada di antaranya yang dijadikan kedai, kafe dan masih digunakan sebagai rumah-rumah kediaman. Sebahagiannya juga telah diubahsuai menjadi hotel-hotel butik.
|
Kedai cenderamata |
Ankara Castle telah dibina semenjak dari zaman Rom. Oleh kerana ia dibina sebagai kota pertahanan, binaannya mengelilingi sebuah bukit yang tinggi. Jenuh juga kita berjalan sambil mendaki bukit yang curam dan tinggi ini.
|
Ketika ini sebenarnya baru saja ada sebuah kereta kecil lalu di sini. |
|
Naik tangga yang ini pulak naik ke atas... |
|
Tiba ke Kota Pertahanan yang sebenar |
Kota pertahanan Ankara Castle yang sebenar terletak di puncak bukit. Kota ini dibina setinggi 4 tingkat. Memanjat lagi kita naik ke atas sana! Siksa nak memanjat naik sebab tangganya sempit, curam dan tak disediakan tempat pemegang. Tapi bila sampai ke atas, pendakian memang berbaloi kerana kita disajikan dengan pemandangan kota Ankara yang indah.
|
Pemandangan dari puncak kota pertahanan |
Kota pertahanan yang kita daki ini bukanlah bahagian tertinggi pada Ankara Castle sebenarnya. Bahagian tertinggi yang dinamakan sebagai White Fort (Ak Kale) terletak di seberang sana, tetapi tidak boleh dimasuki. Bahagian kota ini ditanda dengan sebuah bendera Turkey yang berkibar di atasnya.
|
White Fort (Ak Kale) |
Ada sebuah menara masjid lama yang jelas kelihatan dari kota pertahanan ini. Ia adalah menara Masjid Sultan Alaeddin (Sultan Alaeddin Camii). Masjid yang dibina pada tahun 1197 ini adalah masjid yang tertua di Ankara. Ia dibina oleh Muhyiddin Mesud Şah, anak kepada Sultan Seljuk Kılıç Arslan II, menggunakan serpihan batuan dari binaan-binaan lama Rom and Byzantine.
|
Menara masjid lama |
|
Masjid Sultan Alaeddin |
|
Melike Hatun Mosque |
Kena berhati-hati berjalan di kota pertahanan ini kerana tak semua tempatnya dipasang dengan pagar untuk keselamatan.
|
Pagar hanya dipasang di sebahagian tempat pada kota ini. |
Saiz kota Ankara yang besar sangat terserlah dari sini. Selain pemandangannya indah, suasananya juga sangat hening.
|
Kofte |
|
Doner |
Part 10: Turkish General Assembly
Ankara bermula sebagai sebuah penempatan kecil dengan penduduk berjumlah beberapa ribu orang yang tinggal di sekitar Ankara Castle pada permulaan kurun ke-20. Ia berubah wajah apabila Mustafa Kemal Atatürk menjadikan Ankara sebagai pusat gerakan penentangan terhadap Tentera Bersekutu pada tahun 1920. Selepas menewaskan Tentera Bersekutu dan kemudiannya menamatkan pemerintahan Kesultanan Ottoman, Atatürk menubuhkan Republic of Turkey.
|
Kawasan kediaman di Ankara |
|
Bendera Turkey yang berkibar di Ankara Castle |
|
Hujan renyai mula turun di Ankara |
|
Bangunan Turkish Religious Foundation |
|
Fakulti Pergigian Universiti Ankara |
Status Ankara sebagai pusat pemerintahan Kerajaan Turki yang diasaskan oleh Mustafa Kemal Atatürk masih kekal sehingga sekarang. Memandangkan kita dah berada di Ankara, kami meminta Fahrettin untuk membawa kami melihat bangunan Parlimen Turkey yang dinamakan sebagai Turkish General Assembly.
Seperti yang kita maklum, Turkey terkenal sebagai sebuah negara sekular yang mengasingkan agama dari pemerintahan mengikut fahaman yang diasaskan oleh Atatürk. Jadi memang terperanjat juga bila melihat ada sebuah masjid yang besar dibina di depan bangunan Parlimen Turkey ini. Compound Bangunan Parlimen di Malaysia pun tak ada binaan masjid begini.
|
Bangunan Masjid di depan Parlimen Turkey di Ankara |
|
Pemandangan lebih dekat bangunan Masjid Parlimen |
|
Pintu masuk sebenar ke dalam Bangunan Parlimen Turkey |
Bangunan Parlimen Turkey ini walau bagaimanapun adalah sebuah kawasan yang sensitif dari segi keselamatan. Ia turut mengalami serangan sewaktu cubaan rampasan kuasa tentera yang berlaku pada tahun 2016 dulu. Oleh itu, pelawat seperti kami hanya boleh melihat bangunan ini dari dalam kenderaan sahaja. Kami tidak dibenarkan turun untuk melawat bangunan ini dengan lebih dekat.
|
Turkish General Assembly Building |
|
Kami cuma dibenarkan melihat bangunan ini dari dalam kereta sahaja dan tidak dibenarkan turun di mana-mana kawasan berhampiran bangunan. |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:
No comments:
New comments are not allowed.