Saturday, 20 August 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 20 (Istanbul - Denizli)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

HARI KELAPAN (1)

Bahagian 20: Denizli 1
TERBANG KE DENIZLI

Part 44: Istanbul Airport

Tugasan rasmi kami di Turkey berakhir semalam dan dah tiba masa untuk kami holiday pulak di Turkey. Pada hari ini kami bangun awal kerana kami akan terbang ke sebuah bandar di selatan Turkey yang bernama Denizli untuk melawat ke Pamukkale. Pick-up kami ke Istanbul Airport dijadualkan pada pukul 4.30 pagi. Maka seawal pukul 4 pagi, kami dah bersedia check-out dan menunggu di lobi Avantgarde Hotel.

Bersedia nak pergi ke Denizli
Pick-up ke airport yang tiba pada pukul 4.30 pagi
Memulakan perjalanan pada awal pagi.
Suasana awal pagi di Istanbul
Walau di awal pagi tanpa kesesakan trafik, perjalanan dari Taksim menuju ke Istanbul Airport tetap memakan masa kira-kira 40 minit.

Tiba di Istanbul Airport dalam hujan renyai
Kami dijadualkan berlepas ke Denizli dengan pesawat Turkish Airlines TK 2576 pada pukul 6.50 pagi. Maka sebaik tiba di airport, kami terus menuju ke kaunter untuk check-in.

Kaunter check-in domestik Turkish Airlines di Istanbul Airport
Check-in di Kaunter Turkish Airlines untuk penerbangan domestik ke Denizli.
Check-in information
Selepas dah check-in, kami terus bergerak menuju ke Pintu Perlepasan. Istanbul Airport ini sangat besar. Jauh dan jenuh jugalah kami kena berjalan menuju ke pintu perlepasan kami G9A.

Tak sempat nak breakfast di airport. Makan sajalah nanti dalam kapal terbang.
Banyak juga kedai yang telah dibuka di awal pagi begini.
Turun ke bawah menuju ke pintu perlepasan domestik
Travelator demi travelator dilalui...
... namun masih tak sampai-sampai lagi.
Travelator lagi...
Akhirnya sampai ke kawasan berhampiran pintu perlepasan kami
Hujan masih turun di luar sana. Harap janganlah lebat sehingga mengganggu jadual penerbangan.
Pintu G9A

Part 45: Terbang ke Denizli

Seperti yang dijadualkan, pada pukul 6.15 pagi penumpang Turkish Airlines dengan nombor penerbangan TK 2576 menuju ke Denizli dipanggil masuk ke dalam pesawat. 

Panggilan masuk untuk pesawat menuju ke Denizli.
Beratur nak masuk ke dalam pesawat
Sambil beratur menunggu giliran masuk ke pesawat, sempat berbual dengan seorang Makcik Turki yang nak balik kampung ke Denizli. Kata Makcik ini dia baru sampai pagi itu dari Kuala Lumpur. Ingatkan dia pergi melancong ke Malaysia, rupa-rupanya dia tinggal dan bekerja di Sydney, Australia. Disebabkan Turkish Airlines tidak mempunyai penerbangan terus dari Sydney ke Istanbul, dia terpaksa transit di Kuala Lumpur.

Pemandangan di dalam pesawat
Turkish Airlines dari Istanbul ke Denizli
Masih hujan lagi di luar
Menunggu giliran nak terbang dalam hujan.
Walau berlepas di awal pagi, pesawat ini tetap full house.
Pesawat-pesawat yang menunggu giliran nak terbang di belakang kami.
Berlepas meninggalkan Istanbul di dalam hujan.
Membelah awan di dalam hujan
Merentas Laut Marmara menuju ke benua Asia
Terbang menuju matahari
Merentas lautan
Terbang di atas awan
Laluan penerbangan sehingga sekarang
Penerbangan dari Istanbul ke Denizli memakan masa 70 minit. Ada hidangan ringan yang diberi kepada penumpang oleh Turkish Airlines dalam penerbangan ini.

Sajian penerbangan
Roti Cheese dengan Turkish Tea
Ada juga sekeping tomato di dalam roti ini.
Walaupun hujan turun sebelum kami berlepas dari Istanbul tadi, cuaca sepanjang penerbangan agak baik.

Laluan penerbangan sehingga kini
Satu pemandangan menarik yang dapat dilihat sewaktu penerbangan ke Denizli ini ialah bayang kapal terbang yang dikelilingi bulatan pelangi pada awan. Dalam teori sains, fenomena ini dinamakan sebagai Brocken Spectre.

Bayang kapal terbang dalam bulatan pelangi pada awan.
Memang jarang kita dapat melihat pemandangan ini.
Fenomena ini dinamakan sebagai Brocken Spectre 
Semakin excited bila tiba di pertengahan jalan di antara Istanbul dengan Denizli kerana kita dapat melihat pergunungan dan kawasan-kawasan pertanian.

Hampir tiba ke Denizli
Sewaktu pesawat membuat penerbangan turun menghampiri kota Denizli, pemandangan sebuah tasik garam besar yang bernama Acıgöl dapat dilihat dari udara.

Kawasan pertanian yang sangat ekstensif berhampiran Denizli
Membuat penerbangan turun
Tasik garam yang muncul dalam pandangan
Tasik garam ini bernama Acıgöl yang bermaksud Bitter Lake
Excited tengok pemandangan ini kerana tak ada tasik garam di Malaysia
Besar sungguh tasik garam ini.
Semakin hampir nak mendarat di Denizli
Masih pemandangan tasik garam
Kolam-kolam yang dibina di tepi tasik ini digunakan untuk menyejat garam
Tiba di airport Denizli
Selamat mendarat di Denizli
Adik-adik pasukan sukan yang terbang bersama kami bertepuk tangan meraikan pesawat selamat mendarat.
Dah tak sabar sangat nak turun...
Selamat datang ke Denizli.
Kami selamat mendarat di Denizli Çardak Airport pada pukul 8 pagi. Airport ini adalah sebuah regional airport yang mungkin sebesar airport di Langkawi.

Pesawat kami selamat mendarat di Denizli Çardak Airport
Turun dari pesawat
Denizli Çardak Airport
Berjalan masuk ke bangunan terminal
Siti dan Turkish Airlines
Suasana di dalam Denizli Çardak Airport
Boarding gate di sebelah sana
Adik-adik pasukan sukan
Macam-macam perangai dia orang ni...
Berjalan keluar selepas ambil beg
Pintu keluar dari airport di sana

Part 46: Denizli

Tourist guide kami yang bernama Ali dengan driver telah sedia menanti di airport. Myself dan Siti mengambil private tour bagi percutian kami 3 Hari / 2 Malam di Denizli / Pamukkale ini.

Nama kita yang terpampang di Denizli
Mengikut driver (depan) dan Tourist Guide (belakang) ke transport kami
Pemandangan dari hadapan Denizli Çardak Airport
Transport kami yang juga Mercedes Benz Vito
Tourist Guide kami yang bernama Ali
Tourist guide kami yang bernama Ali adalah seorang lelaki Turki yang berusia lewat 40-an. Dia lahir dan dibesarkan di Germany. Di samping Bahasa Inggeris Ali yang sangat baik, dia juga boleh bertutur dalam Bahasa Jerman. Sepanjang percutian ini, kami ada melihat Ali berinteraksi dengan begitu fasih dalam Bahasa Jerman dengan pelancong-pelancong yang datang dari sana. Kata Ali, dia paling suka menerima tetamu dari Malaysia dan Indonesia seperti kami. Dia paling tak suka melayan tetamu Arab. Kata Ali, cuma ada seorang sahaja orang Arab yang dia suka ~ Nabi Muhammad SAW. Arab-Arab yang lain semua dia tak suka.

Kata Ali, destinasi kami yang pertama pada pagi ini adalah Lake Salda. Kami akan breakfast di sana yang mana dah termasuk dalam pakej percutian kami. Dari airport kami terus dibawa ke sana melalui jalan-jalan kampung. Tak lalu langsung pun bandar Denizli sendiri. Pemandangan sepanjang perjalanan adalah ladang-ladang gandum yang telah dituai pada masa ini. Excited weyy tengok ladang gandum. Inilah kali pertama kami tengok ladang gandum, walaupun pokok-pokok gandumnya dah dituai.

Meninggalkan airport di Denizli
Ladang-ladang gandum yang sedang dituai
Pemandangan yang menyegarkan mata yang memandang
Cantik
Ketika ini kami sedang berada di Wilayah Denizli yang terletak di Western Anatolia. Anatolia adalah nama yang diberi kepada kawasan negara Turkey yang terletak di benua Asia. Kawasan ini terkenal sebagai sebuah kawasan pertanian di samping memiliki banyak kesan peninggalan sejarah Rom pada masa dahulu.

Membelok masuk ke jalan kampung
Hujan !!
Ladang gandum lagi
Sekali-sekala, ladang gandum diselangi dengan tanaman sayuran
Cuaca di Denizli sedikit sejuk pada masa itu, kira-kira 18'C tetapi masih nyaman tak perlu nak memakai baju tebal. Seperti juga di Istanbul, hujan turun sedikit-sedikit sepanjang percutian kami di sana. 

Perbandaran di kejauhan
Tanaman sayur-sayuran
Bunga-bunga liar masih tumbuh di tepi jalan
Denizli juga terkenal dengan ternakan ayam. Ayam Denizli terkenal dengan kokokannya yang panjang dan berlagu. Malah Denizli Chicken ini turut diangkat menjadi simbol bandar Denizli.

Perjalanan kami kini mula mendaki gunung. Semakin lama semakin banyak pemandangan indah yang disajikan.

Kami juga melalui beberapa perkampungan Turki dalam perjalanan ke Lake Salda. Memandangkan kita berada di pergunungan sekarang, makin banyak bunga liar yang berkembang di tepi jalan diperhatikan.

Selepas berkereta kira-kira 30 minit dari airport di Denizli, Lake Salda muncul di dalam pandangan.

Menuju ke Lake Salda
Lake Salda
Menuruni gunung menuju ke Lake Salda


Bersambung ke Bahagian 21...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: