Jun 2022
TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale
Bahagian 11: Curi-Curi Jalan Istanbul 2
ISTIKLAL NOSTALJIK TRAMVAY & ISTIKLAL AVENUE
HARI KELIMA (1)
Part 24: Istiklal Nostaljik Tramvay
Kalau anda berkunjung ke kawasan Taksim di Istanbul New City, sesuatu yang pasti akan anda temui adalah tram merah bersejarah yang berkhidmat berulang-alik di Istiklal Avenue. Ia dinamakan Istiklal Nostaljik Tramvay dalam Bahasa Turkey (Istiklal Nolstalgic Tramway dalam Bahasa Inggeris).
|
Tram merah bersejarah di Dataran Taksim |
Tram merah ini memang menarik perhatian Myself dan Husband sewaktu kami datang ke Istanbul pada tahun 2014 dulu. Walau bagaimanapun kami tak berkesempatan nak mencuba perkhidmatannya. Disebabkan itulah bila Myself berpeluang datang lagi ke Istanbul pada tahun 2022, mencuba perkhidmatan Nostaljik Tramvay ini menjadi satu agenda bagi Myself.
|
Nostaljik Tramvay menunggu penumpang di perhentian Dataran Taksim |
Tram merah ini sangat popular dengan pelancong. Kapasitinya tak besar, oleh itu pemandangan pelancong bergayut-gayut menaiki tram ini terutama di sebelah petang adalah pemandangan yang biasa di Istiklal Avenue. Untuk membolehkan kami mencuba perkhidmatannya dengan selesa, Myself dan Siti keluar dari hotel seawal pukul 7 pagi semata-mata nak naik tram. Selepas naik tram, barulah kami balik ke hotel untuk breakfast dan meneruskan aktiviti seterusnya.
|
Naik tram merah bersejarah |
Walau bagaimanapun, perkhidmatan tram ini tidaklah percuma. Kita perlu memiliki Istanbul Card untuk menggunakannya. Kad ini perlu kita swipe pada reader sebaik naik ke atas tram untuk membayar tambang.
|
Pemandangan gerai penjual roti dari atas tram |
|
Kedai doner |
Seronok juga naik tram ini di awal-awal pagi begini. Disebabkan kedai-kedai perniagaan di Istiklal Avenue belum dibuka, kita boleh naik dan duduk dengan selesa di dalam tram.
|
Pemandangan di dalam tram |
|
Lalu di tepi McDonald's |
|
Sebuah shopping mall di Istiklal Avenue yang belum dibuka ketika itu. |
Tram merah ini bergerak perlahan sepanjang Istiklal Avenue. Istiklal Avenue adalah sebenarnya sebuah pedestrian street tetapi di awal pagi begini ada banyak kenderaan yang menggunakannya terutama untuk menghantar barangan dan bekalan kepada kedai-kedai perniagaan di sepanjang jalan. Sekali-sekala pemandu tram akan membunyikan loceng amaran supaya kenderaan dan pejalan kaki yang menghalang laluan bergerak ke tepi.
|
Tram bergerak perlahan di Istiklal Avenue |
|
Pergerakan tram masih dikawal secara manual |
|
Tram membelok di Istiklal Avenue |
Myself dan Siti menaiki tram ini dari Dataran Taksim sehingga ke perhentiannya yang terakhir di Istiklal Avenue. Tidak seperti yang selalu kami perhatikan, jalan ini memang senyap-sunyi kerana kedai-kedai masih belum dibuka.
Kita tengok pemandangan yang kami lihat sepanjang perjalanan...
|
Banyak kenderaan delivery dilihat di sepanjang Istiklal Avenue di awal pagi begini. |
|
Istiklal Avenue sangat panjang, kira-kira 3 km |
|
Pemandangan di dalam tram |
|
Macam ada sebuah lagi tram di depan sana... |
|
Tipah tertipu! Ini cuma gambar iklan tram. |
|
Stesen Tünel yang merupakan perhentian akhir Istiklal Nostaljik Tramvay |
Perhentian akhir tram ini di Istiklal Avenue adalah di sebuah stesen Funikuler yang dinamakan Tünel. Seperti funicular yang menghubungkan stesen Taksim dengan Kabataş, Tünel menghubungkan stesen Beyoğlu yang terletak di atas bukit di Istiklal Avenue dengan Karaköy yang terletak di tepi laut berhampiran Selat Golden Horn.
|
Tram merah berhenti di perhentian akhir di depan Stesen Tünel |
|
Bangunan bersejarah berhampiran Stesen Tünel |
|
Pemandangan berhampiran Stesen Tünel |
Sedang kami seronok-seronok melihat-lihat di sekitar Stesen Tünel, tiba-tiba tram merah bergerak meninggalkan kami. Eh, panik kejap! Terkejar-kejar kami takut ditinggalkan tram ini. Nasib baiklah perhentian seterusnya tram ini tidak jauh dari Tünel. Sempat jugalah kami mengejar dan naik kembali tram dari situ.
|
Termengah-mengah penat kami naik selepas mengejar tram di perhentian seterusnya. |
|
Bergerak balik ke Dataran Taksim |
|
Kedai-kedai perniagaan baru nak mula dibuka |
|
Restoran |
|
Bergerak kembali menuju ke Taksim Square |
|
Berjalan bersama anjing comel |
Gerai-gerai di Istiklal Avenue sedang mula bersiap untuk memulakan perniagaan sewaktu kami bergerak balik ke Dataran Taksim.
|
Gerai menjual Simit |
|
Bangunan Istanbul Chamber of Industry |
|
Banyak modern art diperhatikan di sepanjang Istiklal Avenue |
|
Bangunan-bangunan cantik di sepanjang Istiklal Avenue |
|
Semakin hampir ke Dataran Taksim |
|
Simit adalah sejenis roti yang sedap di Turkey |
Sambil naik tram, kita imbau kembali sejarah tram ini. Sewaktu awal kemunculannya, tram ini ditarik oleh kuda. Bila semakin moden, barulah perkhidmatan tram elektrik digunakan. Myself dan Husband pernah diberitahu yang sebuah tram merah ini telah dihantar oleh kota Istanbul ke kota San Francisco di Amerika Syarikat untuk berkhidmat di sana sebagai simbol persahabatan. Tak tahu sama ada tram ini masih lagi berada di sana sekarang.
Akhirnya kami sampai kembali ke Dataran Taksim. Memang puas hati bila dapat naik tram merah yang bersejarah ini. Alhamdulillah.
|
Tiba kembali di Dataran Taksim |
|
Perhentian tram di Dataran Taksim |
|
Pemandangan Republic Monument dari tram di Dataran Taksim |
|
Istiklal Nostaljik Tramvay |
Part 25: Istiklal Street
Kalau pagi tadi kita melihat Istiklal Avenue yang sunyi sepi di awal pagi dari atas tram, sekarang kita lihat suasana sebenar Istiklal Avenue di sebelah petang.
|
Suasana lewat petang di Istiklal Avenue |
|
Istiklal Avenue sentiasa sesak dengan pengunjung |
|
Ice cream traditional Turki yang dinamakan Dondurma |
|
Bilangan pengunjung yang ramai seperti ini mengingatkan Myself kepada suasana di Tokyo, Jepun. Dah lama kita tak ke Jepun ni... |
Istiklal Avenue juga ada banyak penghibur jalanan.
Pada masa dahulu, Istiklal Avenue menjadi tempat kediaman tumpuan orang-orang kaya dari Eropah. Oleh yang demikian, ada banyak bangunan yang mempunyai senibina yang cantik dan menarik di sini.
Di sini juga ada banyak kedai-kedai menarik yang tak pernah Myself lihat di Malaysia.
Selain dari kedai-kedai orang kebanyakan, kedai-kedai mewah juga ada di Istiklal Avenue.
|
Nike Istanbul |
Semakin malam menjelang, semakin ramai pengunjung yang datang ke Istiklal Avenue.
Myself percaya anda mesti pernah mendengar tentang ais kerim tradisional Turki yang dinamakan Dondurma itu, bukan? Selain rasanya yang sedap, ia juga terkenal kerana penjual ais kerim gemar mempermainkan pelanggan yang membeli ais kerim dari mereka. Memang terhibur bila ditipu-tipu oleh penjual ais kerim ini sebelum dia betul-betul memberikan ais kerim tersebut kepada kita. Tetapi sesuatu yang Myself nak ceritakan tentang ais kerim Dondurma ini ialah harganya mahal. Setiap ais kerim dijual pada harga 20-60 Lira (RM7-20). Dia orang charge kita sekali dengan harga performance agaknya...
Kita kongsi video sewaku membeli ais kerim Dondurma ini di sini...
Kemudian, kita jalan-jalan lagi di Istiklal Avenue yang sangat panjang ini...
|
Kitap dalam Bahasa Turki bermaksud buku. |
|
Aksi romantis memang mudah dilihat di Istiklal Avenue |
Sekali sekala sewaktu kita tengah berjalan di Istiklal, mesti akan kedengaran bunyi loceng amaran dari tram merah bersejarah itu nak meminta laluan...
|
Tram merah bunyi loceng mintak nak lalu... |
|
Persembahan muzik di atas tram |
Satu souvenir istimewa yang boleh dibeli oleh sesiapa juga untuk dibawa pulang ke tanah air adalah manisan Turkish Delight (Lokum dalam Bahasa Turki). Ada pelbagai perisa Turkish Delight dan Myself akui ada di antaranya yang memang sedap terutama yang dibuat dari buah-buahan. Kami juga sempat singgah di sebuah di sebuah kedai menjual Turkish Delight ini di Istiklal Street yang bernama Faruk Güllüoğlu.
|
Singgah di kedai Turkish Delight |
|
Kedai Faruk Güllüoğlu |
|
Pelbagai Turkish Delight yang dijual di Faruk Güllüoğlu |
|
Turkish Delight yang dibuat dari buah-buahan seperti delima, peach dan kacang pistaschio ini memang sedap. |
|
Membeli Turkish Delight di Faruk Güllüoğlu |
|
Faruk Güllüoğlu |
Bersambung ke Bahagian 12...
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:
No comments:
New comments are not allowed.