Monday, 25 July 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 07 (Taksim)

Jun 2022

TURKEY (2ND VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 7: Istanbul 1
AVANTGARDE HOTEL & TAKSIM

HARI KETIGA (2)

Part 15: Istanbul, Aku Tiba Lagi!

Sewaktu menjejakkan kaki buat pertama kali di Istanbul pada tahun 2014 dulu, sungguh Myself tak menyangka yang diri ini akan menjejakkan kaki berkali-kali kembali ke sini selepas itu. Pada tahun 2017, Myself dan Husband kembali ke Istanbul untuk transit di Ataturk Airport dalam perjalanan ke Germany. Lima tahun kemudian pada tahun 2022, Myself menjejak kaki di sini untuk berkursus sekali lagi. Insyaallah kalau diizinkan Allah SWT, selepas ini pun mungkin akan ada lagi persinggahan di sini.

Masjid berhampiran Istanbul Airport
Pesawat yang nak mendarat di Istanbul Airport
Kenderaan Airport Transfer yang sangat selesa di Istanbul
Jambatan tinggi dalam perjalanan menuju ke kota Istanbul
Pemandangan pinggir bandar Istanbul
Bendera Turkey
Airport baru di Istanbul terletak lebih jauh dari pusat bandar berbanding Ataturk Airport dulu. Seperti Ataturk Airport, Istanbul Airport ini juga terletak di sebelah Istanbul Eropah. Buat masa ini, perkhidmatan keretapi dari Istanbul Airport masih belum bersambung dengan pusat bandar Istanbul seperti kemudahan yang ada di Ataturk Airport dulu.

Semakin menghampiri pusat bandar Istanbul
Perjalanan dari Istanbul Airport menuju ke pusat bandar mengambil masa kira-kira sejam. Disebabkan hotel kami terletak di Istanbul New City, pemandu kami menggunakan sebuah terowong bawah laut yang panjang untuk ke sana. Sedar-sedar kami dah sampai ke Beşiktaş yang terletak di New City.

Bunga juga masih berkembang di Istanbul, tetapi tidak semekar di Ankara
Arah ke Taksim
Terowong bawah laut menuju ke Taksim
Pemandangan sewaktu muncul keluar dari terowong
Stadium Vodafone Park

Part 16: Avantgarde Hotel Taksim

Penginapan kami selama 4 malam di Istanbul adalah di Avantgarde Hotel yang terletak bertentangan dengan Gezi Park di sebuah kawasan yang bernama Taksim di Istanbul New City.

Avantgarde Hotel adalah bangunan yang berwarna kelabu di depan sana
Avantgarde Hotel, Taksim
Kedai-kedai bersebelahan Avantgarde Hotel, Taksim
Pintu masuk ke Avantgarde Hotel
Lobi di Avantgarde Hotel
Satu lagi pemandangan lobi di Avantgarde Hotel
Hotel Avantgarde terletak di tepi sebuah taman awam yang bernama Gezi Park di Taksim. Malah pemandangan dari bilik Myself juga adalah menghadap ke Gezi Park.

Pemandangan Gezi Park dari bilik hotel
Bangunan tinggi di sebelah sana adalah sebuah hotel mewah bernama Marmara Hotel yang terletak betul-betul di Dataran Taksim yang happening itu.
Disebabkan hotel ini terletak di tepi sebatang jalan yang sibuk di Taksim, ia agak bising dengan bunyi kenderaan walaupun di waktu malam. Tapi tak adalah bising sangat sampai terganggu kita nak tidur.

Welcome Fruits & Cookies
Kesibukan malam berhampiran Avantgarde Hotel

Part 17: Taksim

Kalau kawasan bernama Sultanahmet sinonim dengan Istanbul Old City, Taksim pula sinonim dengan Istanbul New City. Sinilah kawasan tumpuan pelancong di Istanbul New City. Mercu tanda utamanya adalah Dataran Taksim atau Taksim Square (Taksim Meydani dalam Bahasa Turki).

Dataran Taksim
Dataran Taksim di Istanbul bolehlah diibaratkan seperti Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. Di sinilah pelancong dan penduduk Istanbul sendiri gemar berkumpul dan menghabiskan waktu bersama. Dataran ini sekarang dah lebih cantik berbanding sewaktu kunjungan Myself dan Husband ke sini pada tahun 2014 dulu.

Republic Monument di Taksim Square
Mercu tanda utama di Taksim Square adalah Republic Monument yang dibina untuk memperingati penubuhan Republic of Turkey pada 29 Oktober 1923 oleh Mustafa Kemal Atatürk.

Republic Monument dibina untuk memperingati penubuhan Republic of Turkey pada 29 Oktober 1923.
Mustafa Kemal Atatürk digambarkan sebagai pemimpin tentera dan pemimpin rakyat pada Republic Monument.
Tugu kecil di sana menceritakan tentang sejarah Republic Monument
Sebuah bangunan yang menarik perhatian Myself di Taksim Square adalah Taksim Mosque. Masjid yang besar dan cantik ini tidak wujud sewaktu kami melawat Istanbul pada tahun 2014 dulu. Pembinaannya dimulakan oleh Presiden Turkey, Recep Tayyip Erdoğan pada tahun 2017 dan siap dibina pada tahun 2021.

Taksim Mosque
Suasana di dalam Taksim Mosque
Satu pemandangan lain yang turut menarik perhatian Myself adalah Tram Merah bersejarah yang masih berkhidmat di kawasan ini. Myself dan Husband tak berkesempatan naik tram ini sewaktu kami berkunjung ke sini pada tahun 2014 dulu. Oleh itu, Myself sangat berazam nak naik tram ini dalam lawatan kali ini. Azam ini berjaya menjadi kenyataan dan Myself akan ceritakan pengalaman ini dalam satu entry yang lain kelak.

Tram Merah yang bersejarah di kawasan Dataran Taksim

Gezi Park yang terletak bersebelahan dengan Taksim Square pula adalah sebuah kawasan hijau yang merupakan tempat rekreasi popular di kalangan pengunjung dan penduduk tempatan Istanbul. Berbagai aktiviti boleh diperhatikan di taman ini pada setiap hari. Satu demonstrasi besar-besaran pernah diadakan di taman ini pada tahun 2013 untuk menentang cadangan Kerajaan untuk membangunkan taman ini sebagai sebuah pusat membeli-belah.

Gezi Park
Pemandangan di Gezi Park menghala ke Dataran Taksim
Pemandangan yang tenang dan damai di celah kesibukan Istanbul New City
Gezi Park yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti
Masih terdapat bunga-bunga yang cantik di Gezi Park ketika itu. Namun semuanya dah kelihatan macam nak layu kerana musim bunga telah berakhir. Bayangkanlah keindahan taman ini dengan bunga-bunga yang mekar berkembang kalau kita berkunjung dalam musim bunga (spring).

Pancutan air yang tidak berfungsi di Gezi Park ketika itu
Bunga-bunga yang dah mula nak layu di Gezi Park
Bergambar di Gezi Park
Kita nikmati lagi keindahan saki-baki bunga-bungaan yang masih ada di Gezi Park.

Pintu masuk ke Gezi Park dari arah Dataran Taksim

Part 18: Makan-Makan Di Sekitar Taksim

Selain tempat membeli-belah di sepanjang Istiklal Street, Taksim juga adalah tempat untuk makan-makan. Ada banyak restoran yang terdapat di sekitar Taksim. Jadi dalam entry ini, Myself nak bercerita tentang pengalaman kami makan-makan di Taksim.

Suasana malam di Istiklal Street, Taksim

KEBAP DUNYASI

Pada hari pertama di Istanbul, kami dinner di sebuah restoran makanan Turki yang bernama Kebap Dunyasi. Memang okey nak telan makanan Turki kat sini sebab kiranya ia adalah hari pertama Myself makan makanan Turki. Sepatutnya hari pertama Myself makan makanan Turki adalah di Ankara. Tapi disebabkan kita tertidur tak ingat dunia terkena jet lag, terjadilah pengalaman dinner pertama di Turkey sebagai makan Mi Maggi di tengah malam bila terjaga dari tidur. Hahahahh!!

Restoran Kebap Dunyasi
Pemandangan dalam Restoran Kebap Dunyasi
Kaunter makanan di Restoran Kebap Dunyasi
Nasi yang beras bulat-bulat ini selalu ada dalam hidangan masakan Turki tetapi rasanya tidak sesedap nasi di Malaysia.
Makanan yang hitam legam ini adalah Terung Bakar. Yang putih di sebelahnya pula adalah roti.

SEAFOOD DINNER

Disebabkan kita asyik makan daging di Turkey, adalah sekali itu kami memilih makan seafood untuk menukar selera. Restoran pilihan kami bernama Fish Kebap & Steak di Taksim. 

Restoran Fish Kebap & Steak
Suasana di Restoran Fish Kebap & Steak
Beriya waiter kat kedai ini promote kami order masakan udang. Katanya satu dish itu ada 8 ekor udang besar di dalamnya. Terpengaruh dengan kata-katanya kami pun order lah dish udang ini bersama dish ikan.

Siap ada service kopek kulit udang macam di Cebu, Philippines dulu.
Masa nak bayar terperanjat tengok rupa-rupanya harga dish udang yang tertera di dalam buku menu adalah sebenarnya harga bagi seekor udang. Ingatkan ia harga bagi seluruh dish yang ada 8 ekor udang itu. Myself tak ingat berapa harga makanan yang dibayar, kalau tak salah rasanya 3 kali ganda harga dish makanan biasa. Jadi berhati-hati kalau memilih nak makan udang di Istanbul.

Ikan Bakar
Ayam

PİKNİK KÖFTE

Piknik Köfte adalah sebuah restoran di Istiklal Street di Taksim yang pernah kami kunjungi untuk dinner. Tak seperti kebanyakan restoran lain di mana makanan dihidang kepada kita, konsep di sini adalah self-service.

Restoran Piknik Köfte. Satu ciri yang biasa ditemui di restoran-restoran Turki adalah tukang masak akan memasak di bahagian depan restoran.
Pelbagai makanan untuk pilihan
Tukang masak yang memasak di bahagian depan restoran.
Minuman dan dessert
Makanan dibayar sebelum makan
Pilihan makanan kami di Piknik Köfte

BAMBI CAFE

Sewaktu di Taksim, sempat juga Myself berkunjung ke Bambi Cafe, sebuah restoran yang selalu Myself dan Husband kunjungi dulu. Restoran Bambi menghidangkan makanan Turki. Harganya munasabah dan rasanya memang sedap. Dalam kunjungan kali ini, Myself dan rakan-rakan datang untuk makan tengahari. Mungkin disebabkan ketika itu Myself cukup lapar, lupa pulak nak ambil gambar suasana sewaktu sedang makan di sini.

Bambi Cafe

DAMAK

Damak juga adalah sebuah restoran yang pernah Myself dan Husband kunjungi dulu. Ia agak jauh dari Hotel Avantgarde yang menjadi penginapan kami kali ini, tetapi tidak berapa jauh dari Hotel Hilton Istanbul Bosphorus yang menjadi penginapan Myself dan Husband dulu.

Restoran Damak
Pemandangan Restoran Damak dari luar
Pemandangan di dalam Restoran Damak
Makanan istimewa yang kami makan di sini adalah Lamahcun. Lamahcun juga adalah makanan tradisional Turki tetapi tak semua restoran menghidangkannya. Ia adalah daging kisar pedas yang dibakar bersama roti dan rasanya memang sedap. Walau bagaimanapun, sepedas-pedas makanan Turki, tetap tak boleh lawan rasa pedas Cili Padi di Malaysia.

Lamahcun
Sebenarnya restoran yang ada di Taksim bukan restoran makanan Turki semata-mata. Taksim adalah kawasan tumpuan pelancong yang datang dari seluruh dunia. Jadi berbagai makanan asing ada dijual di sini. Tetapi disebabkan kedudukan Turkey yang lebih hampir ke Eropah, makanan-makanan asingnya adalah lebih bersifat Eropah. Memang susah nak jumpa restoran Asia di sini.

Sesuatu yang Myself nak beritahu di sini juga ialah harga makanan di Turkey tidak murah. Rata-rata setiap dish makanan dijual pada harga sekitar 35 Lira (RM 12) sepinggan. Kalau jumpa restoran makanan asing seperti Chinese Food, janganlah excited sangat sebab rasanya dah diubah mengikut citarasa Orang Turki. Rupanya saja yang macam Chinese Food. Kalau memilih makan fast food seperti McDonald's dan KFC pulak, tak ada sos cili yang akan diberi kepada kita. Hanya paket-paket ketchup dan mayonaise. Tapi janganlah sangka yang ketchup adalah kicap macam di Malaysia. Ia adalah sebenarnya sos tomato.

Banyak restoran di Taksim menjual makanan Turki
Di lorong berhampiran Taksim Square ini ada beberapa kedai menjual makanan India, Pakistan dan Arab.


Bersambung ke Bahagian 8...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: