Thursday, 18 August 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 19 (Topkapi 5)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 19: Curi-Curi Jalan Istanbul 10
TOPKAPI PALACE (Hagia Eirene & Imperial Gate)

HARI KETUJUH (5)

Part 42: Kembali ke First Courtyard @ Topkapi Palace

Keluar-keluar dari Harem, terus kita sampai ke Third Courtyard. Memandangkan kita dah melawat kesemuanya di sini, kami terus saja berjalan menuju ke Gate of Felicity.

Pemandangan Third Courtyard sebaik keluar dari Harem
Pengunjung yang sedang beratur nak masuk ke Audience Chamber
Siti nak bergambar dengan orang yang ramai-ramai itu
Selepas itu kita masuk kembali ke Second Courtyard.

Monumen dari Georgia yang diletakkan oleh Sultan Ottoman di Courtyard Kedua
Hujan mula turun rintik-rintik kembali ketika ini
Disebabkan hujan dah mula turun rintik-rintik ketika itu kami bercadang nak membeli payung di Kedai Cenderamata yang terletak di sebelah Gate of Salutation dalam Courtyard Kedua. Malangnya mereka tak menjual payung pendek di sini. Yang ada cuma payung panjang. Susah pulak nanti nak masuk beg untuk dibawa balik ke Malaysia. Maka kami tak jadi nak membeli payung. Berdoa sajalah semoga hujan tak turun lebih lebat sehingga kami sampai kembali ke hotel di Taksim.

Kedai souvenir di Topkapi Palace
Cenderamata yang dijual di Topkapi Palace
Pintu keluar dari Second Courtyard
Pengunjung yang ramai tengah beratur di depan Gate of Salutation untuk masuk ke Second Courtyard
Gerai minuman di tepi Gate of Salutation di First Courtyard
Pemandangan di First Courtyard
Perkara pertama yang perlu dibuat sebaik tiba di First Courtyard ialah memulangkan semula Audio Guide yang dipinjam. Maklumlah passport Myself disimpan di kaunter Audio Guide sewaktu membuat pinjaman tadi. Esok kami nak terbang ke Denizli. Kalau tak ada passport, tak boleh pulak nak naik kapal terbang.

Kaunter Audio Guide
Beratur nak pulangkan Audio Guide.
Lepas dah beratur lebih 10 minit bersama orang yang nak meminjam Audio Guide, baru kita sedar yang sebenarnya ada kaunter khas untuk memulangkan Audio Guide. Tak payah nak beratur bersama-sama dengan orang yang nak meminjam Audio Guide ini.

Pengunjung yang baru tiba nak membeli tiket masuk ke Istana Topkapi
Ada sebuah lagi tempat yang termasuk di dalam tiket kami yang belum kami lawati ~ Hagia Eirene. Ia adalah sebuah bekas gereja Kristian lama di First Courtyard. Maka ke sanalah arah tujuan kami.

Gereja Hagia Eirene di First Courtyard
Sebuah lagi kafetaria di First Courtyard

Part 43: Hagia Eirene

Sewaktu penaklukan Ottoman ke atas tentera Kristian Byzantine yang membawa sinar Islam ke Istanbul, Hagia Eirene (disebut: Hajia Irini) adalah satu-satunya gereja Kristian yang tidak ditukar fungsi menjadi masjid. Ia terletak di dalam perkarangan Istana Topkapi kerana tapak istana ini adalah juga tapak pemerintahan Kerajaan Kristian Byzantine pada masa dahulu.

Hagia Eirene
Pejabat tiket untuk masuk ke Hagia Eirene
Keterangan tentang Hagia Eirene
Jom kita masuk ke dalam Hagia Eirene...

Pintu masuk ke Hagia Eirene
Pemandangan di dalam Hagia Eirene. Bahagian tengahnya sedang ditutup untuk pembaikan.
Lorong di dalam Hagia Eirene
Courtyard di dalam Hagia Eirene yang dipanggil Atrium
Pengunjung yang sedang berjalan masuk ke dalam gereja
Hagia Eirene yang bermaksud Holy Peace adalah sebuah gereja dari mazhab Kristian Greek Eastern Orthodox. Ia dibina oleh Emperor Constantine I dan berfungsi sebagai gereja utama di Constantinople (nama lama Istanbul di zaman Kristian Byzantine) sebelum Gereja Hagia Sophia yang lebih besar dibina pada tahun 360M.

Bangunan asalnya terbakar dalam satu pemberontakan dan diperbaiki semula oleh Emperor Justinian pada tahun 548M. Ia kemudiannya mengalami kerosakan besar dalam satu kejadian gempa bumi pada tahun 740M. Sewaktu penaklukan Ottoman, gereja ini turut termasuk di dalam perkarangan Istana Topkapi yang dibina. Oleh yang demikian, lambang salib pada gereja telah ditukar kepada bulan sabit. Walaupun tidak ditukar fungsi menjadi masjid, gereja ini pernah menjadi tempat simpanan senjata di zaman Kerajaan Ottoman.

Tak seperti gereja-gereja lain, bangunan Hagia Eirene dibiarkan kosong tanpa sebarang perabot dan perhiasan di dalamnya.

Disebabkan sebahagian besar gereja sedang ditutup untuk pembaikan, rasa macam tak worth sangat melawat ke dalamnya sekarang. Perasaannya macam masuk ke bangunan kosong yang terbiar saja.

Tempat duduk batu yang dinamakan synthronon.
Tangga naik ke tingkat atas. Walau bagaimanapun ia ditutup kepada pengunjung.
Tiang gereja yang memiliki ciri-ciri binaan Greek
Baptismal Font
Tingkap gereja yang dibina tinggi
Salib di atas altar
Hiasan-hiasan yang bercirikan ukiran Greek masih dapat dilihat di sana-sini di dalam gereja.

Di luar gereja pula, kita masih dapat melihat kesan-kesan binaan gereja yang terdahulu.


Part 43: Imperial Gate

Dah tiba masa untuk kami betul-betul meninggalkan Istana Topkapi. Kalau pagi tadi kami masuk ke First Courtyard melalui pintu side gate, kami keluar dari pintu utamanya yang dinamakan Imperial Gate.

Berjalan menuju ke Imperial Gate
Imperial Gate di sana...
Imperial Gate
Keterangan tentang Imperial Gate
Keterangan tentang First Courtyard
Pemandangan di luar Imperial Gate
Fountain of Sultan Ahmed III di luar Imperial Gate
Pemandangan di belakang Hagia Sophia
Bunga-bunga cantik
Lagi bunga-bunga cantik
Bunga dan kota lama
Esok kami akan meninggalkan Istanbul dan terbang ke Denizli.


Bersambung ke Bahagian 20...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:



No comments: