Monday, 22 August 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 21 (Lake Salda)

 Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 21: Denizli 2
LAKE SALDA

HARI KELAPAN (2)

Part 47: Lake Salda

Selepas berkereta kira-kira 30 minit dari Denizli Çardak Airport, kami tiba di Lake Salda. Lake Salda adalah sebuah tasik bekas gunung berapi yang mempunyai keluasan 44 km2. Ia terkenal dengan airnya yang jernih. Pemandangan sewaktu kali pertama melihat tasik ini dari kejauhan macam pemandangan kita melihat Danau Toba dekat Medan, Indonesia.

Lake Salda
Bergambar dengan Lake Salda
Batuan volkanik yang menunjukkan kawasan ini adalah bekas sebuah gunung berapi.
Huk ala... Langit gelap macam nak hujan pulak.
Selepas dah melihat pemandangan Lake Salda dari kejauhan, Ali dan Driver membawa kami ke pinggir tasik.

Laluan turun ke Lake Salda
Bunga-bunga liar
Peta Lake Salda
Ali membawa kami ke sebuah restoran di pinggir Lake Salda yang bernama Doğanbaba Plajı.

Restoran Doğanbaba Plajı
Kayu api di luar restoran untuk kegunaan memasak
Tuan restoran bertanya sama ada kami nak duduk outdoor ataupun "less cold" ? Maklumlah cuaca ketika itu agak sejuk. Disebabkan ketika itu awan pun mendung macam nak hujan, maka kami memilih "less cold". Ingatkan dia nak membawa kami duduk dalam bangunan restoran, rupa-rupanya tidak begitu.

Mengikut Ali dan Tuan Restoran ke ruang less cold.
Tempat duduk outdoor
Pokok-pokok pain di sekitar tasik memberikan suasana dan aroma yang segar.
Kon-kon pokok pain yang bertaburan di atas tanah
Bangunan restoran yang sebenar terletak di sana
Tuan restoran membawa kami ke tempat duduk di bawah khemah. Bagus juga begitu sebab sambil makan boleh juga kita menikmati pemandangan dan udara segar di tepi tasik.

Pemandangan tasik dari bawah khemah
Breakfast yang dihidangkan adalah breakfast tipikal Turki. Mula-mula bukan main banyak roti yang dihidangkan sementara menunggu makanan lain disediakan. Myself tak nafikan roti-roti di Turkey memang sedap tetapi sebab kita orang Melayu yang sentiasa makan nasi, tak lalulah juga nak makan roti banyak-banyak macam orang Turki.

Mak aihh, banyaknya roti!
Makanlah roti dulu sekeping dua sementara menunggu makanan lain siap
Wassap-wassap dulu dengan kawan-kawan di Malaysia.
Kampung-style Turkish Breakfast yang sedap.
Selepas breakfast, kita jalan-jalan pulak kat tepi tasik. Lake Salda adalah sebuah tasik air tawar yang terkenal dengan pantainya yang berwarna putih. Ia digelar sebagai Turkish Maldives. Tapi kalau nak tengok suasana yang dikatakan setanding dengan Maldives itu, kenalah tunggu cuaca yang betul-betul panas kot.

Lake Salda juga merupakan tasik air tawar yang ketiga terdalam di Turkey. Ia mempunyai kedalaman 184 meter. Airnya berwarna turqoise disebabkan oleh batuan stromatolites yang berada di dasarnya.

Walaupun merupakan sebuah tasik bekas gunung berapi, pasirnya yang terletak di gigi air sangat putih dan halus. Tenggelam kaki kita bila berjalan di situ, macam berjalan atas pasir pantai di pinggir laut. Tapi kalau jauh dari gigi air, memang berjalan atas batu-batu kasar dan tajamlah kita.

Satu fakta lain yang menarik tentang Lake Salda ialah kajian oleh NASA menunjukkan kandungan pasir di sini sama dengan kandungan pasir yang berada di planet Marikh. Kerana itulah dikatakan bila NASA nak mencipta kenderaan untuk dibawa dalam explorasi ke Planet Marikh, prototype kenderaan akan diuji di sini.

Disebabkan banyak keistimewaan yang dimiliki, Lake Salda dilindungi oleh Kerajaan Turkey. Tiada pembangunan besar dibenarkan di pinggir tasik ini. Kerana itulah kalau pelancong nak menginap berdekatan Lake Salda, mereka perlu menempah hotel di bandar yang berhampiran seperti Burdur atau Isparta. Satu-satunya cara kalau nak bermalam di pinggir tasik ini sendiri adalah dengan berkhemah atau menggunakan campervan.

Pemandangan di tepi tasik ini memang tenang dan mendamaikan. Mungkin disebabkan ketika itu masih awal lagi, tak ramai orang yang berada di sini.

Sebelum meninggalkan Lake Salda, kami melawat dulu ke dalam Restoran Doğanbaba Plajı. Walaupun owner restoran ini tak pandai bercakap Inggeris, dia tetap memberikan layanan mesra kepada kami.

Suasana tempat makan di dalam Restoran Doğanbaba Plajı
Tukang masak di restoran.  Kata Pakcik ini dia sedang memasak Turkish Pizza yang dinamakan Ekmek.
Ekmek (Turkish Pizza)
Dapur tradisional untuk memasak Ekmek yang masih menggunakan kayu api.
Bergambar dengan isteri owner restoran. Lelaki di belakang itu adalah owner restoran.
Lepas itu kita tengok-tengok pulak souvenir yang dijual di sebuah gerai kat luar restoran. Tak beli apa-apa pun, setakat tengok-tengok saja.

Gerai souvenir di luar restoran
Antara souvenir yang dijual

Part 48: Menuju Ke Kaklik Cave

Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Kaklik Cave yang terletak sejam perjalanan dari Lake Salda.

Pokok-pokok yang kelihatan ditanam di sekitar kawasan pergunungan di sini adalah pokok almond. Mula-mula tadi Myself ingatkan itu pokok zaitun. Kata Ali, zaitun tak boleh tumbuh di sini kerana kawasan ini mengalami salji tebal pada musim winter. Pokok zaitun tak boleh tumbuh di kawasan yang bersalji rupanya.

Pokok yang ditanam di pergunungan sana adalah pokok almond.
Pemandangan lebih dekat pokok-pokok almond
Padang rumput yang masih ditumbuhi bunga-bunga liar
Perjalanan kami adalah menuruni gunung menuju ke arah bandar Denizli.

Kami turut melalui beberapa buah kawasan perkampungan. Menurut Ali ~ seperti juga di Malaysia ~ kawasan-kawasan perkampungan ini semakin ditinggalkan kerana orang-orang muda memilih nak berhijrah ke kawasan bandar. Denizli juga tidak mempunyai industri yang besar. Industri di sekitarnya hanya pertanian yang tidak begitu menarik kepada golongan muda.

Turkey memang sebuah negara yang cantik. Ia mempunyai banyak pemandangan unik yang tak terdapat di kebanyakan tempat lain. Tanahnya juga subur dan makmur. Kerana itulah ia menjadi rebutan raja-raja di zaman purba. Banyak kerajaan purba pernah bertapak di seluruh negara Turkey dulu. Kawasan di sekitar Denizli juga tidak terkecuali.

Kami melalui bandar Denizli dalam perjalanan menuju ke Kaklik Cave. Dari apa yang Myself perhatikan, bandarnya tenang dan tidak begitu besar. Denizli adalah juga salah sebuah dari dua buah bandar persinggahan utama bagi pelancong yang nak berkunjung ke Pamukkale. Bandar persinggahan yang sebuah lagi adalah Izmir. Izmir lebih popular sebagai bandar persinggahan kerana ia terletak di tepi laut. Denizli pula terletak di pedalaman dan jauh dari laut.



Bersambung ke Bahagian 22...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: