Wednesday, 21 September 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 36

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 36: Pulang
ISTANBUL - KUALA LUMPUR

HARI KESEBELAS (3)

Part 82: Meninggalkan Istanbul

Dah tiba masa untuk Myself dan Siti meninggalkan Turkey dan pulang ke Malaysia. Seperti yang dijanjikan, tepat pada pukul 8 malam, airport transfer tiba untuk membawa kami ke Istanbul Airport. Walaupun ketika itu dah pukul 8 malam, matahari masih memancar terang.

Meninggalkan Almina Hotel
Perjalanan menuju ke airport
Terminal Feri di Eminönü
Penumpang-penumpang feri
Masjid Sulaimaniye
Meninggalkan Istanbul
Perjalanan dari hotel menuju ke Istanbul Airport memakan masa kira-kira sejam.

Tiba di Istanbul Airport
Bangunan terminal di Istanbul Airport
Pintu masuk untuk penumpang Business Class Turkish Airlines
Menggunakan khidmat porter di Istanbul Airport. Bayaran yang dikenakan ialah 10 Lira (RM4)
International Departures
Suasana di dalam bangunan terminal
Tak seperti waktu datang ke Turkey di mana kami mendapat tiket Ekonomi, kami mendapat tiket Business Class untuk pulang ke Kuala Lumpur. 

Turkish Airlines Business Class Check-in
Security check point
Kaunter check-in
Disebabkan kita terbang Business Class, bolehlah kita menunggu penerbangan di THY Lounge. Walau bagaimanapun, kita perlu melalui pemeriksaan passport terlebih dahulu sebelum masuk ke THY Lounge ini.

Berjalan menuju ke pemeriksaan passport
Maklumat check-in
Istanbul
Model 2 buah menara terkenal di Istanbul: Maiden Tower (kiri) dan Galata Tower (kanan)
International Departures
Pintu masuk ke pemeriksaan sekuriti dan pemeriksaan passport di International Departures
Kita tengok-tengok pemandangan suasana di Istanbul Airport dalam perjalanan mencari THY Lounge.


Part 83: THY Lounge

THY Lounge disediakan untuk penumpang-penumpang First & Business Class Turkish Airlines. Ada kerusi menunggu yang selesa di sini dan juga makanan yang disediakan percuma.

Pintu masuk ke THY Lounge
THY Lounge disediakan untuk penumpang-penumpang First dan Business Class Turkish Airlines
Suasana di dalam Lounge
Tempat duduk di dalam THY Lounge
Kami pilih tempat duduk di sini
Pemandangan ke bawah dari tempat duduk kami
Disebabkan kami belum dinner, di sini sajalah kami menjamu selera. Kebanyakan makanan yang disediakan adalah makanan Turki tapi adalah juga beberapa hidangan yang kena dengan selera kita.

Kaunter-kaunter makanan di dalam THY Lounge
Kaunter yang ini ada menyediakan hidangan nasi
Makanan pilihan untuk dinner
Boarding Pass untuk ke Kuala Lumpur
Macam-macam TV ada...
Pesawat kami dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 1.30 pagi. Jenuh juga nak menahan diri dari tertidur sambil menunggu pesawat. Bukan apa, teringat kat pengalaman jet lag sewaktu tiba di Ankara dulu. Risau juga kalau tertidur macam itu sampai terlepas flight balik ke KL. Selepas 11 hari berada di Turkey, rasa tak rela nak extend lagi 1 malam walau atas apa-apa sebab. Homesick sangat dah ni!

Nombor gate perlepasan ke KL dah keluar di monitor
Kalau mengikut maklumat yang diberi, gate kamilah yang paling jauh dari sini
Kaunter makanan sedang ditutup sebab hari dah jauh lewat malam
Banyak kaunter makanan dalam Lounge dah ditutup masa ini
Meninggalkan THY Lounge

Part 84: Terbang Ke Kuala Lumpur

Seperti yang ditunjukkan pada monitor, pintu perlepasan kami adalah pintu yang paling jauh. Memang jenuh kena berjalan nak mendapatkannya.

Kedai Duty Free
Kedai yang menjual jam mewah
Walaupun Turkey adalah sebuah negara Islam, arak memang banyak dijual secara terbuka di negara ini
Sebuah lagi pintu masuk ke THY Lounge
Turkish Delight
Pintu penerbangan kami adalah Gate F19
Kena turun ke bawah pulak
Baru nak nampak bayang Gate kat sini...
Berjalan lagi menuju ke Gate
Tiba akhirnya di Gate F19
Disebabkan Malaysia mengenakan syarat vaksin Covid-19 untuk kemasukan ke negara kita, ada pemeriksaan vaksin sebelum penumpang dibenarkan masuk ke dalam gate. "Open your Mysijatra (MySejahtera)", jerit petugas di gate. Selepas kita dah menunjukkan bukti pengambilan vaksin, cop pengesahan akan diberi kepada Boarding Pass kita. Warga asing yang tak mempunyai MySejahtera perlu menunjukkan sijil vaksin mereka.

Maklumat penerbangan kami
Pemeriksaan pengesahan vaksin Covid-19 sebelum masuk ke dalam gate
Beratur masuk ke dalam gate
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Pesawat Turkish Airlines yang membawa kami pulang ke Kuala Lumpur
Business Class Turkish Airlines
Satu lagi pemandangan Business Class Turkish Airlines
Welcome Drink
Menu hidangan
Penerbangan dengan pesawat Turkish Airlines TK 60 dari Istanbul ke Kuala Lumpur memakan masa 10 jam 30 minit. Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan pulang ini juga baik sekali.

Peta penerbangan dari Istanbul ke Kuala Lumpur
Terbang meninggalkan Turkey
Disebabkan kami check-in lewat, Myself dan Siti tak dapat duduk bersama dalam penerbangan pulang ini. Tak mengapalah sebab kami pun dah nak pulang ke Malaysia. Lagipun kan kami dapat naik Business Class! Ewahh! Tapi kenalah sedar diri ~ tiket flight ini ofis yang beli. Kalau beli tiket sendiri, jangan mimpi nak naik Business Class begini.

Disebabkan Malaysia agak strict dengan pemakaian face mask, semua penumpang diminta sentiasa mengenakan face mask dalam flight ini. Mungkin untuk membiasakan penumpang dengan peraturan ini bila tiba di Malaysia kelak. Masa kami naik flight ke Turkey dan domestic flight dalam Turkey, Turkish Airlines tak kisah pun kalau penumpangnya tak pakai face mask.

Makanan Business Class
Secara jujurnya, Myself memang lebih prefer kalau travel dengan Kelas Ekonomi. Lebih meriah suasana di situ. Tak adalah apa yang special sangat dalam Business Class ini bagi Myself selain kerusinya yang boleh reclining lebih itu. Tapi tak selesa sangat juga tidur kat reclining chair yang tak berapa sesuai dengan saiz badan kita ini. Tapi ini mungkin disebabkan kapalterbang yang membawa kami ke Kuala Lumpur adalah model lama. Jadi fasiliti Business Class dalam flight ini pun nampak macam old school sikit. Kalau naik Business Class dalam flight model baru mungkin lain dia punya feeling. Lepas kami balik, ada staff yang buat Business Trip ke Germany tunjuk gambar dia dalam Business Class Qatar Airways. Macam best je Qatar Airways punya Business Class.

Memang banyak makanan yang dihidangkan di dalam Business Class. Tapi semuanya makanan Turki yang tak berapa kena dengan selera Myself. Banyak pulak kita komplen pasal Business Class ini. Orang marhaen macam Myself memang tak selesa dengan benda-benda mewah begini kot! Hihihi!!

Makanan Turki yang tak berapa kena dengan selera Myself. Syukurlah ini flight nak balik ke Malaysia.
Siti dapat duduk kat tepi tingkap
Kita pulak dapat seat kat tengah-tengah
Hidangan buah-buahan
Disebabkan hari dah jauh lewat malam, kita tertidur juga dalam flight ini selepas makan. Sedar-sedar, kita dah sampai ke India...
 
Buka mata selepas tertidur... Eyy, kita dah sampai kat India!
Masih kena terbang lebih 3,000 km lagi
Dah lebih separuh perjalanan sekarang
Masih 3 jam nak sampai ke KL
Merentas Teluk Bengal
Disebabkan kita duduk kat tengah pesawat, sekali-sekala kita bukalah forward camera kat TV tu untuk melihat apa pemandangan yang ada kat luar sana.
Maklumat penerbangan
Makan lagi! Yang ini lebih kena dengan selera Myself
Peramugara dan peramugari Turkish Airlines
Omelette. Yang ini pun sedap
Selipar rumah yang diberi percuma oleh Turkish Airlines
Dah nak tiba di Malaysia
Alhamdulillah, dah tiba kat Malaysia
Cuaca cerah kat luar sana
Menempuh awan di Malaysia
Pemandangan dari Forward Camera
Negaraku Malaysia
Selamat tiba di KLIA
Touch down di KLIA
Welcome Home!
Terima kasih, Turkish Airlines

Part 85: Tiba di KLIA

Aerotrain di KLIA tak berfungsi pulak pada hari itu. Tak tahulah sama ada tengah rosak atau ditutup untuk maintenance. Maka bas digunakan untuk membawa penumpang dari Bangunan Satelit KLIA ke Terminal Utama.

Menunggu giliran nak naik bas
Banyak bas yang disediakan
Bersama kami ada sekumpulan pakcik dan makcik yang mungkin balik travel dari entah mana di oversea. Tak sabar sungguh mereka berebut nak naik bas. Berkejar mereka nak naik bas yang sana dan berebut pulak nak kejar bas yang sini. Last-last, semua bas dah penuh bila mereka sampai kat pintu. Kalau mereka bersabar sikit, memang dah boleh naik bas dengan selesa. Dah lama sangat pergi oversea agaknya dan dah dah tak sabar nak balik ke rumah.

Pemandangan semasa menunggu bas
Emirates
Saudia
Posing dulu sebelum balik ke rumah
Masa kat Turkey kita jalan-jalan tak memakai mask sebab kat sana orang memang dah tak pakai mask. Risaulah juga kalau-kalau dah terdedah kat Covid-19. Maka bila sampai kat rumah terus kita buat test. Alhamdulillah... negatif.

Alhamdulillah. Negatif


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:

No comments: