Wednesday, 27 July 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 08 (Win Eurasia)

 Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 8: Istanbul 2
WIN EURASIA & ISTANBUL METRO

Part 19: Perjalanan Ke Win Eurasia

Tujuan kedatangan kami ke Istanbul adalah sebenarnya untuk menghadiri Win Eurasia Expo & Conference di bawah program Transfer of Technology yang dianjurkan oleh ofis. Program ini diadakan pada 8-11 Jun 2022 di Istanbul Expo Centre.

Memandangkan kami tak pasti di mana sebenarnya venue bagi Win Eurasia ini, pada hari pertama kami menaiki bas shuttle percuma yang disediakan oleh penganjur Expo. Bas ini berlepas setiap hari dari Ataturk Cultural Centre yang terletak kira-kira 160 meter dari Hotel Avantgarde Taksim.

Ataturk Cultural Centre di Taksim
Menunggu shuttle bus di depan Ataturk Cultural Centre
Free Shuttle Bus yang disediakan oleh Win Eurasia
Istanbul Expo Centre (Istanbul Fuar Merkezi dalam Bahasa Turki atau singkatannya IFM) terletak jauh dari Istanbul New City. Ia terletak berdekatan dengan airport lama Istanbul yang bernama Ataturk Airport. Perjalanan dari Ataturk Cultural Centre ke Istanbul Expo Centre memakan masa kira-kira sejam.

Meninggalkan Istanbul New City
Hotel Intercontinental
Masih di Istanbul New City
Terowong di bawah Dataran Taksim
Pemandangan di dalam terowong
Masjid Taksim
Sesuatu yang menarik dalam perjalanan bas ke IFM ini ialah ia melalui sebahagian Istanbul Old City yang bersejarah itu.

Selat Golden Horn yang memisahkan Old City dan New City di Istanbul. Istanbul Old City terletak di seberang sana.
Kawasan ini dinamakan Şişhane (disebut Shi-sha-nay)
Satu lagi pemandangan Selat Golden Horn
Jambatan keretapi menyeberang Golden Horn
Pemandangan Istanbul Old City dari Selat Golden Horn
Masjid Süleymaniye adalah masjid yang terbesar di Istanbul Old City
Valens Aqueduct yang digunakan untuk membekal air minum di zaman pemerintahan Kristian Byzantine. Ia terus digunakan oleh pemerintah Ottoman selepas mereka menakluk Istanbul.
Kawasan pinggiran Istanbul Old City
Tak seperti pemandu di Eropah, pemandu-pemandu di Istanbul jarang nak berhenti untuk memberi keutamaan kepada pejalan kaki.
Tembok kota lama Istanbul
Laut Marmara yang merupakan sebahagian dari Laut Mediterranean
Sebahagian Tembok Kota Lama Istanbul yang telah dibaik pulih
Tembok kota lama
Selepas melalui Old City, bas meneruskan perjalanan melalui Pelabuhan Istanbul dan lebuhraya sehingga sampai ke Istanbul Expo Centre (IFM).

Pelabuhan Kontena Pertama Istanbul
Lebuhraya
Menuju ke Istanbul Expo Centre
Kawasan perumahan mewah
Pancutan Air
Istanbul Expo Centre (Istanbul Fuar Merkezi)

Part 20: Win Eurasia

Win Eurasia adalah sebuah expo perdagangan antarabangsa bertemakan Industrial Transformation. Ia adalah sebuah acara tahunan yang diadakan di Istanbul.

Istanbul Expo Centre
Pemandangan dari depan Istanbul Expo Centre
Pintu masuk ke Istanbul Expo Centre
Poster Win Eurasia
Kaunter pendaftaran
Pameran di dalam Win Eurasia banyak menekankan automation dan robotics. Sebahagian besar peserta adalah syarikat-syarikat dari Turkey sendiri dan adalah juga penyertaan dari negara lain seperti Germany dan Georgia. Berdasarkan pengalaman menyaksikan expo ini, Myself dapat merasakan yang dari segi industri, Turkey kepada Eropah adalah sebagaimana China kepada Asia.

Sesuatu yang menarik perhatian juga di Expo ini adalah kehadiran gadis-gadis seksi pada hampir setiap booth. Tak tahu apa tugas mereka yang sebenar ~ sebagai penyeri dan penarik pengunjung kot, macam gadis-gadis litar kat perlumbaan Formula 1 itu.

Penyeri Booth
Siti bergambar dengan Penyeri Booth
Ada sekali sewaktu kami berkunjung ke Expo, kami bercadang nak lunch di situ. Adoii, tak sangka punyalah panjang queue sewaktu nak beli makanan!

Gerai menjual makanan di Win Eurasia
Beratur panjang nak beli lunch
Memilih makanan nak dimakan
Pilihan lunch kami
Tempat makan di Win Eurasia

Part 21: Metro Istanbul

Cuma sekali saja kami naik bas ke Win Eurasia. Selepas itu, kami bergerak menggunakan tren. Ada beberapa jenis tren di Istanbul dan Myself nak bercerita tentang pengalaman kami menggunakan tren ini. Pengalaman yang nak diceritakan ini walau bagaimanapun hanya terhad kepada perjalanan pergi dan balik dari Taksim ke Istanbul Expo Centre. Mungkin ia boleh menjadi panduan juga kepada sesiapa yang membaca dan ingin menggunakan tren ini ke mana-mana destinasi lain di Istanbul.

Stesen Metro berhampiran Istanbul Expo Centre
Tren pertama yang kami cuba perkhidmatannya adalah Istanbul Metro M1. Ia sebenarnya memberi perkhidmatan dari Ataturk Airport ke Istanbul New City. Ia memang popular dengan pengunjung ke Istanbul sewaktu Ataturk Airport masih berfungsi sebagai lapangan terbang utama Istanbul dulu. Stesen Istanbul Fuar Merkezi adalah stesen yang pertama selepas Ataturk Airport.

Istanbulkart
Di stesen Istanbul Fuar Merkezi inilah kami berkenalan dengan Istanbulkart (Istanbul Card) yang macam Touch n' Go untuk kegunaan menaiki tren di Istanbul. Kad ini perlu dibeli dengan harga 25 Lira (RM9) sebagai deposit di mesin tiket. Selepas itu kita perlu top up nilai yang dikehendaki di mesin tiket juga. Memang mencabar nak top up Istanbulkart di mesin tiket sebab penerangan standardnya dalam Bahasa Turki. Ada juga pilihan English dalam menu di mesin tiket tetapi tricky nak menukar arahan dari Bahasa Turki ke English.

Sistem tiket tren di Istanbul ialah kita cuma perlu scan Istanbul Card ini sewaktu masuk ke stesen. Tambang tren di Istanbul adalah standard 6 Lira (kira-kira RM2) untuk ke mana-mana. Yang best mengenai Istanbulkart ialah kad yang sama boleh digunakan untuk sehingga 5 orang. Bila orang yang first dah scan masuk, boleh pass kad yang sama untuk kegunaan orang yang seterusnya. Sistem tren di Istanbul ialah tak perlu nak scan kad lagi sewaktu keluar dari stesen. Kerana itulah Istanbulkart boleh passing dari seorang ke seorang yang lain tanpa masalah, dengan syarat baki pada kad mesti mencukupi.

Escalator naik ke platform di Stesen Istanbul Fuar Merkezi
Pemandangan di platform tren Stesen Istanbul Fuar Merkezi
Untuk ke Taksim dari Istanbul Fuar Merkezi, perlu membuat pertukaran ke Tren Metro Istanbul lain di Yenikapi.
Tren Istanbul Metro
Tempat duduk yang terhad dalam Istanbul Metro
Mengikut sejarahnya, tren ini menyambungkan Ataturk Airport ke pusat bandar Istanbul. Kerana itulah ruang di dalam tren ini sangat lapang, senang nak letak beg-beg besar yang dibawa oleh pengembara dari airport.
Tempat duduk dalam tren
Tiba di Stesen Bakırköy
Bakırköy
Tren Istanbul Metro ini banyak bergerak di atas jambatan yang tinggi. Pemandangan sekitarnya pun kurang menarik sebab mostly cuma nampak langit.

Untuk sampai ke Taksim, kami perlu membuat pertukaran tren di Stesen Yenikapi. Kena ambil Istanbul Metro lain menuju ke Haciosman (Haji Osman dalam Bahasa Turki). Stesen Taksim cuma dua stesen saja dari Yenikapi ini.

Membuat pertukaran Istanbul Metro di Yenikapi
Istanbul Metro dari Yenikapi ke Haciosman
Satu pemandangan menarik dalam laluan ini ialah sewaktu tren menaiki jambatan menyeberang Selat Golden Horn. Atas jambatan ini ada sebuah stesen Istanbul Metro yang bernama Haliç.

Selat Golden Horn
Keluar dari Stesen Taksim
Pintu masuk ke Stesen Taksim di Dataran Taksim


 Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: