Thursday, 15 September 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 33 (Sultanahmet)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

HARI KESEPULUH (2)

Bahagian 33: Cuti-Cuti Istanbul 2
JALAN-JALAN DI SULTANAHMET

Part 73: Almina Hotel

Selepas mengambil beg Siti dari Avantgarde Hotel di Taksim barulah kami dihantar ke hotel penginapan kami yang terletak di Istanbul Old City.

Terminal Feri EminönĂ¼ berhampiran Istanbul Old City
Laut Marmara
Istanbul Old City
Almina Hotel terletak di kawasan Sultanahmet di Istanbul Old City, betul-betul di belakang Hagia Sophia. Walau bagaimanapun disebabkan terdapat jalan ke hotel yang ditutup untuk construction, terpusing-pusing driver kami nak mencari jalan untuk mendapatkannya. Bila kereta terpusing-pusing mencari jalan, kami berdua lagilah clueless tentang lokasi hotel ini yang sebenar.

Almina Hotel di Istanbul Old City
Lobi di Almina Hotel
Satu lagi suasana lobi di Almina Hotel
Bangunan Almina Hotel cuma 3 tingkat dan ia tidak mempunyai lif untuk kegunaan penginap. Tapi tak mengapa sebab pekerja hotel akan menolong membawa beg kita yang besar-besar itu sehingga sampai ke bilik.

Tangga di Almina Hotel yang sempit dan curam
Walaupun kami berkongsi bilik berdua, kami mendapat bilik triple sharing yang besar dan selesa. Suasana biliknya pun terang, tak perlu nak buka lampu di waktu siang.

Dapat bilik triple sharing yang besar dan selesa
Katil single
Katil double
Bilik mandi
Ada berbagai kemudahan disediakan di dalam bilik penginapan

Part 74: Warung Ibu Deden

Ketika itu dah waktu tengah hari. Bila dilihat dalam Google Map, ada sebuah restoran Indonesia yang terletak 5 minit berjalan kaki dari Almina Hotel. Nama restoran ini ialah Warung Ibu Deden. Maka ke sanalah tujuan kami untuk makan tengah hari.

Jalan-jalan cari makan...
Mencari restoran Warung Ibu Deden
Kalau ikut Google Map, warung ini berada dekat-dekat sini...
Dah jumpa...
Restoran ini sedang penuh dengan pelanggan yang kebanyakannya adalah ahli Group Tour dari Indonesia
Hampir-hampir kami nak miss restoran ini sebab ia terletak di basement dan pintu masuknya kecik sangat. Bila dijenguk ke dalam juga, ia sedang penuh dengan pengunjung yang sebahagian besarnya adalah ahli kumpulan Group Tour dari Indonesia.

Pemilik restoran ini adalah seorang lelaki Turki bersama isterinya yang berasal dari Indonesia. Kata pemilik ini, mungkin 10 minit lagi pelancong-pelancong Indonesia ini akan habis makan. Dia mencadangkan supaya kami berkunjung ke Bazaar Indonesia di sebelah sementara menunggu pelancong-pelancong Indonesia ini selesai makan.

Berkunjung dulu ke Bazaar Indonesia di sebelah Warung Ibu Deden sementara menunggu meja kosong.
Suasana di dalam Bazaar Indonesia
Berbagai cenderamata dijual di Bazaar Indonesia termasuklah Evil Eye
Skarf dan pakaian pun banyak dijual di sini
Selepas beberapa seketika, kami kembali ke Warung Ibu Deden. Pelancong-pelancong Indonesia yang ramai tadi dah pun selesai makan dan keluar dari situ.

Kembali ke Warung Ibu Deden
Suasana di dalam Warung Ibu Deden
Warung Ibu Deden menjual makanan Indonesia. Makanan yang dijual adalah standard set dan terdiri dari 2 pilihan sahaja. Berbeza dengan Restoran Nur Muhammad yang pernah kami kunjungi sebelum ini, servisnya sangat cepat. Makanannya pun sangat sedap walau hanya 2 pilihan.

Makanan standard set di Warung Ibu Deden
Sekumpulan pelancong Malaysia yang turut makan bersama kami di Warung Ibu Deden
Perhiasan bertemakan Bali di Warung Ibu Deden

Part 75: Hippodrome

Lepas makan, Siti masih nak shopping di Grand Bazaar. Maka berjalanlah kami ke sana. Sebelum sampai di Grand Bazaar, kami singgah dulu di Hippodrome.

Berjalan menuju ke Hippodrome
Hippodrome yang merupakan sebuah dataran yang luas di depan Hagia Sophia dan Blue Mosque adalah bekas sebuah stadium lumba kuda di zaman Kristian Byzantine. Pada zaman dulu, di tengah-tengah stadium ini dibina 3 buah mercu tanda: Column of Constantine, Serpent Column dan Obelisk of Theodosius. Kereta-kereta kuda akan berlumba mengelilingi ketiga-tiga column ini.

Bangunan Stadium Hippodrome telah lama runtuh tanpa kesan. Yang tinggal hanyalah ketiga-tiga Column of Constantine, Serpent Column dan Obelisk of Theodosius yang masih tegak berdiri di Dataran Hippodrome. Kita mulakan dengan melawat ke Column of Constantine...

Column of Constantine
Kaki Column of Constantine
Marker di Column of Constantine
Tulisan Latin di kaki Column of Constantine
Selepas itu kita melawat ke Serpent Column pula. Sebahagian Serpent Column ini sedang ditutup untuk pembaikan.

Sebahagian Serpent Column sedang ditutup untuk pembaikan. Tiang di belakang sana adalah Obelisk of Theodosius
Pandangan lebih dekat Serpent Column yang berpintal-pintal
Keterangan tentang Serpent Column
Obelisk of Theodosius adalah sebenarnya sebuah obelisk yang berasal dari Egypt. Ia dibawa ke Constantinople (nama lama Istanbul di zaman Kristian Byzantine) oleh Emperor Constantine untuk meraikan pembukaan kota itu. Malangnya disebabkan halangan-halangan yang tertentu, obelisk ini hanya dapat didirikan di Hippodrome sewaktu pemerintahan Emperor Theodosius. Kerana itulah ia diberi nama sebagai Obelisk of Theodosius.

Obelisk of Theodosius
Sejarah Obelisk of Theodosius
Obelisk of Theodosius sebenarnya diletakkan di atas sebuah pedestal yang berukiran
Ukiran pada pedestal
Di sini juga terdapat sebuah pancutan air yang dinamakan German Fountain. Ia dihadiahkan oleh seorang Raja Prussia (Kerajaan Jerman Lama) yang bernama Emperor Wilhelm II kepada Sultan Ottoman. Pada tahun 2016, seorang pengebom berani mati yang merupakan anggota ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) telah meletupkan diri di sini dan turut membunuh 12 orang pelancong Jerman dan seorang pelancong dari Peru. Sembilan orang pelancong lain dari Germany, Norway, Peru dan Korea Selatan turut cedera dalam pengeboman ini.

German Fountain yang dihadiahkan oleh Maharaja Jerman kepada Sultan Ottoman
Bumbung German Fountain
Fountain ini memang popular dengan pelancong yang datang dari Germany kerana ada tulisan dalam Bahasa Jerman di sana
Ada paip air minum yang dibina di sekeliling German Fountain
Air dari paip di German Fountain ini selamat untuk diminum
Selepas dah melawat Hippodrome barulah kami bergerak ke Grand Bazaar. Disebabkan malas nak berjalan, kami menaiki Tramvay ke sana.

Kedai untuk bergambar kenangan dengan memakai kostum Ottoman
Stesen Tramvay Sultanahmet
Pemandangan berhampiran Stesen Tramvay Beyazid berhampiran Grand Bazaar
Berjalan menuju ke Grand Bazaar
Pintu No.5 Grand Bazaar
Pemandangan di dalam Grand Bazaar
Shopping di Grand Bazaar
Lagi suasana di dalam Grand Bazaar
Lepas dah shopping kami balik ke hotel. Walau berpandu kepada Google Map, terpusing-pusing kami mencari jalan balik. Maklumlah ada banyak sangat jalan dan simpang di Old City. Setiap kali kami silap masuk simpang, elok-elok 5 minutes walk terus menjadi 10 minutes walk. Selepas beberapa kali tersilap simpang, sampailah juga kami balik ke hotel. Alhamdulillah.

Runtuhan tembok kota lama Istanbul dalam perjalanan balik ke hotel
Tercari-cari jalan nak balik ke hotel
Laluan sebenar untuk balik ke Almina Hotel adalah melalui Arasta Bazaar di belakang Blue Mosque sana.

Part 75: Dinner Di Arasta Bazaar

Malam itu kami keluar lagi mencari dinner di Arasta Bazaar yang terletak tidak jauh dari Almina Hotel. Ada staff hotel menunjukkan laluan shortcut kepada kami. Dekat sangat-sangat rupanya Almina Hotel ini dengan Hagia Sophia. 

Laluan shortcut ke Hagia Sophia rupa-rupanya adalah di belakang construction site sebelah hotel ini.
Laluan pintas ke Arasta Bazaar / Hagia Sophia
Lelaki di depan sana adalah seorang pelarian Syria yang cuba nak menjual barangan kepada kami.
Apple Tree Hotel ini adalah landmark simpang masuk ke Almina Hotel
Kedai-kedai makan di tepi jalan utama
Banyak restoran ada di sini
Suasana jalan-jalan di Old City yang sempit dan mendaki bukit
Arasta Bazaar
Arasta Bazaar terletak betul-betul di belakang Masjid Sultanahmet yang juga dikenali sebagai Blue Mosque. Mengikut sejarahnya jika sewa dari pekedai-pekedai di Grand Bazaar digunakan untuk penyelenggaraan Masjid Hagia Sophia, sewa dari pekedai-pekedai di Arasta Bazaar pula digunakan untuk penyelenggaraan Blue Mosque.

Suasana di Arasta Bazaar
Kami memilih untuk dinner di Mesale Cafe di Arasta Bazaar ini. Dah duduk order makanan baru perasan yang cafe ini adalah juga sebuah shisha cafe. Kat sana-sini ada ramai yang menghisap shisha, baik lelaki ataupun perempuan.

Mesale Cafe
Ada ramai pelanggan di cafe
Ramai yang menghisap shisha
Kelebihan menjadi kucing di Istanbul... sentiasa mendapat layanan istimewa.
Dinner
Persembahan live music di Mesale Cafe
Lepas makan, kami bersiar-siar di Arasta Bazaar melihat kedai-kedai yang ada di sini. Suasana di bazaar ini walau bagaimanapun tidaklah semeriah Grand Bazaar.

Selepas itu barulah kami pulang ke Almina Hotel.

Kami perhatikan ada banyak kedai menjual seafood di Istanbul Old City
Berjalan balik ke Almina Hotel


Bersambung ke Bahagian 34...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: