Wednesday, 13 July 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 01 (KL - Istanbul)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 1: Arrival
KUALA LUMPUR - ISTANBUL

Ingat tak entry mengenai Travel Wishlist Post-Covid dulu yang mana ada Myself bercerita tentang cadangan menjadikan Phuket di Thailand sebagai destinasi Post-Covid pertama yang ingin Myself pergi? Tak pernah terlintas langsung di fikiran ini yang Turkey akan menjadi destinasi oversea pertama bagi Myself Post-Covid dan bukan Phuket. Perancangannya pun kita nak start travel balik pada hujung tahun 2022. Tengok-tengok pertengahan tahun 2022 kita dah travel kembali ke oversea. Sememangnya kita merancang dan perancangan Allah SWT lebih baik lagi.

Segalanya bermula bila Myself dipilih lagi oleh ofis untuk membuat Business Trip bagi tahun ini. Jika sebelum ini, Myself mengikut program yang sama di Sydney, Australia bersama 2 orang rakan ofis, kali ini kita pergi ke Ankara dan Istanbul di Turkey bersama seorang rakan ofis yang bernama Siti. 

Pada mulanya memang Myself merancang nak ajak Husband ikut bersama ke Turkey. Dia pun dah okey. Siap buat passport baru lagi sebab passport lama dah mati. Tapi disebabkan urusan-urusan perjalanan cuma dapat diselesaikan very last minute, tiket flight dah menjadi terlalu mahal. Bila dibuat pertimbangan semula, Husband membuat keputusan tidak mengikut Myself ke Turkey kali ini. Lagi pun, kami dah puas meronda Istanbul pada tahun 2014 dulu. Boleh dikatakan setiap ceruk Istanbul kami dah jejak sampai ke Sanliurfa. Bajet yang tersedia untuk perjalanan ke Turkey ini kami putuskan untuk channel ke satu percutian bersama di hujung tahun nanti, Insyaallah. Tunggu!!!

Perjalanan kami bermula di ibu negara Turkey yang bernama Ankara untuk Technical Visit di sana. Selepas itu kami akan menghadiri Expo & Conference di Istanbul. Selepas selesai bertugas, Myself dan Siti sepakat pula nak menyambung perjalanan dengan bercuti ke Pamukkale alang-alang dah sampai ke Turkey.

Peta Turkey yang menunjukkan kedudukan Istanbul, Ankara & Pamukkale

HARI PERTAMA

Part 1: Terbang Ke Istanbul

Selepas melalui begitu banyak cabaran di pejabat untuk membuat trip ini, akhirnya tibalah hari bagi Myself dan Siti berlepas ke Turkey. Penerbangan kami dengan Turkish Airlines ke Istanbul dijadualkan berlepas dari KLIA pada pukul 11.05 malam. Walaupun destinasi sebenar kami pada hari itu adalah Ankara, kami terpaksa terbang dulu ke Istanbul kerana Turkish Airlines tidak mempunyai penerbangan terus ke Ankara dari Kuala Lumpur. Myself pergi ke KLIA dengan dihantar oleh Husband. Untuk kemudahan, Myself dan Husband bertolak keluar dari rumah selepas solat Asar.

Menuju ke KLIA1
Tiba di KLIA1
Menara Kawalan Penerbangan di KLIA1
KL International Airport
KLIA
Kaunter check-in ke Istanbul masih belum dibuka kerana masih awal lagi
Disebabkan Myself perlu check-in pada pukul 8 malam, Myself & Husband membuat keputusan untuk early dinner malam itu. KLIA1 masih belum pulih dari kesan PKP Covid dulu. Banyak restoran yang pernah beroperasi dulu di lapangan terbang ini ditutup termasuklah restoran favourite kami. Yang tinggal kini hanya restoran-restoran mahal. Gerai-gerai di Food Court pun tidak lagi semeriah dulu.

Food Garden KLIA
Suasana di Food Garden
Claypot Chicken Rice untuk dinner malam itu.
Sewaktu check-in, Myself dan Siti berdepan pula dengan masalah kerana menurut kaunter Turkish Airlines, pembayaran tiket kami perlu dibuat verification dengan kredit kad yang digunakan sewaktu pembelian. Aduh, berdebar sekejap kerana pembelian tiket kami dibuat oleh travel agency yang dilantik oleh penganjur. Mujurlah staff di travel agency itu dapat dihubungi walau di malam hari begini dan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Terima kasih Watie dari Violet Travel. Kalau tidak, kenalah kami mengangkut beg-beg besar kami itu balik ke rumah, tak jadi pergi ke Turkey.

Kaunter check-in di KLIA
Penerbangan kami adalah menggunakan Turkish Airlines yang juga mempunyai perkongsian kod penerbangan dengan Malindo dan Malaysia Airlines.
Ini sebenarnya adalah kali ketiga Myself menggunakan penerbangan Turkish Airlines TK61 ini ke Istanbul. Kali pertama adalah sewaktu berkursus di Istanbul pada tahun 2014 dulu. Ketika itu Husband mengikut Myself bersama. Masih ingat lagi yang ketika itu, kami membeli tiket dari Malaysia Airlines walaupun penerbangan ini dioperasi oleh Turkish Airlines. Disebabkan tiket kami adalah code-share, kami tak dapat check-in awal menerusi kedua-dua website Turkish Airlines dan Malaysia Airlines. Check-in cuma dapat dibuat di kaunter airport. Walaupun kami terbang ke Istanbul dengan Turkish Airlines, penerbangan pulang pula adalah menggunakan Malaysia Airlines. Tidak seperti sekarang, MAS mempunyai penerbangan terus ke Istanbul ketika itu.

Kali kedua pula adalah sewaktu terbang ke Eastern Europe pada tahun 2017. Disebabkan kami mengikut sebuah group tour, segala-galanya diurus oleh travel agent. Kami menaiki Turkish Airlines dan transit di Istanbul dalam perjalanan menuju ke Frankfurt di Germany. Perjalanan pulang dari Munich di Germany dengan Turkish Airlines juga turut transit di Istanbul kembali sebelum terbang ke Kuala Lumpur.

Check-in bersama Siti di kaunter Turkish Airlines
Posing dengan Siti selepas check-in
Passport yang berhabuk tetapi masih hidup selepas 2 tahun lebih tidak digunakan.
Husband kembali ke rumah selepas Myself dan Siti selesai check-in. Sedih juga memikirkan dia tak dapat ikut bersama ke Turkey hari ini. Tapi tak apalah, ada rezeki nanti kita travel bersama ke sebuah destinasi lain dekat-dekat Turkey juga seperti yang kita rancang. Buat masa ini duduklah dulu di rumah menjaga kucing kami yang bernama Tam Tam itu.

Pintu perlepasan kami pada malam itu adalah C32. Memandangkan ia terletak di bangunan satelit KLIA, terpaksalah kami naik aerotrain ke sana. Masa melalui Autogate pemeriksaan passport, panik sekejap sebab selepas lama merenung kepada kamera, pintu keluar dari Autogate tidak terbuka. Malah kita disuruh keluar balik ke tempat asal dari Autogate. Rupa-rupanya lupa nak buka face mask kat depan kamera. Manalah kamera itu nak kenal muka kita! Cehh!!

Naik aerotrain ke pintu perlepasan
Pemandangan di dalam aerotrain
Boarding Pass ke Istanbul
Kalau di bangunan utama KLIA1 tak meriah sebab masih terkesan dengan Covid, bangunan satelit di KLIA1 ini lebihlah lagi. Dah tak ada langsung restoran yang decent untuk makan-makan sambil menunggu penerbangan macam dulu. Yang dibuka cuma bar yang menjual minuman keras. Kesian kat rakyat marhaen macam kami yang nak membuat perjalanan ke oversea.

Syukurlah Myself dah early dinner bersama Husband tadi. Kata Siti, dia belum makan proper dinner lagi dan memang bercadang nak makan kat airport sebelum berlepas. Disebabkan tak ada restoran yang sesuai untuk kami makan-makan, terpaksalah Siti mengalas perut dengan Mi Maggi yang dijual di sebuah convenience store di bangunan satelit ini. Itu pun bersyukur sangat sebab jumpa kedai yang menjual Mi Maggi.

Terpaksa makan Mi Maggi sebelum berlepas ke Turkey
Berjalan menuju ke Pintu Perlepasan
Suasana di Pintu Perlepasan
Satu lagi pemandangan suasana di Pintu Perlepasan
Turkish Airlines dah sedia menunggu nak membawa kami ke Istanbul
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul memakan masa 10 jam 18 minit. Kami berdua sebenarnya layak mendapat Business Class dalam penerbangan ini. Namun disebabkan urusan perjalanan kami hanya dapat confirm pada last-last minute, tiket Business Class dah penuh. Terpaksalah kami terbang dengan Kelas Ekonomi. Disebabkan Myself dah pernah terbang ke Istanbul dengan Kelas Ekonomi Turkish Airlines dua kali sebelum ini, kita okey saja bila ditawarkan tiket Ekonomi. Janji selamat sampai di Istanbul. Siti mengikut saja sebab dia belum pernah langsung menjejak ke negara Turkey.

Panggilan akhir masuk ke dalam pesawat
Beratur masuk ke pesawat
Pesawat kami adalah Boeing 777-300 yang configuration tempat duduk kelas ekonominya adalah 3-4-3. Ada tempat duduk berdua yang terhad di bahagian ekor pesawat. Disebabkan confirmation perjalanan yang lewat juga, Myself dan Siti diberikan tiket tempat duduk berjauhan. Jadi sebaik sahaja web check-in dibuka 24 jam sebelum pesawat berlepas, kami terus check-in nak merebut tempat duduk berdua ini. Tapi dahsyat juga kami kena pow dengan Turkish Airlines sebanyak USD30 seorang kerana membuat pertukaran tempat duduk. Tapi tak apalah sebab penerbangan ini sangat panjang dan lebih selesa kami duduk berdua. Lagipun yang lebih penting adalah seat yang dipilih juga tidak jauh dari toilet.

Turkish Airlines TK61
Maklumat penerbangan
Waktu di Istanbul adalah 5 jam lebih lewat berbanding Kuala Lumpur
Terbang meninggalkan Malaysia
Souvenir dari Turkish Airlines ~ selipar rumah dan toiletries
Sajian penerbangan yang pertama dihidangkan kepada penumpang sewaktu kami sedang terbang merentas Teluk Bengal. Sesuatu yang Myself perasan setiap kali naik Turkish Airlines adalah penerbangannya yang sangat smooth. Tak banyak gegaran dialami bila naik Turkish Airlines walaupun ketika merentas Teluk Bengal yang terkenal dengan turbulence.

Dalam perjalanan ke Turkey ini, Myself dan Siti telah naik 6 penerbangan Turkish Airlines dalam 3 laluan penerbangan pergi balik (Kuala Lumpur-Istanbul, Istanbul-Ankara serta Istanbul-Denizli). Yang dapat kami katakan melalui pengalaman menaiki kesemua 6 perjalanan ini adalah penerbangan Turkish Airlines memang smooth. Turkish Airlines sentiasa terbang selicin sutera dengan perfect landing. Memang mereka memiliki pilot yang hebat menyebabkan kita sentiasa merasa selesa dan selamat.

Sajian penerbangan sedang dihidangkan
Terbang merentas Teluk Bengal
Sajian penerbangan pertama
Terbang merentas India
Dah terbang 4 jam 38 minit ketika ini. Masih ada 5 jam 43 minit lagi waktu penerbangan untuk sampai ke Istanbul.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul yang bagaikan terbang separuh keliling dunia.
Merentas Laut Arab yang merupakan sebahagian dari Lautan Hindi
Tiba di Semenanjung Arab
Terbang berhampiran Qatar dan Bahrain
Satu pemandangan menarik yang dapat Myself perhatikan dalam penerbangan menuju ke Turkey ini adalah ketika pesawat terbang merentas Kuwait City. Kuwait adalah sebuah negara yang kaya dengan minyak dan dari pengalaman Myself dan Husband melawat ke Kuwait pada tahun 2016 dulu, kota ini memang terang bercahaya di waktu malam. 

Kuwait City
Terbang merentas Iraq
Sajian penerbangan kedua disaji kira-kira 2 jam sebelum mendarat di Istanbul, sewaktu kami masuk ke ruang udara Turkey. Seperti sajian penerbangan pertama, sajian penerbangan kedua juga adalah makanan Turki.

Sajian penerbangan kedua
Peramugari Turkish Airlines
Istanbul, Aku Datang!
Setelah terbang kira-kira 10 jam dan awal 30 minit dari jadual, pesawat kami tiba di Istanbul. Waktu tempatan ketika itu adalah pukul 4.40 pagi.

Tiba di Istanbul
Pemandangan bandaraya Istanbul dari udara di awal pagi
Istanbul kini telah mempunyai sebuah lapangan terbang baru bernama Istanbul Airport yang dibuka pada tahun 2019. Dengan pembukaan lapangan terbang baru ini, airport lama yang bernama Ataturk Airport tidak lagi digunakan untuk pengendalian pesawat penumpang. Ia kini hanya digunakan bagi penerbangan kargo.

Selamat mendarat di Istanbul Airport
Istanbul Airport adalah lapangan terbang baru yang menggantikan Ataturk Airport


Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:

No comments: