Friday, 9 September 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 30 (Cotton Castle)

 Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 30: Pamukkale 6
PAMUKKALE COTTON CASTLE

HARI KESEMBILAN (5)

Part 67: Pamukkale Cotton Castle

Program lawatan kami yang terakhir hari ini adalah melawat ke Pamukkale Cotton Castle yang terkenal itu. Ia terletak betul-betul bersebelahan dengan kota purba Hierapolis. Malah salah sebuah pintu masuk ke Pamukkale Cotton Castle terletak betul-betul di belakang Hierapolis Museum. Sebelum kita mula melawat Pamukkale Cotton Castle, kita singgah sekejap makan ais kerim dulu di sebuah kedai dekat pintu masuk.

Gerai ais kerim di pintu masuk ke Pamukkale Cotton Castle
Kita makan ais kerim dulu...
Untuk menjaga kelestarian, pengunjung tidak dibenarkan memakai kasut masuk ke Pamukkale Cotton Castle. Kami membuka dan meninggalkan kasut di pelantar kayu dekat pintu masuk. Risau juga nak meninggalkan kasut di situ. "Don't worry. Turkish people are nice people. They don't steal shoes," kata Ali.

Buka kasut dulu dan tinggalkan di sini
Amaran lantai licin.
Kedai menyewa props untuk bergambar di Cotton Castle
Join the crowd...
Pamuk adalah perkataan Turkish yang bermaksud Kapas dan Kale pula bermaksud Istana. Maka nama Pamukkale sendiri dah sebenarnya membawa maksud Cotton Castle (Istana Kapas). 

Pamukkale Cotton Castle yang dari jauh bagaikan kapas yang ditimbun-timbun tinggi sehingga menjadi gunung
Dari jauh memanglah nampak Cotton Castle macam timbunan kapas yang lembut. Tapi realitinya ia adalah batuan keras yang bergerutu dan tajam. Memang sakit kaki bila memijaknya. Baguslah begitu sebab itu tandanya kita memiliki kulit kaki yang halus. Kahkahkah!!

Permukaan Pamukkale keras dan tajam-tajam. Bagus untuk membuktikan yang kita mempunyai kulit kaki yang halus dan lembut.
Memang tak sabar nak memijak masuk ke dalam air selepas berjalan di atas batu-batu yang menggerutu tajam
Di sebalik batu yang tajam, ada juga sesetengah tempat yang sangat licin sebab air sentiasa bertakung dan mengalir di situ.
Pemandangan Tasik Pamukkale di kaki bukit
Myself memang tak tahu pasal kolam travertine sebelum berkunjung ke Pamukkale, tapi rasanya memang 99% orang yang berkunjung ke sini pun tak tahu. Travertine adalah sejenis batu kapur yang terbentuk dari timbunan mineral yang sering terdapat di kawasan mata air panas. Mineral yang membentuk travertine di Pamukkale Cotton Castle ini adalah calcium.

Kolam yang menakung air ini dinamakan travertine
Saluran air
Airnya keruh dan berlumpur dengan lumpur yang berwarna putih
Untuk keselamatan pengunjung, kawasan yang di pinggir bukit dipagar dengan rantai, macam yang pernah kita lihat di Mount Titlis, Switzerland dulu.

Kawasan pinggir bukit yang dipasang dengan rantai untuk keselamatan pengunjung.
Saluran air yang dibina di pinggir bukit ini juga menghalang pengunjung dari meninjau terlalu jauh ke tepi bukit
Berposing di tepi kolam travertine
Pemandangan kota purba Hierapolis di atas bukit putih
Selain pembentukan travertine, Pamukkale Cotton Castle juga mempunyai beberapa fakta geologi lain yang menarik. Travertine di sini terbentuk dari 17 buah mata air panas yang mengalir ke sini. Pamukkale Cotton Castle juga sebenarnya terletak di atas sebuah fault line yang kerap menghasilkan gempa bumi. Rekahan yang terhasil dari gempa bumi ini membolehkan air panas dari dasar bumi memancut keluar membentuk mata air panas (hot spring).

Fakta yang Myself tulis ini sebenarnya diperolehi selepas kami meninggalkan Pamukkale Cotton Castle. Syukurlah begitu sebab seram juga rasanya kalau kita tahu yang kita sedang berdiri di atas fault line gempa bumi ketika itu.

Pamukkale Cotton Castle terletak di atas fault line yang kerap menghasilkan gempa bumi.
Rekahan yang terhasil dari gempa bumi membolehkan air panas dari dasar bumi memancut keluar membentuk mata air panas.
Air panas di kolam travertine di Pamukkale Cotton Castle juga mempunyai khasiat kesihatan seperti ketika kami melawat ke Kaklik Cave semalam. Ingat tak Myself bercerita yang asthma Myself hilang bila menyedut sulfur di sana? Sebelum datang ke sini, Siti juga mempunyai masalah kegatalan kerana alergi pada kulit kaki. Rasa gatal ini terus hilang selepas berendam dalam lumpur putih di kolam travertine ini. Kiranya kami berdua dah menjadi living proof tentang khasiat kesihatan air panas di kawasan sekitar Pamukkale.

Kalsium yang masih lembut di dasar kolam membentuk lumpur yang berwarna putih.
Lumpur kalsium putih ini sangat bagus untuk mengubati penyakit kulit
Air panas yang memancut keluar dari mata air membawa mineral kalsium bersama dengannya dari dasar bumi. Bila masa berlalu, kolam air mengering meninggalkan batuan keras yang berwarna putih. Perlahan-lahan pada kadar 1 cm setiap 10 tahun, kalsium ini menimbun menjadi Pamukkale Cotton Castle seperti yang dapat kita lihat sekarang.

Mencabar berjalan kat sini sebab kawasan yang kering keras dan menggerutu. Batuan yang lembut tepi kolam pulak licin dan merbahaya.
Masuk ke dalam kolam untuk merehatkan kaki yang sakit selepas memijak batuan yang tajam menggerutu itu.
Tak boleh nak mengelak dari bertembung dengan Mamat-Mamat dan Minah-Minah yang seksi kat sini.
Walaupun ancaman Covid-19 masih besar di luar sana, kami perhatikan memang ramai pelancong yang berkunjung ke Turkey. Maklumlah semua dah tak sabar nak melihat dunia kembali selepas terkurung lebih 2 tahun.

Pelancong-pelancong dari seluruh dunia yang datang berkunjung ke Pamukkale Cotton Castle
Pelancong-pelancong ke sini macam tak kisah pun bersesak-sesak. Cuma kami saja yang berusaha mengelak dari bersentuhan dan rapat-rapat dengan mereka.
Risau juga dengan jangkitan Covid-19 sewaktu di sini.
Kami melawat Pamukkale Cotton Castle pada sebelah tengah hari. Matahari sedang memancar terang dan disebabkan seluruh kawasan ini berwarna putih, ia memang agak menyilaukan mata. Jadi Myself nasihatkan bawalah sunglass kalau nak melawat Pamukkale dengan selesa, terutama di waktu tengah hari begini. Nak tangkap gambar pun challenging pada waktu begini. Main snappy saja sebab semuanya nampak gelap pada lens kamera. Syukur Alhamdulillah sebab banyak gambar yang menjadi.

Cuaca terang walaupun awan mendung pada ketika ini.
Warna putih Cotton Castle ini sangat menyilau mata pada waktu tengahari begini.
Bergambar dengan dinding travertine
Duduk di tepi saluran air
Ramai yang datang ke Pamukkale Cotton Castle dengan pakaian yang sexy-mexy. Konon-kononnya nak berenang kat dalam kolam travertine. Tapi ramai yang kecewa kerana selain dari budak-budak, orang tua memang susah nak berenang di sini sebab air kolam travertine memang cetek. Lagi pun punyalah ramai umat manusia kat sini. Memang tak boleh nak duduk berlama-lama kat sesuatu tempat sebab pasti kita akan dihalau orang-orang yang nak berposing. 
 
Walaupun memiliki keindahan tersendiri, Myself juga rasa tempat ini agak merbahaya kepada orang tua atau sesiapa saja yang mempunyai kesukaran dalam pergerakan. Anytime dan anywhere macam boleh tergolek jatuh disebabkan permukaannya yang licin dan menggerutu serta nak mengelak dari kesesakan pengunjung yang beramai-ramai itu kat sini. Kalau jatuh pulak, mesti luka cedera disebabkan permukaannya yang tajam.

Walaupun sumber air di Cotton Castle ini adalah air panas, air yang bertakung dalam travertine tidaklah sepanas mana. Mungkin rasa hangatnya dah hilang sewaktu sampai ke sini. Disebabkan ketika itu waktu tengahari di musim summer, suhu airnya sangat nyaman. Myself ada terbaca yang air kat sini memang sejuk kalau datang di musim sejuk.

Pada tahun 1970-an dulu, ada beberapa hotel dan jalan yang dibina di puncak teres travertine ini. Kehadiran kereta, saluran kumbahan dan pengunjung yang tidak bertanggungjawab hampir-hampr merosakkan tarikan semulajadi yang istimewa ini. Mujurlah Kerajaan Turkey cepat sedar akan kerosakan yang berlaku dan bertindak merobohkan kesemua hotel berkenaan.

Pada tahun 1970-an dulu, ada hotel pernah dibina di puncak bukit sana. Ia hampir merosakkan keindahan semulajadi Pamukkale Cotton Castle.
Ada kolam travertine yang sengaja dibiarkan kering untuk menggalakkan pembentukan kalsium keras untuk mengukuhkan lagi struktur semulajadi Cotton Castle ini.
Bagi memperbaiki kerosakan yang berlaku, sebahagian kolam travertine terpaksa dibina semula. Namun bagi Myself ia tidaklah merosakkan keindahan Cotton Castle ini.

Sebahagian kolam travertine ini bukan semulajadi dan telah dibina semula untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku sekitar tahun 1970-an dulu.
Inilah cabaran yang perlu dihadapi kalau berjalan di Cotton Castle ~ lumpur di sebelah kiri sangat licin manakala batu yang di sebelah kanan pula bergerutu tajam dan menyakitkan kaki bila memijaknya.
Bak kata Orang Putih ~ No pain no gain. Kena mengharungi lumpur licin dan batuan tajam untuk sampai ke kawasan ini.
Pemandangan menghala ke puncak bukit
Putih bagaikan salji dan juga pasir di padang pasir
Dengan bantuan dari UNESCO, Pamukkale Cotton Castle dapat mengekalkan keistimewaannya sepertimana yang kita lihat sekarang. Air yang mengairi kolam-kolam travertine ini kini dikawal dan diisi mengikut giliran untuk meningkatkan proses calcification yang berlaku. Kerana itulah kita dapat melihat ada di antara kolam-kolam ini yang kering dan ada yang berisi air.

Pemandangan indah Tasik Pamukkale dan Bandar Pamukkale di bawah sana
Gaya pose yang popular di Pamukkale Cotton Castle
Laluan di pinggir kolam menjadi rebutan kerana batu di sini tidak tajam. Tapi masih perlu berhati-hati kerana ia sangat licin.
Sebahagian kolam travertine kering kerana pengairan dilakukan mengikut giliran untuk menggalakkan calcification.
Posing kat tepi saluran air
Menikmati pemandangan indah
Seperti juga tempat lain yang penuh misteri, Pamukkale Cotton Castle tidak terkecuali dari memiliki lagendanya yang tersendiri. Menurut kisahnya di suatu masa dahulu, tinggal seorang gadis yang sangat hodoh sehingga sukar mendapat jodoh. Dengan perasaan yang sangat tertekan, Si Gadis cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam travertine. Dia terjatuh ke dalam sebuah kolam semulajadi ini tetapi terselamat. Air panas ini sebaliknya menukarkan wajah gadis tersebut menjadi jelita dan menarik perhatian seorang pembesar Denizli yang sedang lalu. Mereka saling jatuh cinta dan akhirnya berkahwin. Kerana itulah, ramai yang percaya di samping khasiat kesihatan, air panas di Pamukkale Cotton Castle juga boleh mencantikkan paras rupa.

Melihat orang bermain paragliding
Saluran air untuk mengairi Pamukkale Cotton Castle. Mungkin air ini dialirkan dari Kaklik Cave yang kami lawat semalam.
Pengairan ketika ini banyak bertumpu kepada kolam travertine di bahagian tengah
Pemandangan yang bagaikan ais yang membeku
Kami diberi masa 2 jam di sini. Tempoh tersebut kami gunakan sebaiknya untuk explore Pamukkale Cotton Castle sebanyak mungkin. Maklumlah memang sukar nak sampai ke sini. Kalau berkesempatan berkunjung ke Turkey sekali lagi pun di masa akan datang, belum tentu kami akan dapat menjejak lagi ke sini.

Pemandangan yang bagaikan gunung yang sedang diliputi salji
Semakin dipandang semakin menakjubkan. Begitulah kehebatan kuasa Allah SWT menciptakan segala yang berada di muka bumi.
Bayangkan saja yang kita sedang bermain salji di sini
Putih, biru dan hijau
Travertine yang berwarna putih ini juga boleh melepaskan rindu kalau nak tengok salji. Bila difikirkan balik Myself dan Husband pun dah lama tak tengok salji. Kali terakhir dulu adalah pada tahun 2017 di Germany. Seronok juga kalau dapat tengok salji lagi tapi rasa macam rugi juga especially kalau travel jauh-jauh dalam musim winter sebab masa siangnya tak panjang. Aktiviti yang dapat dibuat di sebelah siang memang sangat terhad pada musim winter.

Syukur Alhamdulillah kerana Allah SWT mengizinkan diri ini kembali ke Turkey dan tiba di Pamukkale. Myself akui Turkey memang sebuah negara yang cantik dan istimewa. Kalau banyak duit dan masa, memang worth mengambil trip pusing seluruh Turkey. Tapi disebabkan kita cuma mampu melawat hanya ke sini, tengoklah lagi pemandangan di Pamukkale Cotton Castle sepuas-puasnya sebelum pulang... Semakin ramai pulak orang yang datang melawat ketika itu. 

Dan tibalah masa untuk kami meninggalkan Pamukkale Cotton Castle. Semoga Allah SWT memberi keizinan untuk kami sampai lagi ke sini di suatu hari nanti...

Memulakan langkah pulang
Ramai juga yang tepek-tepek lumpur kalsium ini kat muka, demi untuk kecantikan...
Ada rupanya orang sewa prop kepak ini untuk bergambar...
Mesti nak tunjuk dalam gambar yang kononnya dia sedang terbang di atas awan yang memutih
Berhati-hati melangkah sebab kawasan travertine yang basah memang licin
Mengabadi kenangan di Pamukkale Cotton Castle
Selamat bertemu kembali dengan kasut yang kami tinggalkan di sini


Bersambung ke Bahagian 31...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:

No comments: