Sunday, 17 July 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 03 (Ankara)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 3: Ankara 1
ANKARA & HILTON GARDEN INN

HARI KEDUA (2)

Part 4: Ankara Esenboğa Airport

Kami tiba di Ankara Esenboğa Airport pada pukul 10.30 pagi. Walaupun ditulis Esenboğa, sebutan sebenarnya adalah Esenboa kerana huruf ğ dalam Bahasa Turki tidak mempunyai bunyi. Nama President Turkey sekarang yang ditulis Erdoğan pun sebenarnya berbunyi Erduan. Kalau dia rakyat Malaysia, mungkin namanya Ridhuan.

Ankara Esenboğa Airport
Bersiap-sedia untuk keluar dari pesawat
Berjalan menuju ke tempat pengambilan bagasi
Walaupun penerbangan kami adalah penerbangan domestik dari Istanbul, bagasi kami yang datang dari Kuala Lumpur tetap dianggap sebagai bagasi international. Makanya bagasi perlu diambil dari International Arrivals.

International Arrivals
Menunggu bagasi
Pemandu kami bernama Adnan yang disediakan oleh penganjur program dah sedia menanti. Dia akan membawa kami ke hotel penginapan kami di Ankara yang bernama Hilton Garden Inn.

Mengikut Adnan mendapatkan kereta.
Dalam kereta Mercedes Benz Vito yang membawa kami ke hotel.

Part 5: Ankara

Sejarah moden Ankara bermula bila ia dipilih oleh Mustafa Kemal Ataturk menjadi pusat gerakan untuk menjatuhkan pemerintahan kerajaan Ottoman yang ketika itu berpusat di Istanbul. Ankara kemudian diisytihar menjadi ibu negara Republic of Turkey pada pada tahun 1923. Ia kini adalah bandaraya yang kedua terbesar di negara Turkey selepas Istanbul dengan penduduk seramai kira-kira 5 juta orang.

Arah ke Ankara dari lapangan terbang
Pintu gerbang
Bendera Turki
Masjid di Ankara
Selain menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Turkey, Ankara yang terletak di tengah-tengah Wilayah Anatolia adalah juga sebuah pusat komersil dan industri di samping menjadi hub pengangkutan yang penting. Esenboğa Airport di Ankara adalah juga sebuah emergency landing site bagi NASA Space Shuttle yang masuk ke bumi dari angkasa lepas.

Ankara turut dikelilingi padang-padang rumput yang luas dan jelas kelihatan sewaktu kapal terbang hendak mendarat di Lapangan Terbang Esenboğa. Di sinilah seorang pemerintah agung di zaman silam yang bernama Timurlane dari Uzbekistan menewaskan pemerintah Ottoman Sultan Bayezid pada tahun 1402 dalam peperangan yang dikenali sebagai Battle of Ankara. Di padang rumput inilah pasukan Tentera Bergajah Timurlane berkampung. Pasukan bergajah ini dikenali sebagai Isin Boga (Esenboğa dalam Bahasa Turki) yang namanya kini diabadikan pada lapangan terbang di Ankara. Ankara walau bagaimanapun berjaya ditakluk semula oleh pemerintah Ottoman pada tahun 1403 dan kekal di bawah pemerintahan Turkey sehingga sekarang.

Bangsa Nomad yang tinggal di sekitar Ankara dulu juga telah memperkenalkan tiga jenis binatang berbulu lebat yang terkenal sehingga sekarang: Angora Rabbit, Angora Cat dan Angora Sheep. Barulah kita tahu yang perkataan Angora adalah sebenarnya bermaksud 'Ankara'.

Angora Rabbit, Angora Cat dan Angora Sheep

Part 6: Hilton Garden Inn Gimat

Hotel penginapan kami di Ankara adalah Hilton Garden Inn yang terletak di sebuah kawasan yang bernama Gimat.

Hilton Garden Inn
Check-in di Hilton Garden Inn
Lobi di Hilton Garden Inn
Pemandangan lobi dari angle lain pulak
Bilik di hotel ini tidaklah besar sangat tetapi sangat selesa. Kami cuma menginap satu malam sahaja di Hilton Garden Inn ini.

Kemudian kita melihat-lihat pula apa yang ada di sekitar hotel.

Jalan raya utama di depan Hilton Garden Inn
Kawasan perindustrian ringan di seberang jalan utama
Convention Centre di sebelah Hilton Garden Inn
Film & Garage
Kalau rajin berjalan, boleh sangat kalau nak berkunjung ke sebuah shopping mall bernama Podium yang terletak cuma sepelaung dari hotel. Kami walau bagaimanapun tak berkesempatan nak melawat ke sana.

Podium Shopping Mall yang terletak bertentangan dengan hotel
Pandangan lebih dekat Podium Shopping Mall
Persiaran pejalan kaki berhampiran Hilton Garden Inn
Musim panas baru saja bermula sewaktu kami tiba di Ankara dengan suhu berada di sekitar 18'C. Bunga-bunga masih banyak berkembangan. Sesuatu yang kami perhatikan ialah kota Ankara penuh dengan bunga ros. Bukan sahaja bunga ros yang berkembang mekar ini memberikan pemandangan suasana yang indah, bahkan turut memberikan keharuman yang menyegarkan. 

Bunga ros masih banyak berkembang mekar di Ankara di awal musim panas begini.
Bergambar dengan bunga-bunga yang mekar di tepi jalan.
Berjalan pulang ke hotel
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ankara yang sangat panjang itu sangat memenatkan. Kalau masuk berehat dulu kat bilik, boleh tertidur tak bangun-bangun dibuatnya. Jadi sebaik sahaja selepas meletakkan beg di bilik penginapan, kami terus keluar untuk exploring Ankara.

Selepas exploring Ankara petang itu, kami kembali ke hotel untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar. Memang inilah kelebihan kalau travel ke negara 4 musim macam Turkey dalam musim summer. Siangnya sangat panjang. Boleh berjalan sakan exploring sana-sini dan tak tergesa-gesa nak balik takut luput waktu solat. Waktu Subuhnya ketika itu masuk pukul 3.30 pagi, Zohor pukul 1 tengahari, Asar pukul 5.40 petang, Maghrib pukul 8.40 malam dan Isyak pukul 10.30 malam. Waktu matahari terbit pula adalah sekitar pukul 5.00 pagi.

Selepas dah solat, kita baring-baring sekejap atas katil. Kononnya nak tidur sebentar melepaskan lelah dan bangun pukul 7 malam nanti nak mengajak Siti keluar mencari dinner. Tidur punya tidur, terus tak bangun-bangun. Bila kita terjaga, tengok jam dah pun pukul 12.30 tengah malam! Nak dinner apa lagi tengah malam begini? Siti pun tak kejut kita nak ajak keluar makan malam. Dia pun kena jet lag agaknya. Nasiblah ada Mi Maggi. Dinner dengan Mi Maggi sajalah malam itu. Hahaha!! Solat Maghrib pun hancur. Terpaksalah qada' tengah malam begitu.

Nasib baik ada Mee Maggi!

Part 7: Menuju ke Anitkabir

Turut bersama kami dalam Business Trip ini adalah seorang wakil dari pihak penganjur yang bernama Encik Abdullah. Dia yang tiba di Ankara sehari lebih awal menyambut ketibaan Myself dan Siti di lobi hotel. Bila Encik Abdullah mencadangkan supaya kami explore kota Ankara petang itu, kami terus bersetuju. Maklumlah ini kali pertama kami tiba di Ankara. 

Destinasi pertama kami pada petang itu adalah Anitkabir yang merupakan Makam dan Memorial Bapa Kemerdekaan Turki, Mustafa Kemal Ataturk.

Pemandangan di Ankara
Tugu Arnab Angora
Tugu Kucing Angora dan di kejauhan sana pula adalah Tugu Kambing Angora.
Arah ke Anitkabir
Bendera-bendera Turkey


Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: