Jun 2022
TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale
Bahagian 17: Curi-Curi Jalan Istanbul 8
TOPKAPI PALACE (Harem 1)
HARI KETUJUH (3)
Part 40: Harem (1) @ Topkapi Palace
Seksyen terakhir yang kami lawati di Topkapi Palace adalah Harem. Pintu masuk Harem adalah melalui Second Courtyard.
|
Kaunter tiket untuk masuk ke Harem bagi sesiapa yang tak membeli tiket penuh di First Courtyard. |
|
Disebabkan kami mempunyai tiket penuh, boleh terus scan tiket untuk masuk ke Harem |
|
Pintu masuk ke Harem |
|
Keterangan tentang Harem |
Untuk kemudahan rujukan tempat-tempat yang kami lawati di Harem rujuk peta ini...
|
Peta Harem |
Secara umumnya, Harem terbahagi kepada 3 ruang utama: (1) ruang untuk pengawal istana; (2) ruang untuk wanita istana dan (3) ruang kediaman peribadi Sultan.
|
Entry |
Harem yang berasal dari perkataan Arab Haram adalah kawasan larangan. Satu fakta yang menarik tentang Harem ialah sesiapa yang dibawa masuk ke sini ~ baik sebagai gundik atau pekerja istana ~ hampir pasti tak berpeluang untuk keluar dari situ.
|
Laluan masuk ke Harem |
|
Dinding bangunan istana sewaktu turun ke bawah |
|
Scary sungguh sebab Harem terletak di bawah sana |
|
Pelawat-pelawat yang nak masuk ke Harem |
KEDIAMAN PENGAWAL ISTANA
Tempat pertama yang kami lawati di Harem adalah asrama tentera yang dinamakan Dormitory of Tressed Halberdiers. Seperti yang diketahui umum, Harem dijaga oleh sekumpulan pengawal yang dinamakan Eunuch yang berkulit hitam. Namun demikian, ada sekumpulan tentera berkulit putih yang dinamakan Tressed Halberdiers diberi tanggungjawab untuk menjaga laluan di antara Eunuchs' Quarters dengan kawasan Istana Topkapi yang selainnya.
|
Kawasan di luar asrama Dormitories of the Tressed Halberdiers |
Halberdiers adalah pasukan tentera dan orang suruhan yang bertanggungjawab menyediakan kayu api untuk kegunaan istana, membersih dan menguruskan Harem dan memindahkan takhta diraja bila perlu. Mereka (Tentera Halberdiers) berambut panjang (dipanggil tress) dan memakai topi runcing untuk menunjukkan kepentingan status mereka. Maka dari sinilah timbul gelaran Tressed Halberdiers. Pasukan Halberdiers ini mula ditubuhkan pada tahun 1527 untuk menyediakan laluan yang akan digunakan oleh tentera Ottoman untuk menakluk sesebuah kawasan.
|
Pemandangan di dalam Asrama Halberdiers |
|
Tressed Halberdiers yang berambut panjang dan memakai topi. |
|
Tiang yang dihias cantik di dalam Dormitory of Tressed Halberdiers |
Tempat tidur tentera di dalam Dormitory of Tressed Halberdiers disediakan dalam dua tingkat. Tentera yang junior tidur di tingkat bawah manakala tentera yang lebih senior mendapat keistimewaan tidur di tingkat atas yang lebih selesa pada musim dingin kerana lebih dekat dengan heating lamp yang digantung dari siling.
|
Ruang tempat tidur tentera di dalam Dormitory of Tressed Halberdiers |
|
Ada banyak bilik dan ruang-ruang rahsia yang dibina di dalam Harem |
|
Tangga yang tak tahu menuju ke mana |
Salah sebuah bilik yang diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Black Eunuch ialah Hall of Cupboard yang dibina pada tahun 1587 di bawah arahan Sultan Murad III. Seperti namanya, di dalam bilik ini ada banyak almari yang dibina untuk menyimpan pelbagai rekod kewangan Istana Topkapi.
|
Hall of Cupboards |
Dari tingkap di bilik ini kita dapat melihat laluan Horse Ramp yang digunakan oleh Sultan untuk keluar-masuk dengan menaiki kuda ke Harem dari Second Courtyard.
|
Tingkap di Hall of Cupboards |
|
Laluan Horse Ramp yang digunakan oleh Sultan untuk keluar masuk ke Harem dengan menaiki kuda. |
|
Gate of Shawl |
|
Pemandangan di Horse Ramp |
|
Ada beberapa bilik yang boleh dilawati di sepanjang laluan ini |
|
Court of the Head Slave of the Door |
|
Bilik Ketua Pengawal Pintu |
|
Jalan lagi ke depan... |
|
Music School |
|
Pemandangan di dalam Music School |
|
Big Mount Gate |
|
Pemandangan dari Big Mount Gate |
|
Keterangan tentang Big Mount Gate |
|
Laluan Horse Ramp berakhir di depan Mosque of the Black Eunuch. Tangga batu di sebelah kanan digunakan untuk kemudahan Sultan turun dan naik dari kuda. Tempat duduk di sebelah kiri digunakan oleh pengawal istana. |
|
Pemandangan ke arah Horse Ramp. Pintu ini dipanggil Curtain Gate. |
Black Eunuch yang bertugas di Topkapi Palace adalah sebenarnya hamba berkulit hitam yang dibawa masuk dari Afrika. Mereka biasanya dijadikan hamba pada usia yang masih muda dan dikembiri oleh pedagang hamba abdi di Afrika sendiri sebelum dihantar ke Istana Topkapi. Menurut ceritanya ramai yang maut sewaktu melalui proses kembiri ini.
Setibanya di Istana Topkapi, Black Eunuch diajar Bahasa Turki dan agama Islam serta dilatih tentang peraturan istana terutamanya di Harem dengan disiplin yang sangat ketat. Dari satu segi, Black Eunuch adalah golongan yang bernasib baik kerana setelah berjaya, mereka menjadi pegawai istana yang dibayar gaji sehingga bersara dan bukan menjadi hamba abdi. Mengikut ceritanya, ramai anggota Black Eunuch ini yang memilih untuk tinggal di Mesir selepas bersara.
Tugas utama Black Eunuch adalah menjaga keselamatan penghuni Harem. Kesemua Eunuch bertugas di bawah Chief Black Eunuch yang mempunyai pangkat yang setaraf dengan Grand Vizier (Perdana Menteri).
Dah sampai ke sini, mari kita melawat ke Mosque of the Black Eunuch.
|
Mosque of Black Eunuch |
|
Siling di dalam Masjid Black Eunuch |
|
Mihrab yang dipasang dengan jubin bergambar Kaabah |
|
Lukisan pada panel ini menggambarkan Gunung Arafah di Makkah |
Paved Courtyard of the Black Eunuch terletak di bahagian depan Harem untuk kemudahan pengawal Black Eunuch memeriksa orang yang keluar masuk ke Harem. Asrama tempat tinggal pengawal Black Eunuch juga terletak di sini.
Black Eunuch dipilih menjadi pengawal Harem kerana disebabkan mereka berkulit hitam gelap, mereka dikatakan tidak kacak seperti White Eunuch. Dengan wajah yang sedemikian pada pandangan Sultan Ottoman, tak mungkinlah penghuni wanita di Harem akan jatuh cinta dan menjalin skandal dengan mereka. Tanggapan racist seperti ini adalah masalah universal yang telah berlaku sejak dari zaman dulu lagi.
|
Paved Courtyard of the Black Eunuch |
Asrama Black Eunuch ditempatkan di tingkat atas manakala bahagian bawah bangunan pula menempatkan School of the Princes dan Chief Eunuch’s Quarters. Anak-anak Sultan yang masih kecil tinggal bersama ibu mereka di Harem sehingga mencapai usia 12 tahun dan di sinilah mereka diberi pendidikan asas.
|
Tingkat atas bangunan menempatkan Asrama Black Eunuch manakala tingkat bawah pula dijadikan sekolah untuk putera-putera Sultan. |
Black Eunuch sangat ditakuti oleh penghuni Harem disebabkan keakraban mereka dengan Sultan. Malah banyak cerita mengatakan mereka sangat berkuasa menentukan nasib para penghuni Harem.
|
Bunga yang ditanam di Courtyard of the Black Eunuch |
Harem Portal yang merupakan pintu masuk utama ke Harem terletak bersebelahan Courtyard of the Black Eunuch.
|
Harem Portal |
|
Keterangan tentang Harem Portal |
|
Lantai di depan pintu masuk ke Harem Portal |
|
Black Eunuch |
KEDIAMAN PENGHUNI WANITA HAREM
Bermula dari sekarang, kita akan melawat ke ruang kediaman penghuni-penghuni wanita Harem yang kebanyakan mereka terdiri dari gundik-gundik Sultan. Amalan menyimpan gundik ini berasal dari kebenaran yang diberikan oleh Agama Islam supaya wanita tawanan perang yang bukan Islam diagihkan di kalangan tentera sebagai hamba.
Pada zaman awal kemunculan Islam, pemilikan hamba merupakan fenomena yang berleluasa ketika itu. Untuk menghapuskannya, Syariat Islam mengambil langkah berhikmah dan secara tadarruj (peringkat demi peringkat) kerana penghapusan secara drastik akan menyusahkan masyarakat yang terbiasa dengan amalan tersebut di samping mungkin akan memudaratkan hamba itu sendiri kerana terpaksa hidup berdikari dalam keadaan yang belum bersedia sedangkan sebelumnya dia bergantung hidup sepenuhnya kepada tuannya.
Demi menjaga hak-hak hamba, Syariat Islam mewajibkan pemilik hamba melayani hamba-hambanya dengan baik, menjaga kebajikan dan keperluan mereka dan tidak membebani mereka melebihi kemampuan mereka. Keharusan yang diberikan oleh Syariat kepada tuan untuk mensetubuhi hamba perempuannya merupakan satu perhormatan kepada hamba itu dan juga satu langkah kepada pembebasannya. Seorang hamba wanita yang disetubuhi tuannya, apabila dia mengandung tidak harus lagi untuk tuannya menjualnya atau menghadiahkannya kepada sesiapa. Apabila dia melahirkan anak, anak itu akan dinasabkan kepada tuannya (dan menjadi seorang yang merdeka) dan hamba itu akan bergelar ummu walad. Sebaik tuannya meninggal, wanita ini akan terbebas dengan sendirinya menjadi wanita merdeka tanpa dapat dihalang oleh sesiapa pun.
Sultan-sultan Ottoman yang awal memerintah sangat mengambil berat tentang ajaran agama Islam. Wanita tawanan perang dilayan mengikut ajaran Islam. Walau bagaimanapun disebabkan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki, ajaran agama semakin dilupakan oleh Sultan-sultan yang terkemudian, lebih-lebih lagi kerana mereka berasal dari ibu (gundik-gundik Sultan) yang pada awalnya tidak menganut agama Islam. Amalan menyimpan gundik akhirnya dijadikan oleh Sultan-sultan Ottoman ini sebagai simbol kekuasaan dan tempat untuk memuaskan nafsu.
|
Passage of Concubines |
Ruang pertama yang kita temui dalam kediaman wanita Harem ini ialah Passage of Concubines. Untuk mengelakkan para gundik dari berhubung dengan orang luar, makanan untuk mereka yang disediakan oleh Dapur Istana akan diletakkan oleh Black Eunuch di sini.
|
Para di dalam Passage of Concubines yang digunakan untuk meletakkan makanan para gundik. |
Para gundik Sultan terdiri dari wanita tawanan perang yang tidak beragama Islam. Mereka selalunya beragama Kristian atau Yahudi dan berasal dari negara-negara seperti Russia, Greece dan Ukraine. Setelah ditawan dan dibawa ke Istanbul, mereka akan diajar asas agama Islam dan Bahasa Turki di samping kemahiran lain seperti kesenian.
Tawanan-tawanan wanita ini kemudiannya akan dibahagi kepada dua golongan. Golongan yang pertama ditugaskan sebagai pelayan istana untuk mengerjakan tugasan seharian seperti mencuci pakaian, membersihkan istana, menyiapkan makanan dan mengasuh anak-anak Sultan. Golongan ini juga dibenarkan berkahwin dengan pelayan-pelayan istana lelaki seperti mereka.
Golongan kedua pula adalah wanita yang memang dijadikan gundik raja. Mereka tidak boleh bernikah dengan lelaki lain selama berada di istana. Para gundik juga sering diperlakukan sebagai isteri oleh Sultan. Namun demikian, mereka tidak lagi ditiduri oleh Sultan selepas melahirkan anak.
Kesultanan Ottoman tidak menetapkan bahawa putera yang sulung akan dilantik menjadi pengganti raja. Mana-mana anak yang berasal dari benih Sultan boleh menjadi raja. Disebabkan perkara inilah para gundik sering bersaing dan bermusuhan sesama mereka untuk memastikan putera masing-masing yang akan diangkat menjadi raja yang seterusnya. Persaingan sengit ini sering melibatkan aktiviti membunuh dan meracun di kalangan gundik serta memberi rasuah kepada Black Eunuch yang boleh mempengaruhi keputusan Sultan untuk menentukan pengganti baginda.
Para gundik dan isteri Sultan tinggal di bilik-bilik yang dikhaskan untuk mereka di The Paved Courtyard of Sultan's Wives and Concubines.
|
The Paved Courtyard of Sultan's Wives and Concubines |
|
Bilik-bilik yang dikhaskan untuk kediaman isteri dan gundik-gundik Sultan |
|
Pengunjung ke The Paved Courtyard of Sultan's Wives and Concubines |
Bersambung ke Bahagian 18...
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:
No comments:
New comments are not allowed.