Monday, 18 November 2024

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 08 (Haedong Yonggung Temple)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 8: Busan Tour
BUSAN (Haedong Yonggung Temple)

HARI KETIGA (3)

Part 18: Haedong Yonggung Temple

Lawatan seterusnya adalah ke Haedong Yonggung Temple yang dikatakan sebagai The Most Beautiful Temple In Korea.

Menuju ke Haedong Yonggung Temple
Haedong Yonggung Temple
Haedong Yonggung bermaksud Korean Palace Dragon. Kuil yang asal dibangunkan pada kurun ke-14 dan dibina oleh Master Naong. Ia dinamakan sebagai Bomun Temple. Menurut ceritanya sewaktu berlaku kemarau dan manusia mulai tidak mempercayai ajaran Buddha, seorang Sea Goddess muncul dalam mimpi Master Naong. Sea Goddess berjanji untuk menggembirakan manusia jika Master Naong membina sebuah kuil di kawasan tersebut. Kuil yang dibina ini walau bagaimanapun musnah sewaktu penaklukan Jepun dahulu. Ia dibina semula sekitar tahun 1930-an sehingga 1970-an.

Mencari parking di Haaedong Yonggung Temple
Laluan masuk ke Haedong Yonggung Temple
Laluan masuk ke Haedong Yonggung Temple adalah menerusi sebuah lorong yang dibarisi dengan kedai-kedai cenderamata serta kedai-kedai makanan tradisional Korea.

Lorong menuju ke Haedong Yonggung Temple
Kedai menjual makanan tradisional
Pelbagai makanan tradisional ada dijual
Satu lagi suasana di lorong masuk ke temple
Kedai menjual cenderamata
Banyak cenderamata berunsur Buddhist yang dijual
Laughing Buddha
Gerai buah-buahan
Patung singa penjaga temple
Penjual sayur-sayuran
Pintu masuk sebenar ke Haedong Yonggung Temple dibarisi 12 patung batu haiwan zodiak Cina yang dinamakan Twelve Zodiac Figures. Menurut ceritanya Buddha telah menjemput para haiwan datang bertemu dengannya dan hanya 12 haiwan sahaja yang datang memenuhi jemputan tersebut. Sebagai penghormatan, Buddha telah menamakan setiap tahun dengan nama-nama haiwan tersebut mengikut aturan kemunculan mereka: Tikus, Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing Biri-Biri, Monyet, Ayam, Anjing dan Babi. Ukiran haiwan ini terletak di sebelah kiri laluan masuk ke temple.

Pintu masuk sebenar ke Haedong Yonggung Temple
Membaca keterangan tentang 12 Patung Zodiak yang terdapat di luar temple
Papan keterangan
Suasana patung zodiak yang membarisi pintu luar Haedong Yonggung Temple
Sebahagian patung zodiak yang membarisi pintu luar Haedong Yonggung Temple
Ramai yang nak bergambar dengan patung zodiak tahun kelahiran masing-masing
Ukiran Goddess of Mercy yang dibina bersama-sama patung 12 Haiwan Zodiak
Sebelum tulisan Korea diperkenalkan, tulisan Cina digunakan dengan meluas di negara ini. Oleh kerana Haedong Yonggung Temple dibina pada kurun ke-13 sebelum tulisan Korea dicipta, banyak terdapat inscription yang ditulis dengan tulisan Cina.

Pemandangan di sebelah kanan laluan masuk
Banyak terdapat inscription yang ditulis dalam Tulisan Cina kerana Haedong Yonggung Temple dibina sebelum Tulisan Korea dicipta
Di sebelah kanan pintu masuk yang bertentangan dengan patung 12 Zodiac Animals tadi, kita dapat pula melihat patung Turtle Dragon dan patung seorang lelaki yang dinamakan Bodhidharma Monk. Beliau adalah seorang sami yang dikatakan telah mengajar cara bertafakur yang sebenar menurut ajaran Buddha. Menjadi amalan penganut Buddha untuk mengusap kedua-dua patung ini bagi mendapatkan tuah dalam kekayaan, kerjaya dan kesihatan.

Patung kura-kura berkepala naga (Dragon Turtle)
Bodhidharma Monk
Sebuah arca yang juga menarik perhatian di pintu luar Haedong Yonggung Temple ini adalah sebuah pagoda yang dinamakan Traffic Safety Prayer Pagoda. Pagoda ini telah dibina oleh pemandu-pemandu teksi di Busan untuk mendoakan keselamatan mereka sewaktu bekerja memandu teksi. 

Traffic Safety Prayer Pagoda
Ada simbol tayar yang diletakkan di depan pagoda ini kerana ia dibina oleh pemandu-pemandu teksi
Pandangan dari depan Traffic Safety Prayer Pagoda
Pandangan dari belakang Traffic Safety Prayer Pagoda
Patung Ibu dan Anak
Haedong Yonggung Temple dianggap sebagai temple yang tercantik di Korea kerana ia adalah satu-satunya temple di negara ini yang dibina di tepi laut. Semua temple lain di Korea dibina di kawasan pergunungan. Layout Haedong Yonggung Temple juga istimewa kerana ia dibina mengikut bentuk naga.

Maklumat mengenai Haedong Yonggung Temple
Layout Haedong Yonggung Temple yang dibina mengikut bentuk naga
Kenyataan yang ditulis dalam Bahasa Korea
Gerbang masuk ke kawasan temple dinamakan Iljumun Gate dan tiangnya dihias dengan 2 ekor naga yang mempunyai perkaitan dengan sejarah temple ini. Beberapa kurun dulu, mengikut ceritanya, Ketua Sami di Haedong Yonggung Temple melihat jelmaan Goddess of Mercy yang menunggang seekor naga. Kerana itulah temple ini kemudiannya dinamakan sebagai Haedong Yonggungsa dalam Bahasa Korean yang bermaksud Dragon Palace Temple.

Iljumun Gate
Pandangan lebih dekat naga yang menghiasi tiang Iljumun Gate
Pandangan siling Iljumun Gate
Di sebalik Iljumun Gate, terbina sebuah tangga batu dengan 108 anak tangga. Tangga ini dibina turun menuju ke laut. Bilangan 108 anak tangga ini membawa gambaran 108 godaan kehidupan dunia mengikut ajaran agama Buddha.

108 anak tangga menuju ke laut ini memberi gambaran akan 108 godaan kehidupan dunia mengikut kepercayaan agama Buddha
Di pertengahan jalan menurun tangga, Sarah membawa kami melencong ke tepi terlebih dahulu untuk menunjukkan kami patung Buddha berperut buncit yang dinamakan sebagai Buddha of Granting A Son. Hidung dan perut patung Buddha ini kelihatan hitam kerana ia sering digosok oleh penganut Buddha yang berhajat untuk mendapatkan anak lelaki.

Buddha of Granting A Son
Berdekatan dengan Buddha of Granting A Son, terdapat sebuah lagi patung Buddha yang dibina di dalam sebuah pavilion kayu yang terbuka. Buddha ini yang dinamakan sebagai Buddha of Medicine menjadi tempat penganut Buddha yang sakit berdoa untuk mendapatkan kesembuhan.

Buddha of Medicine yang juga dikenali sebagai Buddha of the Eastern Paradise
Pokok Cypress yang ditanam berdekatan patung Buddha of Medicine
Di sini juga terdapat sebuah platform pemerhatian yang menghadap ke Sea of Japan. Dari sini juga kita dapat melihat bahagian Haedong Yonggung Temple yang dibina menghadap ke laut.

Platform pemerhatian yang menghadap ke Sea of Japan
Platform pemerhatian ini mempunyai dua tingkat yang berlainan
Pemandangan platform di bahagian bawah yang lebih sesak dengan pengunjung
Dari platform ini juga, kita dapat melihat binaan-binaan yang dinamakan stupa yang dibina menghadap ke laut. Kata Sarah, binaan-binaan stupa ini dibuat oleh isteri-isteri nelayan untuk mendoakan keselamatan suami mereka sewaktu menangkap ikan di laut.

Binaan-binaan berbentuk kon di seberang sana yang dinamakan stupa dibina oleh isteri para nelayan untuk mendoakan keselamatan suami mereka sewaktu menangkap ikan di laut.
Pandangan stupa dengan lebih dekat
Penghujung batu yang dianggap sebagai kepala naga dalam layout keseluruhan Haedong Yonggung Temple
Pemandangan Buddha of Medicine dari platform pemerhatian yang menghadap laut
Tulisan Cina pada pavilion Buddha of Medicine
Pemandangan jambatan menuju ke bangunan utama temple
Berposing di Haedong Yonggung Temple
Daun-daun emas
Daun-daun emas yang dilekatkan pada pagar di platform pemerhatian
Pelbagai pengharapan yang ditulis dalam pelbagai bahasa pada daun-daun emas.
The most beautiful temple in Korea
Close-up pagoda yang dibina berdekatan bangunan utama temple
Kapal nelayan yang berlayar di lautan
Kami terus mengikut Sarah turun sehingga ke level pada aras laut.

Mengikut Sarah turun ke level aras laut
Terowong
Tangga menuju ke tepi laut
Pelawat-pelawat ke Haedong Yonggung Temple
Tiba di level aras laut
Pemandangan bangunan utama Haedong Yonggung Temple
Kata Sarah, sepatutnya ada sebuah patung Buddha emas di sini tetapi patung ini telah dibawa keluar dari temple ketika itu untuk penyenggaraan.

Pemandangan di tepi laut
Kata Sarah, sepatutnya ada sebuah patung Buddha emas yang diletakkan di sini
Beginilah pemandangan sebenar yang sepatutnya [Gambar dari internet]
Patung Buddha ini dinamakan Jijang-bosal (The Bodhisattva of the Afterlife).
Pemandangan menghala ke kejauhan sana
Di kawasan ini, ada beberapa binaan stupa lagi yang dibuat berdekatan dengan sebuah jambatan. Disebabkan kami curious nak melihat binaan stupa ini dengan lebih dekat, Myself dan Husband berjalan ke sana.

Binaan stupa yang dibina berdekatan jambatan
Melihat binaan stupa dengan lebih dekat. Ia sebenarnya dibina dengan menyusun batu-batu yang kecil menjadi sebuah stupa. Penyusunan batu-batu sebegini adalah satu cara penganut Buddha berdoa.
Kembali ke tepi laut
Selepas itu barulah kami terus berjalan menuruni tangga untuk berkunjung ke bangunan utama temple.

Menurun tangga lagi menuju ke bangunan utama temple
Hampir tiba di bangunan utama
Kita perlu menyeberang sebuah jambatan batu untuk ke bangunan utama. Di bawah jambatan batu ini ada beberapa buah kolam tempat penganut Buddha membaling duit syiling untuk mendapatkan tuah.

Kolam di bawah jambatan
Kolam ini adalah tempat membaling duit syiling untuk mendapatkan tuah
Satu lagi pemandangan kolam
Nama rasmi kolam
Goddess of Mercy
 Pengunjung yang cuba membaling syiling
Katanya nasib seseorang akan menjadi paling bertuah kalau duit syiling yang dibaling jatuh ke dalam mangkuk yang dipegang patung di sana
Pemandangan menghala ke laut dari jambatan batu
Sea of Japan
Batu yang dikatakan membentuk kepala naga dalam layout Haedong Yonggung Temple
Jom jalan lagi ke depan...
Air laut
The most beauiful temple in Korea
Jom masuk ke dalam...
Sebaik masuk ke perkarangan bangunan utama temple, kita dapat melihat sebuah gerai yang menjual genting atap. Genting-genting atap ini boleh dibeli oleh pengunjung sebagai sumbangan kepada temple. Nama pembeli akan ditulis pada genting tersebut.

Pembelian atap genting sebegini adalah sebenarnya amalan biasa di kuil-kuil Buddha yang besar di mana-mana juga. Myself dan Husband turut pernah melihat amalan ini sewaktu melawat ke Kek Lok Si Temple di Pulau Pinang.

Pemandangan di perkarangan bangunan utama Haedong Yonggung Temple
Gerai menjual genting atap
Keterangan mengenai amalan pembelian genting atap
Genting-genting atap untuk jualan
Genting-genting atap yang telah dibeli dan didermakan kepada temple
Husband mengambil gambar atap genting
Setiap genting atap dijual pada harga KRW 10,000 (MYR 32)
Susunan genting untuk jualan dan yang telah dijual
Patung babi emas yang melambangkan kemakmuran
Bangunan-bangunan di Haedong Yonggung Temple secara relatif adalah bangunan baru. Haedong Yonggung Temple yang asal dibina pada mulanya pada tahun 1376 oleh seorang guru Buddhist yang bernama Naong Hyegeun di zaman Goryeo Dynasty. Nama asalnya adalah Bomun Temple dan didedikasikan kepada Gwanseum-bosal (Goddess of Mercy).

Sebahagian Bomun Temple musnah dan ditinggalkan sewaktu pendudukan Jepun di Korea. Hanya pada tahun 1930-an, ia diperbaiki semula oleh sekumpulan sami dari Todongsa dan banyak bangunan baru ditambah sejak 20 tahun yang lampau. Kerana itulah kompleks Haedong Temple ini kelihatan seperti sebuah temple yang baru.

Patung Buddha
Water Purifier
Lilin sembahan
Sebahagian genting atap donasi dari pengunjung yang digunakan di perkarangan temple
Jambatan batu yang kita lalui tadi
Laughing Buddha
Di kawasan ini juga kita dapat melihat sebuah pagoda batu setinggi 3 tingkat yang dibina menghadap ke laut. Di empat penjuru pagoda ini, terdapat patung singa yang menjaga setiap penjuru. Keempat-empat singa ini menggambarkan 4 perasaan asas manusia: kasih sayang, kesedihan, kemarahan dan kegembiraan.

Pagoda setinggi 3 tingkat yang dibina menghadap ke laut
Setiap penjuru pagoda ini dijaga oleh singa yang setiap satunya melambangkan kasih sayang, kesedihan, kemarahan dan kegembiraan
Bangunan utama Heedong Yonggung Temple yang dinamakan Daeung-jeon Hall sedang ditutup dengan jaring bagi kerja-kerja pembaikan. Cacat jugalah rupa pemandangannya bila ditutup dengan jaring begitu. Bangunan ini juga adalah bangunan yang agak baru kerana ia dibina pada tahun 1970.

Daeung-jeon Hall
Patung Naga di depan Daeung-jeon Hall
Walaupun bahagian luarnya ditutupi dengan jaring pembinaan, Daeung-jeon Hall ini masih boleh dimasuki untuk dilawati dan beribadat di dalamnya. Myself dan Husband walau bagaimanapun hanya menjenguk dari luar bangunan sahaja kerana tidak mahu mengganggu pengunjung yang sedang beribadat di dalamnya.

Pintu masuk ke Daeung-jeon Hall
Pemandangan pintu masuk
Pengunjung dan petugas di dalam Daeung-jeon Hall
Suasana di dalam Daeung-jeon Hall
Siling Daeung-Jeon Hall
Dinding Daeung-Jeon Hall
Para petugas di Daeung-Jeon Hall
Gambaran kehidupan Buddha pada dinding bangunan
Patung-patung Buddha
Tiga patung Buddha ini menggambarkan Historical Buddha (tengah) dan ditemani Medicine Buddha dan Buddha of the Western Paradise
Patung Goddess of Mercy di belakang Daeung-jeon Hall
Tangga menuju ke patung Goddess of Mercy tetapi kami tidak naik ke sana kerana ia tinggi dan curam
Selepas itu kita melawat pulak sebuah bangunan kecil berdekatan Daeung-jeon Hall. Tak tahu apa nama bangunan ini.

Bangunan lain berdekatan Daeung-jeon Hall
Pemandangan bangunan dari depan
Menjenguk ke dalam bangunan...
  Pemandangan di dalam bangunan
Sebuah lagi bangunan yang kami lawati adalah Nahan-jeon Hall. Di dalam bangunan ini terdapat sebuah patung Buddha yang sedang berbaring.

Nahan-jeon Hall
Satu lagi pemandangan Nahan-jeon Hall
Kaunter menjual barangan doa di depan pintu masuk ke Nahan-jeon Hall
Pemandangan ke dalam Nahan-jeon Hall
Reclining Buddha
Patung-patung Nahan (Historical Disciples of the Buddha)
Tulisan Korea dekat Husband adalah Yonggusa Chulgu (Temple Exit)
Lawatan kami ke Haedong Yonggung Temple tamat selepas kami melawat Nahan-jeon Hall. Sarah membawa kami keluar menerusi sebuah lorong yang memanjat bukit tetapi tidaklah securam tangga yang kami turuni tadi.

Lorong naik ke puncak bukit
Hutan Pokok Buluh yang dilalui untuk kembali ke pintu masuk
Tiba kembali ke pintu masuk
Pengunjung-pengunjung yang baru tiba di Haedong Yonggung Temple
Patung Dragon Turtle yang dikatakan boleh membawa tuah kepada sesiapa yang menggosoknya
a
Melalui semula kedai-kedai menjual makanan dan cenderamata di depan sana untuk ke tempat letak kereta
Gerai-gerai makanan dan cenderamata
Pelbagai cenderamata yang dijual
Cenderamata yang dijual sudah pasti banyak yang berkait dengan agama Buddha
Patung-patung Buddha ini adalah antara cenderamata yang paling popular di Haedong Yonggung Temple
Kereta yang digunakan untuk membawa kami sepanjang membuat Busan Tour


Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024: