Friday 8 November 2024

2024 SOUTH KOREA (2nd VISIT) BHG. 03 (KTX & Songdo Skywalk)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 3: Busan Tour
KTX (Seoul - Busan) & BUSAN (Songdo Skywalk)

HARI KEDUA (2)

Part 6: Train To Busan (KTX 33 Seoul - Busan)

Bila pintu untuk KTX kami dibuka pada pukul 1 tengahari, Kim menemani kami masuk ke tren.

Berjalan masuk ke platform tren
Pemandangan di Seoul Station
Tren KTX kami ke Busan menunggu di Platform 5
Kim membawa kami sehingga masuk ke dalam tren
Seperti juga Tren ETS di Malaysia, ada tempat khas disediakan untuk menyimpan bagasi yang besar di hujung setiap gerabak.
 
Tempat letak bagasi di penghujung gerabak
Beg-beg besar kami yang diletakkan di tempat simpanan bagasi
Suasana di dalam Tren KTX
Maklumat tren kami
Tren KTX 33 Seoul - Busan kami berlepas tepat pada pukul 1.18 tengahari mengikut jadual. Tren ini bergerak dengan sangat smooth dan laju. Perjalanan dari Seoul ke Busan sejauh 400 km dengan Tren KTX ini dijangka memakan masa 2 jam. Agak mengecewakan kerana tingkap tren ini kotor, jadi tak dapatlah nak mengambil gambar yang cantik sepanjang perjalanan dari Seoul ke Busan. Ada 19 perkhidmatan KTX disediakan setiap hari dari Seoul ke Busan, sebab itulah mereka tak sempat nak cuci tingkap, kata Husband.
 
Peta perjalanan KTX dari Seoul ke Busan
Pemandangan keluar dari tingkap KTX kami yang tidak dibersihkan
KTX adalah keretapi laju di Korea Selatan yang setanding dengan Shinkansen di Jepun. Selain KTX, ada juga khidmat keretapi biasa yang dinamakan Mugunghwa. Kata Kim kepada kami, perkhidmatan Mugunghwa ini tidak popular di kalangan warga Korea sendiri kerana ia bergerak jauh lebih perlahan berbanding KTX. Kalau perjalanan dari Seoul ke Busan dengan KTX memakan masa cuma 2 jam, perjalanan dengan Mugunghwa pula memakan masa 5 jam.

Banyak kawasan pergunungan yang dilalui dalam perjalanan dengan KTX dari Seoul ke Busan
Disebabkan bilangan penduduknya yang padat, ramai rakyat Korea tinggal di dalam apartment-apartment yang tinggi begini
Dundae-dong
Sampai di Osong
Perjalanan KTX ke Busan ini sebenarnya sangat menarik kerana kita melalui beberapa buah terowong panjang di bawah pergunungan. Rasa macam boleh kalah pemandangan naik train di Switzerland. Tapi itulah, susah nak ambil gambar terowong yang dilalui dengan keadaan tingkap KTX yang berdebu tebal ini.
 
Pemandangan tipikal sepanjang laluan KTX dari Seoul ke Busan
Tiba di Ulsan
Hampir tiba di Busan

Part 7: Busan

Alhamdulillah, kami tiba di Stesen Busan pada pukul 3.18 petang. Syukur kerana tak ada zombie dalam tren tadi sepertimana di dalam filem Korea Train To Busan yang popular itu. Hahaha!! Tour Guide kami yang bernama Sarah Park telah sedia menanti kami di platform train lagi.

Keretapi KTX kami tiba di Busan
Stesen Busan
Satu lagi pemandangan di Stesen Busan
Husband berbual dengan Tour Guide merangkap pemandu kami di Busan yang bernama Sarah.
Stesen pengecas kenderaan elektrik di Stesen Busan
Pemandangan kota Busan dari Stesen Busan
Tempat parking kenderaan di Stesen Busan
Satu lagi pemandangan tempat parking kenderaan di Stesen Busan
Mesin pembayaran parking di Stesen Busan
Pemandangan sewaktu meninggalkan Stesen Busan
Pemandu merangkap Tour Guide kami di Busan yang bernama Sarah Park. Kalau mengikut cara Korea, namanya ditulis sebagai Park Sarah.
Busan yang terletak di bahagian selatan South Korea adalah bandaraya yang kedua terbesar di negara ini. Ia adalah juga pelabuhan terbesar di South Korea dan pelabuhan kontena yang ke-6 terbesar di dunia.

Busan
Disebabkan kami dah merasa traffic jam yang teruk di kota Seoul sewaktu dalam perjalanan Ajusshi menghantar kami ke Seoul Station tadi, terasa trafik di kota Busan sangat tenang. Maklum sajalah, bilangan penduduk di kota Busan cuma 3 juta berbanding bilangan penduduk Seoul yang seramai 25 juta.
 
Trafik di kota Busan jauh lebih tenang berbanding di kota Seoul
Bangunan pencakar langit di kota Busan
Busan Tower
Pemandangan tipikal di kota Busan
Seperti juga di kota Seoul, ada laluan khas yang disediakan untuk kegunaan bas di kota Busan
Laluan khas bas di kota Busan
Kalau di Philippines dulu kami dapat melihat pusat membeli-belah SM Mall di serata tempat, di Korea pula kita dapat melihat Lotte Mall. Busan sendiri misalnya, mempunyai 5 buah Lotte Mall. Lotte Mall diasaskan oleh seorang warga Korea yang bernama Shin Kyuk-ho di Jepun. Shin telah pergi ke Jepun sewaktu Korea menjadi jajahan takluk Jepun pada tahun 1941. Dia kemudiannya kembali ke Korea dan mengembangkan perniagaannya di sana.

Salah sebuah Lotte Mall yang terdapat di Busan
Suasana di Busan
Pusat bandar Busan
Bakeri Paris Baguette ini juga boleh ditemui di serata tempat di Korea
Tapak Busan International Film Festival
Tulisan Korea digunakan dengan meluas pada semua signboard kedai di negara ini. Memang susah nak jumpa kedai yang memakai Tulisan Rumi.
Kita lihat pemandangan kota Busan yang kami lalui dalam perjalanan menuju ke destinasi lawatan kami yang pertama di sini ~ Songdo Skywalk.

Satu pemandangan yang juga sering kita lihat di Korea Selatan adalah bangunan-bangunan gereja Kristian. Ini adalah kerana agama Kristian adalah agama terbesar di negara ini dan dianuti oleh lebih 20% penduduknya. Dari segi statistik, Korea Selatan mempunyai bilangan penganut agama Kristian yang kedua terbesar di Asia selepas Philippines. Agama Buddha yang merupakan agama tradisi penduduk Korea Selatan kini telah menjadi agama yang kedua tebesar.

Sebuah gereja Kristian di Busan
Menuju ke Songdo Skywalk

Part 8: Songdo Skywalk

Sarah membawa kami ke Songdo Skywalk untuk menikmati pemandangan kota Busan yang terletak di tepi laut dari sana.

Laluan menaiki bukit menuju ke Songdo Skywalk
Memang excited sewaktu kami tiba di Songdo Skywalk, lebih-lebih lagi bila melihat pemandangan cable car yang lalu di atas kepala.

Tempat parking kereta di Songdo Skywalk
Cable car yang melintas atas kepala di tempat letak kereta
Mengikut Sarah ke tangga naik ke Songdo Skywalk
Pengalaman memanjat bukit tinggi yang pertama bagi kami di Korea. Haihh!!
Songdo Skywalk adalah sebuah jambatan sepanjang 365 meter yang dibina di atas Songdo Bay di Busan. Sebahagian jambatan ini memang dibina dari kaca untuk membolehkan kita melihat pemandangan laut di bawahnya. Kecewa sungguh Sarah bila mendapati Songdo Skywalk ini telah ditutup sewaktu kami tiba di sana. "The Seoul people really made a big mistake," komen Sarah kepada kami. Maklum sajalah sebab sepatutnya kami naik KTX dari Gwangmyeong Station pada pukul 11.17 pagi dan tiba di Busan pada pukul 1 tengahari. Dengan perancangan sebegitu, memang sepatutnya kami dapat melawat Songdo Skybridge ini dengan selesa sebelum ia ditutup pada pukul 5 petang.

Pintu masuk ke Songdo Skywalk
Bergambar di pintu masuk ke Songdo Skywalk
Disebabkan Songdo Skywalk telah ditutup, kami cuma dapat melihat dari kejauhan saja. Kami tidaklah merasa ralat sangat tak dapat masuk ke Skywalk ini. Maklum sajalah, pada usia-usia sebegini kita dah lebih redha dengan takdir. Dengan peristiwa yang berlaku di Seoul, memang Allah dah takdirkan kami tak dapat nak melawat masuk ke Songdo Skywalk petang itu. Kami pun okey juga begitu sebab gayatlah rasanya nak berjalan atas lantai kaca di atas laut begitu!

Songdo Skywalk
Pandangan lebih dekat Songdo Skywalk
Pulau di penghujung Songdo Skywalk. Tulisan Korea di sana bermaksud Songdo Yonggung Cloud Bridge
Bergambar dengan Songdo Skywalk
Pemandangan kapal yang berlayar di perairan Busan
Kapal-kapal di tengah lautan
Disebabkan Songdo Skywalk telah ditutup, kami tidak menghabiskan masa yang panjang di sini lalu bergerak kembali turun ke bawah.

Meninggalkan Songdo Skywalk
Pemandangan Autumn di Korea
Tenang dan damai
Turun tangga ke tempat parking
Pemandangan menghala ke kota Busan sewaktu turun tangga ke tempat parking
Cable car
Ada lantai kaca rupanya pada cable car ini!
Sebelum meninggalkan Songdo Skywalk, kami menikmati dulu pemandangan dari tepi laut. Laut yang terbentang luas di sini adalah Songdo Bay yang merupakan sebahagian dari Sea of Japan. Disebabkan sentimen permusuhan yang kuat dengan Jepun sewaktu di zaman perang dulu, warga Korea memilih untuk memanggil laut ini sebagai East Sea.

Pemandangan Songdo Skywalk dari tepi laut
Ramai yang memancing ikan di sini
Memancing ikan di Songdo Bay
Songdo Cable Car
Pemandangan Busan dan Songdo Cable Car di kala senja
Pemandangan Songdo Skywalk di kala senja
Penghujung Songdo Skywalk
Ahhh, indah!
Kapal-kapal yang berlabuh di waktu senja
Kondominium mewah di kota Busan
Sewaktu kami berada di sana, Korea Selatan sedang mengalami Musim Luruh. Suhu sepanjang lawatan kami sangat nyaman ~ hanya di sekitar 20'C. Hanya light jacket diperlukan untuk menahan sedikit kedinginan terutama di sebelah malam sewaktu berada di luar bangunan. Matahari terbit pada sekitar jam 6.40 pagi manakala waktu matahari terbenam pula adalah di sekitar pukul 5.50 petang.

Busan Tower yang berdiri megah di tengah kota
Close-up Busan Tower
Namhang Bridge
Meninggalkan Songdo Skywalk menuju ke destinasi yang seterusnya


Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:
  • Bahagian 01 [Hari 1] - Departure: Perjalanan Ke Korea Selatan
  • Bahagian 02 [Hari 2] - Arrival : Kuala Lumpur - Incheon - Seoul Station
  • Bahagian 03 [Hari 2] - Busan : KTX Seoul - Busan & Songdo Skywalk
  • Bahagian 04 [Hari 2] - Busan : Gamcheon Culture Village
  • Bahagian 05 [Hari 2] - Busan : Bombay Brau Restaurant & Arban City Hotel
  • Bahagian 06 [Hari 3] - Busan : Gwangalli Beach & Moontan Road Lookout
  • Bahagian 07 [Hari 3] - Busan : Haeundae Beach Train & Cheongsapo Daritdol Sky Walk
  • Bahagian 08 [Hari 3] - Busan : Haedong Yonggul Temple & Busan Cinema Center
  • Bahagian 09 [Hari 3] - Busan : Masjid Al Fattah, Capadoccia Restaurant & BIFF Square
  • Bahagian 10 [Hari 3] - Busan : Jagalchi Market & Little India Restaurant
  • Bahagian 11 [Hari 4] - Jeju : Busan - Jeju & Jeju City
  • Bahagian 12 [Hari 4] - Jeju City : Iho Taewoo Beach & Rainbow Wall
  • Bahagian 13 [Hari 4] - Jeju City : Yongyeon Pond & Yongduam Rock
  • Bahagian 14 [Hari 4] - Jeju City : Dongmun Market & Sanjimul Restaurant
  • Bahagian 15 [Hari 5] - East Jeju : Gueom Stone Salt Flats & Songeup Folk Village
  • Bahagian 16 [Hari 5] - East Jeju : Gwangchigi Beach, Seongsan Ilchulbong & Seongsan-Ojo Geo Trail
  • Bahagian 17 [Hari 5] - South Jeju : Jeongbang Waterfall & Cheonjiyeon Waterfall
  • Bahagian 18 [Hari 5] - South Jeju : Soegwipo Formations, Saeyongyo Bridge, Cheonyeyeon Waterfall & India Kitchen Restaurant
  • Bahagian 19 [Hari 6] - Seoul : Jeju - Seoul & Seoul City
  • Bahagian 20 [Hari 6] - Seoul : N Seoul Tower
  • Bahagian 21 [Hari 6] - Seoul : Myeongdong
  • Bahagian 22 [Hari 6] - Seoul : Traditional Korean Restaurant & Cheonggyecheon Stream
  • Bahagian 23 [Hari 7] - Seoul : Gyeongbokgung Palace
  • Bahagian 24 [Hari 7] - Seoul : National Folk Museum
  • Bahagian 25 [Hari 7] - Seoul : Kkochnuli Deulbap Restaurant & Songhyeon Green Plaza
  • Bahagian 26 [Hari 7] - Seoul : Bukchon Hanok Village, Nanta Show & Kampungku Restaurant
  • Bahagian 27 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjingak
  • Bahagian 28 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjingak Peace Park
  • Bahagian 29 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjin Bridge & Bridge of No Return
  • Bahagian 30 [Hari 8] - DMZ Tour : Third Tunnel, Dora Observatory & Unification Village
  • Bahagian 31 [Hari 8] - Seoul : Itaewon
  • Bahagian 32 [Hari 9] - Going Home : Incheon - Kuala Lumpur

No comments: