Wednesday, 18 December 2024

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 23 (Jeju - Seoul)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 23: Jeju - Seoul
JEJU (Jeju International Airport) - SEOUL (Gimpo Airport)

HARI KEENAM (1)

Part 60: Jeju International Airport

Hujan turun renyai-renyai pada pagi terakhir kami di Jeju. Kami juga tidak keluar breakfast di restoran hotel kerana ingin menghabiskan roti yang dibeli dari Boryong Bakery semalam.

Hujan renyai yang turun di awal pagi di Jeju
Menunggu Lucas datang menjemput kami di Hotel Benikea Jeju
Penginap-penginap lain di Hotel Benikea Jeju
Pesawat yang akan membawa kami ke Seoul dijadualkan berlepas pada pukul 9.30 pagi. Oleh yang demikian seawal pukul 7.30 pagi, Lucas tiba untuk membawa kami ke airport.

Bertolak ke airport dalam hujan renyai
Dalam perjalanan ke Jeju Airport, kita terus berkenalan dengan Tourist Guide kami di Jeju yang bernama Lucas ini. Jika Tourist Guide kami di Busan dulu mempunyai hobi menunggang mountain bike, Tourist Guide di Jeju ini pula minat memanjat gunung. Dia dah pernah memanjat beberapa buah gunung di China dan Eropah. Kata Lucas, dia dan kawannya kini sedang membuat persiapan untuk memanjat gunung di Nepal selama 40 hari pada bulan hadapan. Bila kami bertanya kenapa tempoh 40 hari diperlukan untuk memanjat gunung di Nepal, Lucas memberitahu berdasarkan pengalaman mereka, memanjat gunung memerlukan kesabaran. Ada hari-harinya pendakian tidak dapat dibuat kerana cuaca tidak mengizinkan. Kerana itulah tempoh 40 hari diperuntukkan bagi mereka untuk memanjat gunung di Nepal.

Minat memanjat gunung ini juga turut diwarisi oleh anak perempuan tunggal Lucas. Dia sangat berbangga kerana anak perempuannya ini baru memenangi sebuah pertandingan memanjat di Jeju dan dinobatkan sebagai pemanjat wanita terbaik di pulau tersebut.

Melaksanakan tugas kami sebagai duta kecil Malaysia, Myself dan Husband turut mempromosikan Gunung Kinabalu kepada Lucas. Kata Lucas, dia pasti akan datang mendaki Gunung Kinabalu pada satu hari nanti.

Hujan yang turun pagi ini bagai menangisi pemergian kami dari Jeju.
Pemandangan laut yang terakhir bagi kami di Jeju
Hujan semakin lebat sewaktu kami menghampiri airport
Simpang ke Jeju International Airport
Menara kawalan di Jeju International Airport
Menuju ke arah Departure
Tiba di Terminal
Jeju International Airport adalah lapangan terbang yang kedua tersibuk di Korea Selatan, selepas Seoul Incheon Airport. Ia digunakan kira-kira 30 juta penumpang setiap tahun dan mempunyai hubungan langsung dengan 54 bandar di 14 negara seluruh dunia.

Suasana di Jeju International Airport
Model Ikan Lumba-Lumba yang menghias siling di Jeju International Airport
Kesibukan di Jeju Airport
Pintu 1 di Jeju International Airport
Pemandangan kaunter check-in di Jeju Airport
Penerbangan kami ke Seoul Gimpo Airport pagi ini adalah menggunakan sebuah lagi pesawat low-cost airline Korea yang bernama Eastar Jet. Tidak seperti Air Busan dulu yang mewajibkan kita check-in di mesin, tiada peraturan sebegitu untuk penumpang Eastar Jet. Kita boleh terus beratur untuk check-in di kaunter.

Masuk queue untuk check-in di kaunter Eastar Jet
Kaunter check-in Eastar Jet
Seperti Air Busan yang kami gunakan sewaktu penerbangan dari Busan ke Jeju dulu, Eastar Jet juga mempunyai had bagasi 15 kg. Bagasi kami dah terlebih berat dan kami memang bersedia untuk membayar excess baggage. Namun begitu, Eastar Jet bermurah hati tidak mengenakan caj excess baggage kepada kami. Mungkin agaknya sebab cuma kami berdua sahaja penumpang dalam pesawat ini yang membawa bagasi besar ke Seoul. Hahaha!! Gamsahamnida (Thank you), Eastar Jet!
 
Check-in di kaunter Eastar Jet
Alhamdulillah, tak ada caj excess baggage dikenakan kepada kami
Boarding Pass Eastar Jet dari Jeju ke Seoul Gimpo
Memang amalan di Korea yang kita diminta menunggu dekat kaunter antara 3-5 minit selepas check-in. Ini adalah bagi memastikan bagasi kita benar-benar telah melepasi pemeriksaan security. Masa kami fly dari Busan ke Jeju dulu, Husband telah dipanggil kerana x-ray bagasi mendapati ada bateri kamera diletakkan di dalam beg. Husband telah diminta untuk mengeluarkan bateri tersebut dari dalam bagasi dan dibawa secara hand-carry. Syukur Alhamdulillah, kedua-dua bagasi kami melepasi pemeriksaan sekuriti dengan jayanya di airport Jeju ini.

Kena tunggu sekejap dekat sini untuk memastikan bagasi kita telah melepasi pemeriksaan sekuriti
Selepas itu kita mengikut saja orang ramai-ramai beratur nak masuk ke boarding gate. Lahh... silap tempat rupanya! Boarding Gate yang terletak berdekatan dengan tempat check-in ini adalah untuk rakyat Korea saja. Penumpang yang memakai passport sebagai pengenalan diri perlu beratur di tempat Foreign Passengers yang terletak di hujung sebelah sana rupanya, walaupun untuk penerbangan domestik.

Tengok orang beramai-ramai beratur kat sini, kita pun beraturlah sama.
Rupa-rupanya ini pintu untuk rakyat Korea sahaja!
Mesin recycling bekas minuman. Bila kita masukkan bekas minuman terpakai ke dalam mesin ini, duit akan dikreditkan kepada kad debit/kredit yang kita gunakan.
Pintu untuk penumpang warga asing adalah di belakang escalator sana!
Bila dah selamat masuk ke boarding gate, kita duduklah saja sampai waktu dipanggil untuk masuk ke dalam flight. Sesuatu yang Myself perhatikan di Korea ialah panggilan masuk ke dalam flight domestik cuma dibuat 15 minit sebelum waktu berlepas. Kalau di Malaysia, kita akan dipanggil masuk at least 40 minit sebelum waktu berlepas dan pintu pesawat akan ditutup 10 minit sebelum itu.

Jadual perlepasan flight dari Jeju Airport. Sebahagian besar penerbangan (tidak kira syarikat penerbangan mana sekali pun) adalah menuju ke Gimpo Airport di Seoul.
Pemandangan di Jeju Airport
Suasana di tempat menunggu
Penumpang-penumpang yang menunggu Eastar Jet ke Gimpo Airport bersama kami

Part 61: Eastar Jet Airline (Jeju - Seoul Gimpo)

Pesawat Eastar Jet ZE 204 kami dari Jeju ke Seoul Gimpo dijadualkan berlepas pada pukul 9.30 pagi. Seawal jam 9.15 pagi, semua penumpang dipanggil untuk memasuki pesawat.

Panggilan masuk ke dalam pesawat
Pesawat Eastar Jet yang akan membawa kami dari Jeju ke Seoul
Pesawat Air Busan yang parking di sebelah pesawat Eastar Jet kami
Pemandangan sewaktu sedang beratur masuk ke dalam pesawat
Menunggu giliran masuk ke pesawat
Tiba di pintu pesawat
Pemandangan di dalam pesawat
Safety Demonstration
Pesawat kami bergerak meninggalkan Jeju International Airport pada pukul 9.35 pagi, lewat 5 minit berbanding jadual. Pesawat yanng digunakan adalah sebuah pesawat narrow body Boeing 737-800.

Hujan masih turun renyai ketika kami meninggalkan Jeju Airport
Goodbye, Jeju!
Terbang menuju ke Seoul
Seperti penerbangan dari Busan ke Jeju dulu, penerbangan dari Jeju ke Seoul juga memakan masa kira-kira sejam. Penerbangan agak bumpy kerana cuaca kurang baik sewaktu kami berlepas dari Jeju. Sebaik naik ke udara, memang tak nampak langsung pemandangan Jeju yang ditinggalkan kerana pesawat terus terbang tinggi di atas awan.
 
Pesawat terus terbang di atas awan selepas meninggalkan Jeju Airport
Alhamdulillah, cuaca semakin baik sewaktu kami tiba di Semenanjung Korea.
 
Cuaca semakin baik sewaktu menghampiri Semenanjung Korea
Terbang di atas awan
Seperti juga penerbangan dengan Air Busan ke Jeju dulu, tiada sebarang sajian penerbangan diberi dalam pesawat Eastar Jet ini. Tetapi tak mengapalah, sebab penerbangannya singkat, hanya kira-kira sejam.

Kota Seoul muncul dalam pandangan
Kota Seoul dihuni 25 juta penduduk. Saiz kotanya yang besar dapat dilihat dengan jelas sewaktu di udara lagi.
Padat
Pemandangan kota Seoul lebih jelas sewaktu pesawat Eastar Jet kami membuat penerbangan turun ke Gimpo Airport
Hampir tiba di Gimpo Airport
Gimpo Airport
Selamat mendarat di Gimpo Airport di Seoul
Gimpo Airport adalah airport kedua di Seoul yang sebahagian besarnya digunakan oleh penerbangan domestik. Ada juga penerbangan antarabangsa yang menggunakan Gimpo Airport, tetapi cuma negara-negara yang berdekatan seperti Taiwan, China dan Jepun.
 
Korean Air
Selamat datang ke Seoul
Menunggu untuk diberi kebenaran keluar dari pesawat
Bangunan terminal di Gimpo Airport
Taxiway di Gimpo Airport
Bersiap-sedia untuk keluar dari pesawat

Part 62: Seoul Gimpo Airport

Walaupun ia adalah lapangan terbang kedua bagi Seoul selepas Incheon Airport, bangunan Gimpo Airport sangat besar. Ia pernah menjadi lapangan terbang utama bagi Seoul sebelum Incheon Airport dibina.

Pemandangan di Gimpo Airport sebaik keluar dari pesawat
Korean Air yang merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Korea
Berjalan menuju ke tempat bagasi
Arah ke Arrivals
Walkalator menuju ke Arrivals
Sebahagian besar pesawat yang tiba di Gimpo Airport memang datang dari Jeju
Satu fakta yang menarik mengenai penerbangan dari Jeju ke Gimpo ialah laluan Jeju-Gimpo kini adalah laluan penerbangan yang paling sibuk di dunia. Satu masa dulu status laluan penerbangan paling sibuk di dunia ini pernah dipegang oleh laluan Kuala Lumpur-Singapura. Namun sekarang mungkin disebabkan dah banyak penerbangan antarabangsa yang berlepas terus dari Kuala Lumpur dan juga dah banyak pilihan pengangkutan lain untuk berulang-alik dari KL ke Singapore, laluan penerbangan KL-Singapore tidak lagi sesibuk dulu.

Terus berjalan menuju ke tempat bagasi
Landskap dinding yang menarik di Gimpo Airport
 Bergambar atas walkalator di Gimpo Airport
Disebabkan penerbangan dari Jeju ke Gimpo juga adalah penerbangan domestik, tidak ada sebarang pemeriksaan passport diperlukan. Jadi terus saja kita pergi ke Baggage Claim untuk mengambil bagasi.

Tangga menuju ke Baggage Claim
Draw Your Seoul
Baggage Claim
Tourist Guide kami di Seoul yang bernama Clara Chung telah sedia menanti di Gimpo Airport.

Bertemu dengan Tourist Guide kami yang bernama Clara. Aikk, macam mana nama kita boleh bertukar menjadi Azil pulak ni? Hahaha!!
Mengikut Clara ke tempat parking kereta di Gimpo Airport
Terminal domestik di Gimpo Airport


Bersambung ke Bahagian 24...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: