Saturday, 1 March 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 14 (Nizwa Fort)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]

Bahagian 14: Oman
NIZWA (Nizwa Fort)

HARI KEENAM (2)

Part 43: Nizwa Fort

Di belakang Nizwa Souq yang kami lawati tadi, berdiri megah binaan sebuah kota lama dengan menaranya yang berbentuk bulat. Ia adalah kota pertahanan yang dinamakan Nizwa Fort yang dibina sekitar tahun 1650-an oleh Imam Sultan Bin Saif Al Ya'rubi.

Nizwa Fort
Tugu Khanjar di depan Nizwa Fort
Pintu masuk ke Nizwa Fort
Bergambar dengan meriam di depan pintu masuk ke Nizwa Fort
Pandangan meriam dari sisi
Pandangan menghala ke Nizwa Souq dari pintu masuk ke Nizwa Fort
Pengawal yang berpakaian tentera Oman tradisional di Nizwa Fort
Ada tiket dikenakan untuk masuk melawat ke Nizwa Fort namun semuanya diuruskan oleh Tour Guide kami yang bernama Maher.

Selamat datang ke kubu Nizwa
Kaunter tiket untuk melawat masuk ke Nizwa Fort
Maher menguruskan pembelian tiket untuk kami
Untuk memahami sejarah Nizwa Fort, kita perlu memahami secara ringkas tentang sejarah Oman. Negara Oman yang kita lihat di dalam peta sekarang pada asalnya terbahagi kepada 2 kawasan utama: Sultanate of Muscat & Oman di pinggiran laut yang diperintah oleh seorang Sultan dan Imamate of Oman di kawasan pedalaman yang diperintah oleh seorang Imam. Pemerintahan Sultanate of Muscat & Oman berpusat di Muscat manakala Imamate of Oman pula berpusat di Nizwa. 

Imamate of Oman telah ditakluk oleh Sultanate of Muscat & Oman dengan bantuan British pada tahun 1959. Sultan yang menyatukan kedua-dua kawasan ini menjadi sebuah negara adalah Sultan Said bin Taimur yang merupakan ayah kepada Sultan Qaboos. Pada tahun 1970 sewaktu Sultan Qaboos mengambil alih kuasa dari ayahnya, nama Sultanate of Muscat & Oman (yang turut termasuk kawasan Imamate of Oman) telah ditukar menjadi Sultanate of Oman sahaja seperti yang digunakan sekarang. Nizwa Fort yang kita lawati ini adalah pusat pemerintahan Imamate of Oman pada masa dahulu.

Pemandangan di dalam Nizwa Fort
Nizwa Fort adalah monumen yang paling banyak dilawati di Oman
Meriam berdekatan pintu masuk
Nizwa Fort dibina di atas sebuah sumber air bawah tanah. Oleh yang demikian, bekalan air minum tidak menjadi masalah kepada Imam dan pengikutnya yang tinggal di kubu ini. Terdapat 17 perigi digali di seluruh kota pertahanan ini yang kesemuanya masih berisi air sehingga sekarang.

Salah sebuah perigi bekalan air minum di dalam Nizwa Fort
Perigi ini telah ditutup untuk tujuan keselamatan tetapi kita masih boleh melihat bekalan air di dalamnya
Nizwa Fort sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian: Castle yang merupakan tempat kediaman Imam dan Fort yang merupakan kota pertahanan. Kita melawat dulu ke bahagian Castle.

Bangunan bulat ini adalah Fort yang merupakan kota pertahanan yang didirikan 400 tahun selepas Castle dibangunkan.
Yang ini pulak adalah pemandangan Castle yang merupakan tempat kediaman Imam dan pengikutnya
Satu lagi pemandangan Castle
Pemandangan menghala ke Fort dari bahagian Castle
Lagi bahagian menghala ke Castle
Nizwa Fort Cafe
Pemandangan di dalam Nizwa Fort Cafe
Ruang minum di Nizwa Fort Cafe
 
CASTLE

Kita kemudian masuk melawat ke ruang Castle. Bangunan Castle ini pada mulanya dibangunkan oleh Imam Mohammed bin Abdullah Al-Yahmadi pada lewat kurun ke-8 Masehi. Ia kemudiannya telah diperbesarkan oleh Imam A'ssalt bin Malik Al-Kharusi pada pertengahan kurun ke-9 dan seterusnya diubahsuai oleh Imam Nasser bin Murshis Al-Yarubi (1624-1649 M).

Pintu masuk ke ruang Castle
Ukiran dan paku-paku tajam yang dipasang pada pintu masuk ke Castle
Ukiran tradisional pada pintu yang cantik
Pintu masuk ke ruang Castle adalah tangga-tangga sempit yang hanya boleh dilalui oleh seorang sahaja sebagai langkah keselamatan. Dalam keadaan biasa, anak-anak tangga ditutup dengan papan untuk kemudahan dan keselamatan orang yang menggunakannya. Di waktu darurat, papan-papan ini akan dialih meninggalkan anak tangga yang berlubang-lubang untuk menyukarkan penggunanya naik ke atas.

Tangga sempit untuk naik ke ruang Castle
Dahlah sempit, tangganya juga perlu dipanjat dengan berhati-hati
Di kawasan ini ada juga sebuah lagi dari 17 telaga yang terdapat di seluruh Fort Nizwa. Telaga-telaga ini boleh ditemui pada berbagai aras kota. Telaga yang dibina pada aras yang lebih tinggi dapat menjamin keselamatan bekalan air di dalamnya dari diracun musuh sewaktu peperangan.

Sebuah telaga di ruang Castle
Pandangan telaga dengan lebih dekat
Bekas air yang diletakkan berdekatan dengan perigi
Beberapa buah bilik di Nizwa Fort kini telah dijadikan tempat untuk mempamerkan kesenian Oman.
 
Singgah dulu melawat ke bilik ini...
Mendongak ke atas untuk melihat Fort
Pemandangan di dalam bilik
Wanita Oman yang sedang memintal benang

Shawi Room

Kita lawati bilik-bilik lain di dalam Castle. Di antaranya adalah Shawi Room yang merupakan Bilik Penggembala. Bilik ini digunakan sebagai kediaman penggembala-penggembala kambing milik Imam.

Melawat ke Shawi Room
Pemandangan Shawi Room
Keterangan mengenai Shawi (Penggembala)
Kotak untuk menyimpan barangan peribadi Shawi
Patung Shawi di dalam Shawi Room

Ablution Room

Bilik seterus yang dilawati adalah Ablution Room (Bilik Wuduk). Bilik ini digunakan oleh seluruh penghuni kota untuk berwuduk sebelum menunaikan Solat.

Ablution Room
Sumber air untuk berwuduk adalah dari telaga di sebelah kanan (dalam tiang).
Keterangan tentang Bilik Wuduk
Siling di Bilik Wuduk
Pemandangan ke arah luar dari Bilik Wuduk
Bergambar di luar Ablution Room (kiri) dan Shawi Room (kanan)

Date Store

Kami turut ditunjukkan Bilik Simpanan Kurma (Date Store). Di sini juga kita mempelajari kegunaan kurma sebagai sejata selain dari sebagai bahan makanan.

Date Store
Kurma di Nizwa Fort disimpan dalam guni-guni di bilik simpanan ini. Menurut keterangan yang diberi, tekanan dari guni-guni kurma yang disimpan bertindih-tindih ini akan menyebabkan buah kurma mengeluarkan jus kurma. Jus kurma ini dikumpul di dalam bekas yang diperbuat dari tanah liat. Selain digunakan sebagai ramuan dalam masakan pada masa aman, jus kurma ini turut dijadikan senjata dengan cara mendidihkannya di dalam bekas-bekas tembaga sebelum dicurah ke atas kepala musuh yang datang menceroboh menerusi lubang yang dinamakan sebagai Murder Hole. Kita akan melawat Murder Hole ini nanti.

Gambaran guni-guni kurma yang disimpan di Date Store
Jus-jus kurma yang terhasil akan disalurkan ke lubang-lubang ini untuk dikumpulkan di dalam jar
Jar yang digunakan untuk mengumpul jus kurma
Telaga di Bilik Simpanan Kurma

Students' Accomodation
 
Selain berfungsi sebagai kota pertahanan, Nizwa Fort juga berfungsi sebagai kediaman Imam. Imam Nizwa juga sangat cintakan ilmu pengetahuan dan sering menjemput guru serta pelajar datang berbahas dan menuntut ilmu di kota ini.

Menuju ke Students' Accommodation
Lukisan-lukisan untuk jualan di lorong menuju ke Students' Accommodation
Pintu Students' Accommodation
Pemandangan Students' Accommodation
Banyak buku ilmiah disimpan di sini
Kerusi untuk kegunaan penuntut
Siling Students' Accommodation
Kotak-kotak kayu tempat pelajar menyimpan barang-barang peribadi

Guests' Room

Selain bilik untuk pelajar, ada juga bilik disediakan untuk tetamu-tetamu Imam (Guests' Room).

Tangga ke Guests' Room
Suasana di Guests' Room
Satu sudut menarik di Guests' Room
Laluan dari Castle menuju ke Fort
Salah sebuah tangga menuju ke Fort

FORT

Ciri utama kota pertahanan di Nizwa Fort adalah sebuah bangunan berbentuk selinder setinggi 30 meter dan berdiameter 36 meter.

Struktur pertahanan utama Nizwa Fort
Beginilah ketinggian menara Nizwa Fort bila dilihat dari bawah
Nizwa Fort yang memakan masa pembinaan selama 12 tahun adalah kota pertahanan seumpamanya yang terbesar di seluruh Semenanjung Arab. Ia direkabentuk dengan berbagai elemen pertahanan yang dianggap maju pada masa itu.
  
Maher memberi penerangan tentang elemen-elemen pertahanan yang terdapat di Nizwa Fort
Keterangan mengenai elemen-elemen pertahanan yang dibina di Nizwa Fort. Antara elemen tersebut termasuklah trap door, murder hole dan seumpamanya.
Salah satu elemen pertahanan menarik yang terdapat di Nizwa Fort adalah sebuah lubang yang dinamakan murder hole. Lubang ini dibina betul-betul di atas pintu masuk ke bangunan menara.

Tangga naik ke bangunan menara
Pemandangan Murder Hole tepat di atas tangga naik ke bangunan menara
Murder Hole ini digunakan untuk mencurah air ataupun minyak mendidih ke atas kepala musuh yang masuk menceroboh ke tangga ini. Jus kurma mendidih juga akan dicurahkan ke atas kepala musuh dari sini.

Lubang Murder Hole yang digunakan untuk mencurahkan air / minyak / jus kurma yang mendidih ke atas kepala musuh
Bangunan selinder di Nizwa Fort ini memberi pandangan 360' sekeliling kota. Ia dikawal oleh 120 orang tentera pada masa dahulu.

Terdapat 24 bukaan pada struktur selinder ini untuk menyerang musuh
Disebabkan lutut dah tak kuat dan tangga naik ke atas sangat mencabar, kami tidak naik ke puncak menara pertahanan ini. Cukuplah sekadar melihat pemandangan dari aras bumbung Castle sahaja.

Pemandangan di aras bumbung Castle
Binaan corak crenellation ini turut berfungsi untuk memberi perlindungan kepada tentera yang ditugaskan untuk menyerang musuh dari aras ini.
Pemandangan ke arah courtyard dari bumbung Castle
Pergunungan di belakang kota Nizwa ini dinamakan sebagai Hajar Mountains
Lagi pemandangan menarik Nizwa dari bumbung Castle
Satu masa dahulu, pasti ada banyak meriam yang ditempatkan di sini
Kita juga dapat melihat perkampungan, perkebunan kurma dan Pergunungan Hajar dari bumbung Castle ini.

Pemandangan kebun kurma dari bumbung Castle
Pergunungan Hajar yang dilihat dari Nizwa Fort
Kawasan perkampungan di sekitar
Pergunungan Hajar yang terletak di utara Oman ini adalah antara banjaran gunung yang tertinggi di Semenanjung Arab
Pemandangan menarik dari Nizwa Fort
Menara pertahanan Nizwa Fort
 Pandangan lebih dekat lubang untuk menyerang musuh
Telaga pada aras setinggi ini menjamin bekalan air minuman kubu. Ini adalah kerana aras setinggi ini adalah level terakhir dalam pertahanan.
Pintu masuk perpustakaan Imam Sultan bin Saif Al-Yaarabi
Pasangan pengantin asing yang nak bergambar di Nizwa Fort
Tangga di Nizwa Fort ini memang dibina sekadar muat-muat untuk dilalui oleh seorang sahaja sebagai satu ciri pertahanan
Pengunjung-pengunjung ke Nizwa Fort
Memang susah nak berselisih di lorong yang sempit begini

Imam's Residence

Imam yang memerintah Nizwa mempunyai kediaman di kawasan ini. Tour Guide Maher turut membawa kami melawat ke sana.

Bilik Solat
Ruang Solat yang digunakan oleh Imam dan pegawai-pegawai kanannya
Al Barza adalah Bilik Mesyuarat Utama yang digunakan oleh Imam untuk mengadakan perbincangan-perbincangan sulit khususnya berkait dengan pertahanan.
Pemandangan di dalam Al Barza
Ruang Al Barza ini digunakan oleh Imam untuk berbincang tentang hal-hal negara
Kusyen dan buku-buku yang disimpan di dalam Al Barza
Mengintai ke dalam Al Barza dari luar
Satu bahagian kecil dari Menara dijadikan tempat kediaman sebenar Imam. Ruang ini dinamakan sebagai Al Ma'sara.
 
Pintu masuk ke Tower
Pemandangan ke atas dari pintu masuk ke Tower
Pintu masuk ke Imam's Residence yang juga dikenali sebagai Al-Ma'sara
Ante-room ke Al-Ma'sara
Ruang kediaman Imam ini dikenali sebagai Al-Ma'sara kerana ia menghala ke pemandangan sebuah loji pemprosesan tebu yang dinamakan Ma'sara. Ruang kediaman Imam ini terdiri dari sebuah ruang rehat, bilik tidur dan bilik mandi.
 
Ruang rehat Imam
Ada 2 lorong rahsia dibina dari Bilik Tidur Imam menuju ke luar Castle. Ia digunakan untuk membawa makanan dan senjata pada waktu kecemasan. Imam juga menggunakan laluan ini untuk meninjau kehidupan rakyat secara rahsia.

Bilik Tidur Imam
Katil Imam
Dua lorong rahsia dekat katil Imam
Bilik Mandi Imam
Ruang tandas

Kitchen

Untuk memastikan keselamatannya dari diracun musuh, makanan untuk Imam disediakan di sebuah dapur khas berhampiran ruang kediamannya.

Ruang dapur Imam
Periuk untuk memasak
Peralatan dapur
Barisan periuk belanga
Pinggan mangkuk yang diperbuat dari tembaga
Tungku untuk memasak
Pandangan dari tingkap dapur

Museum

Lawatan kami ke Nizwa Fort berakhir di sini. Sebelum meninggalkan Nizwa Fort, kami singgah sebentar di sebuah ruang muzium untuk melihat pameran di situ.

Keluar dari Al-Ma'sara
Ruang muzium
Melihat pameran di ruang muzium
Pakaian tradisional Oman
Almarhum Sultan Qaboos yang banyak berjasa kepada pemodenan Oman
Abang dan Kakak Ipar bergambar di lorong muzium
Gerai menjual makanan tradisional Oman
Pintu keluar dari Nizwa Fort
Pengawal Nizwa Fort


Bersambung ke Bahagian 15...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):

No comments: