Oktober 2024
SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul
Bahagian 21: Jeju Tour
SOUTH JEJU (Cheonjiyeon Waterfall & Seogwipo Formation)
HARI KELIMA (6)
Part 54: Cheonjiyeon Waterfall
Dari Jeongbang Waterfall, Lucas membawa kami melawat ke Cheonjiyeon Waterfall yang terletak tidak begitu jauh dari Jeongbang Waterfall tadi.
|
Dalam kereta menuju ke Cheonjiyeon Waterfall |
|
Sebahagian bandar Soegwipo yang merupakan bandar yang kedua terbesar di Jeju Island |
|
Tiba di Cheonjiyeon Waterfall |
|
Tempat parking kenderaan di Cheonjiyeon Waterfall |
Pemandangan air yang jernih kebiruan di pintu masuk ke Cheonjiyeon Waterfall benar-benar mengingatkan kami kepada suasana di Kawasan Falls di Cebu, Philippines yang pernah kami lawati dulu.
|
Air yang biru jernih di Cheonjiyeon Waterfall |
|
Pemandangan yang mengingatkan kami kepada Kawasan Falls di Cebu, Philippines |
|
Itik yang berenang di air biru |
|
Close up itik yang berenang |
|
Suasana yang indah dan damai |
Disebabkan dah kelaparan, kami meminta time-out sebentar dari Lucas sebelum masuk melawat ke dalam untuk makan tengah hari. Di sinilah kami menikmati roti yang dibeli dari Boryong Bakery tadi. Roti yang dibeli memang sedap dan mengenyangkan.
|
Duduk di sini lunch dulu |
|
Roti yang dibeli untuk lunch |
|
Alhamdulillah, memang sedap dan menyelerakan |
|
Pemandangan indah dari tempat kami menikmati lunch |
|
Beautiful |
Satu masalah yang pasti kita hadapi kalau makan lunch take-away begini adalah di mana nak buang sampah? Tong sampah memang sangat sukar ditemui di Korea. Syukurlah kami mempunyai guide seperti Lucas yang boleh membantu mencari tong sampah. Hahaha!!
|
Tempat mengecas kenderaan EV memang sentiasa disediakan di tempat-tempat parking awam di Korea |
|
Kereta EV sedang mengecas bateri |
Alhamdulillah, rezeki kami memang murah sewaktu melawat ke Korea. Selain dari dinner dan beberapa lunch percuma yang diberi oleh travel agent, kami juga mendapat kemasukan percuma ke semua tempat menarik yang kami lawati di Jeju sempena Jeju Heritage Week. Di Cheonjiyeon Waterfall ini juga, kami tidak dikenakan tiket untuk masuk melawat ke dalam.
|
Pejabat Tiket di pintu masuk ke Cheonjiyeon Waterfall |
|
Kemasukan hari ini adalah percuma sempena Jeju Heritage Week |
Cheonjiyeon Waterfall yang sebenar terletak agak jauh juga ke dalam dari tempat parking kereta. Namun begitu, jangan gusar kerana tidak seperti Jeongbang Waterfall tadi yang perlu menurun tangga untuk mendapatkannya, laluan menuju ke Cheonjiyeon Waterfall sangat mudah dan flat.
|
Laluan masuk ke Cheonjiyeon Waterfall |
|
Pemandangan indah di pintu masuk |
Cheonjiyeon Waterfall memang sebuah tempat yang menarik untuk dilawati. Di sepanjang jalan masuk sehingga ke air terjun, ada berbagai elemen kebudayaan Korea yang dipamerkan kepada pengunjung.
Elemen kebudayaan Korea yang pertama kita temui adalah sebuah rakit tradisional yang dinamakan Teu. Teu digunakan secara tradisional untuk menangkap ikan dan mengumpul rumpai laut. Mengikut sejarahnya, Teu turut digunakan untuk mengembangkan kebudayaan Korea di Jepun. Teu yang dilihat di sini adalah sebuah Teu yang dibina oleh Syarikat LG pada bulan Mei 1995 bagi satu ekspedisi untuk membuktikan ia benar-benar mampu berlayar sehingga ke Jepun.
|
Rakit Teu di laluan masuk ke Cheonjiyeon Waterfall |
|
Rakit Teu adalah seperti di sebelah kiri dalam gambar ini |
|
Pandangan lebih jelas Rakit Teu [Ihsan dari Google] |
|
Berjalan lagi masuk ke dalam |
|
Peta Cheonjiyeon Waterfall dan kawasan di sekitarnya |
Air sungai di Cheonjiyeon Waterfall juga adalah habitat bagi sejenis belut yang dinamakan Marbled Eel. Ikan belut ini walau bagaimanapun hanya aktif bergerak di waktu malam. Disebabkan keunikannya, ia telah diberi status sebagai Natural Monument di Korea.
|
Jambatan masuk ke Cheonjiyeon Waterfall |
|
Jar tradisional yang digunakan untuk mengisi air dinamakan Mulhebeok manakala pemegangnya pula dinamakan Mulgudeok. |
|
Secara tradisi, semua kerja berat seperti mengangkut air ini memang dilakukan oleh kaum wanita di Jeju |
|
Mengisi air dari Mulhebeok ke dalam tempayan |
|
Arah ke air terjun |
Walau ke mana kita pergi di Pulau Jeju, hampir pasti kita akan bertemu dengan patung Stone Grandpa (Dol Hareubang) yang dianggap sebagai dewa penjaga keselamatan dan kesuburan. Patung ini juga banyak dilihat di kawasan Cheonjiyeon Waterfall.
|
Stone Grandpa (Dol Hareubang) |
Walau di mana jua, patung Stone Grandpa diukir secara terus dari batuan lava gunung berapi yang banyak terdapat di Pulau Jeju. Semuanya diukir dengan style mata dan topi yang sama serta kedudukan tangan yang terletak di atas perut. Cuma bezanya tangan kanan sesetengah Stone Grandpa terletak lebih tinggi dari tangan kirinya. Itu menandakan ia mewakili pegawai tentera. Jika tangan kirinya pula yang lebih tinggi, ia mewakili guru.
|
Stone Grandpa yang membarisi laluan masuk ke Cheonjiyeon Waterfall |
Seperti juga di mana-mana jua tempat pelancongan di seluruh dunia, akan ada kedai-kedai yang menjual makanan dan cenderamata di sini.
|
Kedai cenderamata |
|
Topi |
|
Banyak kedai yang terdapat di sini |
Di kawasan kedai cenderamata ini juga ada disediakan meja dan kerusi untuk kemudahan piknik.
|
Gambar yang diambil oleh Lucas untuk kami |
|
Another one for the album... |
|
Air Terjun Cheonjiyeon |
|
Pemandangan ke arah sana... |
Untuk menghilangkan kebosanan, para dewa juga dikatakan sering bermain dengan memanah tebing tinggi ini dan sukan ini kemudiannya ditiru oleh manusia. Permainan ini dinamakan sebagai Cheonyeonsahu.
|
Menurut legenda, Air Terjun Cheonjiyeon dicipta oleh para dewa sebagai tempat untuk berehat |
|
Tebing tinggi tempat para dewa bermain anak panah |
|
Sebagai orang Islam, kita tahu Air Terjun yang indah ini adalah satu bukti kehebatan Allah SWT mencipta alam sekitar |
|
Menikmati keindahan di Cheonjiyeon Waterfall |
|
Keterangan mengenai flora dan fauna di sekitar air terjun |
|
Menikmati keindahan di Cheonjiyeon Waterfall sebelum melangkah pergi |
Kami juga tidak menghabiskan masa yang lama di Cheonjiyeon Waterfall kerana Lucas ingin membawa kami melawat ke sebuah lagi air terjun yang bernama Cheonjeyeon Waterfall. Jangan keliru sebab nama kedua-dua waterfall ini memang hampir nak sama: Cheonjiyeon (disebut: Cheon-jee-yeon) dan Cheonjeyeon (disebut: Cheon-jay-yeon).
|
Berjalan pulang... |
|
Hujan rintik-rintik sedang mula turun ketika ini |
|
Melintas jambatan |
|
Pemandangan jeram di Cheonjiyeon Waterfall |
|
Pemandangan jeram dengan lebih dekat |
|
Jeram dan terusan |
|
Itik yang sedang berenang di terusan |
|
Keindahan musim luruh di Pulau Jeju |
|
Kerusi untuk berehat |
Lucas membawa kami ke sebuah penjuru taman di Cheonjiyeon Waterfall untuk melihat sebuah ukiran yang dinamakan Golden Magic Pearl. Mengikut legendanya, Golden Magic Pearl adalah sebuah hadiah dari Dragon of Cheonjiyeon.
|
Ukiran Golden Magic Pearl |
Menurut ceritanya, satu masa dahulu di zaman Joseon Dynasty, ada seorang wanita yang cantik, baik hati dan pemurah tinggal di sebuah kampung di Seogwipo. Dia menjadi pujaan dan idaman ramai lelaki yang mengenalinya. Setelah mencapai usia 19 tahun, wanita ini telah berkahwin dengan seorang lelaki dari perkampungan berhampiran lalu berpindah ke sana mengikut suaminya. Ini menyebabkan ramai lelaki yang meminatinya sedih dan patah hati.
|
Ukiran Dragon of Cheonjiyeon dengan Golden Magic Pearl |
Salah seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan tersebut merancang untuk menculik wanita tersebut yang sedang lalu di tepi Cheonjiyeon Waterfall. Walau bagaimanapun, sebelum lelaki tersebut sempat bertindak, Dragon of Cheonjiyeon muncul lalu menangkap lelaki tersebut dan membawanya ke langit sambil meninggalkan sebutir mutiara sakti. Mutiara ini diambil oleh wanita tersebut lalu diwariskan kepada keluarganya. Mutiara tersebut dikatakan telah menjadikan keluarga wanita tersebut kaya-raya. Menurut ceritanya juga, mutiara ini masih ada dan akan mengabulkan permintaan sesiapa yang menggosoknya.
Mengikut keterangan yang tertulis, pengunjung dijemput untuk menggosok ukiran ini kerana Golden Magic Pearl ini akan membuatkan kita menjadi kaya. Betul ke kita boleh menjadi kaya dengan menggosok ukiran ini? Ukiran ini cuma replika, bukan Golden Magic Pearl yang sebenar. Hahaha!!!
|
Mengikut keterangan di sini, kita akan menjadi kaya kalau menggosok Golden Magic Pearl ini. Hihihi!!! |
|
Bunga-bunga yang cantik masih berkembang di sini |
|
Bunga-bunga cantik |
|
Teater |
|
Pemandangan dari tempat duduk di teater |
Masa nak balik ini barulah kami lalu di atas titian batu menyeberang sungai yang kami lihat tadi.
|
Titian batu untuk menyeberang sungai |
|
Melangkah untuk menyeberang jambatan |
|
Pemandangan dari titian batu |
|
Burung Bangau yang bertenggek di titi |
|
Seekor lagi bertenggek di sana |
|
Air sungai yang jernih |
|
Nampak ikan yang berenang di dalamnya |
|
Mencari habuan |
|
For the memory... |
|
Pintu keluar dari Cheonjiyeon Waterfall |
|
Melalui kedai cenderamata semula |
|
Goodbye, Grandpa! |
|
Goodbye, Grandma! Hehehehh!!! |
Part 55: Seogwipo Formation
Seperti Tour Guide kami di Busan yang bernama Sarah, Lucas juga seronok menjadi Tour Guide kami di Jeju. Jadi dia seboleh-bolehnya cuba nak menunjukkan berbagai-bagai benda yang ada di sini kepada kami. Salah sebuah tempat yang dibawanya untuk kami melawat adalah di Seogwipo Formation.
|
Lucas nak membawa kami melawat ke Seogwipo Formation |
Seogwipo Formation terletak di tepi laut. Menurut keterangan yang diberi, ia adalah lapisan marine organisms yang terbentuk pada peringkat awal Cenozoic Era dalam kajian geologi. Fossil yang ditemui di sini sangat berharga kerana ia menjadi bukti suasana alam sekitar dan ekosistem lampau di Pulau Jeju. Disebabkan kepentingannya dalam kajian geologi, Soegwipo Formation kini diberi pengiktirafan sebagai Natural Monument of Korea.
|
Banyak fossil hidupan laut ditemui di sini |
|
Fossil hidupan laut ditemui dalam sedimen ini |
|
Contoh fossil yang ditemui |
|
Fossil yang ditemui membuktikan laut di sekitar Jeju lebih panas pada masa lalu |
|
Pemandangan pantai di Seogwipo Formation |
|
Kenangan sebelum meninggalkan Seogwipo Formation |
Bersambung ke Bahagian 22...
CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:
No comments:
New comments are not allowed.