Sunday, 9 March 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 18 (Wadi Tiwi)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]

Bahagian 18: Oman
TIWI (Wadi Tiwi)

HARI KETUJUH (3)

Part 53: Lunch Di Tiwi

Selepas melawat Wadi Shab, tibalah masa untuk kita makan tengah hari. Maher membawa kami ke pekan Tiwi yang berhampiran.

Pemandangan laut di Tiwi
Setibanya di Tiwi, Maher membawa kami ke sebuah restoran yang bernama Anwar Tiwi Restaurant.

Anwar Tiwi Restaurant
Jom masuk ke dalam...
Pemandangan di dalam restoran
Satu lagi pemandangan di dalam restoran
Kedai ini adalah sebuah kedai makan tipikal di Oman. Makanan yang disaji adalah gabungan sajian Arab dan India. Waiter yang melayan kami adalah seorang warga India, jadi beriya dia mempromote makanan India kepada kami. Okeylah, kita cuba makan Hyadrabadi Fish Rice hari ini.

Menu di Anwar Tiwi Restaurant
Sajian di Anwar Tiwi Restaurant. Makanan-makanan tipikal di Oman memang dijual pada harga sekitar OMR 1.6 - 2 (RM 18 - 22) sepinggan.
Hydrabadi Fish Rice 
Selepas makan, Maher membawa kami ke sebuah masjid berhampiran untuk bersolat.

Menyusuri pantai Teluk Oman
Masjid tempatan tempat kami singgah bersolat
Suasana di dalam masjid
Pemandangan masjid dari kejauhan
Selepas bersolat, kami menikmati sebentar keindahan laut Teluk Oman berhampiran.

Pelantar berhampiran masjid untuk menikmati keindahan Teluk Oman
Teluk Oman. Pantai di kawasan sebelah sini memang penuh dengan batu.
Menikmati pemandangan laut
Bot-bot nelayan
Satu lagi pemandangan bot-bot nelayan

Part 54: Wadi Tiwi

Selepas makan, Maher membawa kami melawat ke Wadi Tiwi. Tidak seperti Wadi Shab yang kita lawati pada pagi tadi, Wadi Tiwi lebih mudah dilawati kerana ia boleh dimasuki kereta. Wadi Tiwi ini sebenarnya tidak ada dalam itinerari lawatan kami tetapi Maher yang baik hati membawa kami melawat ke sini sebab dia kesian melihat kami tak larat nak berjalan jauh ke dalam sewaktu melawat ke Wadi Shab tadi.

Arah ke Wadi Tiwi
Menuju ke Wadi Tiwi
Batu-batu di dasar wadi yang akan menjadi dasar sungai sewaktu hujan lebat
Oman adalah salah sebuah dari 8 negara di dunia yang tidak mempunyai sungai kekal. Namun begitu negara ini mempunyai banyak Wadi. Wadi adalah sungai-sungai yang terbentuk sewaktu hujan lebat. Ada ketikanya kadar air yang mengalir lebih banyak dari kadar serapan air ke dalam tanah. Inilah yang membentuk wadi-wadi yang dapat kita lihat di Oman.

Air yang bertakung di Wadi Tiwi
Sebuah rumah penduduk kampung
Pasti pemilik rumah ini seorang yang berada
Berbanding Malaysia yang menerima purata hujan 20-25 cm / tahun, Oman cuma menerima 5-10 cm hujan setahun. Hujan paling banyak diterima di kawasan pergunungan. Sesetengah tempat berhampiran pantai, terutama berhampiran Pulau Masirah adakalanya tidak langsung menerima hujan. 

Perkebunan di kaki gunung
Pasti suasana di sini sangat sejuk di waktu malam
Kerja-kerja membaiki benteng di Wadi Tiwi
Pandangan dekat benteng yang sedang dibaiki
Keluasan keseluruhan negara Oman adalah 309,500 km persegi, sedikit kecil dari Malaysia yang mempunyai keluasan 329,847 km persegi. 82% negara Oman terdiri dari padang pasir dan lurah. 15% pula terdiri dari banjaran gunung dan 3% lagi terdiri dari persisiran pantai. Kawasan yang kami lawati sewaktu di Oman adalah kawasan yang terletak di antara Pergunungan Hajar dengan persisiran pantai Teluk Oman. Di kawasan ini tidak ada padang pasir, hanya gunung-gunung batu yang kelihatan kering dan gondol. Hajar dalam Bahasa Arab bermaksud batu.

Wadi Tiwi yang terletak di kaki Pergunungan Hajar
Batu-batu besar
Kata Maher, banyak wadi di sekitar Oman tidak lagi dipenuhi air begini sekarang disebabkan fenomena climate change
Wadi Tiwi dan Wadi Shab yang kami lawati pagi tadi adalah antara wadi yang masih dipenuhi air pada musim dingin di Oman
Kalau hujan lebat, seluruh batu ini akan tenggelam di dalam air
Menyusuri Wadi Tiwi
Awan yang cantik di Wadi Tiwi
Oman juga memiliki banyak sumber air bawah tanah terutama di kawasan utara dan selatan negara ini. Namun begitu kebanyakan air bawah tanah ini payau dan masin sehingga tidak sesuai digunakan untuk pengairan pertanian ataupun sebagai air minuman. Seperti di kebanyakan negara Arab lain, sumber utama air minuman bagi warga Oman adalah air laut yang disuling.

Pemandangan Wadi Tiwi di musim dingin seperti ini memang kelihatan seperti sebuah sungai kekal
Air di Wadi Tiwi cantik dan jernih
Pemandangan yang sangat menyegarkan mata
Maher memberhentikan kereta di sebuah kawasan di Wadi Tiwi di mana air wadi ini mengalir melintas jalan. Kami turun dari kereta untuk menikmati pemandangan indah wadi di sini.

Air Wadi Tiwi mengalir melintas jalan di sini
Pemandangan air yang melintas jalan di Wadi Tiwi
Kereta pelancong-pelancong lain yang turut berkunjung ke Wadi Tiwi
Disebabkan kehadiran air, kawasan di sekitar Wadi Tiwi dipenuhi dengan tanaman seperti pisang, mangga dan buah tin. Terdapat juga beberapa buah perkampungan di sini.

Pemandangan pokok-pokok tanaman di sekitar Wadi Tiwi
Air di wadi ini sejuk dan nyaman
Bergambar di Wadi Tiwi
Kita pun tak mahu ketinggalan bergambar juga
Jeram kecil di Wadi Tiwi
Pemandangan Pergunungan Hajar di sekitar Wadi Tiwi juga mengkagumkan. Sekali imbas pemandangan di sini kelihatan seperti pemandangan di Grand Canyon atau Yosemite di Amerika sana. Anggap sajalah macam kita sedang berada di Grand Canyon ataupun Yosemite. Hahaha!!!
 
Pemandangan yang bagaikan berada di Grand Canyon
Pemandangan yang ini pulak mungkin seakan berada di Yosemite
Menikmati keindahan di Wadi Tiwi
Bagai bergambar di Grand Canyon
Pemandangan kereta melintas sungai seperti ini juga pernah Myself dan Husband perhatikan sewaktu kami melawat perkampungan Lipu di Guilin, China dahulu.
Sebelum kita meninggalkan Wadi Tiwi, kita ambil kesempatan bergambar kaw-kaw dulu sebab seperti juga di Wadi Shab tadi, hampir pasti sekali ini sajalah seumur hidup kita akan sampai ke sini...

Posing lagi...
Kenangan terakhir di Wadi Tiwi
Wadi Tiwi yang pasti sukar untuk dilupakan
Pergunungan Hajar
Abang menikmati keindahan Wadi Tiwi
Ma'al Salamah (Goodbye)


 Bersambung ke Bahagian 19...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):

No comments: