Wednesday 6 November 2024

2024 SOUTH KOREA (2nd VISIT) BHG. 02 (KL-Incheon-Seoul)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 2: Departure
KUALA LUMPUR - INCHEON - SEOUL STATION

HARI KEDUA (1)

Part 3: Air Asia X (KL - Incheon)

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul-Incheon memakan masa 6 jam 20 minit. Pesawat Air Asia X yang digunakan adalah pesawat wide body Airbus A330-300. Dari pengalaman kami, Myself rasa pesawat Airbus begini lebih lancar menentang turbulence dalam penerbangan berbanding pesawat Boeing.

Ada 2 sesi sajian penerbangan dalam pesawat ini. Sesi pertama adalah sebaik pesawat selamat terbang di udara. Sesi kedua pula adalah kira-kira 2 jam sebelum mendarat di Incheon. Penumpang boleh memilih untuk menikmati makanan mereka pada mana-mana sesi. Disebabkan kami masih kenyang dah dinner sebelum itu, Myself dan Husband memilih sajian pada sesi kedua.

Sajian penerbangan dalam Air Asia X
Suasana sewaktu sajian dihidang kepada penumpang
Pemandangan di luar pesawat
Sajian pilihan Husband ~ Prawn and Chicken Wonton Noodles
Prawn and Chicken Wonton Noodles
Sajian pilihan Myself ~ Cheese Stuffed Omelette
Cheese Stuffed Omelette
Jualan minuman dalam penerbangan
Kita beli Teh Tarik untuk minuman
Air Asia X D7 504 Kuala Lumpur - Seoul Incheon
Disebabkan pesawat ini adalah red-eye flight, Myself dan Husband tertidur hampir sepanjang penerbangan. Alhamdulillah, penerbangan kami juga sangat smooth bermula dari Kuala Lumpur sehingga sampai ke Seoul Incheon dengan hampir tidak langsung berdepan dengan turbulence.

Selepas terbang selama hampir 6 jam, pemandangan bumi Korea muncul dalam pandangan. Welcome To The Land of the Morning Calm...

Land of the Morning Calm adalah gelaran bagi negara Korea.
Subuh menyinsing di bumi Korea
Tiba di Seoul
Terbang menuju ke Incheon Airport
Lampu pesawat dimalapkan untuk persediaan mendarat di Incheon
Turun membuat pendaratan di Incheon Airport
Selamat mendarat di Incheon Airport
Incheon Airport di Seoul, South Korea
Pemandangan sewaktu flight bergerak menuju ke Gate
Pemandangan sewaktu flight sedang docking di Gate Ketibaan
Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat
Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul (Flightradar24)
Berjalan keluar dari pesawat

Part 4: Tiba Di Incheon Airport

Pesawat kami tiba di Incheon Airport pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan. Disebabkan kedudukannya yang jauh lebih ke timur berbanding Malaysia, waktu di Korea adalah sejam lebih awal berbanding negara kita.

Pesawat Air Asia X yang membawa kami dengan selamat dari KL ke Seoul
Menuju ke tempat pemeriksaan imigresen
Baggage Claim bagi pesawat kami adalah di Carousel 10
Suasana awal pagi di Incheon Airport
Pesawat dari Vietnam ~ Vietjet Air
Arah ke Arrivals
Incheon Airport adalah lapangan terbang yang terbesar di Korea Selatan
Berjalan di walkalator
Incheon Airport
Kenangan di Incheon Airport
Punyalah jauh kita berjalan, ingatkan dah sampai ke Passport Control. Rupa-rupanya baru sampai ke train station saja! Kena naik train dulu rupanya untuk sampai ke Passport Control.

Train Station di Incheon Airport
Menunggu train tiba
Train ke Main Terminal dah tiba
Suasana di dalam train
Kenangan di dalam train
Laluan train menuju ke Main Terminal
Tiba di Main Terminal
Kena naik tangga pulak menuju ke Imigresen
Pemeriksaan passport di Imigresen Korea juga cepat dan lancar. Maklumlah sebab segala dokumen perjalanan kami termasuk K-ETA telah disediakan oleh pihak Selamatbercuti. Seperti juga sewaktu di Taiwan dulu, scanner yang digunakan di kaunter Imigresen Korea sangat canggih. Bila dia mengesan yang passport kita berasal dari Malaysia, terus semua arahan diberi dalam Bahasa Melayu.
 
Selepas dah selesai pemeriksaan passport, barulah kita ke Baggage Reclaim. Disebabkan pengalaman melihat ahli rombongan kami yang kehilangan bagasi dalam trip ke Morocco yang lalu, risau juga kalau kita turut mengalami nasib yang serupa. Namun syukur Alhamdulillah sebab semua bagasi kami selamat tiba di Korea.

Baggage Reclaim
Alhamdulillah, semua bagasi dah selamat tiba
Kami menjadi cemas bila mendapati tiada wakil agensi pelancongan di Korea yang menunggu kami di Incheon Airport. Habis semua pintu keluar kami check, memang tak ada sesiapa pun yang menanti kami. Memikirkan yang kami mempunyai tiket perjalanan KTX ke Busan yang dijadual berlepas dari Gwangmyeong Station pada pukul 11.17 pagi, kami terus menghubungi PIC di Malaysia.

Alhamdulillah kerana PIC di Malaysia yang bernama Rebecca sangat responsif. Rupa-rupanya pemandu yang ditugaskan untuk mengambil kami di Incheon Airport mengalami kerosakan kenderaan di lebuhraya. Rebecca dengan pasukannya di Korea segera bertindak mencari pemandu ganti. Kami diminta pergi ke Gate 5 berhampiran kerana pemandu baru akan menunggu di sana.

Kami bertemu dengan Ajusshi (bermaksud Pakcik dalam Bahasa Korea) tersebut di Gate 5. Ajusshi ini walau bagaimanapun tidak boleh berbahasa Inggeris. Mujurlah sekarang dah ada Google Translate. Segala komunikasi kami dengan beliau dibuat menggunakan Google Translate. Ajusshi meminta kami mengikutnya untuk mendapatkan kenderaan di tempat parking kereta di Airport.

Mengikut Ajusshi ke tempat parking kereta
Suasana sewaktu berjalan menuju ke tempat parking kereta
Ajusshi meminta kami menunggu di sini sementara beliau pergi mengambil kereta.

Part 5: Seoul Station

Pada mulanya perasaan cemas kami hilang selepas bertemu dengan Ajusshi yang ditugaskan untuk membawa kami ke Stesen KTX ke Busan. 

Ajusshi yang ditugaskan untuk membawa kami ke Stesen KTX
Meninggalkan Incheon menuju ke Seoul
Incheon Bridge
Pemandangan sewaktu melalui Incheon Bridge
Ajusshi membawa kami menuju ke arah Seoul. Korea adalah sebuah negara yang bergunung-ganang. Banyak terowong yang kami lalui dalam perjalanan menuju ke Seoul.

Lebuhraya
Terowong yang pertama
Pemandangan di dalam terowong
Sebuah lagi terowong yang dilalui
Pemandangan di dalam terowong yang kedua
Banghwa Bridge
Han River
Perasaan cemas kami kembali menerpa bila mendapati Ajusshi telah membawa kami ke Seoul Station dan bukan ke Gwangmyeong Station seperti yang sepatutnya. Sukar juga nak bertanya kepada Ajusshi ini sebab dia tak tahu nak bercakap English.

Tiba di Seoul
Pemandangan Musim Luruh di Korea
Bangunan-bangunan pencakar langit di Seoul
Jambatan menyeberang Sungai Han di Seoul
Bangunan Parlimen Korea
Kotaraya Seoul
Penduduk di kota Seoul
Pusat bandar Seoul
Seoul Station
Panik Ajusshi bila Husband menunjukkan tiket tren KTX kami kepadanya kerana dia baru menyedari yang dia telah tersalah stesen untuk menghantar kami. Terus dia menelefon menghubungi ofis beliau untuk bertanya apa yang perlu dibuat.

Ajusshi kemudian berkomunikasi dengan kami menggunakan Google Translate. Dia memberitahu yang dia akan cuba menukar tiket KTX kami supaya kami boleh bertolak ke Busan dari stesen ini. Dia meminta kami mengikut beliau masuk ke Seoul Station.

Pemandangan di dalam Seoul Station
Pejabat Tiket dan Informasi di Seoul Station. Ajusshi sedang berurusan dengan pihak ofis di Seoul untuk menukar tiket KTX kami.
Sewaktu Ajusshi berurusan dengan ofis beliau di Seoul, kami menghubungi PIC di Malaysia yang bernama Rebecca untuk memaklumkan apa yang berlaku. Rebecca yang mempunyai contact yang rapat dengan agensi di Seoul juga bertindak pantas. Beliau memberitahu agensi di Seoul akan menukar tiket supaya kami dapat bertolak ke Busan dari sini.

Susah juga nak berurusan dengan petugas di Seoul Station kerana mereka tak pandai berbahasa Inggeris. Petugas di Pejabat Tiket memberitahu mereka telah membatalkan tiket kami dari Stesen Gwangmyeong dan membuat refund kepada agensi di Seoul. Untuk memudahkan urusan, kami secara sukarela membeli tiket KTX yang baru ke Busan. Tiket KTX yang terdekat walau bagaimanapun hanya available bagi perjalanan pukul 1.18 tengahari. Tiket ini berharga KRW 119,600 (RM 381) bagi dua orang. Ajusshi juga pergi meninggalkan kami selepas kami mendapat tiket KTX yang baru ke Busan.

Bila Rebecca mendapat tahu yang kami telah membeli tiket baru, dia terus mengatur supaya seorang petugas agensi di Seoul datang menemui kami di Seoul Station untuk membuat cash refund dan membawa kami lunch sebelum berlepas ke Busan. Kira-kira 20 minit kemudian, datanglah petugas tersebut yang bernama Kim menemui kami di Seoul Station.

Husband bergambar bersama Kim
Disebabkan kesilapan yang berlaku, agensi pelancongan di Seoul menaja lunch percuma untuk kami tengahari itu. Kim menemani kami mencari lunch yang sesuai di Seoul Station kerana Seoul Station tidak mempunyai sebarang restoran Halal.

Mengikut Kim mencari lunch di Seoul Station
Restoran makanan Korea di Seoul Station
Ruang makan di Restoran Korea
Setelah membuat pelbagai pertimbangan, Myself dan Husband memilih untuk makan Prawn Burger di Burger King untuk lunch. Kim membantu mencarikan tempat duduk dan seterusnya membuat order untuk kami. Disebabkan restoran Burger King ini agak sesak ketika itu, Kim turut menawarkan diri untuk menjaga bagasi kami di luar sewaktu kami makan di dalam restoran. Thank you very much, Kim!

Restoran Burger King di Seoul Station
Sesuatu yang kami perhatikan sewaktu makan di Restoran Burger King ini adalah Korea Selatan memang sebuah negara yang selamat. Ramai yang kami perhatikan meninggalkan handphone dan handbag dengan begitu selamba di atas meja tanpa penjagaan sewaktu mereka pergi mengambil makanan yang dipesan di kaunter. Tak risau pun kalau handphone atau handbag mereka diambil orang!

Suasana di dalam restoran Burger King
Lunch kami hari ini ~ Prawn Burger Set di Burger King
Selepas lunch, kami duduk berbual dengan Kim. Kim memberitahu kami yang nama keluarganya (Kim) adalah family name yang paling common di Korea. Lebih 20% penduduk di Korea memiliki family name sebagai Kim. Nama keluarga yang kedua terbesar di Korea pula adalah Lee yang digunakan kira-kira 15% penduduknya.

Di sekitar Seoul Station juga, kami dapat melihat ramai anak muda yang memakai uniform tentera. Menurut Kim, kesemua mereka sedang mengikuti khidmat ketenteraan yang diwajibkan kepada semua lelaki warga Korea Selatan. Khidmat ketenteraan ini perlu dilalui selama 3 tahun dan mereka boleh memilih untuk menyertainya pada bila-bila masa di antara usia 18-35 tahun. Namun demikian, ramai warga Korea termasuk Kim sendiri yang memilih untuk mengikuti khidmat ketenteraan ini di awal usia 20-an.

Khidmat ketenteraan wajib ini adalah sebenarnya persediaan Korea Selatan jika tiba-tiba perang meletus dengan negara jiran mereka, Korea Utara. Oleh yang demikian, ramai tentera muda ini yang ditempatkan di kem tentera berdekatan sempadan Korea Utara. Kebanyakan tentera yang kami lihat di Seoul Station ini sebenarnya sedang dalam perjalanan untuk pulang bercuti ke kampung halaman mereka dari sempadan Korea Utara.

Husband bergambar dengan seorang tentera di Seoul Station
Pemandangan suasana di Seoul Station dari luar Restoran Burger King
Jadual perlepasan tren dari Seoul Station
Disebabkan masih ada banyak masa yang terluang sebelum waktu perlepasan kami ke Busan, Kim mencadangkan supaya kami bersiar-siar di sekitar Seoul Station. Kami menyambut baik cadangan Kim. Dalam Seoul Station ini ada sebuah department store besar yang bernama Lotte. Habis seluruh Lotte ini kami pusing.

Bergambar di luar Lotte Department Store di Seoul Station
I Love Seoul
Satu lagi pose di luar Lotte Department Store di Seoul Station
Kami juga turut bersiar-siar untuk menikmati pemandangan luar di depan Seoul Station.

Suasana di depan Seoul Station
Husband bergambar kenangan di depan bangunan Seoul Station
Bangunan berkubah hijau di depan sana adalah bangunan lama Seoul Station


Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:
  • Bahagian 01 [Hari 1] - Departure: Perjalanan Ke Korea Selatan
  • Bahagian 02 [Hari 2] - Arrival : Kuala Lumpur - Incheon - Seoul Station
  • Bahagian 03 [Hari 2] - Busan : KTX Seoul - Busan & Songdo Skywalk
  • Bahagian 04 [Hari 2] - Busan : Gamcheon Culture Village
  • Bahagian 05 [Hari 2] - Busan : Bombay Brau Restaurant & Arban City Hotel
  • Bahagian 06 [Hari 3] - Busan : Gwangalli Beach & Moontan Road Lookout
  • Bahagian 07 [Hari 3] - Busan : Haeundae Beach Train & Cheongsapo Daritdol Sky Walk
  • Bahagian 08 [Hari 3] - Busan : Haedong Yonggul Temple & Busan Cinema Center
  • Bahagian 09 [Hari 3] - Busan : Masjid Al Fattah, Capadoccia Restaurant & BIFF Square
  • Bahagian 10 [Hari 3] - Busan : Jagalchi Market & Little India Restaurant
  • Bahagian 11 [Hari 4] - Jeju : Busan - Jeju & Jeju City
  • Bahagian 12 [Hari 4] - Jeju City : Iho Taewoo Beach & Rainbow Wall
  • Bahagian 13 [Hari 4] - Jeju City : Yongyeon Pond & Yongduam Rock
  • Bahagian 14 [Hari 4] - Jeju City : Dongmun Market & Sanjimul Restaurant
  • Bahagian 15 [Hari 5] - East Jeju : Gueom Stone Salt Flats & Songeup Folk Village
  • Bahagian 16 [Hari 5] - East Jeju : Gwangchigi Beach, Seongsan Ilchulbong & Seongsan-Ojo Geo Trail
  • Bahagian 17 [Hari 5] - South Jeju : Jeongbang Waterfall & Cheonjiyeon Waterfall
  • Bahagian 18 [Hari 5] - South Jeju : Soegwipo Formations, Saeyongyo Bridge, Cheonyeyeon Waterfall & India Kitchen Restaurant
  • Bahagian 19 [Hari 6] - Seoul : Jeju - Seoul & Seoul City
  • Bahagian 20 [Hari 6] - Seoul : N Seoul Tower
  • Bahagian 21 [Hari 6] - Seoul : Myeongdong
  • Bahagian 22 [Hari 6] - Seoul : Traditional Korean Restaurant & Cheonggyecheon Stream
  • Bahagian 23 [Hari 7] - Seoul : Gyeongbokgung Palace
  • Bahagian 24 [Hari 7] - Seoul : National Folk Museum
  • Bahagian 25 [Hari 7] - Seoul : Kkochnuli Deulbap Restaurant & Songhyeon Green Plaza
  • Bahagian 26 [Hari 7] - Seoul : Bukchon Hanok Village, Nanta Show & Kampungku Restaurant
  • Bahagian 27 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjingak
  • Bahagian 28 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjingak Peace Park
  • Bahagian 29 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjin Bridge & Bridge of No Return
  • Bahagian 30 [Hari 8] - DMZ Tour : Third Tunnel, Dora Observatory & Unification Village
  • Bahagian 31 [Hari 8] - Seoul : Itaewon
  • Bahagian 32 [Hari 9] - Going Home : Incheon - Kuala Lumpur

No comments: