Thursday, 13 March 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 20 (Muscat City Tour)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]

Bahagian 20: Oman
MUSCAT (Muscat City Tour)

HARI KELAPAN (1)

Part 58: Pagi Terakhir Di Muscat

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di bumi Oman. Pada malam nanti, kami akan terbang meninggalkan Muscat kembali ke Kuala Lumpur melalui Doha.

Pemandangan dari tingkap bilik penginapan kami di Hotel Ramada Encore by Wyndham Muscat ~ cuma pandangan bangunan di sebelah.
Memandangkan kami akan check-out dari hotel dan terus terbang pulang di sebelah malam nanti, Maher telah mengatur supaya kami check-out pada pukul 10.30 pagi dan terus membuat Muscat City Tour sehingga waktu untuk kami berlepas pulang. Oleh itu, kami turun breakfast lewat sedikit pada pukul 7.30 pagi ini.

Restoran Olive di Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat
Breakfast
Pada pagi ini juga kami mengucapkan goodbye kepada manager di Olive Restaurant yang begitu mesra menyambut dan melayan kami setiap pagi. Beliau yang bernama Seham berasal dari Marrakech di Morocco. Suka betul Seham bila kami memberitahu yang kami dah pernah sampai ke Marrakech.

Seham dah beberapa tahun bekerja di sini. Dia juga mempunyai abang dan beberapa ahli keluarga yang turut bekerja di hotel serata dunia sepertinya. Seham dan family pernah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011. Dia cukup sukakan Malaysia dan bercerita kepada kami tentang pengalamannya melawat ke negara kita. Seham juga gembira bertemu dengan kami kerana jarang sangat nak jumpa orang Malaysia yang datang ke Oman, katanya.

Bergambar dengan Seham yang berasal dari Morocco
Selepas breakfast, Myself dan Husband bersiar-siar lagi di kawasan sekitar hotel.

Pemandangan di depan hotel
Bunga-bunga Petunia yang harum semerbak di depan hotel
Seronok Husband dapat bergambar di sini. Dari awal lagi dia dah memang aim nak duduk bergambar di sini tetapi gagal kerana kerusi ini sentiasa occupied.
Sensor yang dipasang oleh Dewan Bandaraya Muscat pada parking di depan hotel
Bunga-bunga Marigold di depan hotel
Posing-posing dengan bunga Marigold
Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat
Stesen minyak di tepi hotel
Pintu masuk ke hotel
Reception counter

Part 59: Muscat Embassy District
 
Seperti yang diatur, kami check-out dari hotel pada pukul 10.30 pagi dan terus menaiki kereta untuk membuat Muscat City Tour. Bagasi kami disimpan sementara di setor hotel untuk diambil pada petang nanti.

Bangunan Muscat University
Muscat University
Ministry District yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan Kementerian Kerajaan Oman
Ministry District Roundabout
Masjid Mohammed Al Ameen
Tempat pertama yang ditunjukkan oleh Maher kepada kami adalah Embassy District di mana letaknya bangunan-bangunan kedutaan asing di Oman. Disebabkan kami berasal dari Malaysia, Maher turut memandu sehingga ke depan pintu Kedutaan Malaysia di Oman.
 
Menuju ke Embassy District
Mural tempat-tempat menarik Oman di bawah jambatan
Pandangan mural dengan lebih dekat
Arah ke Embassy of Malaysia
Kedutaan Malaysia terletak di depan sana
Kedutaan Malaysia di Oman
Bendera Malaysia yang berkibar megah bersama bendera ASEAN
Pemandangan di Embassy District
Satu lagi pemandangan di Embassy District
Kedutaan Turkiye
Arah ke bangunan kedutaan-kedutaan lain di Muscat
Pancutan air di Embassy District
Hotel-hotel mewah berdekatan Embassy District
Hotel Intercontinental Muscat
Pintu masuk ke Hotel Intercontinental Muscat

Part 60: Qurum Beach

Maher seterusnya membawa kami ke Qurum Beach yang terletak di tengah bandar Muscat. Pantai yang menghadap ke Teluk Oman ini adalah sebuah pantai yang popular di kalangan pelancong dan penduduk Muscat.

Qurum Beach
Pemandangan di Qurum Beach
Tangga turun ke Qurum Beach
Bergambar di Qurum Beach
Tidak seperti pantai yang kami lihat di White Sands Beach yang dipenuhi dengan batu sewaktu melawat ke Bimmah Sinkhole semalam, pantai di Qurum Beach adalah pantai yang berpasir. 

Qurum Beach adalah sebuah pantai yang berpasir
Teluk Oman berhampiran Muscat juga adalah laluan perkapalan yang sibuk. Oleh yang demikian, kita akan sentiasa dapat melihat kapal yang berlayar di tengah lautan.
 
Kapal yang berlayar di Teluk Oman
Pemandangan menghala ke sebelah sana
Pokok-pokok palma di tepi laut
Berjalan di gigi air
Pengunjung-pengunjung ke Qurum Beach
Ombak yang menghempas pantai

Part 61: Royal Opera House Muscat

Dari Qurum Beach, kami dibawa pula melawat ke Royal Opera House Muscat. Ingatkan negeri Orang Putih sahaja yang ada Opera House yang hebat, rupa-rupanya kat Muscat pun ada.
 
Royal Opera House Muscat
Taman di Royal Opera House Muscat
Bergambar di taman Royal Opera House Muscat
Pandangan Royal Opera House Muscat dari taman
Sultan Oman yang terdahulu, Sultan Qaboos sangat meminati seni. Oleh yang demikian, baginda telah menitahkan pembinaan Royal Opera House Muscat pada tahun 2001. Sebelum adanya Royal Opera House ini, pertunjukan seni dan kebudayaan di Oman cuma diadakan di hotel-hotel sekitar Muscat.

Bergambar di depan pintu masuk utama ke Royal Opera House Muscat
Korridor di Royal Opera House Muscat
Pemandangan di korridor Royal Opera House Muscat
Satu lagi pemandangan di korridor
Selepas dah puas melihat pemandangan bangunan dari luar, kita masuk ke dalam Royal Opera House Muscat. Ruang persembahannya boleh dilawati, tetapi ada bayaran dikenakan. Jadi, kami tidak masuk ke sana. Cukuplah sekadar menikmati suasana di Main Foyer sahaja.
 
Pintu masuk ke Royal Opera House Muscat
Suasana di Main Foyer, Royal Opera House Muscat
Pejabat tiket untuk menonton persembahan dan juga melawat ke ruang persembahan Royal Opera House Muscat
Meja marble di Main Foyer
Pintu masuk ke ruang persembahan
Chandelier antik di Main Foyer
Maher kemudiannya membawa kami melawat ke bahagian belakang Royal Opera House Muscat. Di sini ada sebuah shopping mall mewah yang dinamakan sebagai Opera Galleria.

Mengikut Maher ke Opera Galleria
Poster persembahan yang berlangsung di Royal Opera House Muscat
Simone Boccanegra ~ Opera By Giuseppe Verdi
Opera Galleria memang sebuah shopping mall yang mewah. Ada banyak butik-butik mahal yang terdapat di dalamnya. Pemandangannya memang setanding dengan shopping mall mewah yang telah kita lihat di Doha sebelum ini.

Opera Galleria
Pemandangan di dalam Opera Galleria
Butik-butik mewah di Opera Galleria
Sesetengah butik di sini memang menjual barangan-barangan Arab
Lagi suasana di Opera Galleria
Kafe Richoux
Pemandangan Kafe Richoux
Maher terus membawa kami naik ke tingkat atas. Pemandangan di sini juga memang mengkagumkan.

Naik ke tingkat atas
Pemandangan di tingkat atas
Iklan butik pakaian pengantin
Cafe Vero House
Patung kuda tembaga
Satu lagi pemandangan Cafe Vero House
Ada sebuah bangunan di seberang jalan yang disambung dengan sebuah jambatan. Maher membawa kami ke sana pula.

Jambatan ke bangunan di seberang sana
Bergambar di atas jambatan
Pemandangan dari atas jambatan
Jalan di bawah jambatan
Satu lagi pemandangan dari atas jambatan
Ada sebuah dewan pameran di dalam bangunan yang terletak di seberang ini. Pada ketika itu ada sebuah pameran mengenai seorang karyawan seni Arab yang popular sedang berlangsung di sana. Beliau bernama Mohammed bin Abdul Wahab.

Petugas di Ruang Pameran
Pintu masuk ke Ruang Pameran
Keterangan mengenai Mohammed bin Abdul Wahab
Mohammed bin Abdul Wahab
Kita memanglah tidak mengenali Mohammed bin Abdul Wahab, tetapi berdasarkan info yang ditunjukkan di dalam pameran ini, beliau memang seorang yang sangat berbakat seperti seniman agung P. Ramlee di Malaysia. Mohammed bin Abdul Wahab adalah sebenarnya seorang rakyat Egypt. Dari pengalaman kami melawat ke negara-negara Timur Tengah juga, memang kami dapati ramai seniman popular Arab berasal dari negara tersebut.

Barisan seniman dan seniwati Arab yang pernah berkolaborasi dengan Mohammed bin Abdul Wahab
Salah seorang seniwati yang pernah bekerjasama dengan Mohammed bin Abdul Wahab adalah penyanyi popular Mesir yang bernama Ummi Kalsum. Pernah tak anda mendengar suara nyanyian Ummi Kalsum? Kalau tak pernah, cubalah dengar di Youtube. Suaranya memang hebat dan gemersik.

Pakaian yang pernah dipakai oleh Ummi Kalsum
Pameran di sini juga menggunakan teknologi yang sangat canggih. Umpamanya ada hologram Ummi Kalsum yang akan menyanyi live bila kita berdiri dekat dengannya.

Hologram Ummi Kalsum yang menyanyi live bila kita mendekatinya
Gambar 3D panggung persembahan yang sangat hebat
Melihat-lihat bahan pameran
Abang mendengar penerangan dari Maher tentang pameran yang dilihat
Mohammed bin Abdul Wahab
Kami juga sempat melihat sebuah video tentang kerja-kerja di sebalik tabir Royal Opera House Muscat sebelum sesebuah persembahan diadakan. Sebagai seorang bekas jurutera, memang kita kagum melihat kecanggihan mekanisma pentas di Royal Opera House ini.

Opera Carmen yang pernah dipentaskan di Royal Opera House Muscat
Stage set yang canggih di Royal Opera House Muscat
Pentas di Royal Opera House dibina setinggi 4 tingkat
Di akhir lawatan ke Royal Opera House Muscat ini, kami dibawa melawat ke Perpustakaan. Perpustakaan ini bukan sekadar menyimpan buku-buku mengenai persembahan opera di seluruh dunia, ia turut menyimpan pelbagai koleksi alat muzik yang pernah dimiliki oleh Sultan Qaboos.

Perpustakaan di Royal Opera House Muscat
Suasana di dalam perpustakaan
Koleksi buku-buku perpustakaan
Koleksi audio visual
Tangga naik ke atas di perpustakaan
Siling di perpustakaan
Piano milik Sultan Qaboos
Alat-alat muzik lain milik Sultan Qaboos
Bilik untuk menikmati audio visual
Petugas di perpustakaan
Selepas melawat Perpustakaan, tibalah masa untuk kami meninggalkan Royal Opera House Muscat...

Bergambar lagi di jambatan Royal Opera House Muscat
Kerja-kerja pencucian jambatan sedang dilaksanakan
Pemandangan dari jambatan
Meninggalkan Royal Opera House Muscat


 Bersambung ke Bahagian 21...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):

No comments: