Monday, 30 December 2024

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 29 (National Folk Museum)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 29: Seoul Tour
SEOUL (National Folk Museum of Korea)

HARI KETUJUH (3)

Part 74: National Folk Museum

National Folk Museum terletak bersebelahan dengan Gyeongbokgung Palace. Selepas melawat ke Gyeongbokgung Palace, kami melawat pula ke sana.

Pintu keluar dari Gyeongbokgung Palace
Arah ke National Folk Museum of Korea
Bangunan National Folk Museum ini menarik kerana ia berbentuk seperti pagoda.

National Folk Museum of Korea
Replika Pagoda di atas bangunan National Folk Museum of Korea
12 Animals of Chinese Zodiac yang juga diterima sebagai sebahagian kepercayaan rakyat Korea
Pintu masuk ke National Folk Museum of Korea
National Folk Museum of Korea memaparkan pameran mengenai kebudayaan dan cara hidup rakyat Korea bermula dari zaman dahulu sehingga sekarang. Kita lihat beberapa bahan pameran menarik yang ada di dalam muzium ini.

Lobi National Folk Museum of Korea
Muzium ini mempunyai beberapa ruang pameran. Ruang pameran yang dinamakan The Beginning of K-Culture memaparkan pelbagai peralatan yang digunakan dalam kehidupan tradisi rakyat Korea.
  
Guardian Post of Ssanggyesa Temple yang secara simbolik merupakan pelindung dari kejahatan ditempatkan di pintu masuk ke bilik pameran.
Suasana di dalam muzium
Peralatan pertanian tradisional
Pakaian tradisi wanita yang dinamakan Jangot & Jeogori
Tempayan menjeruk makanan yang dinamakan Onggi
Peralatan mengangkut barang yang dinamakan Jige ini dipakai dengan cara menyangkutnya di belakang tubuh orang yang membawa barang
Pakaian tradisional Korea
Warna-warna pada pakaian juga mempunyai makna yang tersendiri
Kiosk informasi
Pameran 4 musim di Korea
Ukiran kayu yang dinamakan Jangsung ini sering didirikan di pintu masuk ke kampung-kampung di Korea
Ukiran kerbau yang dibuat dari kayu
Simbol tradisional yang sering dipasang di hadapan rumah untuk menyambut kedatangan musim bunga
Kincir air
Kerja menuai padi selalunya dilakukan sewaktu di Musim Luruh
Peralatan menuai padi
Peralatan menumbuk padi
Gambaran winter di Korea
Ruang pameran yang dinamakan Permanent Exhibition pula memaparkan diorama kehidupan tradisi masyarakat Korea.
 
Rumah tradisi Korea
Pandangan lebih dekat rumah tradisi orang Korea
Hologram yang menggambarkan aktiviti tipikal kehidupan seharian di rumah tradisional Korea
Gambaran musim luruh di Korea
Jurutulis tradisional
Tabib tradisional
Tabib sedang mengubat pesakit
Perkahwinan tradisional Korea
Pasangan pengantin selalunya dijodohkan oleh keluarga mengikut adat tradisi Korea
Belajar tarian tradisional Korea secara interaktif
Bier untuk perarakan pengebumian
Bier beserta keranda yang diletakkan di atasnya akan diangkut beramai-ramai menuju ke tempat pengebumian
Pemandangan bier dari hadapan
Burial outfit
Replika makanan yang dipersembahkan kepada roh nenek moyang yang telah meninggal dunia
Selepas melawat bahagian dalam muzium, kami melawat pula ke perkarangan muzium. Di satu sudut perkarangan muzium ini ada pameran suasana tipikal negara Korea pada tahun 1970-an dahulu. Berbagai model bangunan dan kedai tipikal yang ada pada masa itu ada di sini.

Berbagai model bangunan tipikal Korea di tahun 1970-an ada di sini
Di sebelah sana ada pameran outdoor yang lebih tradisional. Kita akan melawat ke sana nanti...
Pandangan sebuah bandar kecil di Korea pada tahun 1970-an
Jom kita jalan ke sana...
Kedai menjual snacks (kiri) dan kedai buku (kanan)
Pandangan kedai menjual snack yang tipikal di Korea pada tahun 1970-an
Mengintai ke dalam kedai gunting rambut
Suasana di dalam kedai
Tumpang posing dalam cermin kedai gunting rambut
Kedai memproses bijirin
Suasana di dalam kedai memproses bijirin
Minyak bijirin turut dijual di kedai ini
Pemandangan di luar kedai
Ini juga peralatan untuk memproses minyak masak dari bijirin
Studio Gambar
Suasana di dalam studio gambar
Props untuk bergambar
Pakaian juga disediakan untuk bergambar
Kedai Tukang Jahit
Sauna
Locker dan tempat persalinan
Kolah mandian
Pandangan lebih dekat kolam mandian
Peralatan mandian
Kedai barangan elektrik
TV model lama yang dipamerkan
Nostalgia kita tengok peralatan model lama begini di sini
TV Samsung dan Gold Star model lama. Gold Star adalah nama lama bagi brand LG.
Periuk nasi model dulu-dulu
Suasana di Malaysia juga lebih kurang begini pada tahun 1970-an dulu
Coffee & Music Shop
Suasana di dalam Music & Coffee Shop
Music Box
Kaunter
Dah lama kita tidak tengok telefon begini
Koleksi Piring Hitam yang dipamerkan di dinding
Suasana di dalam kedai
Pasti ini tempat duduk popular di kalangan pengunjung
Bergambar kenangan di Korea 1970-an
Selepas melawat kedai-kedai 1970-an ini, kita pergi pula melawat ke sebuah model bangunan sekolah berhampiran.

Jom kita melawat model bangunan sekolah di sana...
Pemandangan ke arah bangunan National Folk Museum yang kami lawati tadi
Model bangunan sekolah
Korridor sekolah
Suasana di dalam kelas
Macam suasana sekolah rendah di Malaysia juga
Lukisan-lukisan yang cantik turut dipamer di belakang kelas
Selepas dah melawat budaya Korea yang moden, kita melawat pula ke budaya Korea yang purba.

Seksyen budaya Korea purba terletak di sana
Berjalan ke arah Korea purba
Suasana di sini tenang dan damai
Patung pegawai-pegawai kerajaan yang terkenal pada masa dahulu
Sudah pasti batu-batu diukir mengikut rupa sebenar pegawai kerajaan yang berkenaan
Stone Altar tempat meletakkan colok dan bahan-bahan sembahan dalam upacara sembahyang
Rotary Grinding Mill yang digunakan untuk menggiling tepung
Bangsal untuk menyimpan benih padi
Patung-patung batu di sebelah kiri ini adalah Stone Statues of Civil Officials
Lagi pemandangan patung pegawai-pegawai Kerajaan
Pelawat-pelawat yang datang melawat bersama kami
Stone Guardian
Berbagai bentuk Stone Guardian yang disembah oleh masyarakat Korea purba
Great General of Purification
Memorial Building and Gate for the Filial Piety
Memorial ini dibina oleh anak yang taat untuk mengenang jasa bapa
Pandangan dari sisi
Menangkap gambar Gate for the Filial Piety
Siling di bawah Gate for the Filial Piety
Sedih je rupanya...
Totem penjaga pintu masuk ke kampung
Banyak jenis juga rupanya Totem ini
Timbunan batu yang digunakan bagi tujuan sembahyang. Kita banyak melihat timbunan batu ini sewaktu melawat ke Haedong Yonggung Temple di Busan dulu.
Ada ukiran burung yang diletakkan di atas salah sebuah timbunan batu ini
Pandangan ukiran burung dengan lebih dekat
Laluan keluar dari National Folk Museum of Korea


Bersambung ke Bahagian 30...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: