Sunday, 5 January 2025

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 32 (Imjingak Peace Park 1)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 32: Demilitarized Zone (DMZ)
IMJINGAK (Imjingak Peace Park 1)

HARI KELAPAN (1)

Part 80: Perjalanan ke DMZ

Program Hari Kelapan sangat istimewa kerana kami akan melawat ke sempadan Korea Selatan dengan Korea Utara yang dinamakan sebagai Demilitarized Zone (DMZ). Disebabkan perjalanan akan bermula awal, kami terpaksa turun awal breakfast di Hotel Bernoui Seoul pagi ini.

Restoran breakfast di Hotel Bernoui Seoul
Makanan Tidak Halal ditandakan dengan jelas pada buffet breakfast
Kaunter minuman panas. Cuma ada coffee dan green tea sahaja di sini
Suasana waktu breakfast
Pilih makan Vegetable Fried Rice pagi ini
Seperti yang dijanjikan, tepat pukul 8.30 pagi Clara datang menjemput kami di hotel untuk menuju ke Demilitarized Zone. Sebaik sampai dia terus mengingatkan kami supaya membawa passport bersama. Ini adalah kerana passport diperlukan untuk melawat ke DMZ.

Memulakan perjalanan menuju ke DMZ
Hotel Bernoui Seoul yang menjadi tempat penginapan kami di Seoul
Bangunan-bangunan tinggi di Seoul
Bukit ini pada asalnya adalah sebuah tapak pelupusan sampah (landfill) yang telah ditebus guna
Pemandangan awal pagi di Seoul
Awan pagi yang berarak
Lori perkhidmatan pembersihan
Terowong yang merentas bandar Seoul
Golf Driving Range
Satu lagi pemandangan Golf Driving Range
Traffic jam
Kawasan Gimpo Airport
Sebaik masuk ke lebuhraya di luar bandar Seoul, Clara meminta kami memakai seat belt kerana ia diwajibkan sewaktu kenderaan bergerak di lebuhraya. Had laju di lebuhraya ini adalah 90 km/jam. Bising sungguh GPS Lady berleter dan memberi amaran bila Clara memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
 
Sungai Imjin yang memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan
Pesawat yang hendak mendarat di Seoul
Alamak, hujan pulak!
Banyak bangunan tentera mula dilihat sekarang
Lebuhraya menuju ke Korea Utara
Tak tahu apa bangunan yang berbentuk kapal di depan sana
Destinasi kami pada pagi ini adalah ke Imjingak
Terkejut juga melihat ada pembangunan sebegini begitu hampir dengan sempadan Korea Utara
Pos tentera
Perjalanan dari Seoul ke DMZ memakan masa hampir sejam. Memang tak terfikir dengan akal betapa dekat sebenarnya ibukota Korea Selatan ini dengan sempadan negara musuhnya, Korea Utara. Lebuhraya yang kami lalui menjadi semakin sempit dan mengecil bila menghampiri sempadan Korea Utara.

Lebuhraya menjadi sempit dan mengecil bila menghampiri sempadan Korea Utara
Semakin hampir ke sempadan
Bunga-bunga liar yang berkembang mekar menandakan kawasan ini jauh dari gangguan manusia
Pos kawalan di Paju
Tiba di Imjingak

Part 81 : Imjingak

Imjingak adalah salah sebuah pintu masuk bagi melawat ke DMZ yang merupakan sebuah kawasan tentera. Sekiranya kita datang bersendirian tanpa mengikut mana-mana group tour rasmi, perjalanan kita di DMZ hanya setakat ini. Pelawat perlu bergerak secara berkumpulan untuk masuk ke kawasan Joint Security Area (JSA) yang ditadbir secara bersama oleh tentera United Nations (UN) di sebelah Korea Selatan dan tentera bersama Korea Utara-China di sebelah Korea Utara.

Imjingak
Suspen juga sebenarnya sewaktu kita tiba di Imjingak kerana kita tahu tempat ini sangat hampir dengan Korea Utara dan macam-macam cerita kita pernah dengar tentang negara tersebut. Disebabkan hubungan Korea Selatan dengan Korea Utara memang tengah tegang ketika ini, Clara memberitahu ada tempat-tempat di DMZ yang ditutup kepada pelancong sekarang bagi tujuan keselamatan. Ada kalanya juga seluruh DMZ akan ditutup bila keadaan benar-benar tegang. Dengan maklumat begitu yang kita perolehi, terperanjat juga bila kita mendapati dah ramai pelawat yang tiba di Imjingak di awal pagi begini. Kita juga merasa lega kerana kami tidak bersendirian di sempadan Korea Utara dengan Korea Selatan ini.

Suasana di Imjingak
Dah banyak bas pelancong parking di sini ketika itu
Bangunan Visitor Center di Imjingak
Cable car Peace Gondola di belakang Visitor Center
Setibanya di Imjingak, kami menyerahkan passport kepada Clara untuk membolehkan dia menguruskan pendaftaran lawatan ke JSA. Sambil menunggu Clara, Myself dan Husband bersiar-siar melihat suasana di sekitar.

Outdoor cafe di Visitor Center
Pelawat berkumpulan yang baru tiba di DMZ dari Seoul
Korean Peninsula Ecological Peace Tourism Information Center
Bergambar di depan Korean Peninsula Ecological Peace Tourism Information Center
Ada juga sebuah Theme Park di sini untuk hiburan kanak-kanak yang datang melawat DMZ bersama keluarga mereka
Lama juga kami menunggu Clara menguruskan pendaftaran lawatan kami. Sambil menunggu, kami membuat keputusan untuk masuk ke dalam bangunan Visitor Center untuk melihat suasana di dalamnya.
 
Bangunan Visitor Center di mana pendaftaran lawatan perlu dibuat
Information Office di dalam bangunan Visitor Center
Kaunter pendaftaran lawatan
Peta DMZ
Clara datang menemui kami selepas selesai urusan pendaftaran. Disebabkan ada ramai pengunjung hari ini, kami mendapat tiket tour ke JSA pada pukul 1.30 tengah hari. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 11 pagi, aduh apa nak dibuat sehingga ke waktu itu? "Don't worry, there are lots to see here," kata Clara.

Part 82 : Perang Korea

Sebelum kita melawat Imjingak Peace Park dan Joint Security Area (JSA), kita perlulah mengetahui tentang sejarah Perang Korea untuk membolehkan kita lebih memahami perkara-perkara yang akan kita lihat. 

Korea pada asalnya adalah sebuah negara yang bersatu di bawah pemerintahan Dinasti Joseon. Pemerintahan Dinasti Joseon adalah berlandaskan ajaran Confucius yang menekankan moral, kebenaran dan etika. Ia bagaimanapun runtuh selepas seluruh Korea ditakluk oleh Jepun pada tahun 1910.

Jepun yang sangat berkuasa di hampir seluruh benua Asia sewaktu Perang Dunia Kedua tewas kepada Tentera Bersekutu yang dipimpin oleh Amerika Syarikat pada tahun 1945. Ekoran dari kekalahan ini, Korea dipisahkan menjadi dua bahagian di bawah Soviet Union (kini dikenali sebagai Russia) di utara dan Amerika Syarikat di selatan. Kedua-dua Korea kemudiannya menubuhkan kerajaan sah masing-masing pada tahun 1948 yang bernama Democratic People's Republic of Korea (DPRK) di Korea Utara dan Republic of Korea (ROK) di Korea Selatan. Kedua-dua kerajaan mendakwa mereka adalah kerajaan yang sah untuk mentadbir seluruh Semenanjung Korea.

Perang Korea yang berlangsung dari 1950-1953 bermula sebagai Perang Saudara di antara kedua-dua kerajaan Korea Utara dengan Korea Selatan. Pada 25 Jun 1950, tentera Korea Utara yang dibekalkan dengan peralatan tentera dari Soviet Union menyeberang garis lintang 38' yang menjadi sempadan pemisah di antara kedua-dua negara. Perlanggaran ini mendapat kecaman dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations atau UN) yang mendesak Korea Utara supaya berundur dari Korea Selatan.

UN turut menubuhkan sebuah pasukan tentera yang terdiri dari Amerika Syarikat, Great Britain, Australia, Canada, India, New Zealand dan South Africa untuk membantu Korea Selatan. China turut menyertai perang ini pada tahun 1950 sebagai bantahan kepada campur tangan Amerika dengan membantu tentera Korea Utara.
 
Korean War Memorial di Washington DC, USA [Ihsan dari Google]
Peperangan yang berlangsung selama 3 tahun ini mengorbankan lebih sejuta tentera dan sehingga 2-3 juta rakyat biasa. Ia diberhentikan melalui Perjanjian Gencatan Senjata yang ditandatangani pada 27 Julai 1953. Perjanjian ini membolehkan kedua-dua pihak yang bertelagah membuat pertukaran tawanan dan mewujudkan sebuah Demilitarized Zone (DMZ) selebar 2.5 batu (4 km) di sepanjang sempadan bersama. Perang Korea sering dilabel sebagai Forgotten War kerana walaupun berlaku pada skala yang sangat besar, ia tidak mendapat liputan dan perhatian seperti Perang Vietnam dan Perang Dunia Kedua. Perang ini dikenali sebagai 625 War di Korea Selatan sempena tarikh meletusnya perang tersebut pada 25 Jun 1950. Di Korea Utara pula, ia dikenali sebagai Fatherland Liberation War.

Namun sesuatu yang perlu kita ketahui ialah secara teknikal, Perang Korea masih belum berakhir sehingga sekarang kerana hanya Perjanjian Gencatan Senjata sahaja yang pernah ditandatangani. Perjanjian untuk menamatkan perang tidak pernah ditandatangani sehingga ke hari ini. Disebabkan perkara inilah, sebarang provokasi ketenteraan yang dibuat oleh mana-mana pihak di antara kedua-dua negara ini akan menimbulkan ketegangan dan kebimbangan di Korea dan peringkat antarabangsa.

Part 83 : Imjingak Peace Park (1)

Okey, lepas dah belajar serba sedikit tentang sejarah Perang Korea marilah kita melawat ke Imjingak Peace Park. Taman ini terletak di atas bukit, dekat-dekat Visitor Center juga tetapi kita memang tak nampak jika dipandang dari Visitor Center sendiri. Kita berjalan kaki saja ke sana...

Berjalan menuju ke Imjingak Peace Park
Pemandangan ke arah Visitor Center dari pintu masuk ke Imjingak Peace Park
Tempat pertama yang ditunjukkan oleh Clara kepada kami di Imjingak Peace Park adalah sebuah loceng besar yang dinamakan Peace Bell. 

Peace Bell
Sejak perpisahan Korea Utara dengan Korea Selatan, ramai rakyat Korea yang berharap agar kedua-dua negara akan bersatu kembali sebagai sebuah negara. Harapan ini masih dipegang oleh ramai rakyat dewasa Korea Selatan seperti Clara kerana ramai di antara mereka yang masih mempunyai kaum keluarga di Korea Utara yang terpisah sewaktu perang. Harapan ini walau bagaimanapun tidak lagi dipegang oleh ramai generasi muda di Korea Selatan. Ini adalah kerana mereka beranggapan kemakmuran yang dinikmati oleh Korea Selatan sekarang boleh terganggu-gugat kalau mereka bersatu dengan Korea Utara.

Peace Bell
Pandangan Peace Bell dari satu sudut
Peace Bell ini bersaiz diameter 2.23 meter dan mempunyai ketinggian 3.8 meter. Beratnya adalah 21 ton.
Tulisan ini bermaksud The Bell Tower of Peace
Loceng ini dibina oleh pemerintah dan penduduk Gyeonggi Province yang bersempadan dengan Korea Utara ini pada tahun 2000 sebagai simbol harapan untuk penyatuan. Pelawat yang menyokong penyatuan turut dijemput untuk membunyikan loceng ini tetapi bukanlah secara percuma. Tiket yang berharga KRW 10,000 (RM 31) dikenakan jika nak membunyikan loceng ini secara individu ataupun berkumpulan. Tujuh dentingan dibenarkan dengan menggunakan setiap tiket.
 
Pelawat dijemput untuk membunyikan loceng ini sebagai tanda sokongan ke arah penyatuan Korea Utara dengan Korea Selatan
Peraturan untuk membunyikan loceng
Selepas itu Clara membawa kami pula melihat cable car Peace Gondola yang dilihat dari belakang bangunan Korea Peninsula Ecological Peace Tourism Information Center.

Melihat cable car dari belakang bangunan Korea Peninsula Ecological Peace Tourism Information Center
Cable Car yang dinamakan Peace Gondola
Peace Gondola
Cable car ini sangat mengujakan sejak kami sampai di Imjingak lagi. Pada mulanya kami memang berhasrat nak menaikinya kerana menyangka kita boleh melihat Korea Utara dari atas cable car ini. Hasrat ini walau bagaimanapun dibatalkan bila Clara memberitahu keseluruhan laluan cable car ini berada di wilayah Korea Selatan. Semua pemandangan yang dilihat dari cable car adalah tanah Korea Selatan. Tak nampak langsung JSA ataupun Korea Utara dari cable car ini.

Kata Clara, bukit di seberang sana yang merupakan stesen akhir cable car juga berada di dalam wilayah Korea Selatan
Kita tak dapat nak melihat pemandangan Korea Utara dari Peace Gondola ini.
Ada kawasan pertanian yang dapat kita perhatikan di DMZ ini. Kata Clara, ia adalah milik penduduk yang memang berasal dari sini sejak dari zaman perang. Mereka dibenarkan terus tinggal dan bercucuk tanam di kawasan ini tetapi dengan kebenaran khas di mana mereka perlu memiliki kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Penduduk yang memiliki kad pengenalan ini juga dikecualikan dari kerahan tentera yang diwajibkan kepada semua lelaki rakyat Korea Selatan.
 
Ladang pertanian yang diusahakan oleh penduduk khas DMZ
Luas juga tanah ladang yang diusahakan oleh penduduk di DMZ ini
Dari sini juga kita dapat melihat Imjin Bridge yang musnah dibom sewaktu Perang Korea. Jambatan ini adalah jambatan keretapi yang satu masa dahulu menyambungkan Korea Utara dengan Korea Selatan.

Pemandangan menghala ke Imjin Bridge
Pemandangan ke arah jambatan yang musnah
Struktur jambatan yang masih tinggal selepas dibom dalam Perang Korea
Perang Korea dikenali sebagai 6-25 War di Korea Selatan
Kemudian kita dibawa melihat pula koleksi Stones of Peace. Stones of Peace adalah koleksi batu dari 86 buah medan perang di 64 buah negara. Ada juga sebutir batu di dalam koleksi ini yang berasal dari tapak Pacific War sewaktu Perang Dunia Kedua di Kuala Lumpur, Malaysia.

Stones of Peace
Pemandangan koleksi batu dengan lebih dekat
Koleksi batu no. 49 adalah berasal dari negara kita, Malaysia
Antara senarai tapak peperangan di seluruh dunia


Bersambung ke Bahagian 33...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: