Wednesday, 15 January 2025

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 37 (Itaewon)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 37: Seoul Tour
SEOUL (Itaewon)

HARI KELAPAN (6)

Part 90: Itaewon

Selepas selesai lawatan di DMZ, kami pulang ke Seoul.

Pulang ke Seoul
Tiba kembali di Seoul
Hari dah senja sewaktu kami tiba di Seoul
Bukit ini adalah sebenarnya sebuah tapak buangan sampah (landfill) yang telah ditebus guna
Pemandangan mentari petang yang sedang terbenam di Seoul
Kotaraya Seoul
Setibanya di Seoul, Clara terus membawa kami ke Itaewon untuk makan malam. Itaewon adalah sebuah kawasan international di Seoul. Di sini ada banyak kedai dan restoran antarabangsa yang pastinya tourist friendly kepada pelancong asing.

Itaewon
Jalan-jalan di Itaewon
Seperti di mana-mana juga di Seoul, tempat letak kereta kami memang terletak jauh dari tempat tujuan. Sambil berjalan menuju ke restoran, kita nikmati suasana malam di Itaewon. Di sini ada banyak kedai-kedai yang hebat dan elegant.

Hyundai Music Library
Ada banyak koleksi piring hitam di dalam Music Library ini
Membawa anjing bersiar-siar di Itaewon
Ada banyak anjing yang bersiar-siar dengan tuan masing-masing malam ini
Seekor lagi anjing yang sedang bersiar-siar dengan tuannya di Itaewon
Bangunan di depan sana adalah milik syarikat pengiklanan yang terbesar di Korea Selatan
Kellihatan macam masih ada ramai staff yang bekerja di dalamnya malam ini
Iklan laser di zebra crossing di Itaewon
Lampu isyarat pejalan kaki yang direka khas untuk orang yang sering leka bermain handphone sewaktu berjalan
Pemandangan malam di Itaewon

Part 91: Kervan Restaurant

Dinner kami malam ini adalah di sebuah kedai Turki yang bernama Kervan Restaurant.

Kervan Restaurant
Kita lihat suasana di dalam Kervan Restaurant...

Suasana di dalam Kervan Restaurant
Seperti juga banyak restoran asing yang lain di Korea, pekerja di dalam restoran ini ramai yang terdiri dari orang Korea sendiri
Model makanan yang dijual di Kervan Restaurant
Disebabkan restoran ini adalah sebuah restoran Turki, hiasan dalamannya juga banyak bermotif Turki
Cashier counter
Makanan yang dihidangkan di Kervan Restaurant tidak mengecewakan. Tetapi memang memeranjatkan kerana walaupun kita memesan makanan small size, saiz makanan yang datang macam large size. Disebabkan tak percaya dengan saiz makanan yang sampai, terpaksalah kita memanggil waiter untuk memastikan yang makanan kami memang small size. Memang betul small size mereka bersaiz begitu. Hahaha!!

Dinner di Kervan Restaurant
Meninggalkan Kervan Resturant selepas dinner
Ada sebuah masjid yang besar bernama Seoul Central Mosque di Itaewon. Clara ada menawarkan nak membawa kami melawat ke masjid ini tetapi disebabkan kami dah penat dan kami terpaksa berjalan menaiki bukit untuk mendapatkannya, kami tidak pergi ke sana. Jadi kami terus berjalan menuju ke tempat parking kereta untuk pulang ke hotel.

Zebra Crossing yang bersimpang-siur di Itaewon
Berjalan menuju ke tempat parking
Liquor Store
Arak yang dijual di Liquor Store
Kedai daging
Kalau berjalan di Seoul, jangan ignore lampu isyarat yang dipasang di lantai ini
Dah boleh jalan bila lampu bertukar hijau
Pemandangan malam di Itaewon
Bangunan Music Library di Itaewon yang kami lalui masa nak pergi ke restoran tadi memang menarik perhatian. Jadi kita singgah sebentar untuk melihatnya dengan lebih dekat dari luar dalam perjalanan nak menuju ke tempat parking.

Music Library
Husband berposing di depan Music Library
Posing berdua pulak...
Tayangan video yang hebat pada bangunan Music Library
Koleksi piring hitam di dalam Music Library yang dilihat dari luar
Meninggalkan Music Library
Semakin banyak kita berjalan di Itaewon, semakin banyak kedai-kedai canggih yang kita jumpa...

Restoran Maxim Plant
Kat sinilah kita jumpa banyak anjing yang bersiar-siar dengan tuan mereka tadi, tapi semua dah balik tidur kot...
Butik Hunter
Pintu masuk ke butik Hunter
Butik Diesel
 Bunga cantik yang menghias jalan di Itaewon
Kolon Sport
Kata Clara kepada kami, Kolon Sport ini adalah pakaian sukan jenama Korea
Iklan pada dinding di luar butik Kolon Sport ini memang hebat
Ambulan sedang parking di tepi jalan. Mungkin ada kecemasan berlaku di situ.
Kami juga bertemu dengan sebuah bakery cafe yang canggih bernama Passion 5. Bangunannya sangat besar dan hebat sehingga dari luar kelihatan seperti sebuah shopping mall. Walaupun nampak macam sebuah outlet yang mahal, ramai juga pengunjungnya. Mungkin mereka ingin menikmati coffee in style di sini.

Bakery cafe Passion 5
Suasana di depan Passion 5
Pintu masuk ke Passion 5
Walaupun kita tak duduk minum kopi di sini, kita tetap masuk sekejap untuk menikmati pemandangan suasana di dalam Passion 5 ini...
 
Tangga ke courtyard Passion 5 yang dikelilingi kolam air
Chandelier di tengah courtyard
Passion 5
Rupa-rupanya, parking kereta kami memang terletak di belakang bangunan Passion 5 ini...

Membelok ke belakang Passion 5 untuk menuju ke tempat parking
Berjalan menuju ke tempat parking
Dari Itaewon, kami menaiki kereta kembali ke hotel penginapan kami Hotel Bernoui Seoul yang terletak di Guro District. Malam ini adalah malam terakhir kami di Korea kerana pada esok hari kami akan pulang ke Malaysia.

Pulang ke Hotel Bernoui Seoul
Apartment-apartment kediaman di Seoul
Pemandangan kota Seoul di seberang Han River
Suasana malam terakhir kami di Seoul
Salah sebuah bangunan milik Hyundai di Seoul
Gocheok Sky Dome yang merupakan sebuah stadium baseball
Tiba di Hotel Bernoui Seoul


 Bersambung ke Bahagian 38...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:


No comments: