Wednesday, 1 January 2025

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 30 (Bukchon Hanok Village 1)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 30: Seoul Tour
SEOUL (Songhyeon Green Plaza, Kkochnuli Deulbap Restaurant & Bukchon Hanok Village 1)

HARI KETUJUH (4)

Part 75: Songhyeon Green Plaza

Disebabkan ketika itu telah tengah hari dan tidak ada kedai makan Halal yang berdekatan, Clara mencadangkan kami makan tengah hari di sebuah restoran vegetarian yang berhampiran. Kami bersetuju dengan cadangan Clara. Kita makanlah apa yang boleh dimakan di sana nanti.

Berjalan keluar dari National Folk Museum of Korea
Sambil berjalan, Clara menunjukkan kepada kami pokok-pokok Gingko yang ditanam di tepi jalan. Kata Clara, pokok Gingko ini ada yang jantan dan ada yang betina. Pokok betina akan mengeluarkan buah dan bila buah ini jatuh ke tanah ia akan mengeluarkan bau yang busuk. Oleh yang demikian, Kerajaan Korea telah mengeluarkan arahan supaya hanya pokok Gingko jantan saja yang ditanam di tepi jalan berhampiran Gyeongbokgung Palace ini. 

Pokok-pokok Gingko yang ditanam di tepi jalan di luar Gyeongbokgung Palace
Hanya pokok Gingko jantan yang ditanam di sini kerana pokok Gingko betina akan mengeluarkan buah yang berbau busuk bila jatuh ke tanah.
Lagi pemandangan pokok Gingko yang ditanam di tepi jalan berhampiran Gyeongbokgung Palace
Menyeberang jalan nak menuju ke restoran vegetarian
Lantern
Masuk ke sebuah lorong kecil nak menuju ke belakang bangunan
Lalu di tepi sebuah Buddhist Temple
Jalan lagi kat depan sana
Naik tangga pulak
Restoran vegetarian ini bernama Kkochnuli Deulbap Restaurant yang bermaksud Flower Nuri Deulbap Restaurant. Popular sangat restoran ini rupanya kerana ia penuh sewaktu kami tiba dan ramai juga yang sedang menunggu giliran masuk. Jadi Clara terus mendaftar nama kami dalam waiting list. Walau bagaimanapun kami diberitahu giliran kami mungkin sampai dalam setengah jam lagi.

Pintu masuk ke Kkochnuli Deulbap Restaurant
Memandangkan giliran kami masih lama lagi, Clara mencadangkan kami bersiar-siar dulu di sebuah taman berhampiran yang bernama Songhyeon Green Plaza. Kami terus bersetuju dengan cadangan Clara.

Songhyeon Green Plaza terletak hanya di seberang jalan dari Kkochnuli Deulbap Restaurant
Clara menunjukkan kepada kami pintu masuk ke Songhyeon Green Plaza
Songhyeon Green Plaza
Songhyeon Green Plaza ini pada asalnya adalah sebidang tanah milik syarikat penerbangan Korean Air. Korean Air memang bercadang nak membina sebuah bangunan tinggi di sini tetapi cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Kerajaan Korea kerana lokasi tanah ini sangat hampir dengan Gyeongbokgung Palace yang merupakan historical site terpenting di negara itu. Oleh yang demikian, Kerajaan Korea telah membeli tanah ini dari Korean Air dan menjadikannya sebuah taman awam.

Suasana di Songhyeon Green Plaza
Bunga-bunga cantik yang berkembang mekar di Songhyeon Green Plaza
Bunga Carnation
Disebabkan ada banyak bangunan pejabat di sekitarnya dan ketika itu adalah waktu lunch, ramai kami lihat pekerja-pekerja pejabat yang datang berehat dan memakan bekalan makanan masing-masing di sini.
 
Ramai pekerja pejabat yang berehat sambil makan lunch di sini
Ada banyak juga arca modern art yang ditempatkan di sini. Sambil berjalan, kita cuci-cuci mata melihat beberapa modern art yang dipamerkan.
 
Antara Modern Art yang dipamerkan di Songhyeon Green Plaza
Modern art ini dinamakan Memory Weed
Pemandangan Memory Weed dengan lebih dekat
Kumpulan pelancong dari Indonesia yang bergaya dengan pakaian tradisional Korea
Bersantai bersama pekerja ofis di Songhyeon Green Plaza
Wing-Horse of Sky
Beberapa modern art yang lain
Berjalan kembali ke Kkochnuli Deulbap Restaurant
Restoran Kkochnuli Deulbap terletak di bangunan sana

Part 76: Kkochnuli Deulbap Restaurant
 
Selepas kira-kira setengah jam, kami kembali ke Kkochnuli Deulbap Restaurant

Tiba kembali ke Kkochnuli Deulbap Restaurant
Tiba kembali ke Kkochnuli Deulbap Restaurant
Pintu masuk ke Kkochnuli Deulbap Restaurant
Pintu masuk yang sebenar ke Kkochnuli Deulbap Restaurant
Sewaktu kami tiba, rupa-rupanya giliran kami masih jauh lagi. Kami terus duduk menunggu sehingga dijemput masuk ke dalam. Waktu itu Clara meninggalkan kami sebentar kerana nak memindahkan kereta ke parking yang lebih dekat. Tetapi sebelum itu, beriya dia berpesan dan menunjukkan kami kepada petugas restoran, takut-takut giliran kami sampai sebelum dia sempat tiba kembali. Memang giliran kami sampai sebelum Clara sempat tiba, tetapi kami mendapat layanan yang sangat istimewa dari petugas restoran seperti pesanan Clara kepada mereka.

Pengunjung yang menunggu giliran untuk masuk ke dalam restoran
Suasana di dalam restoran
Selepas kita duduk di meja pelbagai jenis lauk vegetarian dihidangkan kepada kita. Myself bukanlah seorang penggemar sayur, jadi kita telan saja lauk yang dihidangkan. Tetapi memang Myself tak sangka yang ada di antara lauk vegetarian ini sedap rasanya. Pengalaman ini mengingatkan Myself kepada pengalaman sewaktu kami melawat ke New Delhi di India dulu. Di sana juga kami ada memakan makanan vegetarian dan seperti di sini, ada hidangan vegetarian yang sedap dan mengenyangkan. Jadi kesimpulannya, jangan sekali-kali memandang rendah pada rasa makanan vegetarian walaupun kita seorang yang bukan peminat sayur. Hahaha!!
 
Pelbagai lauk vegetarian yang dihidangkan
Seperti yang diajar oleh Clara semalam, kita rendam kerak nasi untuk dimakan sebagai bubur di akhir sajian mengikut cara orang Korea.
Petugas di Kkochnuli Deulbap Restaurant
Restoran ini bukan sahaja dikunjungi warga Korea, malah ramai pelancong asing termasuk kami
Suatu yang istimewa tentang makanan di Kkochnuli Deulbap Restaurant ini ialah ada refill percuma kepada mana-mana lauk yang ingin ditambah. Tetapi hidangan tambah ini perlu diambil sendiri di kaunter yang disediakan.

Kaunter lauk tambah percuma di Kkochnuli Deulbap Restaurant
Disebabkan lunch hari ini tidak termasuk dalam pakej percutian, terpaksalah dibayar sendiri
Hiasan menarik dekat kaunter pembayaran

Part 77: Bukchon Hanok Village (1)

Lawatan kami yang seterusnya pada hari ini ialah ke sebuah kawasan perumahan tradisional yang dinamakan Bukchon Hanok Village.

Bukchon Hanok Village
Memandangkan Bukchon Hanok Village adalah sebuah perkampungan tradisional, ramai yang turut mengambil kesempatan menggayakan pakaian tradisional Korea di sini.
Bukchon Hanok Village mempunyai lebih dari 900 kediaman bercirikan senibina Korea. Ia adalah tempat kediaman pegawai-pegawai tinggi kerajaan di zaman Dinasti Joseon. Namun demikian, mereka telah diusir keluar dari perkampungan ini sewaktu Jepun datang memerintah. Seorang bekas pegawai tinggi Kerajaan di zaman Joseon ini kemudiannya telah membeli kembali kawasan ini dari Jepun dan menjualnya dalam lot-lot yang lebih kecil kepada rakyat Korea untuk dijadikan kediaman.

Seperti juga kebanyakan tempat di Seoul, Bukchon Hanok Village dibina di atas bukit yang tinggi.
Seperti Songeup Folk Village yang kita lawati di Jeju dulu, Bukchon Hanok Village juga masih menjadi kediaman rakyat tempatan. Oleh yang demikian, pengunjung diminta tidak membuat bising sewaktu melawat ke sini.

Jalan utama di Bukchon Hanok Village
Bergambar kenangan di Bukchon Hanok Village
Pemandangan kota Seoul yang moden dari Bukchon Hanok Village
Tidak banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dibuat di Bukchon Hanok Village selain menikmati keindahan senibina bangunan-bangunan tradisional. Kebanyakan bangunan juga telah diperbaiki dan diberi sentuhan moden seperti penggunaan tingkap kaca tetapi elemen tradisional pada bangunan masih dikekalkan.

Memang ramai pelancong yang berkunjung ke Bukchon Hanok Village
Peringatan supaya pengunjung tidak membuat bising untuk menghormati penduduk tempatan
Ada beberapa rumah yang telah ditukar menjadi hotel butik dan kafe di sini. Ramai juga yang menginap dan minum-minum di sana untuk menikmati suasana rumah tradisional ini dengan lebih dekat.

Rumah ini telah diubahsuai menjadi sebuah hotel
Hotel ini dinamakan Bukchon 1777 Hotel
Iklan di tepi hotel
Rumah persendirian
Rumah yang telah ditukar menjadi kafe
Petugas yang akan memberi teguran kepada mana-mana pengunjung yang terlalu bising
Clara cuma membawa kami bersiar-siar di sekitar Bukchon Hanok Village. Sebagai seorang local, dia sangat mudah dan laju berjalan mendaki bukit-bukit yang curam itu. Ada masanya memang kami termengnah-mengah nak mencuba keep pace dengannya. Aduss!!

Banyak bukit curam yang perlu didaki bila bersiar-siar di sini
Penutup sewer di Bukchon Hanok Village
Lagi suasana di Bukchon Hanok Village
Clara membawa kami ke satu sudut di Bukchon Hanok Village yang jarang dimasuki oleh pelancong. Dari sini kami dapat melihat satu pemandangan kota Seoul terutama sewaktu matahari sedang mula terbenam ketika itu.

Pemandangan lewat petang kota Seoul dari Bukchon Hanok Village
Bumbung sebuah rumah tradisional yang sedang diperbaiki. Menurut Clara, pembaikan bumbung tradisional begini sangat rumit dan menelan kos yang besar.
Mengambil gambar bangunan-bangunan tradisional di Bukchon Hanok Village
Husband mengambil gambar pemandangan di sebalik tembok
Bumbung-bumbung tradisional di Bukchon Hanok Village


 Bersambung ke Bahagian 31...

  
CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: